Disediakan oleh:
NAMA: Jaya Sri A/P Sethulan
SEKOLAH: SK Methodist
KELAS: 5 Magnificent
GURU MATA PELAJARAN:
PN. Siti Zainah BT. HJ.Ehsan
TAJUK: PAHLAWAN KEBANGGAANKU
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera, akhirnya saya dapat meyiapkan kerja
yang diamanahkan kepada saya. Banyak ilmu yang saya
dapat sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.
Antaranya, ialah saya lebih mengenali tokoh-tokoh
perjuangan secara mendalam serta banyak pengajaran
yang diambil. Saya juga dapat meningatkan kemahiran
saya dalam menggunakan komputer, untuk mencari
maklumat diinternet. Saya amat berterima kasih kepada
guru sejarah iaitu Puan Siti Zainah BT. HJ.Ehsan guru
sejarah yang telah memberi banyak panduan, ibu bapa
kesayangan saya telah memberi banyak prihatin dan
semangat kepada saya bagi menyempurnakan buku skrap
ini.
KAEDAH KAJIAN
Kajian kes ini bertajuk PAHLAWAN KEBANGGAANKU. Seramai 11
orang tokoh-tokoh tempatan. Pahlawan Kebanggaanku adalah
Dato’Maharaja Lela. Semoga jasa dan perjuangan Tokoh tempatan ini
akan dapat di ketahui dan disanjung oleh generasi-generasi yang akan
datang.
PENYATAAN MASALAH
- Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di
tengah-tengah dalam perdagangan antara timur dan barat. Sumber
alam semula jadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih
timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah
untuk menguasainya. Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah
kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut
hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan yang paling banyak
meninggalkan kesan keatas sosial budaya di Tanah Melayu.
- Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Portugis menakui
Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada tahun 1641 sehingga
1842, British pada 1824 sehingga 1957 dan Jepun pada tahun 1941
sehingga 1945.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Sejarah.
Antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah:
[a] Menyatakan tokoh dan sebab penentangan terhadap campur tangan dan penjajahan kuasa
asing:
Tokoh-Dato’ Maharaja Lela Maulud adalah nama sebenar buat individu yang memegang
gelaran Dato Maharaja Lela. Beliau dikatakan berketurunan Daeng Selili [ Haji Besar ] yang
merupakan putera kepada Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk di Sulawesi.
i] Penguasan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch telah ditentang oleh orang tempatan
yang dipimpin oleh Dato Maharaja Lela.
ii] Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan serta penduduk
tempatan terhadap British.
iii] Pada tahun 1874 perjanjian Pangkor di tandatangan oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew
Clarke menyebabkan berlaku bantahan terbuka oleh Pembesar Melayu Perak terhadap
campur tangan British.
[b] Menghuraikan peristiwa penentangan.
i] Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
ii] Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.
iii] Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.
iv] J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
[c] Menghuraikan kesan dan pengajaran terhadap peristiwa penentangan.
i] Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu bertujuan menentang undang-
undang British.
ii] Pembunuhan J.W.W. oleh seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato’
Maharaja Lela di Sungai Perak Pasir Salak.
iii] Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch ditangkap dan dibicara oleh Raja
Idris sebagai hakim manakalah penasihat perbicaraan ialah T-rank Swettenham.
iv] Dato’ Maharaja Lela bersama-sama Dato’ Sagor Pandak Lam, seputum dan Pandak luduk
dijatuhi hukuman gantun.
ANALISIS DATA
Menentang British kerana Sultan Abdulah, Dato’ Maharaja Lela
memperkenalkan sistem cukai baharu dan dan Pembesar-pembesar lain telah
campur tangan dalam adat resam orang mengambil keputusan untuk
melayu membunuh J.W.W. Birch.
DATO’MAHARAJA LELA
PERAK
Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap
membunuh J.W.W. Birch. dan dijatuhkan hukuman gantung pada
tahun 1877.
LAMPIRAN
Pasir Salak
KESIMPULAN
- Setelah menyiapkan buku skrap ini, saya mengetahui perjuangan tokoh
tempatan Dato’ Maharaja Lela.
- Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanan tokoh ini kerana
kegigihan mereka di dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah
negara daripada ditakluki penjajah.
RUJUKAN
Rujukan yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja buku skrap ini, saya
telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis
maklumat, iaitu:
[a] Rujukan buku teks Saya merujuk buku teks mengaji dan meneliti serta mencatatkan
[b] Kaedah perbincangan isu-isu dan gambar-gambar yang diperlukan.
[c] Kaedah Internet
Saya berbincang dengan guru sejarah melalui Telegram dan ibu
bapa saya, bagi menyiapkan kerja buku skrap ini.
Saya telah melayri beberapa laman web yang berkaitan dengan
kerja buku skrap ini.