The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98334583, 2023-02-08 18:08:44

STESYEN 4 BENGKEL KBAT

STESEN 4 KITAR AIR

Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air 1 BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 4: Kitar Air


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 4: Kitar Air (Naskhah Guru)


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air 1 BAHAN KEM EKSPLORASI KBAT STESEN 4: KITAR AIR PANDUAN GURU ASAS PERTIMBANGAN – KERANGKA KERJA TIMSS 2023 Fizik Keadaan Fizikal dan Perubahan dalam Jirim Pergerakan zarah dalam pepejal, cecair, dan gas Menyedari bahawa atom dan molekul dalam jirim sentiasa bergerak dan mengenali perbezaan dalam gerakan relatif dan jarak antara zarah dalam pepejal, cecair dan gas; menggunakan pengetahuan tentang pergerakan dan jarak antara atom dan molekul untuk menerangkan sifat fizikal pepejal, cecair dan gas (iaitu isipadu, bentuk, ketumpatan dan kebolehmampatan). Perubahan dalam keadaan jirim Terangkan perubahan keadaan (iaitu, pencairan, pembekuan, pendidihan, penyejatan, pemeluwapan dan pemejalwapan) akibat daripada peningkatan atau penurunan tenaga haba; terangkan bahawa jisim kekal malar semasa perubahan keadaan.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air Biologi Proses, Kitaran dan Sejarah Bumi Kitaran air bumi Terangkan proses dalam kitar air Bumi (iaitu, penyejatan, pemeluwapan menjadi awan, pengangkutan, dan pemendakan) dan mengenali Matahari sebagai sumber tenaga untuk kitaran air. Huraikan peranan pergerakan awan dan aliran air dalam peredaran dan pembaharuan air tawar di permukaan Bumi. Ekosistem Kitaran air, oksigen dan karbon dalam ekosistem Huraikan peranan hidupan dalam kitar air melalui ekosistem (iaitu, tumbuhan mengambil air dari tanah dan mengeluarkan air melalui daunnya (transpirasi); dan haiwan mengambil air dan membebaskan air semasa pernafasan dan sebagai bahan buangan).


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air RINGKASAN AKTIVITI Aktiviti Tajuk Objektif Pemetaan Tempoh 1 Permainan Ping Pong Memahami Perubahan Keadaan Jirim Sains Tingkatan 1 (Jirim) (15 minit) 2 Pokok Berpeluh memahami air yang disiram pada pokok akan dibebaskan semula ke udara sebagai wap air Sains Tingkatan 3 (Pengangkutan) (15 minit) 3 Hujan di Pergunungan Memahami pergerakan air di Kawasan pergunungan Geografi Tingkatan 2 (Cuaca dan Iklim di Malaysia) (15 minit) 4 Gambar Rajah Kitaran Air Memahami kitaran air Sains Tingkatan 2 (ekosistem) (15 minit) 5 Rumusan (10 minit)


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air Bahan yang diperlukan untuk mengedalikan aktiviti: 1. Bola Ping Pong (40 biji) 2. Bekas lutsinar segi empat (untuk mengisi bola Ping-Pong) 3. Gambar rajah api/penunu bunsen (sumber haba) 4. Pokok hijau dalam pasu 5. Jug berisi air 6. Plastik lutsinar 7. Mentol (sumber cahaya) 8. Gambar rajah kitar air 9. Kertas minyak putih 10.Pewarna biru 11.Penyembur air 12.Pen penanda biru 13.Set soalan TIMSS 14.Komputer riba dan pencetak berwarna


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air NASKHAH GURU AKTIVITI 1: BOLA PING PONG PENGENALAN Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang seni. Zarah-zarah ini amat kecil sehinggakan tidak dapat dilihat dengan padangan mata kasar mahu pun menerusi mikroskop cahaya. Zarah-zarah tersebut hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron. Zarah-zarah jirim sentiasa berlanggar antara satu sama lain. Apabila tenaga haba dibekalkan kepada sesuatu jirim, zarah akan bergerak lebih laju. Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan. LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan 40 biji ping pong (sama saiz), satu bekas lut sinar (segi empat) dan penunu bunsen (atau gambar setara) 2) Arahkan murid untuk menyusun bola ping pong di dalam bekas lut sinar dalam keadaan yang tersusun rapi sehingga tiada pergerakan di antara bola ping pong dapat dilihat dengan mata kasar. 3) Murid meletakkan bekas lut sinar berisi ping pong di atas penunu Bunsen sebagai simbolik membekalkan tenaga haba kepada bekas lut sinar. 4) Murid diminta untuk menggerakkan/menggoyangkan bekas lut sinar dari kiri ke kanan perlahan-lahan dan ditambah kekuatan sehingga pergerakan bola ping pong dapat dilihat dengan mata kasar. Hentikan pergerakan/goyangan pada bekas lut sinar apabila hampir separuh bola ping pong terkeluar daripada bekas lut sinar. 5) Murid diminta untuk memberikan justifikasi secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat. Justifikasi boleh dibuat berdasarkan perkara berikut: teori kinetik jirim, perubahan keadaan jirim, perubahan sumber tenaga yang diserap bola ping pong, atau lain-lain yang sesuai.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air NASKHAH GURU AKTIVITI 2: POKOK DAN PLASTIK PENGENALAN Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Sistem ini terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar. Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan. Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu Xilem juga memberi sokongan kepada tumbuhan. Transpirasi adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air. Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang. Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkannya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata. Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Stomata berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi. • Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi. • Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas. • Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku. • Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air • Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan. LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan satu tumbuhan hijau di dalam pasu, platik lut sinar, satu jug berisi air dan cahaya lampu. 2) Murid diminta untuk menyiram pokok dengan air dan menyerkup plastik lut sinar pada tumbuhan tersebut. 3) Murid diminta memasang cahaya lampu pada tumbuhan dan biarkan dalam tempoh 3-4 minit. 4) Perhatikan perubahan yang berlaku pada platik lut sinar 5) Murid diminta untuk memberikan penerangan secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut: transpirasi, atau lain-lain yang sesuai.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air NASKHAH GURU AKTIVITI 3: HUJAN DI PERGUNUNGAN PENGENALAN Hujan perolakan: permukaan dipanaskan , air tersejat, wap air terbentuk, udara panas, wap air naik ke paras yang tinggi (atmosfera), udara menjadi sejuk dan mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air, membentuk awan komulonimbus, hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir. Hujan bukit: udara lembap naik ke cerun bukit dari laut kerana dihalang oleh tanah tinggi, udara menjadi sejuk, proses pemeluwapan wap air menjadi titisan air lalu membentuk awan. Udara menjadi sejuk, proses pemeluwapan wap air menjadi titisan air lalu membentuk awan, hujan bukit turun di kawasan tanah tinggi yang menghadap udara lembap. Cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit dikenali kawasan lindungan hujan. LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan loyang, kertas minyak, penyembur air, pewarna biru, air, pen penanda 2) Murid diminta merenyukkan kertas minyak dan mendatarkan semula kertas minyak tersebut di atas loyang. 3) Lukis permukaan yang berlekuk ke dalam pada kertas minyak dengan pen penanda 4) Murid diminta untuk menyemburkan air berwarna biru di seluruh permukaan kertas minyak tersebut. Perhatiakn apa yang berlaku dan rekodkan pemerhatian tersebut. SOALAN PENGUKUHAN Berdasarkan pemerhatian murid, lukiskan anak panah untuk menunjukkan pergerakan air di permukaan bumi semasa hujan turun di dalam gambar rajah yang disediakan.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air NASKHAH GURU AKTIVITI 4: KITAR AIR PENGENALAN Air merupakan satu-satunya bahan di muka bumi ini yang wujud secara semula jadi dalam ketiga-tiga bahan. Contohnya, air wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Apabila disejukkan, air berubah menjadi ais. Air yang dipanaskan pada suhu 100c pula akan berubah menjadi wap air. Pemanasan atau penyejukan menyebabkan sesuatu jirim mengalami perubahan keadaan. Contohnya, apabila sesuatu cecair itu akan membebaskan haba. Zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik dan bergerak lebih perlahan. Zarah-zarah menarik antara satu sama lain dan bertukar menjadi pepejal. Cecair dikatakan mengalami proses pembekuan. Apabila bahan pepejal dipanaskan, bahan tersebut akan berubah menjadi cecair dan akhirnya menjadi gas melalui proses pendidihan. Sesetengah bahan pula akan berubah terus daripada pepejal menjadi gas. Proses ini disebut sebagai pemejalwapan. Semasa proses pemejalwapan, tenaga kinetik zarah-zarah bertambah apabila zarah menyerap haba sehingga boleh bertukar secara langsung daripada pepejal menjadi gas. PELEBURAN -Pepejal meyerap haba apabila dipanaskan. -Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergetar dengan lebih kuat. -Tenaga haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah pepejal. -Zarah-zarah bergerak bebas apabila suhu meningkat hingga ke takat lebur. Pepejal berubah menjadi cecair. PENDIDIHAN -Pendidihan berlaku apabila suhu cecair mencapai takat didih. -Cecair menyerap haba apabila dipanaskan. -Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergerak lebih laju. -Tenaga haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air -Apabila suhu meningkat ke takat didih, zarah-zarah pun bergerak secara bebas dan rawak. Cecair berubah menjadi gas. PENYEJATAN -Penyejatan berlaku pada sebarang suhu. -Cecair menyerap haba apabila dipanaskan. -Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergerak lebih laju. -Cecair tersejat secara perlahan dan berubah menjadi gas. KONDENSASI -Haba dibebaska apabila gas disejukkan. -Zarah-zarah akan kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan dan menghampiri antara satu sama lain. -Apabila suhu mencapai di bawah takat didih, gas akan bertukar menjadi cecair. PEMBEKUAN -Cecair membebaskan haba apabila disejukkan. -Zarah-zarah kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan. -Apabila suhu mencapai takat beku, zarah-zarah akan bergetar pada kedudukan yang tetap. Cecair berubah menjadi pepejal. PEMEJALWAPAN -Pemejalwapan ialah proses pepejal berubah secara langsung menjadi gas. -Proses gas berubah menjadi pepejal juga disebut sebagai pemejalwapan. Kitaran air menerangkan perubahan atau peredaran air antara fasa pepejal, cecair dan gas. Ia juga menerangkan pergerakan fizikal air melalui ekosistem. Dari jumlah isipadu air di Bumi, lebih dari 97% adalah air masin yang terdapat di lautan. Sebilangan kecil adalah air bawah tanah sementara kurang dari 1% adalah air tawar.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air Matahari adalah sumber tenaga utama yang mendorong kitaran air. Cecair berubah menjadi wap air (fasa gas) melalui proses penyejatan. Wap air di atmosfera kemudian mengembun menjadi awan dan kemudian turun ketika hujan ke tanah melalui proses pemendakan. Lebih-lebih lagi, cecair berubah menjadi ais melalui pembekuan. Ais pepejal bertukar kembali menjadi cecair dengan mencair. Air laut menguap dan kembali ke daratan ketika hujan. Kemudian dari sungai dan perairan darat, air mengalir dari darat ke lautan melalui aliran melalui permukaan (larian) atau percolasi. Tumbuhan menyerap air dari akarnya. Dari tumbuh-tumbuhan, air kembali ke atmosfera melalui transpirasi.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan satu set gambar rajah kitar air dan murid diminta untuk melabelkan proses perubahan yang berlaku semasa proses kitar air di atas gambar rajah tersebut. 2) Murid diminta untuk menerangkan tentang proses kitar air dan kepentingannya secara lisan. (rujuk poster)


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 4: Kitar Air (Naskhah Murid)


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air NASKHAH MURID AKTIVITI 1: BOLA PING PONG 1) Susun bola ping pong di dalam bekas lut sinar dalam keadaan yang tersusun rapi sehingga tiada pergerakan di antara bola ping pong dapat dilihat dengan mata kasar. 2) Letakkan bekas lut sinar berisi ping pong di atas penunu Bunsen (jangan nyalakan penunu Bunsen). 3) Gerakkan/Goyangkan bekas lut sinar dari kiri ke kanan perlahan-lahan dan ditambah kekuatan sehingga pergerakan bola ping pong dapat dilihat dengan mata kasar. Hentikan pergerakan/goyangan pada bekas lut sinar apabila hampir separuh bola ping pong terkeluar daripada bekas lut sinar. 4) Berikan penerangan bertulis (30 patah perkataan) secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air NASKHAH MURID AKTIVITI 2: POKOK DAN PLASTIK 1) Siram pokok dengan air dan serkup plastik lut sinar pada tumbuhan tersebut. 2) Pasang cahaya lampu pada tumbuhan dan biarkan dalam tempoh 10 minit. 3) Perhatikan perubahan yang berlaku pada plastik lut sinar. 4) Berikan penerangan bertulis (30 patah perkataan) secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air NASKHAH MURID AKTIVITI 3: HUJAN DI PERGUNUNGAN 1) Renyukkan kertas minyak dan datarkan semula kertas minyak tersebut di atas loyang. 2) Lukis permukaan yang berlekuk ke dalam, pada kertas minyak dengan pen penanda. 3) Sembur air berwarna biru di seluruh permukaan kertas minyak tersebut. 4) Perhatikan apa yang berlaku dan nyatakan pemerhatian anda secara lisan. SOALAN PENGUKUHAN Berdasarkan pemerhatian anda, lukiskan anak panah untuk menunjukkan pergerakan air di permukaan bumi semasa hujan turun di dalam gambar rajah yang disediakan.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air NASKHAH MURID AKTIVITI 4: KITAR AIR 1) Labelkan proses perubahan yang berlaku semasa proses kitar air di atas gambar rajah yang dibekalkan. 2) Lakukan debat dalam kalangan ahli kumpulan mengenai kepentingan proses kitar air dan kesan aktiviti manusia terhadap proses tersebut.


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 4: Kitar Air (Lampiran)


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air POSTER


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 4: Kitar Air


Click to View FlipBook Version