Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 1 BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 2 BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 2: Samaran Bijak (Naskhah Guru)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 1 BAHAN KEM EKSPLORASI KBAT STESEN 2: SAMARAN BIJAK PANDUAN GURU ASAS PERTIMBANGAN – KERANGKA KERJA TIMSS 2023 Biologi Kepelbagaian, Adaptasi dan Pemilihan Semula Jadi Variasi sebagai asas pemilihan semula jadi Menyedari bahawa variasi dalam ciri fizikal dan tingkah laku dalam kalangan individu dalam populasi memberikan beberapa individu kelebihan untuk terus hidup dan mewariskan ciri-ciri mereka kepada anak-anak mereka. Ekosistem Aliran tenaga dalam ekosistem Mengenal pasti dan menyediakan contoh pengeluar, pengguna dan pengurai; membina atau mentafsir gambar rajah siratan makanan. Huraikan aliran tenaga dalam ekosistem (contoh tenaga mengalir daripada pengeluar kepada pengguna, dan hanya sebahagian kecil tenaga yang dihantar dari satu tahap ke tahap seterusnya); membina atau mentafsir piramid tenaga. Hubungan antara populasi organisma dalam ekosistem Huraikan dan berikan contoh persaingan antara populasi atau organisma dalam ekosistem. Huraikan dan berikan contoh pemangsaan dalam ekosistem. Faktor yang mempengaruhi Huraikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dan haiwan;
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 2 saiz populasi dalam ekosistem mengenal pasti faktor yang mengehadkan saiz populasi (contoh penyakit, pemangsa, sumber makanan, kemarau, persaingan). Ramalkan bagaimana perubahan dalam ekosistem (contoh perubahan dalam bekalan air, pengenalan populasi baharu, pemburuan, penghijrahan) boleh menjejaskan sumber yang ada, dan dengan itu keseimbangan antara populasi.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 3 RINGKASAN AKTIVITI Aktiviti Tajuk Objektif Pemetaan Tempoh 1. Piramid Haiwan Mengetahui kesan terhadap benda hidup jika perubahan berlaku pada sesuatu populasi haiwan. Sains Tingkatan 2 (Ekosistem) (15 minit) 2. Kepupusan Memahami kesan terhadap sesuatu populasi haiwan jika perubahan berlaku pada pemangsa atau mangsa. Sains Tingkatan 2 (Ekosistem) (15 minit) 3. Graf Naik Turun Menganalisis dan menghasilkan graf berkaitan hubungan mangsa dan pemangsa. Sains Tingkatan 2 (Ekosistem) (15 minit) 4. Penyamaran Mengetahui bahawa haiwan menyamar untuk kemandirian hidup. Sains Tingkatan 2 (Ekosistem) (15 minit) 5. Rumusan (10 minit)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 4 Bahan yang diperlukan untuk mengedalikan aktiviti: 1. 10 cawan kerta 2. Gambar haiwan dan tumbuhan 3. Blue tack 4. Penyepit kain 5. Kertas graf 6. Kertas transparensi 7. Pen penanda 8. Gambar penyamaran haiwan 9. Set soalan TIMSS 10.Komputer riba dan pencetak berwarna
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 5 NASKHAH GURU AKTIVITI 1: PIRAMID HAIWAN PENGENALAN Rantai makanan ialah hubungan makanan antara benda hidup dalam sesuatu habitat. Semua rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau sebagai pengeluar. Tumbuhan hijau tidak makan untuk mendapatkan tenaga. Tumbuhan memperoleh tenaga daripada cahaya matahari untuk mensintesis makanannya sendiri. Haiwan adalah pengguna dalam sesuatu rantai makanan. Haiwan makan haiwan lain atau tumbuhan untuk memperoleh tenaga. Sesuatu rantai makanan boleh disusun secara lurus. Siratan makanan adalah merupakan gabungan daripada beberapa rantai makanan. LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan 10 cawan kertas, 4 gambar tumbuhan atau pokok, 3 gambar pengguna primer, 2 gambar pengguna sekunder, 1 pengguna tertier dan gam. 1) Murid diminta menampal gambar haiwan pada 10 cawan kertas menggunakan blue tack. 2) Murid diminta untuk menyusun cawan kertas tersebut dengan meletakkan pengeluar pada kedudukan paling bawah, pengguna primer di baris kedua dan seterusnya sehingga terbentuk piramid. 3) Murid diminta untuk memberikan penerangan secara lisan mengenai aktiviti yang telah dibuat dan membuat perkaitan dengan rantai makanan dan siratan makanan. Murid juga boleh memberikan contoh beberapa rantai makanan yang terbentuk. 4) Murid diminta untuk membuat pemerhatian terhadap cawan kertas tersebut dan menjelaskan secara lisan atau bertulis, apakah yang akan terjadi apabila salah satu cawan ditarik dari piramid tersebut.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 6 NASKHAH GURU AKTIVITI 2: KEPUPUSAN PENGENALAN Sikap manusia yang rakus dan tidak bertimbang rasa menjadi salah satu punca utama berlakunya kepupusan hidupan liar. Antaranya ialah pembukaan tanah secara besarbesaran untuk tujuan pertanian, perdagangan dan pembangunan industri. Banyak kawasan hutan di negara kita telah dibuka untuk tujuan penanaman seperti minyak kelapa sawit yang merupakan salah satu sumber ekonomi Malaysia yang utama. Selain itu, pembangunan yang tidak terancang dan aktiviti pembalakan haram seperti menebang pokok yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran contohnya pokok jati dan pokok cengal di hutan hujan tropika menyebabkan banyak haiwan kehilangan habitat. Apabila haiwan kehilangan habitat, mereka akan kehilangan sumber makanan dan perlindungan yang menjadi faktor utama kelangsungan hidup. Tambahan pula, aktiviti pembakaran yang sering melanda Sumatera turut menjadi faktor banyak haiwan yang terancam. Keadaan semakin meruncing apabila spesis binatang hutan seakan namanya sudah menjadi asing seperti rusa sambar, harimau belang, seladang dan beruang matahari lambat membiak dan melahirkan anak dengan jumlah yang terlalu sedikit dalam masa setahun turut kesan terhadap perkembangan populasi binatang berkenaan sehingga benar-benar sudah mengalami kepupusan. Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan turut menjadi faktor berlakukan kemusnahan spesis binatang. Kebanyakan pemburu haram mengambil peluang mengeksplotasi dengan memburu binatang yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan apabila dijual di pasaran gelap. Banyak binatang telah diburu dan dibunuh seperti badak Sumatera kerana tanduknya. Keadaan pencemaran yang tidak terkawal juga menyebabkan kepupusan kehidupan akuatik seperti ikan lumba-lumba semakin pupus disebabkan oleh pencemaran air seperti tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 7 mengotorkan air laut dengan membuang sampah sehingga menyebabkan kematian. Setiap hari, berjuta-juta plastik digunakan manusia dibuang ke tapak pelupusan sampah atau hanyut ke laut Apabila sesuatu populasi mengalami kekurangan variasi gen, mereka akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan alam. Variasi genetik penting bagi sesuatu spesis untuk mengekalkan keupayaan mereka berinteraksi dalam pelbagai keadaan. Aktiviti kemanusiaan seperti memburu dan menangkap hidupan darat dan marin memberi kesan pada keseimbangan populasi spesis dengan menjadikan jumlah populasi semakin berkurang. Kekurangan populasi membawa maksud semakin kurang pasangan yang berpotensi untuk membiak dan melahirkan offspring. Oleh itu, apabila sesuatu populasi spesis semakin berkurang, maka variasi generik juga semakin berkurang. LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan 1 penyepit kain kuning, 4 penyepit kain biru, 8 penyepit kain merah dan 12 penyepit kain hijau. 2) Analogi penyepit hijau adalah pengeluar, penyepit merah adalah pengguna primer, penyepit biru adalah pengguna sekunder dan penyepit kuning adalah pengguna tertier. 3) Murid diminta untuk menamakan 4 jenis organisma hidup yang bersesuaian dengan analogi tersebut dan labelkan pada penyepit (murid sepatutnya membentuk rantai makanan) Aktiviti A 4) Murid diberikan satu situasi baharu di mana berlakunya pemburuan secara berleluasa, kematian berkumpulan atau berlaku migrasi dalam kalangan sekumpulan haiwan (penyepit biru).
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 8 5) Murid diminta membuat gambaran mental situasi yang akan berlaku pada rantai makanan tersebut dan menjelaskan secara bertulis tidak lebih 50 patah perkataan. Aktiviti B 6) Jumlah penyepit bagi setiap warna dikembalikan kepada asal sebelum memberi situasi baharu. 7) Murid kemudian diberikan situasi tambahan dengan menunjukkan pertambahan bilangan penyepit kain merah. 8) Murid diminta membuat gambaran mental situasi yang akan berlaku pada rantai makanan tersebut dan menjelaskan secara bertulis tidak lebih 50 patah perkataan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 9 NASKHAH GURU AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN PENGENALAN Interaksi mangsa-pemangsa merupakan interaksi di antara organisma yang memburu dan menangkap organisma lain sebagai makanan. Burung hantu adalah contoh pemangsa yang memakan tikus iaitu mangsa. Interaksi ini membantu mengawal populasi organisma dalam ekosistem serta dapat mengekalkan keseimbangan alam. Dalam keadaan sumber makanan yang mencukupi, populasi mangsa meningkat menyebabkan peningkatan populasi pemangsa. Apabila populasi pemangsa meningkat, populasi mangsa berkurang. Apabila populasi mangsa berkurang populasi pemangsa turut berkurang kerana kekurangan makanan. Apabila bilangan pemangsa berkurang, bilangan mangsa bertambah kerana kurang dimakan oleh pemangsa. Saiz populasi mangsa dan pemangsa mempunyai satu kitaran dan akan turun naik dalam satu julat populasi tertentu. Oleh itu saiz populasi pemangsa dan mangsa kekal seimbang. LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan kertas graf, kertas transparensi, pen penanda 2) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan melakukan aktiviti C manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti D serentak. Aktiviti C 3) Murid diminta untuk melakar graf garis di atas kertas graf berdasarkan maklumat yang diberikan dalam jadual (populasi mangsa/arnab). 4) Murid memindahkan graf yang dilukis ke atas kertas transparensi.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 10 Aktiviti D 3) Murid diminta untuk melakar graf garis di atas kertas graf berdasarkan maklumat yang diberikan dalam jadual (populasi pemangsa/musang). 4) Murid memindahkan graf yang dilukis ke atas kertas transparensi. 5) Dalam kumpulan yang besar, murid diminta menerangkan secara lisan mengenai graf yang telah dihasilkan kepada rakanyang lain dalam kumpulan. 6) Graf pada kertas transparensi dalam aktiviti C ditindih/diletakkan di atas graf transparensi aktiviti D. 7) Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik secara bertulis dalam 50 patah perkataan terhadap analisis graf yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut: hubungan pemangsa dan mangsa, persaingan, kawalan biologi, atau lain-lain yang sesuai. Contoh graf:
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak 11 NASKHAH GURU AKTIVITI 4: PENYAMARAN PENGENALAN Penyamaran, juga dipanggil camourflage, ialah mekanisme pertahanan atau taktik yang digunakan oleh organisma hidup untuk menyamarkan penampilan mereka, biasanya untuk menyatu dengan keadaan persekitaran mereka. Organisma menggunakan penyamaran untuk menutup fizikal, identiti dan pergerakan mereka. Penyamaran spesies juga dipengaruhi oleh tingkah laku atau ciri pemangsanya. Jika pemangsa buta warna, contohnya, spesies mangsa tidak perlu memadankan warna persekitarannya. Singa, pemangsa utama zebra, buta warna. Penyamaran hitam-putih Zebra tidak perlu menyatu dengan habitat mereka, yang berwarna keemasan di Afrika tengah. LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan cetakan gambar haiwan dan pen penanda 2) Murid diminta memerhatikan gambar yang diberikan dan mengenal pasti apa yang dapat diperhatikan di dalam gambar tersebut secara lisan atau bertulis. 3) Murid diminta untuk melakar bulatan pada gambar haiwan yang menyamar di dalam gambar tersebut. 4) Murid diminta untuk menerangkan mengapakah ciri-ciri penyamaran penting kepada haiwan secara bertulis dalam tidak lebih 50 patah perkataan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 2: Samaran Bijak (Naskhah Murid)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak NASKHAH MURID AKTIVITI 1: PIRAMID HAIWAN 1) Tampal gambar organisma yang disediakan pada 10 cawan kertas menggunakan gam atau blue tack. 2) Susun cawan kertas tersebut dengan meletakkan pengeluar pada kedudukan paling bawah, pengguna primer di baris kedua dan seterusnya sehingga terbentuk piramid. 3) Terangan secara lisan mengenai aktiviti yang telah dibuat dan buat perkaitan antara rantai makanan dan siratan makanan. 4) Berikan beberapa contoh beberapa rantai makanan yang boleh dibentuk. 5) Buat pemerhatian terhadap cawan kertas tersebut dan jelaskan secara lisan atau bertulis, apakah yang akan terjadi apabila salah satu cawan ditarik dari piramid tersebut.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak NASKHAH MURID AKTIVITI 2: KEPUPUSAN 1) Sediakan 1 penyepit kain kuning, 4 penyepit kain biru, 8 penyepit kain merah dan 12 penyepit kain hijau. 2) Analogi penyepit hijau adalah pengeluar, penyepit merah adalah pengguna primer, penyepit biru adalah pengguna sekunder dan penyepit kuning adalah pengguna tertier. 3) Namakan 4 jenis organisma hidup yang bersesuaian dengan analogi tersebut dan labelkan pada penyepit (murid sepatutnya membentuk rantai makanan). Aktiviti A 4) Buat gambaran mental situasi yang akan berlaku pada rantai makanan jika berlakunya pemburuan secara berleluasa, kematian berkumpulan atau berlaku migrasi dalam kalangan sekumpulan haiwan (penyepit biru). 5) Jelaskan situasi yang berlaku secara bertulis tidak lebih 50 patah perkataan. Aktiviti B 6) Jumlah penyepit bagi setiap warna dikembalikan kepada asal. 7) Murid kemudian diberikan situasi tambahan dengan menunjukkan pertambahan bilangan penyepit kain merah. 8) Murid diminta membuat gambaran mental situasi yang akan berlaku pada rantai makanan tersebut jika bilangan penyepit kain merah ditambah. 9) Jelaskan situasi yang berlaku secara bertulis tidak lebih 50 patah perkataan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak NASKHAH MURID AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN Aktiviti C 1) Lakar graf garis di atas kertas graf berdasarkan maklumat yang diberikan dalam jadual (populasi arnab). 2) Pindahkan graf yang dilukis ke atas kertas transparensi. 3) Terangkan secara lisan mengenai graf yang telah dihasilkan kepada rakan anda. Aktiviti D 1) Lakar graf garis di atas kertas graf berdasarkan maklumat yang diberikan dalam jadual (populasi musang). 2) Pindahkan graf yang dilukis ke atas kertas transparensi. 3) Terangkan secara lisan mengenai graf yang telah dihasilkan kepada rakan anda. 4) Tindihkan graf transparensi dalam Aktiviti C di atas graf transparensi dalam Aktiviti D. Lihat graf yang terhasil. 5) Terangkan kejadian yang berlaku secara saintifik secara bertulis dalam 50 patah perkataan terhadap analisis graf yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak NASKHAH MURID AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN Aktiviti C Lakar satu graf garis menggunakan pen penanda berwarna biru berdasarkan maklumat berikut: Tahun Saiz populasi Arnab Sebab perubahan saiz populasi Arnab 1905 20 1910 80 1915 75 1920 25 1925 140 1930 10 1935 70 1940 100 1945 20 1950 120 1955 20 1960 80
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak NASKHAH MURID AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN Aktiviti D Lakar satu graf garis menggunakan pen penanda berwarna merah berdasarkan maklumat berikut: Tahun Saiz populasi Musang Sebab perubahan saiz populasi Musang 1905 45 1910 10 1915 30 1920 5 1925 60 1930 10 1935 40 1940 10 1945 70 1950 30 1955 15 1960 40
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak NASKHAH MURID AKTIVITI 4: PENYAMARAN 1) Perhatikan gambar yang diberikan dan kenal pasti apa yang dapat diperhatikan di dalam gambar tersebut secara lisan. 2) Lakar bulatan pada gambar haiwan yang menyamar di dalam gambar tersebut. 3) Terangkan mengapakah ciri-ciri penyamaran penting kepada haiwan secara bertulis dalam tidak lebih 30 patah perkataan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 2: Samaran Bijak (Lampiran)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 2: Samaran Bijak