SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
(KAMPUNG BENDAHARA & KAMPUNG MELAYU MAJIDEE)
DISEDIAKAN OLEH:
NUR INSYIRAH BINTI ZULKARNAIN
TINGKATAN:
2 AMBER
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
27/12/2022
1
Bil. PERKARA HALAMAN MUKA
SURAT
1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN 3
3. JADUAL KERJA 3
4. OBJEKTIF KAJIAN 4-5
6
KAJIAN KES
5. KAWASAN KAJIAN 8-9
6. KAEDAH KAJIAN 10
7. HASIL KAJIAN 11 - 13
(1) Menjelaskan konsep dan definisi
teknologi hijau.
(2) Mengenal pasti 3 jenis contoh
Teknologi Hijau yang terdapat di Kampung
Bendahara & Kampung Melayu Majidee, Johor
Bahru.
(3) Menyenaraikan 4 kepentingan
Teknologi Hijau
(4) Menghuraikan 4 punca amalan
Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian.
(5) Mencadangkan 4 langkah atau stratergi
yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.
8. RUMUSAN 14
9. SUMBER RUJUKAN 15
10. LAMPIRAN A 16
11. LAMPIRAN B 17 - 20
2
1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana telah
memberikan saya kekuatan untuk menyiapkan kajian ini. Saya ucapkan beribu
terima kasih kepada Puan Hanifah Binti Jamaluddin selaku guru mata pelajaran
Geografi saya kerana telah membimbing kami dalam melakukan kerja lapangan
ini. Saya juga ingin memberi penghargaan kepada keluarga dan rakan – rakan
yang telah menolong saya menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga buat semua
responden yang telah memberi kerjasama dalam menyelesaikn kajian ini. Akhir
sekali, saya berterima kasih kepada diri saya sendiri kerana bertanggungjawab
menyiapkan kajian lapangan yang telah diamanahkan.
2.0 PENDAHULUAN
Saya, Nur Insyirah Binti Zulkarnain, pelajar tingkatan 2 Amber , SMK Sultan
Ismail, Johor Bahru telah menyiapkan kerja lapangan yang berkaitan dengan
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU. Kerja ini mengandungi tentang penggunaan
teknologi hijau di kawasan kajian dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
meningkatkan penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian. Untuk makluman
Tuan/Puan, kawasan kajian ialah kawasan kediaman saya sendiri dan juga
kawasan petempatan yang berdekatan.
Saya telah menerima tajuk ini kerana saya mendapati tajuk ini mudah
untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat sejumlah orang yang
mengamalkan penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian saya. Selain itu,
saya juga telah mencatatkan beberapa cadangan mudah di dalam kerja ini.
3
3.0 JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1 5/12/2022 1. Menerima arahan dan taklimat
daripada guru mata pelajaran Geografi.
2 6/12/2022 1. Mencatakan objektif kajian sebelum
memulakan sebarang tindakan.
3 8/12/2022 2. Membina jadual tugasan agar kajian
dilakukan dengan teratur dan lancar.
1. Membuat rujukan tentang kawasan
kajian.
2. Mencari maklumat tentang teknologi
hijau di Internet dan buku teks.
4 12/12/2022 3. Mencatat maklumat yang diperlukan
semasa membuat kajian.
1. Pergi ke kawasan kajian.
2. Membuat penelitian di kawasan kajian.
3. Mengambil gambar jenis teknologi
hijau yang digunakan di kawasan
kajian.
4. Merekodkan maklumat yang diperoleh
semasa pemerhatian.
5 13/12/2022 1. Membuat borang soal selidik. Borang soal
6. 14/12/2022 2. Mengedarkan borang soal selidik selidik dilakukan
menggunakan
`Google Form’
1. Menulis penghargaan dan pendahulan
4
7. 16/12/2022 1. Mengumpul dan mencatat semua
jawapan daripada soal selidik.
8. 18/12/2022
9. 26/12/2022 2. Mengkaji maklumat yang diperolehi
daripada soal selidik.
3. Membuat bahan grafik seperti carta
atau graf.
1. Mencatat maklumat yang belum
ditulis.
2. Membuat rumusan kajian.
1. Menghantar hasil tugasan akhir
5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Diakhir kajian ini, saya akan dapat :
(1) Menjelaskan konsep dan definisi teknologi hijau.
(2) Mengenal pasti 3 jenis contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Kampung Bendahara & Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
(3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
(4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian.
(5) Mencadangkan 4 langkah atau stratergi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.
6
KAJIAN KES:
KAMPUNG BENDAHARA ,
81100 JOHOR BAHRU,
JOHOR .. KAMPUNG
MELAYU MAJIDEE,
81100 JOHOR BAHRU,
JOHOR
7
5.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kampung Bendahara dan Kampung Melayu Majidee adalah suatu
petempatan yang terletak di Bandar Johor Bahru. Kawasan ini
dibawah jagaan Majlis Perbandaran Johor Bahru. Pandang darat
fizikal di kawasan ini ialah, kawasan ini mempunyai ciri tanah beralun
dan terdapat sebatang sungai di tengah kampung. Selain itu,
terdapat juga beberapa kawasan semak samun dan pokok – pokok
besar di dalam kawasan ini. Dari segi pandang darat budaya,
kawasan ini adalah kawasan petempatan dengan pola petempatan
berpusat. Terdapat masjid, dan beberapa sekolah yang berdekatan.
Jarak kawasan kajian dengan pusat bandar ialah sebanyak 5.5
kilometer dan mengambil masa selama 12 minit jika menaiki kereta.
8
5.1 PETA NEGERI JOHOR
5.2 PETA KAWASAN KAJIAN
9
6.0 KAEDAH KAJIAN
Penggunaan kaedah kajian yang sesuai amatlah penting untuk memperolehi
hasil yang mantap. Kajian yang bernas hendaklah dilakukan dengan teliti agar
hasilnya memuaskan. Saya telah menggunakan tiga jenis kaedah dalam
melakukan kajian ini iaitu :-
6.1 SOAL SELIDIK
Kaedah ini ialah kaedah yang mengumpulkan maklumat melalui borang
soal selidik yang dilakukan secara dalam talian menggunakan `Google Form’.
Saya telah membuat soal selidik terhadap 6 orang responden yang tinggal di
kawasan kajian.
6.2 PEMERHATIAN
Kaedah ini adalah kaedah yang paling mudah untuk mengumpul maklumat
untuk kajian. Maklumat yang didapati hendaklah dicatat dan pengkaji
hendaklah mengambil gambar subjek yang dikaji.
10
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 MENJELASKAN KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU
Wikipedia
- Teknologi Hijau atau Teknologi Alam Sekitar adalah penggunaan sains
alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan
mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa
keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada
teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil
kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
7.2 MENGENAL PASTI 3 JENIS CONTOH TEKNOLOGI HIJAU YANG
TERDAPAT DI KAMPUNG BENDAHARA, JOHOR BAHRU.
Jenis Teknologi Hijau yang diamalkan oleh responden ialah:
- Tanaman hijau di kawasan kediaman
Tumbuhan hijau dapat membekalkan oksigen kepada mahluk hidup
melalui proses fotosintesis iaitu proses tumbuhan mendapatkan tenaga
daripada cahaya matahari melalui sel kloroplas dan menghasilkan kanji
dan oksigen.
- Tingkap yang banyak
Tingkap yang banyak dapat memberikan pengcahayaan dan pengaliran
udara yang baik di dalam rumah.
- Mengitar semula produk bahan plastic
Amalan ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
11
7.3 Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
Teknologi Hijau adalah penting kerana : -
- dapat mengatasi masalah kemusnahan sumber asli dan alam sekitar.
- meningkatkan kualiti hidup.
- mengurangkan peningkatan suhu.
- Memelihara ekosistem.
7.4 Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian.
Pada pendapat saya, punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian ialah kerana :-
- Tiada kesedaran tentang kepentingan amalan penggunaan Teknologi
Hijau.
- Penduduk tidak mengambil berat tentang faedah Teknologi Hijau.
- Kurang ilmu pengetahuan tentang Teknologi Hijau.
- Penduduk berasa Teknologi hijau seperti panel solar terlalu mahal untuk
dimiliki.
12
7.5 Mencadangkan 4 langkah atau stratergi yang boleh dibuat
bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai.
Para responden telah memberikan cadangan seperti berikut :
- Menguatkuasakan undang – undang alam sekitar.
- Membiarkan cahaya matahari dan udara masuk ke dalam rumah dengan
membuka pintu dan tingkap secara kerap.
- Elakkan penggunaan barangan plastic
- Mengamalkan amalan 5R.
13
8.0 RUMUSAN
Setelah menyelesaikan tugasan ini, saya mendapat beberapa
maklumat tentang Teknologi hijau di kawasan kajian saya. Kajian ini
juga telah memberikan saya lebih kesedaran tentang penjagaan alam
sekitar. Contoh aktiviti penjagaan alam sekitar yang boleh saya
cadangkan untuk kawasan kajian saya ialah aktiviti gotong – royong
tahunan. Aktiviti tersebut dapat mengurangkan pencemaran air,
baud an udara dan dapat mencegah penyakit seperti Demam Denggi.
Saya harap amalan Teknologi Hijau di kawasan ini akan lebih di ambil
berat agar dapat memulihkan keadaan bumi yang semakin merosot
kian hari.
14
9.0 SUMBER RUJUKAN
Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
Buku Teks
Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM – IMS BOOKS TRADING SDN.BHD.
15
LAMPIRAN A
16
LAMPIRAN B
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfD3_q0I4x7LKbFuSZ0YhCkY2Za3
Cf-xq0PPVKwVYzTQ7nzyw/viewform?usp=sf_link
17
18
19
20