The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WAN AUNI UMAYRAH BINTI WAN MOHD ASRI
BAHASA MELAYU 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aunimyrh24, 2024-06-18 09:43:58

T1 GKEB1072 : penghasilan produk

WAN AUNI UMAYRAH BINTI WAN MOHD ASRI
BAHASA MELAYU 4

KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA DAN MENULIS TUGASAN 1 GKEB1072 : PENGHASILAN PRODUK NAMA : WAN AUNI UMAYRAH BINTI WAN MOHD ASRI KELAS : BAHASA MELAYU 4 NAMA PENSYARAH : DR. FOUZIAH BINTI MOHD


Membaca merupakan satu kemahiran yang menterjemahkan simbol-simbol atau lambang-lambang tulisan kepada bunyi. Sesuatu bahan bacaan dapat dibaca oleh murid-murid dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan kemampuan dan tahap penguasaan kemahiran membaca mereka. Tidak ada suatu kaedah tertentu yang dapat menentukan keberkesanan dalam membantu pelajar membaca. Justeru itu, terdapat 5 kaedah yang dapat digunakan oleh guru-guru. PENGENALAN KAEDAH MEMBACA


Membaca secara berkoperatif KAEDAH MEMBACA MEMBACA DENGAN PANDUAN GURU MEMBACA BEBAS MEMBACA LANTANG BERKONGSI MEMBACA


MEMBACA BEBAS Murid-murid akan membaca bahan bacaan yang disediakan oleh guru 1 3 2 Guru akan menyediakan bahan bacaan yang mengandungi unsur-unsur nilai murni Sebelum murid-murid memulakan proses membaca guru akan memberi arahan awal kepada murid supaya menyediakan soalan-soalan semasa proses pembacaan dilakukan


MEMBACA SECARA BERKOPERATIF MENINJAU DAN MENAAKUL MERINGKAS DAN BERTINDAK BALAS MEMBACA LANTANG ATAU SENYAP Murid-murid akan meninjau keseluruhan teks dan menyemak gambar rajah pada bahan bacaan Guru akan mengarahkan pelajar untuk membaca bahagian awal teks dan membuat taakulan terhadap apa yang akan berlaku atau apa yang mereka pelajari daripada bahan teks tersebut. Membaca lantang Setiap murid-murid akan menyemak bahan secara senyap sebelum memulakan bacaan lantang. Kemudiannya salah seorang daripada mereka akan dipilih untuk membaca lantang pada bahagian awal teks sementara murid-murid yang lain mengikut bacaan tersebut beramai-ramai. Apabila murid berhenti membaca lantang, mereka akan menceritakan atau membincangkan semula apa yang telah dibaca. Mereka akan membuat telahan tentang apa yang mereka fikirkan akan berlaku. Pola ini berterusan sehingga keseluruhan bacaan selesai dibaca. Membaca Senyap Seiap murid akan membaca bahagian yang sama secara senyap dan telahan perlu dibuat ketika membaca senyap. Apabila pelajar berhenti membaca ceritakan semula secara ringkas. Murid akan membuat telahan tentang apa yang mereka fikirkan dan meneruskan pembacaan secara senyap. Setelah membaca keseluruhan petikan, pelajar akan meringkaskan apa yang mereka telah baca. Mereka juga boleh membincangkan apakah yang mereka rasakan terhadap bahan yang mereka baca dan menentukan apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan yang mereka baca atau menulis ringkasan cerita atau membuat lukisan yang dapat menggambarkan cerita yang dibaca. Ketika membuat bacaan menggunakan kaedah ini pelajar perlu mengambil giliran untuk membaca sesuatu bahan.


2. Guru akan mengarahkan murid-murid untuk bertanya soalan atau membantu mereka membina soalansoalan ketika mereka membaca bahagian bahan yang telah ditetapkan 1- Guru akan mengarahkan muridmurid untuk melakukan pembacaan senyap ke atas sesuatu bahan 3. Guru juga akan membantu murid membuat telahan terhadap bahagian bahan yang telah dibaca 4. Pada akhir setiap bahagian atau perenggan, murid akan berhenti dan berbincang dengan guru tentang jawapan atau telahan serta membincangkan isi penting yang terdapat dalam petikan 5. Setiap kali berhenti membaca, guru akan membenarkan serta menggalakkan murid bertindak balas terhadap bahan dan pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka. MEMBACA DENGAN PANDUAN GURU


BERKONGSI MEMBACA Guru akan membaca lantang sesuatu cerita dan mengajak murid-murid untuk bersamasama membaca. Cerita akan dibaca beberapa kali dan murid-murid akan diberi peluang bagi bertindak balas menerusi penulisan, lukisan, drama, perbincangan dan pelbagai aktiviti yang menarik. Murid-murid yang kurang mahir akan cuba untuk mengikut murid yang mahir membaca secara sukarela dan akhirnya .dapat menguasai kemahiran tersebut sehingga dapat mencapau tahap membaca bebas dan tidak memerlukan sokongan tersebut. Kaedah ini akan memberi peluang kepada muridmurid yang lebih mahir untuk menjadi model kepada murid-murid yang kurang mahir


Setelah guru selesai membaca sesuatu bahan dengan lantang, murid perlu ikut membaca di bawah seliaan guru secara berkoperatif atau secara bebas MEMBACA LANTANG Guru dapat diberi peluang untuk memberikan sokongan yang kukuh kepada murid Kaedah membaca ini sesuai digunakan bagi bahan bacaan yang mengandungi terlalu banyak istilah, konsep atau perkataan yang sukar bagi murid Guru bertindak sebagai model yang dapat diikuti murid-murid pada peringkat awal bacaan


KAEDAH KETERANGAN BILA PERLU DIGUNAKAN Membaca bebas Membaca berkoperatif Membaca dengan bantuan guru Membaca secara berkongsi Membaca lantang Murid membaca dengan sendiri tanpa bantuan. Murid membaca dengan pasangan sama ada secara lantang atau senyap. Guru membimbing murid membaca beberapa bahagian teks dengan bertanya soalan dan membuat telahan. Guru membaca lantang dan murid meneliti teks. Murid mengikut guru membaca apabila mereka telah bersedia membaca. Guru membaca teks Murid hanya mendengar dan tidak mempunyai teks Apabila murid tidak mempunyai masalah membaca teks atau mempunyai motivasi yang tinggi terhadap teks atau topik Apabila kemampuan murid membuktikan mereka memerlukan sedikit bantuan. Apabila teks atau kemampuan murid membuktikan mereka memerlukan bantuan yang lebih kerap dan digunakan dalam pelbagai variasi Apabila murid amat memerlukan bantuan. Kerap digunakan bagi murid yang baru belajar membaca Digunakan apabila teks terlalu sukar, pengetahuan latar perlu dibina, bagi tujuan berseronok atau dalam pelbagai variasi. KOMBINASI KAEDAH-KAEDAH MEMBACA


Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun. Justeru itu, terdapat tiga kaedah menulis yang boleh dijadikan panduan dalam pengajaran. PENGENALAN KAEDAH MEnulis


MENULIS BEBAS KAEDAH MENULIS MENULIS BERKOLABORATIF MENULIS BERKOPERATIF


MENULIS BEBAS Murid menulis dengan sendiri tanpa bantuan guru. Guru hanya memberikan panduan penulisan yang akan dijalankan oleh Murid dan bahan penulisan yang dijangka dapat dihasilkan oleh mereka. Murid akan menghasilkan bahan penulisan dengan gaya yang bebas dan hanya memerlukan bantuan guru yang paling minimum. Murid dapat diiberikan kebebasan untuk menghasilkan karya dan memupuk kreativiti mereka secara semula jadi.


MENULIS BERKOLABORATIF Murid-murid akan menyatukan kesemua perenggan yang ditulis dalam satu bentuk karangan yang lengkap. = Kaedah ini amat berkesan bagi memberi bantuan kepada murid-murid yang kurang bermotivasi untuk menulis 03 Murid-Murid akan bekerjasama bersama pasangan atau ahli kumpulan masing-masing untuk menghasilkan suatu bahan penulisan dan bergilir menghasilkan bahan penulisan tersebut = Cara ini dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk berusaha dan berkongsi idea bagi menghasilkan suatu penulisan. 01 Murid-murid akan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing, setiap ahli kumpulan akan menyiapkan satu perenggan atau bahagian daripada sebuah karangan yang ingin dihasilkan. = Mereka akan menunjukkan hasil perenggan atau bahagian mereka kepada semua ahli kumpulan. 02


Guru memberi bantuan kepada murid-murid untuk menulis. Guru dan murid akan bersama-sama menulis di papan tulis atau carta penulisan. Pada peringkat awal, guru akan membuat penulisannya sendiri dan diikuti oleh muridmurid secara berperingkat atau bergilir-gilir. Guru akan menentukan jalan cerita yang dapat dijadikan panduan oleh murid-murid dan akan menunjukkan pembinaan ayat yang tepat. Guru akan membahagikan murid-murid ke dalam kumpulan. Kemudiannya, setiap ahli kumpulan akan menyumbangkan idea dalam bentuk penulisan. Setelah penulisan selesai dilakukan, mereka akan mencantumkan kesemua hasil-hasil penulisan bagi membentuk karangan. MENULIS BERKOPERATIF 01 02 03 CONTOH : CONTOH :


KAEDAH KETERANGAN BILA PERLU DIGUNAKAN KOMBINASI KAEDAH MENULIS KOMBINASI KAEDAH MENULIS Menulis Bebas Murid-murid menulis sendiri Murid-murid memerlukan bantuan yang minimum atau tidak perlu bantuan langsung Menulis Berkolaboratif Murid-murid menulis secara berpasangan bagi menghasilkan satu karya Murid-murid nemerlukan sedikit bantuan atau sokongan bagi menghasilkan karya Menulis Berkoperatif Kumpulan kelas menulis bersama-sama, biasanya diketuai guru atau murid- murid yang lebih cekap menulis Murid-murid memerlukan bantuan yang lebih banyak dan perlu memfokus pada satu-satu konvensi penulisan


RUJUKAN : Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu satu pendekatan bersepadu. Utusan Publications & Distributors. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca Kaedah dan Teknik Membaca. Kumpulan Budiman. Khairuddin Mohammad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version