The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lme.eraw, 2021-02-25 22:49:19

BGS219 - PARAMEDIK

BGS219 - PARAMEDIK

FARIHIN Mengumpulkan maklumat tentang cara menarik
THANUESHRI minat pelajar untuk memilih kerjaya Paramedik
WARDAH
Mengumpulkan maklumat tentang pengenalan
kerjaya Paramedik

Mengumpulkan maklumat tentang inventori
personaliti yang sesuai bagi kerjaya Paramedik

JULIANA Mengumpulkan maklumat tentang skop tugas
kerjaya Paramedik

AZAIM Mengumpulkan maklumat tentang bidang
akademik yang perlu diikuti untuk memilih
GUNAESWARAN kerjaya Paramedik

Mengumpulkan maklumat tentang risiko dan
cabaran yang akan dihadapi oleh Paramedik

AZZAM Mengumpulkan maklumat tentang peluang
pekerjaan kerjaya Paramedik di Malaysia.

DURGASHINI Merumuskan semua maklumat-maklumat yang
diterima daripada ahli kumpulan tentang kerjaya
Paramedik

PENGENALAN PARAMEDIK
Paramedik adalah pekerjaan profesional perubatan yang lazimnya

berkhidmat dalam peruntukan perkhidmatan perubatan kecemasan di
sesebuah kawasan. Peranan utama paramedik adalah menyediakan
penjagaan perubatan dan trauma sebelum pemasukan ke hospital, diikuti
oleh peralihan ke penjagaan definitif jika berpatutan. Kebanyakan
paramedik bertugas dengan memandu ambulans atau kenderaan gerak
balas seumpamanya, tetapi ada yang memegang peranan di hospital,
misalnya merawat kecederaan kecil.

Sungguhpun istilah paramedik digunakan secara meluas untuk
menghuraikan semua pangkat kakitangan ambulans tanpa mengira tahap
kelayakan atau latihan, namun kebanyakan negara seperti Amerika Syarikat,
United Kingdom dan Jerman menyekat penggunaan istilah paramedik
mengikut undang-undang, di mana sesiapa yang mengaku diri sebagai
paramedik dikehendaki lulus dalam serantaian peperiksaan dan
penempatan klinik, serta memiliki pendaftaran, pensijilan atau lesen sah
bersama sebuah lembaga pentadbiran, selaras dengan perlindungan untuk
pekerjaan kesihatan lain seperti doktor dan jururawat.

Personaliti, minat dan kemahiran diri mempengaruhi seseorang individu dalam
membuat pemilihan kerjaya. Oleh itu , jika ingin memilih kerjaya kebiasaannya
individu akan memilih kerjaya yang menepati ciri-ciri personaliti diri dan minat
mereka.

Jadi untuk mengenalpasti sama ada personaliti kita menjurus ke arah kerjaya
yang sesuai adalah dengan menjalani ujian personaliti kerjaya. Sebelum anda menjalani
ujian personaliti kerjaya ini, anda perlu tahu asal usul ujian ini. Untuk makluman anda,
ujian personaliti ini berakar umbi daripada Teori Holland yang mengaitkan minat
manusia dengan persekitaran kerja. Teori ini banyak digunakan oleh organisasi di
seluruh dunia tidak kira swasta mahu pun kerajaan untuk menilai personaliti dan minat
individu sebelum ditawarkan sesuatu pekerjaan. Teori ini membahagikan personaliti
individu kepada 6 kumpulan iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan
Konvensional.

Paramedik bersifat realistik, sosial dan investigatif. Paramedik
cenderung menjadi individu realistik apabila mereka memerlukan
kemahiran untuk menggunakan peralatan perubatan seperti Peranti
Diognostik Peralatan Pengurusan Kecemasan (EME) yang diguna pakai
dalam bidang perubatan sosial, yang bermaksud mereka berkembang
dalam situasi di mana mereka dapat berinteraksi, memujuk, atau
menolong orang

Paramedik adalah seseorang yang berkembang maju dalam
situasi sosial. Mereka suka bekerja dengan orang lain dan umumnya
suka menolong orang lain. Mereka berempati, prihatin, dan sifat
sensitif mereka menjadikan mereka sangat pandai memahami mood
dan perasaan orang lain. Mereka pandai menghasilkan tenaga positif
untuk tujuan yang baik.

Mereka juga cenderung bersifat investigatif, yang bermaksud
bahawa mereka adalah orang yang ingin tahu dan merupakan orang
yang menyiasat iaitu seseorang yang hidup di dalam fikiran. Untuk
menyelesaikan masalah, mereka lebih suka membaca dan belajar,
buku dan teks. Mereka cenderung menganalisis situasi sebelum
membuat keputusan. Orang yang menyiasat adalah pemikir bebas
yang ingin tahu dan berwawasan.

KOMBINASI PERSONALITI DAN PERSEKITARAN
KERJAYA PARAMEDIK MELALUI TEORI HOLLAND

R

Keputusan membuat pemilihan kerjaya Paramedik juga boleh dibuat dengan
mengenalpasti jenis personaliti seseorang. Pemilihan ini kemudiannya akan membentuk
minat yang lebih jelas yang melaluinya individu memperolehi kepuasan dan pengukuhan
daripada orang lain.

Inventori personaliti adalah inventori atau ujian yang boleh diguna pakai untuk
mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Respons individu kepada item-
item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti
individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala
yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.

Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur
atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal,
Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik
Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga
mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab
item ujian.

CIRI PROFESIONAL PARAMEDIK
Sebagai tugas yang mendampingi masyarakat, anggota paramedik perlu mempunyai ciri-ciri
profesional seperti berikut;

 Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran perawatan dan
perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perubatan
semasa;

 Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang;
 Berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai

ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran
tertentu; dan
 Berdisiplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.
 Perlu cekap dan cepat membuat keputusan rawatan.

Inventori Personaliti Sidek mempunyai 16 skala yang boleh mengenalpasti
15 ciri personality individu di samping 1 skala khas yang dikenali sebagai skala
Kejujuran. Personaliti individu boleh berubah dan perubahan personaliti banyak
dipengaruhi oleh faktor persekitaran kerja. Sikap dan tingkah laku yang diperlukan
bagi seorang Paramedik berdasarkan Inventori Personaliti Sidek adalah seperti di
bawah ;

AGREASIF ANALITIKAL EKSTROVERT

•Individu yang pantas, cekap •Individu yang sangat sensitif • Individu yang boleh
tegas dan berani kepada persekitaran, boleh berinteraksi dan bekerja
berhadapan dengan setiap membuat pemerhatian dan dengan orang ramai.
tugas dan masalah. akan menganalisis sesuatu •Mereka tidak rasa segan
•Ahli paramedik perlu perkara sebelum membuat atau takut untuk
bersikap agreasif di tempat sesuatu keputusan. berinteraksi dengan pesakit
kejadian untuk dan orang di sekelilingnya.
menyelamatkan pesakit. •Perlu menganalisis perkara
yang berlaku kepada
pesakit.

INTELEKTUAL KEPELBAGAIAN KETAHANAN

•Individu yang berminat •Personaliti ini •Personaliti yang cekal
kepada aktiviti-aktiviti menunjukkan individu dan bermotivasi untuk
yang memberikan yang boleh bekerja menghabiskan atau
cabaran dari segi mengikut berbagai-bagai menyelesaikan semua
intelektual apabila situasi dan persekitaran. tugas.
mereka perlu
mengenalpasti
penyelesaian kepada
setiap penyakit dan
persekitaran.

MENGAWAL MENOLONG STRUKTUR

• Personaliti yang dapat • Individu suka • Tret personaliti yang
mengawal emosi menolong , simpati, menunjukkan individu
orang lain dan dapat memiliki sifat kasih suka kepada
memimpin mengikut sayang dan suka kekemasan,
situasi pada sesuatu memberi kebaikan kebersihan serta
tempat. pada orang lain. perkara yang
berstruktur, berulang-
ulang dan terperinci.

Paramedik jika di rujuk daripada skop tugas dan peranannya di peringkat
antarabangsa merujuk kepada satu profesion yang menjalankan rawatan awal untuk
kes kes kecemasan khususnya perkhidmatan ambulans yang mana kita tahu, mereka
terlatih untuk memberikan rawatan awal bagi menyelamatkan nyawa dan
mengurangkan komplikasi kecederaan yang di alami. Tambahan lagi, pemahaman
masyarakat seluruh dunia juga beranggapan bahawa paramedik merujuk kepada
perkara di atas.

Di dalam negara Malaysia, skop tugas dan peranan setara Paramedik di luar
negara adalah menyamai dengan skop tugas dan peranan Penolong Pegawai
Perubatan (PPP) khususnya bagi mereka yang bertugas di bawah Unit Pra Hospital
ataupun di Jabatan Kecemasan dan Trauma , di mana PPP akan bertidak sebagai
profesion utama yang menjalankan perkhidmatan ambulans dalam proses rawatan
awal bagi menyelamatkan nyawa dan mengurangkan komplikasi kecederaan mangsa
kecelakaan.

Namun demikian, konteks dan pemahaman yang di gunakan pakai oleh negara
Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mentafsir skop dan
peranan paramedik sebagai profesion yang di kategorikan sebagai "Separa
Perubatan". Di dalam negara ini separa perubatan merujuk kepada beberapa
gabungan profesion termasuk profesion PPP yang menjalankan proses rawatan dari
kecemasan, perawatan, rehabilitasi dan pendidikan kesihatan.

Untuk menyamai perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa, pemahaman
mengenai perkara ini mungkin boleh di perbetul bagi mendapatkan satu "flow" kerja
yang lebih sistematik agar perkhidmatan kesihatan di dalam negara ini lebih lancar.
Tambahan lagi, sebagai contoh, jika terdapat keadaaan kecemasan berlaku kepada
sesuatu individu, dan orang awam memanggil bantuan dengan panggilan "paramedik",
adakah profesion separa perubatan lain seperti Juruteknologi Makmal
Perubatan,Penolong Pegawai Farmasi, Juru xray, Jurupulih Cara Kerja dan
sebagainya boleh melakukan rawatan menyelamat kecemasan?

Tahap kelayakan untuk seorang paramedik ialah pada tahap sijil, diploma sains
paramedik, ijazah sarjana sains paramedik, ijazah sains paramedik dan juga boleh
sehingga tahap PHD. Diploma Sains Paramedik adalah program diploma untuk
mereka yang ingin meneruskan peranan sebagai barisan hadapan ambulans, yang
mana sains paramedik merangkumi beberapa mata pelajaran praktikal dan teori
penting untuk menyampaikan rawatan perubatan refleksif.

Beserta dengan kaedah yang lebih tradisional pembelajaran, pelajar akan
mengalami pelbagai menyokong penempatan klinikal, ini akan termasuk
memerhatikan amalan, bekerja di bawah pengawasan dan mengambil bahagian
dalam amalan pada masa yang berlainan siang dan malam dengan tujuan
untukmenyediakan graduan untuk menjadi seorang paramedik profesional , bersedia
untuk menghadapi cabaran yang tidak dijangka yang datang dengan menyediakan
tidak berjadual, di luar kawasan hospital.

Pembelajaran juga berdasarkan kuliah, seminar, tutorial, aktiviti kumpulan dan
kerja amali berasaskan makmal. Pelajar mempunyai akses kepada pensyarah pakar
seperti pakar bius, jururawat pakar jantung, bidan, jururawat pediatrik, jururawat
kesihatan mental, pasukan perancangan kecemasan dan kakitangan perubatan
dengan kepentingan khas dalam perawatan pra-hospital. Polis, pekerja sosial dan ahli
farmakologi juga sering menyumbang pengetahuan pakar mereka untuk kursus.
Penilaian untuk sains paramedik adalah berdasarkan teori dan amalan. Penilaian teori
adalah dalam bentuk esei, laporan dan kajian kes. Kemahiran praktikal dinilai dari segi
kejadian klinikal simulasi dan peperiksaan klinikal. Amalan klinikal diukur oleh
paramedik, jururawat dan doktor.

SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan umum untuk masuk ke program Diploma Sains Paramedik

adalah, bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) mestilah mendapat sekurang-
kurangnya 3 kredit, atau bagi lepasan Sijil Am Pelajaran (GCE) mendapat Pangkat A.
Bagi pemegang Sijil atau Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pemindahan
kredit juga layak memohon untuk program ini. Dan yang terakhir adalah untuk
mereka yang mempunyai apa-apa perakuan lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti
/Kolej yang bersamaan dengan di atas.

Untuk menjadi paramedik, perlu mendaftar dengan Majlis Profesion
Kesihatan dan Penjagaan (HCPC). Untuk mendaftar dengan HCPC,
pertama perlu menyelesaikan kemampuan yang disahkan dalam sains
paramedik dengan berkesan.

•Memerlukan sekurang-kurangnya Diploma sebelum memulakan latihan untuk menjadi EMT.
•Latihan paramedik boleh termasuk ijazah bersekutu.

PENDIDIKAN

LATIHAN •Terdapat 3 peringkat latihan : EMT-Basic, EMT-Intermediate dan Paramedik.

•Kerja kursus di peringkat EMT-Asas terdiri daripada kemahiran kecemasan dan penilaian pesakit.

•Paramedik boleh meneruskan hingga ke peringkat ijazah bersekutu. Kerja kursus di peringkat ini
termasuk anatomi, fisiologi dan kemahiran perubatan lanjutan

• EMT atau Paramedik perlu memiliki lesen

• Umumnya lesen mesti diperbaharui setiap dua hingga tiga tahun.

PELESENAN

PENSIJILAN •EMT dan Paramedik mesti lulus peringkat sijil dahulu
•Maklumat mengenai keperluan pelesenan di negara ini boleh didapati Career One Stop.

Menyedari keperluan dan kepentingan paramedik sebagai kerjaya profesional, Universiti Asia
Metropolitan (AMU) yang ditubuhkan pada tahun 2004 memperkenalkan kursus diploma paramedik pada
2008 dan ijazah sarjana muda paramedik pada 2010.

Dekan Fakulti Sains Terapiutik dan Perubatan Kecemasan AMU Dr Noorulainah Jalaludheen sangat
menggalakkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi
atau diploma perubatan memilih kursus paramedik.

“Setakat ini, di negara ini AMU satu-satunya universiti swasta menawarkan kursus ini. Universiti awam pula
Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Sepanjang tempoh pengajian, pelajar didedahkan dengan pembelajaran secara teori terlebih dahulu
sebelum mereka perlu menyelesaikan beberapa tugasan klinikal.

“Pada tahun akhir, mereka mesti menjalani tempoh latihan industri di mana-mana pusat perubatan,” katanya.

Menurutnya, dari segi pengkhususan kerja, graduan bakal mendapat tempat mengisi peluang pekerjaan
sebagai paramedik kerana memperoleh sijil dan lesen berkaitan paramedik.

“Setakat ini, kebanyakan graduan paramedik AMU berkhidmat dengan perkhidmatan ambulans, pusat
perubatan, kilang serta industri minyak dan gas di dalam atau luar negara termasuk Singapura dan Asia
Barat seperti Qatar dan Dubai,” katanya.

Berbeza dengan pembantu perubatan, paramedik turut memandu ambulans ke lokasi kemalangan atau
kecemasan. Keadaan itu membuatkan pihak universiti menyarankan pelajar mengambil ‘defensive driving’
atau lesen memandu ambulans kerana mereka orang pertama yang menguruskan pesakit apabila berlaku
kecemasan atau kemalangan.

Kebiasaannya, tiga minit pertama waktu kritikal bagi pesakit dan paramedik perlu melakukan kerja
menyelamat.

Ini kerana tempoh itu adalah masa emas bagi menyelamatkan pesakit atau mangsa dengan melakukan
rawatan asas sebelum ke hospital.

Berikutan itu, graduan paramedik didedahkan dengan latihan amali, antaranya pengurusan kecemasan,
kemahiran menyelamat, survival serta dihantar ke kawasan bencana.

Noorulainah berkata, pihak AMU turut menyediakan ambulans bagi memudahkan pelajar paramedik bersiap
sedia mengendalikan kes kecemasan di sekitar universiti.

“Kami juga berkolaborasi dengan pasukan penyelamat seperti pihak bomba dan penyelamat dan Jabatan
Pertahanan Awam kerana bantuan paramedik diperlukan bagi memberi rawatan awal selepas diselamatkan
dan mengenal pasti simptom dialami pesakit.

“Selain menyelamatkan pesakit, paramedik perlu mempunyai ketahanan mental kerana mereka perlu
mengawal emosi dan memberi khidmat terapi emosi kepada keluarga pesakit,” katanya.

Selain kursus paramedik, di bawah fakulti yang sama AMU turut menawarkan beberapa kursus menarik
peringkat diploma dan ijazah seperti Fisioterapi, Pengimejan Perubatan dan Radioterapi.

Pelajar juga boleh meneruskan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan yang ditawarkan AMU dan
orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai AMU di amu.edu.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 11:57 AM

RISIKO
Risiko mesti diuruskan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan

paramedik dan orang lain yang terjejas oleh pelaksanaan perkhidmatan termasuk
pesakit, pakar kesihatan dan agensi kecemasan yang berkaitan, sukarelawan
dan orang awam.

Menguruskan risiko kepada kesihatan dan keselamatan Paramedik melibatkan
empat langkah:

1.Pengenalpastian bahaya: memusnahkan apa yang boleh menyebabkan
kemudaratan.
2. Penilaian risiko: memahami sifat bahaya yang boleh disebabkan oleh bahaya,
● betapa seriusnya bahaya itu dan kemungkinannya berlaku
3. Kawalan risiko: melaksanakan langkah kawalan yang paling berkesan yang
semunasabahnya dapat dilaksanakan dalam keadaan.
4. Mengkaji semula langkah kawalan: memastikan langkah-langkah kawalan
berfungsi seperti yang dirancang.

CABARAN
Paramedik bukan sahaja menangani pesakit, tetapi juga harus berurusan

dengan orang awam atau saudara-mara pesakit. Ini boleh menjadi sangat
mencabar kerana sesetengah orang ini mungkin tidak bersikap sopan.
Sesetengah orang yang hadir di tempat kejadian kecemasan mungkin mabuk
atau ganas, sementara yang lain mungkin menunjukan ledakan emosi yang tidak
terkawal.

PELUANG PEKERJAAN

Pemegang Diploma Sains Paramedik akan menjadi daya penggerak untuk kerjaya
ambulan persendirian yang bekerja dalam pelbagai Agensi perkhidmatan perubatan
kecemasan (EMS ) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia dan lain-lain perkhidmatan ambulans awam dan swasta.Selain itu,
mereka boleh terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan Perubatan Sains / Sains
Paramedik, pakar sains ambulan, Sains Kesihatan, Pembangunan Profesional, dan juga
latihan praktikal. Graduan juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi lagi terutamanya di peringkat ijazah sarjana muda.

Mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menjadi paramedik. Untuk bertindak sebagai
doktor paramedik, atau pertolongan cemas, anda perlu mempunyai banyak keseimbangan
emosi dan kawalan diri, kerana anda harus terus hidup dengan kematian pesakit yang akan
datang. Di bawah ini, kami senaraikan beberapa syarat umum yang diperlukan untuk
profesion ini.

 Kasih sayang. Kesediaan untuk menolong seseorang ketika dia sangat memerlukan
pertolongan.

 Kemahiran interpersonal. Mampu bekerja sebagai satu pasukan.
 Kesediaan untuk melakukan tindakan yang disasarkan.
 Dapat menjamin keselamatan diri dan keselamatan mangsa di tempat jagaan
 Ketahui teknik pengangkutan polytrue.
 Mampu berkomunikasi melalui radio dengan penyelaras perubatan anda, untuk

memaklumkan keadaan mangsa yang betul dan tempat kejadian.

KESIMPULAN
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI ) dalam Pelan Induk
Perindustrian Ketiga (IMP3 ) telah menjangkakan perkembangan penting dalam sektor
perubatan. Program-program latihan perubatan termasuk Perkhidmatan Perubatan
Kecemasan (EMS) telah ditekankan dalam pelan induk ini. Dalam perspektif ekonomi,
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA ) telah mengenal pasti pada tahun 2020 , sektor
ini mampu memberi 181 000 pekerjaan baru dan juga menjana RM50 juta daripada
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) daripada satu juta pelancong perubatan. Ini
menunjukkan bahawa permintaan yang dijangka meningkat . Jesteru, kerjaya ini
menjanjikan kerjaya yang stabil dan diakui akan terus berkembang seiring dengan
perkembangan industri perubatan.

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Paramedik

2. https://www.nursingcollegemalaysia.com/ms/diploma
-sains-paramedik/

3. https://cental.org/ms/how-to-become-a-paramedic/

4. Sidek Mohd Noah,2002. Perkembangan Kerjaya.
Penerbit Universiti Putra Malaysia, UPM

5. Hizwani Hassan,2011. Kerjaya bukan Kerja. Buku
Karangkraf


Click to View FlipBook Version