PEREKA BENTUK DALAMAN
BGS 103
KUMPULAN SUCCESS
1. Biodata Ahli Kumpulan
2. Pengenalan Kerjaya
3. Trait Minat Kerjaya
4. Trait Inventori Personaliti
5. Skop Tugas
6.Kelulusan Akademik yang diperlukan
7.Risiko dan Cabaran
8.Peluang Pekerjaan
9.Rumusan
10. RUJUKAN
Biodata Ahli
Nur Qhaisara
SK Batu Belah
Bongsu
Nurjannah
SK Batu Belah
Bongsu
Ayra
SK Bukit Kemuning 2
Bongsu
Rayshawn Baldeve
SK Bukit Kemuning 2
Bongsu
1
Skop Tugas
Nur Qhaisara • Menyediakan paparan pembentangan
Nurjannah • Membuat penerangan ringkas mengenai
Ayra
tajuk projek.
• Mengagihkan tugasan projek mengikut
pilihan ahli kumpulan.
• Menemubual personalia sebagai sumber
rujukan projek.
• Mengumpulkan maklumat biodata setiap ahli
kumpulan.
• Membuat carta organisasi kumpulan.
• Mengumpulkan semua tugasan ahli
kumpulan dan menyediakan sebuah E-book
• Membuat pencarian maklumat mengenai
kelulusan akademik yang diperlukan untuk
menjadi seorang Pereka Bentuk Dalaman.
• Menyediakan skop tugasan kerjaya sebagai
Pereka Bentuk Dalaman.
• Menyediakan pengenalan kerjaya sebagai
Pereka Bentuk Dalaman.
• Membuat rumusan keseluruhan projek.
Rayshawn Baldeve
2
Pengenalan Kerjaya
Pereka Bentuk Dalaman merupakan salah satu kerja mengubahsuai
ruang dalaman rumah dan melibatkan lukisan dan kerja – kerja
teknikal. Jadi ‘memotong bunga’ dan menghias bukanlah tugas
sebenar seorang pereka bentuk dalaman. Ia Cuma kerja-kerja
dekorasi sahaja. Secara asasnya, pembinaan perabot ‘custom made’
adalah sinonim dengan seorang pereka bentuk dalaman. Terdapat
dua kemungkinan ‘dunia’ pekerjaan iaitu :
i. Pereka bentuk dalaman yang bekerja di showroom
ii. Pereka bentuk dalaman yang bekerja di syarikat
konsultant.
Kumpulan kami amat tertarik pada keistimewaan kerjaya ini yang
menghasilkan reka bentuk dalaman merupakan salah satu disiplin ilmu
yang menggabungkan seni kreativiti dan teknikal, berfungsisebagai
solusi kepada sesuatu ruang dalaman sesebuah bangunan atau
binaan. Solusi terhadap penggunaan ruang ini meningkatkan kualiti
hidup, roduktiviti dan budaya para penghuni di samping
menitikberatkan nilai-nilai estetika berpandukan konsep-konsep
senibina tertentu. Setiap rekabentuk yang dihasilkan perlu memenuhi
tuntutan keperluan fungsi ruang tersebut..Rekabentuk dalaman
melibatkan hampir semua kriteria bangunan termasuk hotel, pejabat,
sekolah, rumah kediaman,kedai,restoran, teater dan terminal
lapangan terbang.Rekabentuk Dalaman (Interior Design)
menawarkan penyelidikan proses Rekabentuk dalaman dengan
pendedahan terhadap konsep dan teknologi terkini. Anda
berpeluang merealisasikan imaginasi kreatif dan berinovasi dalam
mencipta persekitaran alambina mampan lestari. Antara komponen
proses rekabentuk tersebut termasuklah susunatur solusi ruang,
analisis faktor psikologi dan fisiologi manusia, pengetahuan teknikal
seperti melakar, memplot lukisan terperinci dan perspektif, teknik-
teknik pencahayaan, warna, perabot dan bahan kemasan.
3
Trait Minat Kerjaya
Trait Minat Kerjaya yang bersesuaian sebagai pereka bentuk dalaman ialah Artistik,
Enterprising dan juga Sosial. Artistik
merupakan trait minat kerjaya yang sesuai
untuk Pereka Bentuk Dalaman, kerana
kebolehan artistik dan inovatif yang tinggi.
Mempunyai kebolehan intuisi dan suka
bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang
berstruktur. Tidak selesa dengan kerja yang
rutin atau berulang-ulang. Selalu
menggunakan imaginasi dan kreativiti.
Mereka biasanya mempunyai kebolehan
dalam bidang seni, hasil kerja mereka
berbeza dari kebiasaan dan mempunyai
pemikiran yang kreatif. Selain itu, Pereka
Bentuk Dalaman juga bekerja dalam bidang
Sosial. Tugas Pereka Bentuk Dalaman
adalah lebih tertumpu kepada membina
rangkaian komunikasi, mempromosikan
jenama atau idea pelanggan. Jadi setiap Pereka Bentuk Dalaman perlu menguasai
kemahiran komunikasi untuk berinteraksi dengan pelanggan. Perkembangan pesat
aplikasi social media seperti instagram, twitter, blog, tik tok, youtube dan sebagainya
adalah amat membantu Pereka Bentuk Dalaman meluaskan jaringan komunikasi
perhubungan dengan pelanggan. Pereka Bentuk Dalaman juga memiliki Enterprising
yang menjurus kepada bidang keusahawanan. Mempunyai minat dalam
mempengaruhi, mengarah, memimpin, mengurus individu lain. Pandai dan mahir
memanipulasi orang lain bagi menarik pelanggan memilih perkhidmatan yang
ditawarkan.Penggunaan platform social media sebagai pemasaran juga alternatif
dalam memasarkan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan. Teori
Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada trait personaliti dan banyak
dipengaruhi oleh Teori Trait dan Faktor sebelum ini. Teori ini juga pada dasarnya
merupakan teori pendekatan struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan
antara personaliti dengan persekitaran, namun teori ini juga telah diperkembangan
dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang.Menurut Holland
(1985), teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional
adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian diskripsi mengenai
minat individu juga menggambarkan minat seseorang. Trait-trait personaliti ini
biasanya dikenalpasti melalui
kecenderungan terhadap mata
pelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti Trait Pereka Bentuk
rekreasi, hobi dan kerja.
Dalaman ialah Artistik,
Social dan Enterprising
Kamus Kerjaya ARK
4
Trait Minat Kerjaya
Sementara itu minat vokasional pula boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti.
Holland (1985) juga menyatakan bahawa Teori Pemilihan Kerjaya Holland boleh
digunakan untuk memberikan penjelasan kepada tiga persoalan asas iaitu:
i. Apakah trait personaliti dan persekitaran yang mendorong seseorang
membuat keputusan untuk menceburi sesuatu bidang pekerjaan.
ii. Apakah ciri-ciri personal dan persekitaran yang menyebabkan kestabilan atau
perubahan daripada segi aras dan kerja yang seseorang itu lakukan di sepanjang
kehidupanya.
iii. Apakah kaedah yang paling berkesan untuk memberi pertolongan kepada
individu yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan kerjaya.
Berdasarkan kepada tiga persoalan di atas, intipati kepada pemilihan kerjaya ialah
ekspresi personaliti individu. Kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan
kestabilan adalah berkadar terus dengan keselarasan antara trait personaliti individu
dengan kategori persekitaran di mana individu tersebut bekerja. Semakin tinggi
darjah keselarasan antara trait personaliti dengan kategori persekitaran di mana
individu tersebut bekerja maka semakin tinggi kepuasan kerja, pencapaian,
produktiviti dan juga kestabilan.
Terdapat empat andaian dalam teori ini, iaitu:
Individu dikategorikan kepada enam jenis personaliti iaitu, Reaslistik (Investigatif
(I),Artistik (A, Sosial (S),Enterprising (E, Convensional (C).
Menurut Holland setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi
antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya,
pewarisan biologi, keluarga, kelas social, budaya dan persekitaran fizikal.
Hasil daripada interaksi ini iaitu antara individu dengan faktor-faktor tersebut akan
menyebabkan individu akan menggemari sesuatu aktiviti. Justeru individu akan
terdorong untuk membina sifat tertentu yang seterusnya akan mendorongnya untuk
berfikir, membuat tanggapan dan seterusnya bertingkah laku dengan cara yang
tertentu.
5
6 TRAIT KERJAYA RIASEC
Realistik Individu yang mempunyai kemahiran elektrik atau
mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin,
peralatan, tumbuhan dan binatang. Cenderung
bekerja di luar bangunan
Investigatif Individu yang suka membuat pemerhatian,
memperlajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan
menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.
Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta
kerjaya bercorak teknikal.
Artistik Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.
Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi
yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja
yang rutin atau berulang-ulang. Selalu menggunakan
imaginasi dan kreativiti
Social Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan
manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong,
melatih, mengubati dan membuat kebajikan kepada
orang lain. Mempunyai kemahiran mengguna kata-
kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.
Enterprising Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan
manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi,
mengarah, memimpim, mengurus individu lain. Pandai
dan mahir memanipulasi orang lain.
Conventional Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.
Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta
mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam
menggunakan nombor. Melakukan sesuatu dengan
terperinci, akur dan mengikut arahan.
6
TRAIT INVENTORI PERSONALITI
Kerjaya sebagai Pereka Bentuk Dalaman
merangkumi beberapa trait personaliti yang
bertepatan dengan kerjaya hebat ini, iaitu
personaliti kreatif. Personaliti ini boleh
mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan idea baru.Di samping itu,
Pereka Bentuk Dalaman juga mempunyai
wawasan, Ia individu yang mempunyai daya
imaginasi yang tinggi dan memikirkan idea-
idea yang tidak terjangkau oleh orang lain.
Seterusnya personaliti Resilien iaitu individu yang cekal dan mempunyai daya
tahanan ikhtiar yang tinggi untuk menyempurnakan sesuatu tugas.Kumpulan
kami telah memilih Encik Ahmad Nizam Bin Haji Md Yusop, pereka bentuk
dalaman yang juga pemilik syarikat Gemilang Sukses Resoucers. Berumur 54
tahun dan merupakan anak kedua daripada 9 orang adik beradik. Mula
menceburkan dalam bidang ini pada tahun 1996 hingga kini. Menyedari hakikat
itulah, anak kelahiran Kampung Harmoni Ijok, Kuala
Selangor ini menyahut cabaran dengan
menubuhkan syarikat yang menyediakan
perkhidmatan dari pengubah suaian hingga hiasan
dalaman untuk berkongsi ilmu dan pengalaman
sebaik mungkin. Syarikat beliau menyediakan
pelbagai perkhidmatan rekaan dalaman seperti
kabinet dapur, memasang wallpaper, almari,
mereka pejabat serta lantai kayu, mengubah suai
rumah, dan sebagainya.
Menurut Encik Ahmad Nizam,minat bertukang dan
menghasilkan rekaan perabot telah membawa beliau ke
dalam bidang ini, memberikan inspirasi serta
memotivasikan dirinya untuk berkarya sekaligus
mendatangkan kepuasan bekerja.
7
TRAIT INVENTORI PERSONALITI
Kreatif
Individu berkebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan
idea baru dan asli.
Ekstrovert
Individu suka berada, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai
Pencapaian
Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk
menyelesaikan tugas. Mahukan kejayaan dan suka persaingan
walaupun banyak halangan.
Kepelbagaian
Individu yang dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam
pelbagai situasi. Sukakan pengalaman yang pelbagai ke arah
perubahan berterusan.
Resilien
Individu yang cekal, mempunyai daya tahan dan ikhtiar yang tinggi
untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.
Menolong
Individu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih
sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain
Wawasan
Individu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang
tinggi, memikirkan idea-idea yang tidak terjangkau oleh orang lain
dan berkarisma.
Ketelusan
Individu yang telus dalam memberi maklum balas terhadap ujian
8
SKOP TUGAS PEREKA
Menurut personalia yang telah kami pilih, sebagai pereka bentuk dalaman sudah
pastinya akan bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk dari pembangunan
konseptual dan menghubungi dengan pihak berkepentingan untuk mengurus dan
melaksanakan reka bentuk. Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-
out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan
bahan serta peralatan yang berkaitan.Selain itu, beliau turut terlibat dalam tugas –
tugas berikut:
• Menjalankan projek reka bentuk dari konsep hingga selesai.
• Melawat dan mengukur ‘site’.
• Tentukan keperluan dan jadual projek semasa.
• Mentafsir dan menterjemahkan keperluan pelanggan menjadi
rancangan kasar.
• Tetapkan kos dan yuran projek mengikut anggaran.
• Hasilkan ‘sampel’ dan ‘produk mood’.
• Bekerjasama rapat dengan pereka, penghias, arkitek dan pembina.
• Teliti dan ikuti perubahan industri, evolusi ddan amalan terbaik.
• Menyediakan susun atur menyeluruh reka bentuk menggunakan teknik
seperti fotografi, ilustrasi dan imej janaan komputer. Pereka Bentuk
Dalaman bertanggungjawab dalam susun atur (layout) serta format
dalam setiap rekaan yang dihasilkan agar menepati citarasa pelanggan
dan mempunyai nilai estetik, nilai dekoratif dan nilai komersial.
• Menghasilkan konsep rekaan yang terdiri daripada gabungan unsur-
unsur dan prinsip-prinsip rekaan mengikut kehendak pelanggan.
• Sebagai penasihat rekaan, menasihati serta memberi cadangan
kepada pelanggan dalam pemilihan warna, konsep, visual, stail dan
sebagainya, mengikut kesesuaian rekaan yang ingin dihasilkan.
• Menyelia semua peringkat
pengeluaran reka bentuk termasuk
mengatur dan menyelia percetakan.
9
SKOP TUGAS PEREKA
Bilakah Tugas Pereka Dalaman Bermula dan Berakhir
Pereka Bentuk Dalaman biasanya terlibat dalam fasa pra-pembinaan ketika
proses membuat reka bentuk projek bermula. Pada fasa ini, Pemilik dan
Pengurus Projek mengupah pasukan reka bentuk. Struktur pasukan reka
bentuk bergantung pada jenis Projek tetapi biasanya terdiri daripada satu atau
lebih Arkitek termasuk Pereka Bentuk Dalaman, pasukan kejuruteraan dan
pasukan pakar. Kegiatan reka bentuk berlangsung sesuai dengan jadual projek.
Menempatkan idea di atas kertas hanyalah
satu langkah untuk mengubah idea mengenai
projek menjadi kenyataan.Walaupun
kebanyakan kerja reka bentuk dilakukan
semasa fasa pra-pembinaan Projek, pasukan
Reka Bentuk, termasuk Pereka Bentuk
Dalaman, biasanya terus memberikan
perkhidmatan mereka semasa fasa
pembinaan. Pada fasa ini, Pereka Bentuk Dalaman bekerja sama dengan
Arkitek, kontraktor; dan pengeluar untuk memastikan semua struktur fizikal dan
elemen seni bina selaras dengan visi dan keperluan
perniagaan Pemilik.Apakah peranan sebagai seorang
Interior Designer? Peranan sebagai seorang pereka
dalaman adalah merancang, merekabentuk dalaman
seperti di dalam bangunan kediaman, komersial atau
perindustrian. Tujuannya ialah merumuskan reka
bentuk yang praktikal, estetik dan kondusif.Untuk
kemahiran pula yang perlu ada pada seseorang
pereka dalaman ialah pertama, dengar dan faham apa yang dikatakan.
Maksudnya ,anda seorang pereka dalaman jadi anda akan mereka bentuk
dalaman dalam rumah atau bangunan klien anda, jadi anda haruslah dengar
dengan teliti dan faham konsep yang bagaimana klien anda mahukan.
Kedua, idea dan logik. Anda lebih tahu bagaimana mahu mengubahsuai dalam
kawasan itu jadi anda tahu bagaimana untuk mereka bentuk dalaman mengikut
konsep yang klien anda inginkan. Anda haruslah berfikiran secara kreatif dan
logik dalam mereka bentuk rekaan sesuatu itu.Ketiga, membuat idea baru dan
original. Maksudnya, apabila anda mahu membuat sesuatu rekaan dalaman itu,
anda haruslah berfikir menggunakan akal fikiran anda sendiri tanpa
menggunakan mana-mana reka bentuk dalaman hak milik orang lain.Selain itu,
menjadi seorang pereka dalaman juga memerlukan serba sedikit pengetahuan
seperti reka bentuk dalaman (ID), seni bina, teknologi reka bentuk, melukis, dan
seni dan kraf.Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang pereka dalaman(Interior
Designer) sangatlah luas, mungkin anda boleh jadi pereka dalaman sendiri
maksudnya, membuka cawangan sendiri tanpa kerja di bawah orang mungkin
anda boleh menjadi pereka lampu, pereka arkitek atau ketua amalan untuk
Interior Designer.
10
Perkara yang terlibat dalam kerjaya serta pihak yang sentiasa berhubung :
• Kesabaran bekerja sebagai pereka bentuk dalaman anda harus mempunyai
kesabaran yang tinggi dalam menangani pelanggan.
• Komunikasi Tugas pereka grafik adalah untuk menyampaikan mesej, cerita,
jenama atau idea pelanggan. Jadi, anda juga harus mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang sangat baik bagi menarik pelanggan menggunakan
perkhidmatan anda. Ia adalah penting bagi tahap komunikasi profesional
dalam situasi rumit atau penerangan yang ringkas tapi jelas dengan apa yang
ingin kita sampaikan dalam rekaan kepada pelanggan.
• Keterbukaan
• Anda harus berfikiran terbuka, sentiasa mencuba perkara baru dan mudah
menerima nasihat sebagai sumber yang tidak dijangka bagi meningkatkan lagi
hasil kerja.
• Anda haruslah sentiasa bersemangat
walaupun beban kerja yang banyak.
Anda harus menggunakan semangat
atas minat dan kecintaan anda pada
hasil seni. Selain itu, anda harus
mampu bekerja sendiri bagi
menyiapkan tugasan tanpa menagih
bantuan orang melainkan anda telah
buntu atau ketandusan idea. Anda
harus tahu mengimbangi beban tugas
dan mempunyai jadual pengurusan masa bagi menyiapkan sesuatu tugasan.
• Rasa Ingin Tahu Anda tidak boleh lari dari perasaan ingin tahu kerana kerja
yang berkaitan dengan seni harus mempunyai perasaan tersebut. Pereka
Grafik hendaklah meneroka imaginasi bagi memahami kehendak pelanggan
supaya kita dapat menghubungkan kedua-dua maklumat dan idea kita
menjadi satu lakaran yang berjaya.
• Pihak yang terlibat Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Kerjaya Pereka Bentuk
Dalaman :-
• Butik, Pengiklanan, Perabot, Hotel, Bank,Syarikat –syarikat seperti MAS,
Petronas dan lain-lain. Pameran, Muzium 3D , Muzium seni, Pembuatan
Layout, Pembuatan Rumah Dan Pembangunan,Pembuatan Landskap,
Animasi.
11
KELULUSAN AKADEMIK
Anda memerlukan sekurang-kurangnya empat (4) pas GCSE AC atau
kelayakan tahap 2 setaraf seperti BTEC Diploma Pertama dalam Seni dan
Reka Bentuk. Juga, kursus tahap 3 BTEC boleh membawa kepada kursus
pendidikan tinggi seperti HND, kursus asas atau ijazah.
Kursus Diploma Pereka Bentuk Dalaman
Untuk memasuki tahap diploma memerlukan minimum 3 kredit SPM/ O-Level.
Sesetengah institusi memerlukan tahap lulus untuk matapelajaran Seni di tahap
SPM. Ada juga institusi meletakkan keperluan tahap lulus untuk matapelajaran
Matematik di tahap SPM.
• Diploma Lanjutan BTEC Level 3 dalam Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman
dan Produk.
• Diploma Lanjutan BTEC Level 3 dalam Seni dan Reka Bentuk (Reka Bentuk
3D, Teknologi, dan Reka Bentuk Dalaman).
Kursus Ijazah Pereka Bentuk Dalaman
Untuk memasuki tahap ijazah memerlukan SPM (atau setaraf) dan program
pre-universiti atau diploma berkaitan. Sesetengah institusi memerlukan tahap
lulus untuk matapelajaran Seni di tahap SPM. Sekiranya ini Seni and tidak
lulus, anda memerlukan untuk mengambil ujian melukis. Dan kelulusan di tahap
diploma minimum CGPA 2.0.
• BA Interior Seni Bina
• Sarjana Muda Seni dalam reka Bentuk Dalaman
• BA Spatial Design
Tempoh Pengajian
• Dua hingga enam tahun bergantung pada tahap dan format ijazah yang
diingini.
• Keperluan minimum adalah Ijazah Sarjana Muda yang biasanya mengambil
masa empat tahun.
• Namun, ada program yang telah dipercepatkan dan boleh ditamatkan dalam
masa dua tahun pengajian.
12
KELULUSAN AKADEMIK
13
RISIKO DAN CABARAN
Kerjaya sebagai Pereka Bentuk Dalaman juga
mempunyai risiko dan cabaran seperti mana
kerjaya yang lain. Di antara cabaran yang
perlu ditempuhi seseorang pereka bentuk
dalaman seperti aspek pengurusan masa dan
tekanan tinggi lebih-lebih lagi perlu
memastikan setiap tugasan digalas dapat
disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan.
Industri reka bentuk dalaman negara ini
sangat kompetetif, oleh itu tempoh projek
diberikan selalunya pendek, justeru bagi
memenuhi kehendak itu, pereka
bentuk dalaman mestilah
berkorban masa untuk
menghasilkan kualiti kerja terbaik
mengikut masa ditetapkan.
14
PELUANG PEKERJAAN
Seni Reka Bentuk Dalaman berperanan
penting untuk mewujudkan persekitaran
selesa, ideal dan menarik, malah ini
menawarkan peluang kerjaya yang meluas
menggabungkan kreativiti, ilmu teknikal
dan kemahiran dalam bidang perniagaan.
Taylor’s University Lakeside Campus
sendiri telah menggalakkan pelajar lepasan
SPM untuk mengikuti Program Diploma
Reka Bentuk Dalaman di kampusnya.
Ketua Pusat Pengajian The Design School
University – menawarkan kursus selama 3
tahun menyasarkan pelajar yang memiliki minat tinggi dalam Reka Bentuk,
berkemahiran komputer dan minat untuk menceburi bidang ini. Pelajar turut
didedahkan dengan teori, amali dan proses reka bentuk dengan lebih
mendalam, di samping tumpuan terhadap pengumpulan maklumat, analisis,
pembangunan dan komunikasi penyelesaian.
Kerjaya sebagai Pereka Bentuk
Dalaman turut mendapat tempat di
seluruh negara dan ada juga yang telah
dinobatkan sebagai Pemenang Pereka
Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka
IJM Land 2019 . Disini disertakan Untuk
maklumat lanjut mengenai Anugerah
Pereka Dalaman IJM Land (iLDA), layari
laman web:
www.seremban2.ijmland.com/ILDA2019
/. Ini bermakna Kerjaya sebagai Pereka
Bentuk Dalaman mempunyai peluang
yang tinggi dan meluas.
Fakta Pekerjaan terdapat 72,000
Pereka Bentuk dalaman yang bekerja
pada tahun 2008. Biro Statistik Buruh
AS meramalkan bahawa reka bentuk
dalaman akan berkembang lebih cepat
daripada purata untuk semua pekerjaan
melalui 2018 tetapi akan terdapat
banyak persaingan untuk pekerjaan.
Walaupun terdapat banyak orang yang ingin bekerja dalam bidang ini, orang
15
yang mempunyai latihan formal yang penting dan kreatif dan gigih akan menjadi
yang terbaik.Selari dengan kemajuan dari segi pembangunan di negara ini,
industri seni reka bentuk dalaman sangat cerah kerana membabitkan pelbagai
cabang rekaan dalaman landskap dan seni bina. Pereka bentuk dalaman perlu
mencipta keistimewaan tersendiri dari reka bentuk hingga dapat menghasilkan
sentuhan indah yang berbeza berbanding pereka lain.
Prospek Kerjaya yang melibatkan Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri
seperti :
a) Firma Rekabentuk Dalaman.
b) Firma Kontraktor
c) Muzium
d) Kompleks Komersial
e) Firma Pembuatan Bahan Binaan
f) Bidang Akademik
Mereka yang menceburi bidang ini boleh bekerja sebagai :
a) Pembantu Pereka bentuk Dalaman
b) Pembantu Jururunding Rekabentuk, Perunding Warna dan Bahan
Kemasan Binaan.
c) Penyelia Tapak Binaan, Pelukis Pelan, Pelukis Ilustrasi
d) Pereka Lampu, Pereka Arkitek atau Ketua Amalan untuk Interior
Designer.
e) Pembantu Pengurus Projek
f) Pereka Ruang Pameran dan Diorama
g) Pereka Tema dan Kiosk, Pereka Pentas dan Teater
h) Pereka Perabot dan Dapur, Produk Assesori Bangunan
i) Tutor Senilukis, Penolong Pensyarah bidang berkaitan
16
RUMUSAN
Memilih kerjaya tidaklah mudah seperti yang
disangka. Keberanian diperlukan untuk
membuat keputusan sejak diperingkat awal
lagi. Adalah sangat perlu kepada para pelajar
mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya
mereka ikuti semasa di universiti kelak selaras
dengan minat dan kemampuan akademik.
Pereka Bentuk Dalaman mampu bergerak lebih
jauh menggunakan pendekatan yang selari
dengan perkembangan dunia rekaaan, sentiasa belajar dan menambah ilmu
dalam mereka bentuk sesuatu rekaan bersifat kontemporari atau futuristik.
Seorang pereka bentuk dalaman perlu mempertingkatkan kemahiran seiring
dengan perkembangan teknologi dan trend terkini. Pada masa sama,
pembinaan bangunan tinggi dan kediaman di negara ini makin memberi
tumpuan terhadap keunikan reka bentuk
dalaman selain luaran. Reka bentuk
dalaman yang kemas dan menarik
tentunya menyerikan suasana serta
menambahkan keceriaan sesebuah
bangunan. Ini menunjukkan bidang ini
penting dan muncul antara kerjaya
berpotensi besar serta prospek cukup
baik. Justeru itu, impian menjadi pereka bentuk dalaman adalah amat berbaloi
untuk dijadikan sebagai impian kerana dengan usaha yang gigih serta minat
yang mendalam memberi inpirasi sebagai
Pereka Bentuk Dalaman Seterusnya, kami
berharap kerjaya sebagai pereka bentuk
dalaman akan terus mendapat tempat dalam
pasaran tempatan mahupun antarabangsa.
Kerjaya ini dapat memberikan ruang dan
peluang kepada individu kreatif dalam berkarya
sekali gus dapat menaikkan taraf ekonomi.
18
RUJUKAN
a) https://worldschoolarshipforum.com/ms/bagaimana-menjadi-pereka-
dalaman/
b) https://eduadvisor.my/interior-design/
c) https://resources.workable.com/interior-designer-job-description
d) Peluang kerjaya Reka Bentuk Dalaman. Berita harian , oleh Mohd
Khairul Anam Md Khairudin, 5 Julai 2017
e) Artikal peluang kerjaya reka bentuk dalaman. Klik.com.my
f) Rekabentuk Dalaman. Architecture. Interior, Building.
https://anjungserambi.wordpress.com/rekabentuk-dalaman/
g) Kabinet Dapur Pulau Pinang- Yumna Interior. 11 Julai 2019
h) https://careercube.com.my/info-dan-laluan-kerjaya-dalam-bidang-
pereka-dalaman-interior-designer/
i) https://ms.chalized.com/cara-memulakan-kerjaya-dalam-reka-bentuk-
dalaman/
j) https://mal.routestofinance.com/interior-designer
k) Pereka Dalaman- Maklumat kerjaya 2020.
https://youtu.be/y90BLHPVIEU
l) Biro Statistik Buruh, U.S. Jabatan Buruh, Buku Panduan Penyiasatan
Pekerjaan, Edisi 2010-11, Pereka Dalaman.
m) Pentadbiran Pekerjaan dan Latihan, U. S. Jabatan Tenaga Kerja, O *
NET Online, Pereka Interior.
n) http://www.dikbee.com/2019/11/pemenang-pereka-dalaman-terbaik-
ilda-2019.html
o) Bagaimana Hendak Memilih Kerjaya oleh K.Krishnan M.A , terbitan
ARK PUBLICATION,Edisi 2015 .
p) Kamus RIASEK oleh Muhammad Tajuddin b Mustafa K.B, P.A dan
Noraini Aainaa Bt Omar, Tahun 2017 , Terbitan QC GROUP SDN BHD.
q) Personalia@ Pereka Bentuk Dalaman –Encik Ahmad Nizam Bin Haji
Md Yusop Marketing Director of Gemilang Sukses Rescoucers.
19
HASIL KERJA OLEH ENCIK AHMAD NIZAM BIN HJ MD YUSOP
20
Terdapat beberapa keratan akhbar yang perolehi dari Google. Salah satu
antaranya ialah seperti gambar di bawah.
21
Prospek pereka dalaman
Pengalaman bekerja dengan beberapa syarikat pemaju hartanah
terkemuka negara antara dorongan kuat kepada Faizal Mohamad bahawa
dunia hiasan dalaman mempunyai aura tersendiri.
Baik pejabat mahu pun ruang kediaman, idea dekorasi sudah menjadi
sesuatu yang penting untuk mengubah keseluruhan suasana.
Menyedari hakikat itulah, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak ini menyahut
cabaran dengan menubuhkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan
dari pengubah suaian hingga hiasan dalaman untuk berkongsi ilmu dan
pengalaman sebaik mungkin.
“Seorang pereka dalaman mampu bergerak lebih jauh menggunakan
pendekatan yang selari dengan perkembangan dunia rekaan, sentiasa
belajar dan menambah ilmu dalam mereka bentuk sesuatu rekaan bersifat
kontemporari atau futuristik.
“Sesiapa pun boleh bercakap mengenai penataan ruang atau dekorasi,
namun sejauh manakah idea itu diterjemahkan dan bagaimana untuk
menjadikannya benar-benar menepati cita rasa serta keperluan anda?”
kata Ketua Pegawai Operasi Pentagram Works Sdn Bhd itu.
Beliau turut mengakui skop tugas pereka dalaman sering berkait rapat
dengan kehendak pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang.
“Bidang ini bukan kerjaya mudah kerana memerlukan seseorang pereka
mempunyai ilmu mendalam mengenai material digunakan hinggalah
aspek keselamatan.
“Ilmu yang dimiliki membantu ruang di sesebuah bangunan, rumah dan
premis perniagaan menjadi lebih menarik serta lebih selesa,” katanya
yang mengakui dekorasi antara nilai tambah yang memerlukan banyak
perkara diambil kira sebelum terlaksana sepenuhnya.
Pada masa sama, pembinaan bangunan tinggi dan kediaman di negara ini
makin memberi tumpuan terhadap keunikan reka bentuk dalaman selain
luaran.
Reka bentuk dalaman yang kemas dan menarik tentunya menyerikan
suasana serta menambahkan keceriaan sesebuah bangunan.
23
“Ini menunjukkan bidang ini penting dan muncul antara kerjaya
berpotensi besar serta prospek cukup baik.
“Selari dengan kemajuan dari segi pembangunan di negara ini, industri
seni reka bentuk dalaman sangat cerah kerana membabitkan pelbagai
cabang rekaan dalaman landskap dan seni bina,” katanya.
Dalam menyahut cabaran, Faizal berkata pereka bentuk dalaman perlu
mencipta keistimewaan tersendiri dari reka bentuk hingga dapat
menghasilkan sentuhan indah yang berbeza berbanding pereka lain.
“Cabarannya sudah tentulah proses merealisasikan lakaran idea dari
sekeping kertas hingga siap projek di mana profesionaliti, kepakaran
serta pengalaman dalam pengurusan sesuatu projek sangat diperlukan
bagi menjamin kepuasan pelanggan,” katanya.
Faizal juga tidak menafikan dalam setiap perancangan dekorasi,
segalanya menjadi kenyataan apabila bajet yang diperuntukkan
bersesuaian.
“Bermula dengan bajet, anda yang mengimpikan dekorasi terbaik boleh
bergabung idea dengan kami.
“Duduk dan sama-sama berbincang keperluan dan kesesuaiannya,”
katanya yang menceburkan diri dalam perniagaan reka bentuk dalaman
secara serius pada tahun 2014.
Daripada pengubahsuaian pejabat atau kediaman hingga penampilan
dekorasi terbaik, semua perkhidmatan itu dilakukan sebaik mungkin bagi
memenuhi setiap perancangan yang dibuat.
“Apabila sudah bersetuju, lakaran tiga dimensi dilakukan untuk memberi
gambaran lebih jelas mengenai keadaan ruang tertentu.
“Kami sama-sama berbincang untuk penghasilan pengubahsuaian dan
dekorasi terbaik untuk setiap ruang,” katanya yang menjadikan pejabat
Pentagram Works sebahagian daripada ruang pameran dekorasi.
Dilihat secara keseluruhan, konsep moden dan kontemporari masih
menjadi pilihan utama kebanyakan masyarakat negara ini.
Cuma trend penggayaan ruang Scandivian dan geomatikal mula
mendapat tempat dengan pendekatan berbeza.
24
Gaya Scandivian yang sudah lama menghiasi ruang kediaman masyarakat
Eropah itu apabila diketengahkan di negara ini, ia banyak
menggabungkan perabot dan aksesori hiasan tempatan.
Begitu juga dengan gaya geomatikal yang banyak bermain dengan elemen
dan motif geometri.
Ia antara trend pilihan masa kini yang mewarnai konsep moden dan
kontemporari selain kemudahan Internet dilihat sebagai sumber utama
inspirasi penataan.
Berminat mengetahui lebih lanjut anda boleh kunjungi ruang pameran
Pentagram Works di No 102, Jalan SS2/75, Petaling Jaya atau layari
Facebook Pentagram Interior Design.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 5:26 AM
Kredit : Hartini Mohd Nawi
[email protected]
25