The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lme.eraw, 2021-03-14 21:41:24

BGS221 - PAKAR PATOLOGI FORENSIK

BGS221 - PAKAR PATOLOGI FORENSIK

PAKAR
PATOLOGI

FORENSIK

EIGHTTRIXS

ISI KANDUNGAN :

1. BIODATA AHLI KUMPULAN
2. PENGENALAN KERJAYA PILIHAN
3. TRAIT MINAT KERJAYA YANG SESUAI
4. TRAIT INVENTORI PERSONALITI YANG SESUAI
5. SKOP TUGAS KERJAYA TERSEBUT
6. KELULUSAN AKADEMIK YANG DIPERUKAN
7. RISIKO DAN CABARAN KERJAYA
8. PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA
9. RUMUSAN
10. RUJUKAN

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA GURU PENASIHAT :
MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM

- KETUA KUMPULAN
- AHMAD FAKHRUL FAREEZ BIN
KAMARAZAMAN
- SMKA TUN RAHAH
- [ BONGSU ]

- PENOLONG KETUA KUMPULAN
- JAMILAH BINTI MOHAMAD RADZI
- SMKA TUN RAHAH
- [ BONGSU ]

- SETIAUSAHA
- NUR ANIS BINTI MOHD AZMI
- SMKA TUN RAHAH
- [ BONGSU ]

- BENDAHARI
- ADAM QAWIEM BIN MOHD FADZLI
- SMKA TUN RAHAH
- [ BONGSU ]

- AHLI JAWATAN KUASA
- AIMAN ZULFAQAR BIN MOHD ZULKIFLI
- SMKA TUN RAHAH
- [ BONGSU ]

- AHLI JAWATAN KUASA
- MUHAMMAD MIZAN QAWIEZ BIN MOHD
- SMKA TUN RAHAH
- [ BONGSU ]

- AHLI JAWATAN KUASA
- NUR ANNISAH BINTI MOHD JAMIL
- SMKA TUN RAHAH
- [ BONGSU ]

- AHLI JAWATAN KUASA
- NOOR ZUFAIRIN BIN SHAMSUDIN
- SMKA TUN RAHAH
- [ BONGSU ]

CARTA
ORGANISASI PROJEK



SKOP TUGASAN AHLI KUMPULAN

FAKHRUL FAREEZ - MENGETUAI SETIAP PERBINCANGAN
- MENCARI MAKLUMAT TENTANG KELULUSAN AKADEMIK

JAMILAH - MENGAGIHKAN TUGASAN
- MENYEDIAKAN E-BOOK

NUR ANIS – MENCARI MAKLUMAT TENTANG PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA
- MELENGKAPKAN BIODATA AHLI KUMPULAN

ADAM QAWIEM – MENCARI MAKLUMAT TENTANG SKOP TUGAS KERJAYA
AIMAN ZULFAQAR – MENCARI MAKLUMAT TENTANG TRAIT MINAT KERJAYA
MIZAN QAWIEZ – MENCARI MAKLUMAT TENTANG PENGENALAN TENTANG PAKAR

PATOLOGI FORENSIK

NOOR ZUFAIRIN – MENCARI MAKLUMAT TENTANG RISIKO DAN CABARAN
KERJAYA

NOOR ANNISAH – MENCARI MAKLUMAT TENTANG TRAIT INVENTORI
PERSONALITI

PENGENALAN KERJAYA PILIHAN

Patologi merupakan cabang bidang perubatan yang berkaitan dengan ciri-ciri dan
perkembangan penyakit melalui analisis perubahan kepada fungsi atau keadaan
bahagian badan.
Patologi terdiri daripada patologi anatomi dan patologi klinikal. Ahli patologi anatomi
membuat kajian dengan mengkaji organ manakala ahli patologi klinikal mengkaji
perubahan pada fungsi yang nyata.

Patologi forensik (Inggeris: forensic) berasal dari bahasa Latin, forum, adalah cabang
patologi berkaitan dengan penentuan penyebab kematian berdasarkan pemeriksaan
atas mayat (autopsi). Autopsi mayat dilakukan oleh patologi atas permintaan pejabat
berwenang dalam kerangka investigasi terhadap kasus kejahatan atau kasus perdata
pada beberapa wilayah hukum. Melalui patologi forensik identitas mayat umumnya
dapat dikonfirmasikan.

Forensik adalah merupakan bidang yang dikaitkan dengan bidang perundangan dan
penting dalam kerja–kerja siasatan dan ini digunakan bagi membantu pengumpulan
bahan bukti dalam menyelesaikan kes–kes yang berkaitan. Dengan dibantu beberapa
alatan yang canggih dan sesuai, bahan bukti dapat dikesan hasil daripada kesilapan
yang dibuat oleh penjenayah atau suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Kerjaya ini amat sukar dan mencabar juga berisiko tinggi. Tidak ramai yang mahu
melibatkan diri dalam kerjaya ini. Hanya beberapa orang sahaja yang mahu mengambil
kerjaya ini.

Kerjaya ini dianggap sebagai kerjaya kerana pakar patologi forensik merupakan satu
kerjaya yang diperlukan dalam masyarakat dan negara untuk mengetahui sebab sebab
kematian. Dari sudut agama ianya juga merupakan fardu kifayah dimana perlunya di
dalam sesebuah masyarakat perlu ada yang menceburi kerjaya tersebut.

Keperluan kerjaya pakar patologi forensik dimasa ini ialah amat penting kerana pada
masa kini terdapat banyak kes-kes pembunuhan yang tidak dapat diketahui puncanya.
Dengan adanya pakar patologi forensik, kes itu akan dapat diketahui pucanya.

TRAIT MINAT KERJAYA YANG SESUAI

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih
pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu
berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.

Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan
dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk
berjaya dalam bidang berkenaan.
Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada
darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan
persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA
Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya
kerana mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada
mempunyai minat.

Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya,
nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-
ciri dirinya.
Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan
dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA
Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai,
dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali
dunia pekerjaan.

Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan
kerjaya yang sesuai.

TRAIT INVENTORI PERSONALITI YANG SESUAI

Personaliti ialah ciri-ciri unik individu yang membezakan antara satu sama lain.

WAWASAN
Individu tersebut perlulah berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang tinggi,
berani mengambil risiko, bijak membuat keputusan dan optimis serta berkarisma.
Hal ini kerana, kerjaya tersebut banyak melibatkan penyiasatan terhadap mayat dan
jenayah.

ANALITIKAL
Individu yang suka membuat pemerhatian dan menganalisis sebelum membuat
keputusan. Selain itu, individu tersebut membuat keputusan berdasarkan fakta.

Selanjutnya, kerjaya ini memerlukan pemerhatian yang banyak agar berjaya
menangkap penjenayah atau menyelesaikan kes.

STRUKTUR

Individu ini suka kepada perkara yang teratur, kemas, terperinci dan mengikut
peraturan. Di samping itu, kerjaya ini memerlukan keperincian yang tinggi agar
tidak membuat keputusan yang salah.

INTELEKTUAL
Individu yang berminat kepada aktiviti yang mencabar dari aspek intelektual
seperti menyelesaikan masalah atau menyelesaikan teka teki. Kerjaya ini banyak
melibatkan persoalan sebagai contoh, 'Bagaimana mayat ini mati?' dan 'Mengapa
mayat ini mati sebegini?' semua persoalan ini memerlukan jawapan yang
memerlukan bukti dan dapat diterima oleh akal.

SKOP TUGAS KERJAYA TERSEBUT

1. Menjalankan tugasan analisis dan diagnosis penyakit berdasarkan kepada
pengkhususan kepakaran masing masing.
2. Memberi konsultasi klinikal dan teknikal berkaitan ujian dan keputusan makmal
kepada pengamal perubatan.
3. Menjalankan pengurusan dalam pentadbiran makmal patologi bagi memastikan
keputusan ujian yang dijalankan adalah tepat dan berkualiti.
4. Memastikan perkhidmatan adalah dinamik dengan menggunakan teknologi yang
sesuai dan terkini.
5. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan latihan.

KELULUSAN AKADEMIK YANG DIPERLUKAN

1. Latihan kepakaran boleh dipohon selepas pegawai perubatan tamat menjalani
latihan doktor siswazah dan telah berkhidmat minimum setahun selepas menjadi
pegawai perubatan serta telah disahkan di dalam jawatan.
2. Pegawai perlu menjalani latihan selama empat tahun sebelum memperolehi
ijazah sarjana patologi.
3. Calon pakar patologi perlu menduduki peperiksaan kemasukan dan temuduga
sebelum dipilih untuk menjalani latihan tersebut.
4. Calon perlu lulus syarat kemasukan ke universiti tempatan:

 Mempunyai kelulusan Doktor Perubatan (MD) atau Ijazah Sarjana Muda
Perubatan dan Pembedahan (MBBS) atau kelayakan setaraf dengannya yang
diiktiraf oleh Universiti

 Berdaftar penuh sebagai pegawai perubatan dengan Majlis Perubatan Malaysia
 Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun semasa permohonan
 Memenuhi syarat-syarat lain kemasukan yang ditetapkan oleh universiti.

5. Setelah tamat pengajian, pegawai ini perlu menjalani pewartaan selama 6 bulan
sebelum diwartakan sebagai Pakar Patologi.

RISIKO DAN CABARAN KERJAYA

RISIKO
Doktor dan saintis forensik harus mengekalkan etika yang tinggi disebabkan
laporan yang mereka hasilkan, memberi kesan besar terutama dalam proses
keadilan bagi menentukan seseorang itu bersalah atau sebaliknya dalam kes
mahkamah.

CABARAN
Pihak berkuasa seperti polis sering menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan
kes-kes berkenaaan disebabkan ketiadaan atau kekurangan bahan bukti untuk
tujuan pendakwaan atau sabitan kesalahan dengan penjenayah.

PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA

Peluang Kerjaya di KKM
; Jenis – Jenis Pengkhususan

Pegawai perubatan di KKM boleh memilih kemajuan kerjayanya berasaskan kepada
3 bidang utama iaitu:

i. Pegawai perubatan pakar klinikal dalam pelbagai bidang
Sebagai contoh, pakar kesihatan keluarga, mata, radiology, kardiologi, perubatan
umum,bedah umum, ortopedik, sakit puan, pakar kesihatan awam dan sebagainya.
Mereka ini berkhidmat di hospital-hospital kecuali bagi pakar kesihatan keluarga

iaitu di klinik-klinik kesihatan atau pakar kesihatan awam di Ibu Pejabat, Jabatan
Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah.

ii. Pegawai perubatan pentadbir
Pegawai perubatan ini menjalankan tugas-tugas pentadbiran klinikal dan boleh
bertugas di Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah
serta sebagai Pengarah-pengarah Hospital

iii. Pegawai perubatan klinikal
Pegawai ini bukan kategori pakar perubatan tetapi tugas utamanya adalah merawat
pesakit dan tidak menjalankan tugas-tugas pentadbiran.

• penganalisis makmal
• doktor pergigian forensik
• jurutera forensik
• pakar tempat kejadian jenayah
• ahli psikologi forensik
• penganalisis profil jenayah
• akauntan forensik
• pakar teknologi maklumat forensik
• patologi forensik (perubatan)

ADAKAH KERJAYA TERSEBUT BOLEH PERGI LEBIH JAUH LAGI?
IA , dengan Kenaikan Pangkat

Kerjaya pegawai perubatan khususnya pakar-pakar perubatan klinikal adalah baik
di KKM. Kementerian sentiasa berusaha memperbaiki peluang kenaikan pangkat
pakar-pakar perubatan. Walaupun begitu, syarat-syarat kenaikan pangkat perlu
dipatuhi .

KERJAYA MANFAAT DI MASA HADAPAN
Kepesatan dunia dalam mengejar pembangunan yang berasas materialistik semata-
mata telah menwujudkan jurang ketakseimbangan diantara pembangunan ekonomi
dan sosial yang mendorong kepada peningkatan masalah sosial. Masalah sosial yang
dimaksudkan adalah kejadian jenayah seperti pembunuhan, rogol dan banyak lagi.

Pihak berkuasa seperti polis sering menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan
kes-kes berkenaaan disebabkan ketiadaan atau kekurangan bahan bukti untuk
tujuan pendakwaan atau sabitan kesalahan dengan penjenayah.

Hakikatnya bahan bukti itu wujud di tempat kejadian tetapi ketiadaan kepakaran
dalam mengidentifikasi dan menganalisis bahan bukti menyebabkan penyelesaian
sesuatu kes terbantut.

Disinilah peranan seseorang yang mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang
forensik boleh digunakan dalam membantu siasatan sehingga sabitan kesalahan
terhadap individu-individu dapat dilakukan berpandukan kepada bahan bukti yang
diperolehi.

Dengan ini semua kes dapat diselesaikan dengan bukti yang saintifik dan berjaya
diselesaikan.

RUMUSAN

•Kesimpulan Mengenai Kerjaya tersebut.

Menjelang Abad ke -21 kerjaya Forensik telah menjadi sangat popular hampir
diseluruh dunia, Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangunkan juga
tidak terkecuali. Kini, pelbagai perkhidmatan patologi forensik telah memberi
perkhidmatan profesional berdasarkan bukti kepada orang ramai.

•Adakah ia kerjaya yang sesuai di Malaysia? Berbaloikah ia dijadikan kerjaya
impian ?

Di Malaysia, Dari segi prospek kerjaya, bidang sains forensik menyediakan peluang
cerah. Mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini boleh berkhidmat di
perkhidmatan forensik Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, bomba atau
tentera.

Selain itu, mereka boleh berkhidmat sebagai pegawai penyelidik dan sains di
hospital, institusi pengajian tinggi, makmal diagnosis kerajaan atau swasta,
bahagian pengeluaran atau pentadbiran syarikat farmaseutikal, organisasi kawalan
pencemaran serta melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dalam bidang
akademik.

•Berikan harapan terhadap kerjaya tersebut pada masa hadapan

KKM merupakan salah satu pihak berkuasa dalam bidang forensik masih
mempunyai peluang untuk penambahbaikan serta perkembangan dari segi sumber
manusia, infrastruktur, peralatan dan tidak lupa juga terhadap latihan berterusan,
supaya bidang forensik di Malaysia membangun sejajar dengan kemajuan teknologi
antarabangsa.

RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Patologi
2. https://www.scribd.com/doc/220197642/Inventori-Tret-Personaliti
3. http://unitbimbingankaunselingsmkbatukawan.blogspot.com/p/invento

ri-tret-personaliti.html?m=1
4. http://www.patologi.gov.my/index.php/kerjaya
5. https://mrbagaimana.com/2018/02/13/forensik-sebagai-kerjaya/
6. https://melakakini.my/malaysia-kurang-pakar-forensik-boon-chye/
7. http://memilihkerjaya.blogspot.com/2012/03/kerjaya-forensik.html
8. https://ms.wikicell.org/tener-una-carrera-en-ciencias-forenses-15919


Click to View FlipBook Version