The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lme.eraw, 2021-03-11 18:31:04

BGS214 - AHLI FARMASI

BGS214 - AHLI FARMASI

SMK METHODIST (ACS) KLANG

E-BOOK EKSPLORASI KERJAYA :

AHLI FARMASI

NAMA GURU PENYELARAS : PN. LAM BEE SEM
NOMBOR ID : GBK1086

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR ID
1. DESVARR PRSB2106
2. ANSON PONG JUN YI PRSB2107
3. FON JUN CHENG PRSB2108
4. KUMARAN A/L SANDIRAN PRSB2109
5. SRITHARAN A/L GANESAN PRSB2110
6. SRITAHARAN REDDY A/L SRIJEEWA PRSB2111
7. IVAN TEH KHAI MING PRSB2113
8. MOHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN MOHAMMAD PRSB2114

AMRI @ AMREE

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL.
1
1. BIODATA AHLI KUMPULAN 2
2. SKOP TUGASAN E–BOOK EKSPLORASI
4
KERJAYA : AHLI FARMASI HOSPITAL 5
KERAJAAN 6
3. PENGENALAN KERJAYA PILIHAN
4. TRAIT MINAT KERJAYA YANG SESUAI 6
5. TRAIT INVENTORI PERSONALITI YANG 7
SESUAI 11
6. SKOP TUGAS KERJAYA 13
7. KELULUSAN AKADEMIK 16
8. KELAYAKAN 17
9. RISIKO DAN CABARAN 18
10. PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA
11. RUMUSAN
12. RUJUKAN

Guru Penyelia
PN. LAM BEE SEM

Ketua Kumpulan : Setiausaha :
SRITHARAN A/L GANESAN IVAN TEH KHAI MING

Ahli Jawatankuasa

1. DESVARR 4. SRITHARAN REDDY A/L
SRIJEEWA

2. FON JUN CHENG 5. DARSSHAN GANESAN

3. KUMARAN A/L SANDIRAN 6. ANSON PONG JUN YI
1

Skop Tugasan E–Book Eksplorasi Kerjaya : Ahli Farmasi
[Hospital Kerajaan]

Bil Skop Tugasan Tempoh masa Personalia Gambar

1. Menambahbaik isi kandungan 4/8/2020 – Ketua projek :
pembentangan pra – projek 7/8/2020 SRITHARAN [3S]

2. Mengisi borang sinopsis projek 10/8/2020 – Setiausaha projek :
13/8/2020 IVAN TEH [4G]

3. Merancang pengagihan tugasan E- 19/8/2020- SEMUA AHLI
Book Ahli Farmasi kepada ahli 24/8/2020 KUMPULAN
kumpulan

4. Biodata ahli kumpulan 11/9/2020 - SEMUA AHLI
18/9/2020 KUMPULAN

5. Pengenalan kerjaya pilihan 18/9/2020 - Ketua projek :
25/9/2020 SRITHARAN [3S]
6. Trait minat kerjaya yang sesuai Setiausaha projek :
18/9/2020 - IVAN TEH [4G]
7. Trait inventori personaliti yang 25/9/2020 DARSHAN [4Y]
sesuai
18/9/2020 –
25/9/2020

8. Skop tugas kerjaya tersebut 18/9/2020 – KUMARAN [2B]
25/9/2020

2

9. Kelulusan akademik yang diperlukan 18/9/2020 – SRITHARAN REDY
25/9/2020 [3J]

10. Risiko dan cabaran kerjaya 18/9/2020 – FON JUN CHENG [2B]
25/9/2020

11. Peluang pekerjaan di malaysia 18/9/2020 – ANSON PONG [2B] /
12. Rumusan 25/9/2020 DESSVAR [1Y]
13. Rujukan Ketua projek :
18/9/2020 – SRITHARAN [3S]
25/9/2020 Ketua projek :
SRITHARAN [3S]
18/9/2020 –
25/9/2020

3

PENGENALAN KERJAYA PILIHAN

Ahli farmasi, juga dikenali sebagai farmasis adalah penjaga kesihatan
profesional yang bekerja di farmasi, bidang sains kesihatan yang menumpu
pada kegunaan ubat-ubatan secara berkesan dan selamat. Peranan ahli farmasi
telah bertukar dari peranan pemberi kepada ahli bersepadu bagi pasukan
penjaga kesihatan yang terbabit secara langsung dengan penjagaan pesakit.
Ahli farmasi melalui pendidikan tahap universiti bagi memahami mekanisma
biokimia mengenai tindakan dadah, kegunaan dadah, dan peranan terapeutik,
kesan sampingan, potensi tindak balas dadah, dan parameter pemantauan.

Kerjaya ahli farmasi memainkan peranan yang amat penting di dunia
perubatan. Ahli farmasi merupakan individu profesional yang bekerja di
farmasi menyediakan ubat-ubatan berdasarkan preskripsi daripada doktor.

Ahli farmasi dianggap sebagai kerjaya kerana ia mempunyai
pengetahuan luas dan lebih baik mengenai ubat-ubatan daripada doktor.
Kewujudan kerjaya ahli farmasi adalah untuk memberi nasihat kepada doktor
tentang kaedah rawatan pesakit dan menasihatkan pesakit tentang topik
kesihatan. Ahli farmasi memainkan peranan yang penting dalam membantu
pesakit mendapatkan hasil yang terbaik daripada ubat-ubatan mereka. Ahli
farmasi mesti menerangkan tentang ubat kepada pesakit.

4

TRAIT MINAT KERJAYA YANG SESUAI

Seseorang ahli farmasi perlu mempunyai beberapa ciri-ciri untuk
menjadi seorang ahli farmasi seperti :
 Semangat tidak mudah berputus asa
 Kemahuan untuk belajar
 Keinginan untuk membantu orang dalam kesusahan dari segi

kesihatan

5

TRAIT INVENTORI PERSONALITI YANG SESUAI

Seseorang ahli farmasi perlu mempunyai beberapa trait personaliti yang sesuai
seperti :
 Perhatian terhadap perincian
 Keboleh kepercayaan
 Integriti
 Toleransi tekanan
 Keprihatinan terhadap orang lain
 Ekstrovert
 Kawalan diri

SKOP TUGAS KERJAYA

Ahli farmasi hospital bertanggungjawab membekalkan dan mengurus
semua aspek yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad
dan juga pesakit luar yang ditetapkan oleh doktor dan pengamal kesihatan.

Mereka akan memastikan seluruh masyarakat memperolehi produk
kesihatan yang selamat dan berkesan. Jumlah dos yang diambil pesakit juga
akan diperhatikan bagi memastikan ianya dalam dos yang sepatutnya.

Seterusnya, mereka akan memberikan khidmat nasihat mengenai
penggunaannya dengan betul, bagi memastikan kesihatan pesakit mereka
sentiasa terjaga.

6

KELULUSAN AKADEMIK

Ahli farmasi perlu mempunyai ijazah Sarjana Muda Farmasi dari mana-
mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan, baik di institut pengajian awam
mahupun swasta, dalam atau luar negara.

SENARAI PROGRAM IJAZAH FARMASI YANG DIJALANKAN DI MALAYSIA
(AWAM & SWASTA)

Bil. IPT Program
No. Higher Learning Institution Programme

1. Universiti Sains Malaysia (USM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

2. Universiti Kebangsaan Malaysia Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*
(UKM)

3. Universiti Malaya (UM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)*

5. Universiti Islam Antarabangsa Bachelor of Pharmacy (Hons)*
Malaysia (UIAM)

6. UCSI University Bachelor of Pharmacy (Hons)*

Master of Pharmacy (twining 2 ½ + 1
with University Strathclyde, UK)

7. International Medical University (IMU) Master of Pharmacy (twining 2 + 2 with

University Strathclyde, UK)

Bachelor of Pharmacy (Hons)*

8. AIMST University Bachelor of Pharmacy (Hons)*

9. University Nottingham Malaysia Master in Pharmacy 2+2 similar
Campus (UNMC) programme of University Nottingham,
UK*

10. Cyberjaya University College of Bachelor of Pharmacy (Hons)*
Medical Sciences (CUCMS)

Asia Metropolitan University (AMU) Bachelor of Pharmacy (Hons)

11. (dahulu dikenali 4+0 with University La Trobe, Australia*

sebagai Masterskill University Bachelor of Pharmacy (Hons)*

7

Bil. IPT Program
No. Higher Learning Institution Programme

College of Health Sciences (MUCH)

(formerly known as Masterskill
University College of Health

Sciences (MUCH)

12. Management & Science University Bachelor of Pharmacy (Hons)*
(MSU)

13. SEGI University College Master of Pharmacy 2+2 twinning with
University of Sunderland, UK*

Bachelor of Pharmacy (Honours)*

Bachelor of Pharmacy (Hons) similar

14. Monash University Malaysia Campus programme of Monash University,

Australia*

15. MAHSA University Master of Pharmacy (twinning 2+2 with
University of John Moores, UK)

Bachelor of Pharmacy (Hons)*

16. Taylor’s University Bachelor of Pharmacy (Hons)*

Master of Pharmacy (2+2) in
collaboration with Cardiff University, UK*

17. Lincoln University College Bachelor of Pharmacy (Hons)*

Universiti Kuala Lumpur - Royal

18. College of Medicine Perak (UniKL- Bachelor of Pharmacy (Hons)*

RCMP)

19. KPJ Healthcare University College Bachelor of Pharmacy (Hons)*

20. Quest International University Perak Bachelor of Pharmacy (Hons)*

21. Universiti Sultan Zainal Abidin Bachelor of Pharmacy (Hons)
(UniSZA)

8

SENARAI PROGRAM IJAZAH FARMASI YANG DIJALANKAN
DI LUAR NEGARA (SWASTA)

# RANK UNIVERSITY LOCATION COMPARE STARS

2020 By location By

location Rated
only

1 University of OxfordMore United Kingdom
Australia
2 Monash UniversityMore
United States
3 Harvard UniversityMore Canada

4 University of TorontoMore United Kingdom

5 UCLMore United Kingdom
United Kingdom

 United States



6 University of

Cambridge More

7 University of

Nottingham More

8 University of California, San

9

# RANK UNIVERSITY LOCATION COMPARE STARS

2020 By location By

location Rated
only

Francisco More

9 University of North Carolina, United States
United Kingdom
Chapel HillMore
Singapore
10 The University of United States

Manchester More Sweden
United Kingdom
11 National University of
Switzerland
Singapore (NUS)More Netherlands

12 University of California, San

Diego (UCSD)More

=13 Karolinska InstitutetMore

=13 King's College LondonMore

15 ETH Zurich - Swiss Federal

Institute of TechnologyMore

16 Leiden UniversityMore

10

KELAYAKAN

Ahli farmasi perlu mempunyai ijazah Sarjana Muda Farmasi (B. Pharm)
dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan, baik di institut
pengajian awam mahupun swasta, dalam atau luar negara.
Untuk peringkat SPM, seseorang ahli farmasi perlu mendapat sekurang-kurang
5B dalam subjek :

 Kimia
 Biologi
 Fizik
 Matematik/Matematik tambahan
 1 mata pelajaran lain

Untuk peringkat STPM, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA
3 dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga subjek iaitu ;

 Biologi; dan
 Kimia; dan
 Fizik atau Matematik
dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia.

11

Untuk peringkat A-Level pula, 3B atau 2A1C atau 1A1B1C dalam :
 Biologi; dan
 Kimia; dan
 Fizik atau Matematik

dengan sekurang-kurang nya B dalam subjek Kimia.

Di peringkat Matrikulasi ATAU Pra-Pengajian Farmasi/ Perubatan, anda perlu
mendapat CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang – kurangnya B bagi Kimia.
Untuk Foundation dalam Sains, anda perlu mendapat CGPA 3.0 ke atas dengan
sekurang–kurangnya B bagi Kimia. Program perlu di jalankan dalam tempoh
sekurang-kurangnya 1 tahun.

Di peringkat diploma, untuk Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik),
anda perlu mencapai CGPA 3.75 dan ke atas termasuk B dalam subjek Kimia.
Manakala untuk Diploma Farmasi, anda perlu mencapai CGPA 3.5 dan ke atas.

12

RISIKO DAN CABARAN

Tiada cuti panjang untuk 2 tahun pertama kerana ada semester pendek
wajib selepas tamat tahun 1 dan tahun 2. Jika kawan kawan universiti lain
bergembira cuti semester 3 bulan, kami bergembira dengan buku buku. Cuti
antara sem sewaktu ini hanyalah 2 minggu. Tapi jangan bimbang, selepas
tahun 3, kita boleh berseronok macam kawan kawan universiti lain. Sabar.

Bagi bekas pelajar asasi, cabaran utama saya ialah kawan kawan sekelas
yang merupakan bekas graduan diploma farmasi. Nak dibandingkan dengan
ilmu 3 tahun yang mereka ada dengan setahun asasi, memang tak dapat
dipertikaikan. Hal ini menjadi pemangkin untuk belajar bersama mereka
meraka ini yang sudah ada asas farmasi. Tapi usah khuatir, apabila sudah
masuk ke tahun 2, jurang bekas pelajar asasi dan diploma sudah tiada. Banyak
benda yang masing masing baru jumpa, baru nak belajar sehinggalah ke tahun
akhir.

Seorang ahli farmasi memerlukan daya tahan emosi yang tinggi kerana
dia mempunyai cabaran untuk berhadapan dengan pelanggan yang sakit. Ini
adalah amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan pelanggan yang
menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan di pasaraya atau di bank, yang
sihat fizikal serta mentalnya.

Ahli farmasi juga mempunyai risiko di mana mereka perlu mengelakkan
kesilapan pembekalan ubat kerana pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit
adalah inti (tugas utama) pekerjaan ini. Jika tiada langsung naluri untuk
‘mengesan dan membaiki’ sebarang kesilapan sebelum membekalkan ubat
kepada pesakit di kaunter farmasi, tidak sempurnalah tugas seseorang sebagai
ahli farmasi. Peratusan kesilapan yang berlaku akan menjadi sangat tinggi.

13

Bayangkan jika bayi menerima dos ubat demam lebih tinggi dari berat
badannya, pesakit yang menghidap darah tinggi tetapi menerima ubat kencing
manis yang tidak sepatutnya dan ubat luka yang sepatutnya tidak ditelan, tetapi
telah diminum oleh pesakit. Semua ini mungkin boleh berlaku namun boleh
dielakkan dengan adanya ahli farmasi yang berjiwa besar dan amanah dengan
tugasnya untuk memberikan perkhidmatan yang optimum kepada pesakit.

14

PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA

Baru-baru ini, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah
mengesahkan bahawa status pekerjaan tetap bagi doktor, ahli farmasi dan
doktor gigi dalam perkhidmatan awam tidak lagi terjamin seperti mana
sebelum ini. Seiring dengan kenyataan tersebut, kerajaan telah mula
mengeluarkan tawaran pekerjaan secara kontrak kepada mereka seperti yang
diumumkan dalam Bajet 2017.

Menurut Kementerian Kesihatan, ahli farmasi akan ditawarkan
pekerjaan dengan berdaftar di bawah ahli farmasi provisional (PRP) untuk
tempoh satu tahun, dengan tawaran kontrak maksimum selama dua tahun. Ahli
farmasi yang kompeten yang memenuhi keperluan khusus bidang perubatan
akan ditawarkan ke jawatan tetap, tetapi jangan terlalu berharap kerana ianya
mungkin tidak ditawarkan dalam waktu yang terdekat sehingga terdapat
kekosongan.

Walau bagaimanapun, jawatan ahli farmasi sudah tidak ditawarkan ke
jawatan tetap tetapi ianya bukan bermakna kerjaya ini sudah tidak laku.
Seseorang yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang farmasi
usah khuatir. Banyak lagi peluang pekerjaan untuk ahli farmasi di rangkaian
farmasi-farmasi seluruh negara.

15

RUMUSAN

Kami berharap folio kerjaya tentang ahli farmasi di hospital kerajaan ini dapat :
1. Memberi inspirasi kepada pelajar sekolah agar berminat menjadi
seorang ahli farmasi.
2. Memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mengeksplorasi dengan
lebih mendalam tentang kerjaya sebagai ahli farmasi.
3. Memberi panduan kepada pelajar sekolah yang berminat menceburi
bidang kerjaya sebagai ahli farmasi.

16

RUJUKAN

1. https://twitter.com/fahmibinhassan/status/1028274446425964545?lang=en
2. https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/syarat-syarat-kelayakan-masuk-

minimum-ke-program-farmasi.html
3. https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-universiti-tempatan-

dibenarkan-menawarkan-kursus-farmasi.html
4. https://study.com/pharmacist_school.html
5. http://www.prn.usm.my/index.php/archive/magazines/dewan-kosmik/304-

peranan-ahli-farmasi-dalam-kesihatan
6. https://alumnipelajartesmal.wordpress.com/kepimpinan/
7. https://ilabur.com/peranan-ahli-farmasi/

17


Click to View FlipBook Version