AKU SEORANG
AHLI GEOLOGI
INFINITY SQUADRON
BGS217 BONGSU | 2020
PUAN SITI ZUBAIDAH BT PUAN NORHAYATI BT MOHD
THAHA YUSOP
SMK SULTAN ABDUL SAMAD SMK SG. KERTAS
GURU
BIMBINGAN
PUAN CHEN CHAI KHOON PUAN NORNAIMAH BT
SMK SRI SERDANG MOHAMED YUNUS
SMK PUNCAK ALAM
AHLI INFINITY SQUADRON
KETUA
Ahmad Isyraq Azeem Bin
Ahmad Noorhaizam
( PRSB2138)
PENOLONG KETUA
Soh Qu Boon
( PRSB 2155 )
SETIAUSAHA BENDAHARI
Nur Syamimi Auni Nur Farisha Nabila
Bt Suhaimi Bt Fadzil
( PRSB2139 ) ( PRSB 2153
AJK AJK AJK
Alya Batrisyia Bt Ravind A/L Siti Norafiqah Aina
Ahmad Hisham Subramaniam
( PRSB 2154 ) Bt Nik Sharin
( PRSB 2156 ) ( PRSB 2158 )
Pengenalan
SIAPA ITU AHLI GEOLOGI?
AHLI SAINS ATAU GOLONGAN
PROFESSIONAL YANG MENGKAJI
TENTANG BUMI
GEOLOGI berasal daripada perkataan Greek
iaitu ‘Geos’ yang bermaksud BUMI manakala
‘Logos’ bermaksud KAJI. ini bermaksud geologi
adalah kajian mengenai bagaimana bahan
bumi, struktur, proses, dan organisma yang
mengalami perubahan dari semasa ke
semasa. selain itu, ahli geologi juga
dikatakan sebagai saintis yang mengkaji
bahan pepejal, cair, dan gas yang
membentuk Bumi dan planet-planet lain.
Trait Minat Kerjaya
Trait kerjaya seorang ahli geologi adalah Investigatif,
Realistik , Enterprising (IRE)
Seorang ahli geologi ialah seorang yang investigatif. Ini
kerana ahli geologi memerlukan kepintaran sainstifik,
dan mementingkan ketepatan supaya dapat membuat
REALISTIKsesuatu kajian, penyelidikan, penilaian, analisis dan
penyelesaian masalah.
Seorang geologi ialah seorang realistik kerana ahli
geologi memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal
INVESTIGATIFagar dapat bekerja dengan objek, peralatan dan mesin.
Ahli geologi gemar bekerja di luar dari bangunan untuk
membuat kajian.
Ahli geologi perlu mempunyai kemahiran Enterprising
(berinteraksi) supaya dapat berinteraksi dengan kawan
SOSIALsepasukan dan orang-orang penting untuk
menyelesaikan masalah yang dikaji
Trait Inventori
Personaliti
Intelektual Kreatif Analitikal
Ekstrovert
Wawasan
Trait Inventori
Personaliti
Intelektual Analitikal
Individu yang berminat Individu yang sangat sensitif kepada
kepada aktiviti-aktiviti yang persekitaran, suka membuat
memberikan cabaran dari segi
intelektual. Mementingkan pemerhatian dan akan menganalisis
sesuatu perkara sebelum membuat
aktiviti yang berbentuk keputusan. Sukar mempercayai sesuatu
kognitif dan ilmiah tanpa fakta dan sangat berhati-hati
dalam membuat keputusan
Kreatif
Individu yang berkebolehan
mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan idea baharu
dan asli
Ekstrovert Wawasan
Ekstrovert Individu yang boleh menjangka, melihat,
Individu yang suka dikelilingi membayangkan masa hadapan dengan jelas
ramai orang, suka berinteraksi dan pandangannya terperinci. Individu yang
dan bekerja dengan orang sentiasa bertenaga dan sangat efisyen
ramai serta berfikiran terbuka dalam sesuatu kerja. Melihat perkara besar
yang tidak dilihat oleh orang lain
Skop Tugas
Pemetaan geologi
Setiap ahli geologi perlu mempunyai ilmu dalam
membuat pemetaan geologi. Ini adalah kerana semua
maklumat yang telah diperolehi semasa kajian lapangan
perlu direkodkan kedalam peta.
Mencari sumber-sumber mineral
Ahli geologi mencari dan mengenalpasti
sumber – sumber mineral ekonomi serta
petroleum yang wujud di sesuatu kawasan.
Mereka juga perlu mengkaji dengan lebih
terperinci di mana dan bagaimana hasil
bumi wujud di kawasan tersebut. Ini adalah
kerana maklumat –maklumat ini sudah
semestinya akan digunakan untuk mencari
hasil bumi di kawasan lain. Secara amnya
kesemua hasil bumi ini boleh dijumpai di
dalam batuan atau tanah.
Walaubagaimanapun bukan semua batuan
dan tanah mempunyai hasil – hasil mineral
ini.
Skop Tugas
Penyiasatan tapak
Penyiasatan tapak adalah sangat
penting sebelum aktviti-aktiviti
pembangunan boleh dijalankan. Tujuan
utama penyiasatan tapak dilakukan
adalah untuk menilai risiko – risiko
bahaya seperti kejadian lubang benam,
tanah runtuh dan lain – lain yang boleh
mengancam keselamatan masyrakat di
kawasan tersebut. Di samping itu ahli
geologi juga boleh menilai tahap
pencemaran tanah serta air di kawasan
perlombongan dan perbangunan
supaya pihak berkuasa dapat
membendung masalah alam sekitar.
Kelulusan akademik
SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Cara Pertama: Mengambil jurusan sains tulen dalam SPM.
Memiliki sijil matrikulasi/asasi sains Kementerian
Pendidikan sebelum ditawarkan di peringkat sarjana muda
di UKM, UM dan UMS.
Cara Kedua: Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal mata
pelajaran pengajian am serta lulus prinsipal sekurang-
kurangnya dua mata pelajaran fizik, matematik, biologi dan
kimia. Calon juga perlu lulus bahasa Melayu di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia.
Cara ketiga: Memiliki diploma/sijil sains atau bidang
berkaitan dari universiti atau institusi pengajian yang
diiktiraf oleh kerajaan di bawah Kes Khas.
Seterusnya, di peringkat tertinggi untuk menjadi ahli
geologi, kita perlu mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains
dengan Kepujian dalam Bidang Geologi, atau
Kajibumi/Geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
insitusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan bidang
tersebut :
Universiti Malaya,
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Teknologi Petronas.
Risiko Dan Cabaran
Risiko bergantung kepada jenis tugasan yang dijalankan
oleh ahli geologi tersebut. Sekiranya beliau menjalankan
pemetaan geologi di dalam hutan yang tebal di mana
terdapat kemungkinan serangan haiwan berbahaya,
atau terpaksa mendaki cerun yang curam dan licin,
sudah tentu ianya mendatangkan risiko kepadanya. Bagi
ahli geologi yang bekerja di tapak perlombongan yang
ada melibatkan kerja-kerja letupan, perlu sentiasa
berhati-hati agar langkah keselamatan dan SOP
(standard operation procedure) dipatuhi agar
kemalangan dapat dijauhi. Begitu juga bagi ahli geologi
yang bekerja di kawasan kajian yang berpotensi runtuh
atau tidak stabil.
Risiko Dan Cabaran
Ahli geologi, baik dalam bidang penerokaan atau
perlombongan, menghadapi banyak bahaya kesihatan
dan keselamatan. Ahli geologi sering berada di lapangan
selama berbulan-bulan dalam satu masa. Sebilangan
besar kerja mereka memerlukan mereka menaiki
kenderaan di kawasan yang tiada jalan raya dan tanpa
trek sama sekali. Mereka terpaksa memilih jalan melalui
semak belukar. Sebilangan besar berisiko maut dalam
penerokaan berkaitan dengan pengangkutan, terutama
udara dan jalan raya, dan jatuh di bawah tanah atau
runtuhan parit. Pendedahan dan penyahhidratan
membahayakan kesihatan dan berisiko tinggi.
Peluang Pekerjaan
Di Malaysia
Peluang pekerjaan untuk ahli geologi sangat baik
dan terbuka luas serta tidak mempunyai banyak
saingan.
Kebanyakan graduan geologi yang mempunyai
latar belakang akademik yang kukuh dan
cemerlang tidak akan mempunyai masalah dalam
mencari pekerjaan asalkan mereka berani
mengambil risiko dan menyahut cabaran sebagai
seorang ahli geologi.
Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang perkerjaan
untuk mereka yang memilih kerjaya ini seperti
bekerja di jabatan kerajaan iaitu Jabatan Mineral
dan Geosains Malaysia (JMG) atau pun memilih
untuk bekerja dengan syarikat-syarikat gergasi
swasta seperti syarikat Cari Gali Petronas dan
Syarikat Cari Gali Shell Malaysia yang
menawarkan gaji yang lumayan.
Temu Bual Bersama
Ahli Geologi
Kami telah berjaya menemubual
Puan Haniza Bt. Zakri seorang ahli geologi Malaysia iaitu
Puan Haniza Bt. Zakri yang
merupakan Timbalan Pengarah di
Cawangan Ekonomi Mineral, Jabatan
Mineral dan Geosains Malaysia yang
terletak di Putrajaya .
Apakah kelayakan untuk menjadi Apakah pandangan ibu bapa puan ketika
seorang ahli geologi? puan memilih kerjaya ini sebagai kerjaya
pilihan serta apakah yang memberi
Untuk menjadi ahli geologi, seseorang dorongan kepada puan utk menjadi ahli
perlu mendapatkan Ijazah Sarjana Muda geologi?
Sains dengan Kepujian dalam Bidang Ibu bapa saya tidak menghalang untuk saya
Geologi, atau Kajibumi /Geofizik yang memilih kerjaya saya sendiri. Pada zaman
diiktiraf oleh Kerajaan daripada insitusi saya, ahli geologi wanita tidak begitu ramai.
pengajian tinggi tempatan/luar negara atau Jadi faktor untuk mencuba sesuatu yang
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. baru mendorong saya untuk menjadi ahli
Institusi pengajian tinggi tempatan yang geologi.
menawarkan bidang tersebut adalah Apakah skop tugasan sebagai seorang
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti ahli geologi?
Malaya, Universiti Malaysia Sabah dan
Universiti Teknologi Petronas. Skop tugas ahli geologi ini adalah luas
Apakah hasil dapatan kajian yang paling mencakupi pelbagai bidang pengkhususan
berharga dan juga bersejarah yang antaranya menjalankan penyiasatan
pernah Puan jumpa? sumber mineral termasuk membuat
pemetaan geologi, selain itu juga
Soalan ini saya skip tapi saya ingin jelaskan menjalankan kajian berkaitan hidrogeologi
bahawa laporan-laporan yang kami (air bawah tanah), geologi marin (kajian
sediakan pada masa ini (yang berkaitan pasir laut), geologi warisan (mengekalkan
dengan bidang tugas saya sekarang) khazanah geologi bagi tujuan
diguna pakai oleh pihak industri atau pelancongan), dan juga bencana geologi
pelabur yang berminat dalam sektor seperti kajian tanah runtuh, gelongsoran
mineral. tanah dsbnya
Apakah masalah atau cabaran yang puan Apakah risiko yang dihadapi sebagai
hadapi semasa belajar jurusan geologi? seorang ahli geologi?
Jurusan geologi ini adalah sesuatu yang Risiko bergantung kepada jenis tugasan
menarik minat kerana kita banyak yang dijalankan oleh ahli geologi tersebut.
berhubung dengan alam semulajadi Sekiranya beliau menjalankan pemetaan
terutamanya mineral dan bahan batuan geologi di dalam hutan yang tebal di
yang ada di sekeliling kita. Silibus geologi mana terdapat kemungkinan serangan
juga mengajar kita tentang jenis-jenis fosil haiwan berbahaya atau terpaksa mendaki
yang berkaitan dengan hidupan masa cerun yang curam dan licin, sudah tentu
lampau yang dapat memberi petunjuk usia ianya mendatangkan risiko kepadanya.
bumi, serta kita juga belajar kandungan Bagi ahli geologi yang bekerja di tapak
mineral yang terdapat di dalam batuan perlombongan yang ada melibatkan kerja
melalui mikroskop di mana rupa bentuk kerja letupan, perlu sentiasa berhati-hati
mineral di bawah mikroskop sangat agar langkah keselamatan dan
menarik perhatian. Setiap cuti semester, SOP(standard operation procedure)
kami akan dibawa ke pelbagai kawasan dipatuhi agar kemalangan dapat dijauhi.
yang mendedahkan struktur geologi yang Begitu juga bagi ahli geologi yang bekerja
mentafsirkan keadaan yang berlaku suatu di kawasan kajian yang berpotensi runtuh
masa dahulu di kawasan tersebut . Justeru atau tidak stabil.
itu, sepanjang pengalaman saya belajar di
UKM, Bangi, sukar juga untuk saya Apakah antara tempat-tempat yang
definasikan masalah yang dihadapi kerana pernah puan kaji atau siasat?
apa jua cabaran yang ada, kita perlu
mempunyai semangat untuk Kawasan kajian saya semasa belajar
mengatasinya. Sebagai contoh, semasa ditetapkan di Pahang yang meliputi
kajian tesis bagi tahun akhir iaitu pada kawasan Temerloh hingga ke Maran bagi
tahun 1992/93, saya terpaksa masuk ke mengkaji geologi am kawasan tersebut.
hutan bersama kawan saya (juga Selain itu, saya juga menjalankan kajian
perempuan) untuk melihat secara kasar kesesuaian batuan silika di Kuala Pilah,
geologi kawasan tersebut. Walaupun rasa Negeri Sembilan untuk kegunaan solar
takut disebabkan keadaan hutan sekeliling, panel dalam pengajian peringkat sarjana.
kami terpaksa redah juga demi Buat masa ini, kerjaya saya meliputi bidang
menamatkan pengajian kami. Pada masa ekonomi mineral di mana kami
itu, tidak ramai pelajar perempuan mengumpul dan menyebarkan maklumat
mengambil bidang geologi ini. berkaitan mineral untuk tujuan
pembangunan industri mineral negara ini.
Tokoh Geologi
Dalam Kenangan
H.D. TIJA
(BAPA GEOLOGI MALAYSIA)
(1934 – 2016)
HD Tija atau lebih dikenali sebagai Pak tija. Beliau dilahirkan pada tahun 1934 di
Bandung, Indonesia. Beliau telah mempelajari ilmu geologi sehingga ke
peringkat PhD dan telah menjadi pensyarah di Intistut Teknologi. Pada tahun
1967, beliau telah dijemput menjadi pensyarah di Jabatan Geologi, Universiti
Malaya (UM). Apabila kerajaan menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) pada tahun 1970, beliau adalah antara ahli akademik pengasas diberikan
mandat untuk membentuk Jabatan Geologi di Fakulti sains, UKM .Sepanjang
hayatnya, beliau menjalankan banyak penyelidikan dalam bidang Geologi
Struktur, Geomorfologi dan Geologi Kuaterner. Puluhan buku dan ratusan
artikel ilmiah telah beliau terbitkan hasil penelitian di Malaysia dan Asia
Tenggara. Beliau sangat gemar menjalankan penelitian lapangan, hampir setiap
singkapan batuan dan potongan jalan telah beliau kunjungi sambil membuat
lakaran dan catatan mengenai gaya struktur (tektonik) yang direkodkan dalam
batuan. Kegigihan mentafsir sejarah tektonik Malaysia berdasarkan bukti yang
terawet pada singkapan batuan menjadi ikon kekuatan ilmu geologi Pak Tjia.
Mendiang Prof Emeritus Dr HD Tjia ialah seorang sarjana geologi luar biasa.
Sehingga berusia lampau 80, beliau masih menerbitkan tulisan ilmiah dan
menyampaikan syarahan undangan. Seluruh warga geologi di Malaysia dan
Indonesia dikejutkan dengan kematian Prof Emeritus Dr HD Tjia, Khamis 9 Jun
2016 dikediaman mendiang di Putrajaya. Pemergian tokoh unggul geologi ini
satu kehilangan besar kepada komuniti ilmuan di Asia Tenggara.
Rumusan
Tuntasnya, ahli geologi memainkan peranan yang sangat
penting dalam melakukan penemuan baharu terutamanya
dalam kemajuan negara yang kian pesat ini. Hal ini kerana,
mereka dapat membantu dalam mengesan keadaan bumi
dan selok belok fizikal bentuk muka bumi terutamanya
semasa aktiviti pembangunan untuk mengelakkan tragedi
semula jadi yang tidak diingini. Oleh itu, wajarlah bahawa
ahli geologi merupakan satu bidang kerjaya yang perlu
diberi perhatian dan perlu dipertingkatkan pada masa kini
bagi menjalankan penyelidikan untuk merungkai
keistimewaan yang ada pada muka bumi ini untuk
kepentingan masa
hadapan.
Rujukan
https://rootofscience.com/blog/2017/sains-fizikal/geologi/apakah-itu-geologi/
https://en.wikipedia.org/wiki/Geologist
http://lamangeologi.blogspot.com/2009/12/geology-definition.html
https://www.slideshare.net/juncing/185974110-003inventoriminatkerjaya
https://www.researchgate.net/publication/296601283_Hazards_faced_by_geologists
https://www.researchgate.net/publication/296601283_Hazards_faced_by_geologists