The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lme.eraw, 2021-03-03 22:51:54

BGS210 - GURU KAUNSELING

BGS210 - GURU KAUNSELING

EKSPLORASI KERJAYA
GURU KAUNSELING

BGS210 - Obliging

ISI KANDUNGAN Halaman
3-9
Bil. Kandungan 10
1. Biodata Ahli Kumpulan 11
2. Pengenalan Kerjaya Pilihan 12
3. Trait Minat Kerjaya Yang Sesuai 13
4. Trait Inventori Personaliti Yang Sesuai 14
5. Skop Tugas Kerjaya Tersebut
6. Kelulusan Akademik Yang Diperlukan 15-16
7. Risiko Dan Cabaran Kerjaya 17
8. Peluang Pekerjaan Di Malaysia 18
9. Rumusan

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA: Tiong Chi Yuan
ID PRS: PRSB 2078
JANTINA: Lelaki
SEKOLAH: SMJK Chung Hwa Klang
JAWATAN: Ketua

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA: Leong Yin Yi
ID PRS: PRSB 2076
JANTINA: Perempuan
SEKOLAH: SMJK Chung Hwa Klang
JAWATAN: Penolong Ketua

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA: Hoh Shu Yen
ID PRS: PRSB 2077
JANTINA: Perempuan
SEKOLAH: SMJK Chung Hwa Klang
JAWATAN: Setiausaha

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA: Teoh Shu Ying
ID PRS: PRSB 2085
JANTINA: Perempuan
SEKOLAH: SMK Jugra
JAWATAN: Bendahari

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA: Khoo Siew Ching
ID PRS: PRSB 2084
JANTINA: Perempuan
SEKOLAH: SMK Jugra
JAWATAN: AJK

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA: Lee Cheau Yee
ID PRS: PRSB 2075
JANTINA: Perempuan
SEKOLAH: SMJK Chung Hwa Klang
JAWATAN: AJK

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA: Kaven Raj A/L Velu
ID PRS: PRSB 2083
JANTINA: Lelaki
SEKOLAH: SMK Jugra
JAWATAN: AJK

PENGENALAN

Guru kaunseling ditakrifkan sebagai orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat
kepada pelajar yang menghadapi masalah. Dalam erti kata lain, individu yang mampu memberikan
khidmat kaunseling. Seterusnya, guru kaunseling tergolong dalam bidang psikologi dan kaunseling.
Oleh itu, guru kaunseling mestilah merupakan seorang profesional yang berdaftar dan terlatih
dalam bidang kaunseling.

Seperti yang telah dijelaskan di atas, guru kaunseling merupakan individu yang memainkan
peranan penting dalam mengendalikan perkhidmatan kaunseling dan sesi kaunseling. Justerunya,
guru kaunseling patutlah mempunyai kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Antara peranan utama
guru kaunseling adalah menangani dan menyelesaikan masalah pelajar
berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat.

TRAIT MINAT KERJAYA YANG SESUAI

Seseorang yang ingin menceburi bidang kerjaya ini haruslah mempunyai sikap suka
menolong dan seronok membantu. Sebagai contoh, individu yang sentiasa membantu orang lain
tanpa mengharapkan balasan layak untuk menjadi seorang guru kaunseling. Di samping itu,
individu yang sudi menyelesaikan masalah orang lain tanpa mengambil kira apa sahaja
kesukaran yang dihadapi oleh orang tersebut juga sesuai untuk menceburi kerjaya ini.

Dalam kalangan murid pula, mereka yang gemar menolong cikgu dalam pengurusan
pelajar juga serasi untuk menjadi seorang guru kaunseling. Tamsilnya, mereka yang bersukarela
untuk bertugas semasa hari pendaftaran murid tingkatan satu dan peralihan.

TRAIT INVENTORI PERSONALITI YANG SESUAI

Sukarelawan

Baik Hati Positif

Rajin Inventori Berani
Personaliti Bersemangat
Bertanggung
-jawab Sabar

SKOP TUGAS KERJAYA

➢ Memberikan panduan kepada pelajar tentang mata pelajaran yang wajib dikuasai oleh
seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai cita-citanya.

➢ Membantu pelajar supaya dapat membuat persediaan awal untuk menempuh alam
kerjaya.

➢ Membimbing pelajar supaya segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah
selaras dengan apa yang diingini olehnya.

➢ Menolong pelajar untuk mencapai matlamat hidupnya iaitu ke arah penyempurnaan
kendiri.

➢ Mengadakan sesi kaunseling untuk membantu pelajar mencari
jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.

KELULUSAN AKADEMIK YANG DIPERLUKAN

Lulus dengan ijazah Memohon untuk Lulus permohonan
sarjana muda atau menjadi kaunselor dan menjadi guru
sarjana dalam yang berdaftar dan kaunselor yang
bimbingan dan bertauliah dari berdaftar dan
kaunseling. Lembaga Kaunselor diperakui.
Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://pdfslide.net/documents/piawai-kelayakan-dan-latihan-kaunselor-2012.html

RISIKO DAN CABARAN KERJAYA

➔ Pengurusan dan pentadbiran yang tidak terancang

Pihak pengurusan dan pentadbiran meletakkan tanggungjawab kepada seseorang guru
kaunseling menyebabkan individu ini tidak dapat memberi komitmen dalam tugas utama
mereka.

➔ Tahap pemikiran ibu bapa yang tidak mahu berubah ke arah hadapan

Beranggapan bahawa anak-anak yang berjumpa dengan guru kaunseling merupakan
anak-anak yang telah melakukan kesalahan.

➔ Peruntukan kepada unit kaunseling yang sedikit

Guru kaunseling perlu bekerja keras bagi memperoleh penaja bagi program yang dianjurkan
untuk para murid.

➔ Terdapat pelajar yang tidak suka bercakap

Komunikasi yang bersifat sehala akan menyebabkan komunikasi terhalang. Rentetan itu,
pelajar tersebut tidak dapat dibantu dengan berkesan.

➔ Guru kaunseling tidak mendapat kerjasama daripada guru mata pelajaran
yang tidak membenarkan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling pada
waktu pdpc

Guru beranggapan bahawa pelajar boleh mengetepikan masalah mereka dan memberi fokus
dalam pelajaran sedangkan pelajar masih belum cukup matang dalam menangani masalah
mereka.

➔ Kaunselor perlu sentiasa mempertingkatkan teknik &
kemahiran kaunseling

Supaya dapat mengadakan sesi kaunseling dan memberikan perkhidmatan kaunseling yang
lebih berkesan.

PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA

Pada umumnya, lulusan bidang bimbingan dan kaunseling boleh bekerja di :

❏ Jabatan Perkhidmatan Awam [Bahagian Psikologi dan Kaunseling]
❏ Syarikat swasta
❏ Organisasi bukan keuntungan
❏ Organisasi bukan kerajaan
❏ Institusi pendidikan
❏ Institusi kebajikan
❏ Pusat pemulihan dadah

Secara khususnya, hanya individu yang mempunyai kelulusan Pendidikan Bimbingan dan
Kaunseling boleh ditempatkan untuk bertugas di sekolah kerajaan.

RUMUSAN

Kesimpulannya, guru kaunseling merupakan kerjaya yang sungguh penting di negara kita.
Hal ini kerana terdapat banyak pelajar yang memerlukan bimbingan dan bantuan semasa berada
di sekolah rendah atau sekolah menengah. Pada masa ini, pelajar masih belum cukup matang
dan akil baligh untuk menguruskan emosi sendiri. Oleh itu, guru kaunseling memainkan
peranan yang signifikan dalam membimbing dan menolong pelajar di sekolah.

Guru kaunseling merupakan sejenis pekerjaan yang sangat memenatkan. Hal ini kerana
guru kaunseling akan menemui banyak cabaran. Oleh itu, seseorang yang ingin menjadi seorang
guru kaunseling haruslah benar-benar berminat dan berdedikasi. Walaubagaimanapun, kerjaya
ini masih sesuai untuk dijadikan sebagi kerjaya impian. Kita harus sedar bahawa perasaan puas
hati dan gembira yang diwujudkan melalui membantu orang lain adalah tidak ternilai. Pendek
kata, guru kaunseling merupakan satu profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh
masyarakat.


Click to View FlipBook Version