MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 2
TARIKH: 15-11-2021
HINGGA
19-11-2021
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
Mata Pelajaran Pendidikan Moral Sasaran Tingkatan 2
Tajuk Hubungan Antara Diri, Komuniti Dan Masyarakat
Standard Kandungan 8.0 Perkhidmatan Awam Pemangkin Pembangunan Negara
Standard 8.1.1 Mengenal pasti agensi perkhidmatan awam yang terdapat di
Pembelajaran Malaysia
8.1.2 Menyatakan kepentingan agensi perkhidmatan awam kepada
Masyarakat
8.1.3 Menyenaraikan cara menghargai dan peranan agensi
Perkhidmatan awam
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat :
Pembelajaran 1. Mengenal pasti agensi perkhidmatan awam yang terdapat di
Malaysia
2. Menyatakan kepentingan agensi perkhidmatan awam kepada
Masyarakat
3. Menyenaraikan cara menghargai dan peranan agensi
Perkhidmatan awam
Standard Prestasi TP 1 : Menyatakan agensi perkhidmatan awam yang terdapat di Malaysia
TP 2 : Mengenal pasti kepentingan agensi perkhidmatan awam kepada
masyarakat
TP 3 : Menyenaraikan cara menghargai dan peranan agensi perkhidmatan
awam.
Tempoh 1 jam 30 minit
Nota Rujuk Lampiran 1
Arahan 1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang diberikan dalam
lampiran1.
2. Anda perlu membuat nota tajuk ini dalam bentuk peta i-think
3. Jawab soalan kuiz dengan merujuk nota dan buku teks
Lampiran 1
Nota
1. Agensi perkhidmatan awam ialah organisasi atau badan yang mengendalikan sesuatu tugas, usaha,
khidmat dan bertanggungjawab melaksanakan dasar kerajaan.
2. Agensi perkhidmatan awam memastikan pembangunan negara dilaksanakan mengikut perancangan
yang ditetapkan.
3. KEPENTINGAN AGENSI PERKHIDMATAN AWAM KEPADA MASYARAKAT
• Menjadi perantara kerajaan dengan rakyat
• Memberikan kemudahan kepada rakyat
• Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang pelbagai perkhidmatan awam
yang disediakan
• Membantu melicinkan pentadbiran negara
• Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat
4. PERANAN AGENSI PERKHIDMATAN AWAM
• Agensi perkhidmatan awam berperanan untuk memberikan penerangan dan perkhidmatan kepada
rakyat mengikut tugas dan bidang masing-masing.
• Kakitangan agensi perkhidmatan awam yang terlatih akan menyalurkan pengetahuan mereka
kepada rakyat agar dapat merealisasikan aspirasi negara.
• Memandangkan agensi perkhidmatan awam banyak memberikan manfaat kepada rakyat, kita
sepatutnya mengamalkan nilai bertanggungjawab, patriotism, berterima kasih, berhemah tinggi dan
rasional atas perkhidmatan yang diberikan.
• Kita perlulah sentiasa sabar dan berbudi Bahasa kepada kakitangan di agensi perkhidmatan awam.
5. CARA MENGHARGAI AGENSI PERKHIDMATAN AWAM
• Mematuhi etika ketika berurusan di agensi perkhidmatan awam.
• Menyokong program yang dianjurkan
• Tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
• Mengucapkan terima kasih selepas mendapatkan perkhidmatan
• Tidak memandang rendah kepada kakitangan agensi perkhidmatan awam.
• Menggunakan bahasa yang sopan ketika berurusan
SILA JAWAB SOALAN KUIZ DI BAWAH
1. Sila nyatakan 5 agensi perkhidmatan awam yang terdapat di Malaysia.
a.
b.
c.
d.
e.
2. Berikan 4 kepentingan agensi perkhidmatan awam kepada masyarakat.
a.
b.
c.
d.
3. Nyatakan 4 cara menghargai agensi perkhidmatan awam.
a.
b.
c.
d.
4. Isikan Jawapan Yang Tepat Dalam Ruangan Yang Disediakan
1. Agama, kepercayaan , norma masyarakat dan Rukun Negara dikenali sebagai
2. Kaum India mengamalkan amalan sujud kaki untuk mendapat
3. melakukan upacara Naamkaran, iaitu upacara memberikan nama kepada
bayi yang baru lahir.
4. Ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama seperti ,,
dan .
5. Cara menjaga kesihatan diri ialah , dan
6. Ciri-ciri jiran negatif ialah , dan
. , dan
7. Agensi perkhidmatan awam ialah
8. Alam siber merangkumi dan .
9. Melindungi wanita ialah mengelakkan wanita daripada
10. Orang kurang upaya juga mempunyai untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang
.
bersenam sumber Sombong hospital Kaum Bercakap hak Pemaaf Tidur tenang Makanan
moral Sikh benar sabar restu mengumpat seimbang
Buruk
Sekolah Mahkamah diskriminasi dianiayai internet blog sangka
5. Lengkapkan jadual dengan perlakuan beradab di tempat awam.
CONTOH TEMPAT PERLAKUAN BERADAB DI TEMPAT AWAM
AWAM
1.Perpustakaan
2.Hospital
3. Pejabat Pos
4.Lapangan terbang
6. Lengkapkan jadual berikut: PERANAN GAMBAR
BIL AGENSI PERKHIDMATAN AWAM
• Memelihara
1 POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) undang-
undang dan
2 SURUHANJAYA PENCEGAHAN ketenteraman
RASUAH MALAYSIA (SPRM)
• Mengekalkan
keamanan
dan
keselamatan
Malaysia
• Mencegah
dan
mengesan
penjenayah
• Menangkap
dan
mendakwa
pesalah
3 JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT MALAYSIA
4 JABATAN PENERANGAN
MALAYSIA
5 KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
SEKIAN,
TERIMA
KASIH