ِب ْســــــــــــــــــ ِم الل ِه ال َّر ْحم ِن ال َّر ِح ْْ ِم
PROGRAM : MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : USTAZ ABDUL SHUKOR ABDUL HASSAN
SESI : DISEMBER 2020
NURUL AINA BATRISYIA BINTI AZEMI 32DDT20F1003
SITIZULAIKHA BINTI SALIM 32DDT20F1013
32DDT20F1016
ALYSA AQMAR AFIEZA BINTI SHAH RIEZAL 32DDT20F1008
ALIA ZULAIKHA BINTI HARISHARDY
UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 1
2 PENGENALAN 2-3
3 Kesan kepada kesihatan mengambil bahan 4-5
4 terlarang 6-8
5 langkah – langkah menangani gejala 9-13
6 pengambilan bahan terlarang . 14-15
7 16-17
8 Masalah Pergaulan Bebas Antara Pelajar
9 Lelaki dan Perempuan di Politeknik
10 Malaysia.
11
12 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah
Pergaulan Bebas
Kesan-Kesan Pergaulan Bebas
Langkah-Langkah Menghindari Pergaulan
Bebas
PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG
DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
PENGENALAN
Gejala penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar
IPT sudah menjadi satu masalah serius yang kini melanda
segenap lapisan masyarakat di dunia ini. Fenomena ini
sebenarnya bukanlah masalah yang baru , bahkan telah wujud
berkurun lamanya. Penyalahgunaan bahan terlarang bukan
tertumpu pada dadah sahaja tetapi ia melibatkan
penyalahgunaan rokok dan minuman beralkohol. Di Malaysia,
penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT
bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah menjadi satu
ancaman bukan sahaja kepada individu atau keluarga, malah
turut menjadi satu masalah besar kepada negara. Peningkatan
kes penyalahgunaan bahan telarang setiap tahun telah
menuntut pelbagai usaha untuk memerangi gejala ini yang
sememangnya berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang
begitu hebat.
Masalah penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan
generasi muda khususnya pelajar IPT di negara ini adalah satu
masalah besar yang sentiasa mendapat tumpuan ramai
terutama sekali oleh pihak berkuasa. Golongan ini merupakan
modal insan dan aset penting negara yang sangat berharga
untuk membangunkan negara pada masa akan datang .
Kesan kepada kesihatan
mengambil bahan terlarang
Bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan
dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan
terhadap oran lain. Kesan bahan tersebut adalah seperti,
dadah membuatkan seseorang bersikap tidak
bertanggungjawab kepada kerja atau pembelajarannya.
Contohnya ,penagih dadah akan hilang semangat untuk
belajar dan mengabaikan tugasan mereka.
Hal ini demikian kerana, kesan daripada pengambilan
dadah yang menyebabkan mereka berada dalam dunia
yang tidak wujud. Dadah boleh menjadikan seseorang
pelajar itu kelihatan kurus ,lemah tenaga dan kelihatan
berada dalam khayalan . Hal ini kerana, dadah yang
mengandungi kandungan yang bahaya akan menyebabkan
penagih dadah menjadi lebih kurus hari demi hari
Apabila seseorang itu mengambil dadah ia akan berasa
cepat letih terutamanya apabila ketagihan dadah .
Selain itu, rokok juga boleh meyebabkan perokok mudah
mendapat penyakit jantung , barah paru-paru dan
masalah saluran pernafasan yang teruk. Bukan itu sahaja,
asap rokok itu juga akan menganggu keselesaan orang
sekeliling. Ini menyebabkan mereka berada dalam
keadaan bahaya kerana risau akan kesihatan mereka . Ini
kerana pelbagai bahan toksik seperti nikotin , karbon
monoksida dan tar yang terkandung dalam rokok tersebut.
Seterusnya, dari segi minuman alkohol pula, ia boleh
merosakkan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran
hempedu, menyebabkan sirosis hati dan hepatitis.
Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan
memberi kesan kepada sistem saraf pusat. Dalam kes-kes
yang teruk, penggunaan berterusan alkohol boleh
menyebabkan kematian. Malah, dari sudut agama sendiri,
alkohol dan meminum minuman keras adalah diharamkan
kepada semua umat Islam kerana bahaya serta kesan yang
dibawanya.
langkah – langkah menangani
gejala pengambilan bahan
terlarang .
Terdapat beberapa cara untuk menangani gejala
pengambilan bahan terlarang .Antarnya ialah pihak
kerajaan dan pihak ipt boleh mengadakan kempen
kesedaran diri tentang bahayanya pengambilan
bahan terlarang di kampus-kampus.selain itu,
Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari
penyalahgunaan dadah.Pihak yang berkenanaan
sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha
untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah
perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah.
Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti
ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini
bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan
serta kefahaman kepada masyarakat terutama
golongan remaja tentang bahaya dadah dan
kesedaran mereka.Selain itu, pihak yang berkenaan
boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti
perkhemahan motivasi dan sebagainya .
seterusnya , mewujudkan kerjasama di antara orang
awam dan kerajaan.Hal ini bertujuan supaya sentiasa
berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa
terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh,
masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta
bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan
yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan
bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka.
Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
Seterusnya , ibubapa juga perlu memainkan peranan
penting dengan sentiasa memantau segala aktiviti anak-
anak dan mengetahui dengan siapa anak mereka
berkawan.ibubapa juga perlu sentiasa menanyakan
tentang masalah anak yang mereka hadapi dan sentiasa
memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara
yang negative.
Akhlir sekali, Pihak kerajaan juga perlu menubuhkan
rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi
rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai
peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh,
kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah
pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk
merawat serta memulihkan pemikiran mental serta
tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di
redhai Allah . individu juga perlu sentiasa berwaspada
supaya tidak terjerumus ke dalam kancah bahan
terlarang.
Masalah Pergaulan Bebas
Antara Pelajar Lelaki dan
Perempuan di Politeknik
Malaysia.
Masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT
telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu
sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap
lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu
masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana
para remaja merupakan generasi yang akan
mewarisi negara. Jika kita tidak dapat melahirkan
generasi akan datang yang berwibawa maka
pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini.
Daripada perspektif ibubapa dan pensyarah pula,
masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT
mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan
anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada
agama, bangsa dan negara.
Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita
wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun
lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu
dipisahkan dari tempat tidur mereka. Manakala bagi
lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu
ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil
baligh.
Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah
rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah
S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu
yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai
hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui
melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi.
Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita
tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki
dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai
masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas
bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil
sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan
bayi yang tidak berdosa.
Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya
telah tersebar dalam kalangan para remaja serta muda-
mudi di negara ini. Lebih mengejutkan lagi ianya turut
melanda mahasiswa dan mahasiswi di IPT yang mana
mereka ini adalah dikategorikan sebagai intelektual yang
merupakan pelapis negara yang bakal menerajui
kepimpinan sekaligus diharapkan dapat membangunkan
dan memajukan negara ini pada suatu masa akan datang.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dilihat
menjadi penyumbang kepada masalah kebejatan akhlak
dalam masyarakat Malaysia kini khususnya di kalangan
mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam konteks
kehidupan mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara
dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan
perasaan dan emosi dengan betul dan berkesan.
Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat
dalam perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya
pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang
sepatutnya diutamakan. Malangnya ada antara mahasiswa
yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini terdiri dari
pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak
terutama ibu bapa dan keluarga. Perbuatan yang
dilakukan tidak hanya mencemar maruah diri tetapi turut
mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden
yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa
mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan
benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran
dunia remaja.
Maka dengan ini, sewajarnya kita dekatilah mereka dan
bimbinglah mereka yang bermasalah agar mereka ini tidak
terus dilalaikan dengan maksiat. Dengan itu, gejala sosial
dalam kalangan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih
efektif. Pihak politeknik terutamanya bahagian Hal Ehwal
Pelajar (HEP) perlulah memainkan peranan yang
sewajarnya dalam menangani gejala sosial dalam kalangan
mahasiswa dah mahasiswi. Justeru, dasar pengasingan
penginapan mengikut jantina diharapkan dapat
dilaksanakan secara menyeluruh untuk setiap kolej
kediaman mahasiswa dan mahasiswi oleh pihak
politeknik. Inilah langkah asas yang dilihat paling praktikal
dalam menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa
selain penguatkuasaan peraturan tatatertib politeknik
terhadap pelajar dengan konsisten dan berhemah.
Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Masalah
Pergaulan Bebas
1. Diri remaja sendiri
Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami
perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara
berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja
merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai
kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek
fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong
pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian
seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan
pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan
kepada diri sendiri.
Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin
tahu serta kehendak mencuba perkaraperkara baru dalam
hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan
pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja mencuba
perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan
buruknya sejak awal lagi.
Seorang anak remaja sering dianggap boleh berdikari serta
tidak memerlukan pengawasan daripada ibubapa berbanding
semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala
menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan
perhatian kepada anak remaja terutamanya bagi mereka yang
mempunyai anak-anak lain yang masih kecil. Oleh itu remaja
yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu
lain bagi mengisi kekosongan tersebut.
2. Keluarga
Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar
terhadap perkembangan anak remaja. Remaja yang
sering menerima tekanan dan tidak mendapat
kepercayaan daripada ahli keluarga sering memilih
untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan masalah.
Sebaliknya, keluarga yang mampu memberikan kasih
sayang yang mencukupi akan menyebabkan remaja
merasai dirinya lengkap bersama-sama dengan
keluarga.
Kaedah penjagaan anak-anak yang terlalu mudah
menghukum atau pilih kasih akan menyebabkan
remaja memberontak serta memilih untuk menjauhkan
diri dari ahli keluarga. Berbeza dengan ibubapa yang
cuba memahami anak remaja serta berusaha untuk
menjadi rakan kepada anak mereka sendiri, akan
mendapat kepercayaan daripada anak-anak untuk
menjadi tempat perluahan masalah sekaligus
mengurangkan risiko anak-anak untuk bergaul rapat
dengan orang lain yang tidak dikenali.
Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang
besar dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi
keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di
luar. Masalah dalam perkahwinan, kewangan,
pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara
isu yang dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga.
Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga menangani
permasalahan yang wujud menyebabkan remaja lebih
selesa untuk berada di luar rumah.
3. Sekolah
Waktu persekolahan memberikan impak besar
dalam kehidupan remaja kerana dalam sehari
sekurang-kurangnya 6 jam akan diperuntukkan oleh
remaja di sekolah. Kaedah pengajaran, kawalan
disiplin serta persekitaran di sekolah amat
menyumbang kepada pembentukan sahsiah diri
remaja seterusnya menjauhi mereka dari perlakuan
negatif seperti ponteng sekolah dan pergaulan
bebas. Namun begitu dalam perkara ini tidak
dinafikan disiplin serta jati diri remaja sendiri
diperlukan untuk mereka memilih antara yang baik
dan yang buruk terutamanya kerana pelajaran
adalah jaminan untuk masa depan.
Selain itu pihak sekolah yang gagal memberikan
sokongan kepada pelajar-pelajar yang telah
dikenalpasti bermasalah dalam pelajaran serta
kelakuan menyebabkan golongan remaja ini
terpinggir dan tiada bimbingan. Hubungan rapat di
antara pihak sekolah dan ibubapa seharusnya
menjadi kekuatan untuk menangani pelajar yang
bermasalah agar pelajar mencari penyelesaian di
dalam dua sistem sokongan ini sahaja dan bukannya
mencari individu lain sebagai jalan keluar.
4. Rakan sebaya
Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta
mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang
berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga
terlibat dalam masalah sosial sering berjaya
mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang
hampir sama membolehkan kepercayaan diperolehi
dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi
masalah yang sama menyebabkan remaja
merasakan rakan adalah orang yang paling
memahami dirinya dan mengetahui jalan
penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya
berkeadaan begitu.
Sebagai anak remaja yang kebanyakannya gemar
berkawan secara berkumpulan, remaja juga didapati
mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar mereka
mudah diterima dalam kumpulan. Remaja mahu
dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang
ditunjukkan oleh rakan-rakan. Oleh yang demikian
walaupun adakalanya mereka telah mengetahui
keburukan perlakuan tersebut namun remaja masih
melakukannya kerana ingin mendapatkan
kepercayaan daripada rakan-rakan.
5. Pengaruh media massa
Kemunculan media sosial yang terlalu meluas
menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada
pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini
berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya
sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah
keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas
adalah berpunca daripada maklumat-maklumat
tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja.
Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk
menapis maklumat dengan rasional, remaja akan
terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan
serta mengambil keputusan untuk berpasangan
serta terlibat dalam pergaulan bebas
Kesan-Kesan Pergaulan
Bebas
1. Pembuangan bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan
menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini
menyebabkan remaja perempuan mengandung
sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja
yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak
berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang
baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas
awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.
2. Perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Kebanyakan pemuda yang berkahwin akibat
daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga
adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak
matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan
pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat
pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia
tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah
hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara
kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes
perceraian yang berlaku di Malaysia.
3. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa
maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan
oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita,
tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara
penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh
membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui
sehingga ke hari ini.
4. Kes pelacuran
Mengikut surat khabar jurnal, seorang kanak-kanak
berusia sembilan tahun di Pulau Pinang dikatakan
mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam"
di sebuah pusat hiburan. Kajian turut mendapati kes
pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun
adalah paling berisiko untuk terjerumus ke dalam
pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah
golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran
adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti
ibu bapa masing-masing mempunyai masalah
psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi
pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.
Langkah-Langkah
Menghindari Pergaulan
Bebas
1. Memperkuat pendidikan agama
Anak yang mempunyai dasar pendidikan agama serta
moral yang kokoh tidak akan mudah terjerumus ke dalam
pergaulan bebas, karena ia tahu dan bisa membedakan
hal yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral
dapat memperkuat iman seseorang sejak dini. Jika sejak
kecil seseorang telah tertanam mengenai pengertian
benar dan salah, biasanya ia akan dapat menghindari
pergaulan bebas yang jelas – jelas merupakan hal yang
tidak benar.
2. Membentuk karakter yang positif
Pembentukan 4 karakter manusia sejak kecil sangat
diperlukan agar ia dapat menjadi peribadi yang kuat dan
berpendirian kukuh, sehingga walaupun mempunyai
kesempatan untuk hidup bebas, ia dapat mengendalikan
dirinya. Teguh berpegang pada prinsip hidup merupakan
salah satu cara untuk menghindari pergaulan bebas.
3. Mempererat hubungan orang tua dan anak-anak
Hubungan orang tua dan anak yang erat secara langsung
akan memberikan pengawasan yang lebih baik kepada anak.
Jika anak dekat dan terbuka dengan orang tua, mereka akan
dapat langsung bertanya mengenai berbagai macam
persoalan bahkan yang dianggap sensitif dan tabu seperti
seks bukannya mencari informasi yang bisa jadi menyesatkan
pada pihak lain.
4. Memberikan pendidikan seks pada anak dan remaja
Keingin tahuan remaja mengenai hal yang berkaitan dengan
seksualitas terkadang tidak mendapatkan penyaluran yang
benar, sehingga mereka terkadang akan mencari tahu melalui
jalan yang salah. Informasi yang berkaitan dengan seksualitas
sepatutnya didapatkan anak sejak dini, tentu saja disesuaikan
dengan bahasa yang cocok dengan usia anak. Dengan
demikian mereka juga dapat mengetahui bahaya dan akibat
dari pergaulan bebas
5. Mengisi waktu lapang
Salah satu faktor yang turut memberi kesempatan bagi
remaja dengan kehidupan bebas adalah tersedianya banyak
waktu luang. Apabila waktu luang tersebut diisi dengan
kegiatan yang positif dan berguna, maka tidak akan ada
waktu untuk memikirkan hal – hal yang menyimpang. Cara
bergaul bagi orang pendiam dapat dilakukan dengan mengisi
waktu melalui kegiatan positif.
PLAGIARISME
Plagiarisme merupakan perbuatan yang telah lama wujud sejak dahulu lagi.
Namun, pada zaman berteknologi ini khususnya mempunyai internet, masalah
Plagiarisme berkembang dengan serius. Pada zaman dahulu, plagiarism dilakukan
Dengan cara menyalinkannya kedalam kertas menggunakan pensel atau pen.
Pada zaman kini, plagiarism dilakukan dengan cara menyalin dan menampal
(copy and paste) kandungan yang dikehendaki melalui internet tanpa menulis
Seperti zaman dahulu.
Apa itu PLAGIARISME? Ia merupakan aktiviti menciplak karangan, isi kandungan,
pendapat dan lain-lain. Individu yang melakukan perbuatan ini dipanggil sebagai
Plagiator. Selain itu, mereka akan mengakui hasil kerja mereka adalah daripada
titik peluh sendiri. Aktiviti ini mudah dilakukan oleh individu yang tidak
bertanggungjawab kerana sumber rujukan amat mudah untuk diakses seperti
dalam bentuk teks yang terdapat melalui laman web atau blog.
JENIS PLAGIAT
PLAGIARISME REMIX
Plagiarisme remix, perbuatan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber,
menggabungkan ke dalam satu kerja dan kemudian mendakwa ia adalah
sebagai kerja sendiri. Ini dianggap plagiarisme apabila tidak ada petikan yang
menyatakan sumber maklumat tersebut.
CARI DAN GANTIKAN PLAGIARISME
Cari dan gantikan plagiarisme merupakan perbuatan menukar kata kunci dan
frasa kandungan asal, tetapi menjaga bahagian utama sumber asal. Jenis
perbuatan ini sangat dekat dengan plagiarisme clone dan CTRL + C.
CTRL + C PLAGIARISME
CTRL+C plagiarisme sama seperti plagiarisme clone, Walaupun terdapat
beberapa perubahan-prunahan kecil pada kandungan. Kebanyakannya, adalah
dipotong dan disisipkan, namun, kelihatannya seperti karya penulis
PUNCA / SEBAB PLAGIAT
SIFAT PELAJAR ITU SENDIRI.
Kebanyakan pelajar yang melakukan plagiarism ini adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu dalam diri
mereka. Mereka ini telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru
tanpa usaha sendiri. Berjaya menjejaki kaki ke menara gading tanpa
usaha sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan
terbawa-bawa ke universiti. hal ini, apabila di Universiti kebanyakan
pelajar seperti ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dan akan
ketinggalan seterusnya terpaksa menamatkan pengajian terlebih awal.
PELAJAR KURANG MAHIR MENCARI MATLUMAT.
Pelajar yang tidak terdedah dengan kemahiran mencari maklumat akan
mengalami kesulitan untuk menyiapkan tugasan. Situasi ini akan
menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan
plagiarism. pelajar seharusnya didedahkan dengan kemahiran mencari
maklumat. Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara
menyelidik serta tahu objektif dan tujuan utama tugasan mereka bagi
mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Dengan cara ini, hasil kerja
yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti tinggi
serta tidak mempunyai hasil yang sama seperti org lain.
KURANG KESEDARAN DALAM PLAGIARISME.
Kebanyakan pelajar kurang jelas dengan maksud sebenar plagiarism.
Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan.
Sebaliknya, pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugasan
dan bukannya meniru bulat-bulat isi kandungan orang lain. Jadi, para
pendidik perlu mewujudkan satu sesi khas atau sesi kaunseling dengan
pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar
seperti isu plagiarism ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan
tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan
buruk sekiranya mereka terus mengamalkan konsep plagiarisme ini.
KESAN
KEGAGALAN·
Sama ada di peringkat sekolah, peringkat universiti ataupun sektor
pekerjaan, akan menyatakan dasar yang menggariskan proses disiplin
jika didapati bersalah melakukan plagiarisme. Hukuman kadang-
kadang berbeza berdasarkan kepentingan tugasan tersebut. Pada
tugasan yang mudah, kemungkinan guru akan memberikan markah
rendah pada kerja tersebut. Pada kertas ilmiah atau projek besar,
berkemungkinan akan gagal projek atau kelas pada kesalahan yang
pertama. Jika kesalahan pertama akan menyebabkan kegagalan
kepada projek, kesalahan yang berikutnya boleh menyebabkan
kegagalan kepada seluruh subjek secara automatik. Pengajar pula,
sering meletakkan prosedur khas mereka dalam kelas mengikut
sukatan pelajaran
PENGGANTUNGAN ATAU DIBUANG
Sekolah tinggi atau kolej biasanya terlibat jika kejadian plagiarisme
diulangi. Ia berpunca dari satu atau lebih ramai pengajar melaporkan
kejadian ini melalui formal proses laporan disiplin sekolah. Di
peringkat sekolah menengah, pendengaran/sesi kaunseling oleh pihak
sekolah biasanya diadakan untuk menentukan sama ada tingkah laku
tersebut telah melanggar kod di mana memerlukan pelaksanaan
semula kerja ataupun pemberian markah yang rendah. Manakala di
universiti, lembaga kehakiman biasanya Pihak Fakulti akan
melaksanakan pendengaran tatatertib pelajar dan pensyarah jika ia
sampai ke tahap kod tingkah laku yang mewajarkan penggantungan
atau pembuangan pendengaran.
CARA MENANGANI
MASALAH PLAGIAT
-Bagi seseorang penulis akademik, mereka seharusnya mempunyai
kesedaran dalam diri mereka tentang 'originality' atau keaslian
sesebuah karya yang mereka hasilkan. Mereka sewajarnya lebih
bersifat jujur dan ada rasa tanggungjawab terhadap karya akademik
mereka sendiri.
-Seseorang penulis itu juga perlulah bersifat mahir dalam membaca
karangan atau penulisan orang lain dan pandai melakukan
pengolahan ayat. Bukan sahaja perlu bijak menyusun semula kata-
kata penulis asal, tapi ia tidak boleh lari dari makna sebenarnya.
-Selain itu, perlu diterapkan rasa hormat akan penulisan orang lain
dengan menceritakan tentang penulisan tersebut. Pensyarah juga
perlu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi gerak kerja
pelajar. Jika pensyarah itu sendiri bersifat acuh tak acuh,
berkemungkinan besar pelajar dapat melakukan plagiat dengan
mudah.
-Pensyarah juga boleh memberikan sedikit penghargaan kepada
pelajar mereka yang tidak melakukan sebarang aktiviti plagiarisme
sepanjang sesi kuliah dengan mereka. Hal ini boleh menjadikan
mereka percaya pada diri sendiri, yakni penulisan mereka.
KESIMPULAN
Tindakan plagiarisme adalah satu tindakan serius dan tidak boleh
dipandang remeh dalam penulisan akademik bukan sahaja di Malaysia
malah di seluruh dunia. Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa
amalan plagiat ini adalah amalan menipu maka ia juga dikelaskan
sebagai amalan yang menyalahi hukum agama. Hal ini semakin hari
semakin meruncing apabila terdapat segelintir pelajar tidak
bertanggungjawab yang bertindak mencuri atau menyalin dan
menampal hasil kerja orang lain ke dalam kerja mereka tanpa
sebarang sumber rujukan. Oleh itu, hal ini perlu ditegaskan dalam
kalangan pelajar agar perkara ini dapat ditangani dengan mudah.