The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-30034725, 2021-09-13 11:56:34

TEKS UCAPAN PELANCARAN CHANNEL PSS

TEKS UCAPAN PELANCARAN CHANNEL PSS

TEKS UCAPAN PERASMIAN

CHANNEL
TELEGRAM DAN
TVPSS PLATFORM

YOUTUBE

UNIT PUSAT SUMBER
SK TAMAN DAYA 2
2021

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam TS25.

Yang saya hormati Barisan SLT SK Taman Daya 2, Cikgu
Sinasuria binti Mohd Sikon, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, yang saya hormati Cikgu Maslinda binti Yahaya
Guru Penolong Kanan HEM, yang saya hormati, Cikgu Dara
binti Khamis, guru penolong kanan kokurikulum, Cikgu
Solikin bin Ahmad, guru penyelia petang, Cikgu Amalina
selaku guru media SK Taman Daya 2 , ahli-ahli jawatankuasa
pusat sumber SK Taman Daya 2, barisan MLT, murid – murid
yang saya kasihi serta para hadirin sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada hari ini kerana
berjaya dihimpunkan dalam majlis ilmu iaitu Majlis
Pelancaran Channel Telegram PSS dan Channel Youtube
TVPSS SK Taman Daya 2. Di kesempatan ini dalam norma
baharu ketika kita sedang dihimpit gejala Covid19 yang
semakin memuncak. Alhamdulillah rakan – rakan guru
khususnya unit PSS dapat menjalankan satu lagi inisiatif untuk
memastikan kelangsungan pendidikan murid – murid SK
Taman Daya 2 dapat direalisasikan.

Pada pagi yang bertuah ini, saya bersyukur kerana unit
PSS telah merancang pelbagai program khususnya program
yang dapat memupuk minat membaca dalam kalangan
murid – murid SK Taman Daya 2. Sebagai guru besar saya
mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada unit
PSS kerana akan melancarkan satu inisiatif atau

penambahbaikan untuk pembelajaran murid – murid iaitu
Channel Telegram PSS dan TVPSS di platform Youtube.

Program TVPSS merupakan satu inisiatif aktiviti
pendidikan yang menyokong ke arah pembelajaran abad
ke-21 yang menekankan kemahiran komunikasi, pemikiran
kritis, kolaboratif dan kreativiti. TVPSS boleh dijadikan
platform untuk mengasah bakat murid dan melahirkan murid
yang berkeupayaan dalam menangani cabaran kerjaya
pada masa kini.

Justeru, saya berharap dengan adanya channel seperti
ini dapat memudahkan penyebaran maklumat kepada
warga SK Taman Daya 2 dan menjadi platform penyiaran
mengenai ilmu pengetahuan yang baharu agar tidak
ketinggalan kerana medium – medium ini adalah medium
yang paling pantas seiring dengan peredaran masa. Pada
masa sekarang. Gunakanlah channel – channel ini sebaik –
baiknya dan semoga ia memberi manfaat kepada warga SK
Taman Daya 2.

Dengan itu, saya sudahi ucapan saya ini dengan
wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version