LAMPIRAN K
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN BUKU TEKS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya, Bahagian Buku Teks
berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan SPBT dan dibekalkan ke selurh negara.
Penerbitan buku panduan ini mencerminkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
Bahagian Buku Teks dalam memastikan urusan SPBT di sekolah sentiasa di urus dengan cekap dan
berkesan. Buku panduan ini bertujuan menyediakan panduan terkini dan lengkap kepada semua
personel yang terlibat dengan pengurusan buku teks di semua peringkat. Pengurusan yang efektif
menjamin buku dijaga dengan baik, memastikan bekalan buku teks sentiasa mencukupi dan
menjimatkan wang kerajaan selaras dengan dasar pemnjimatan yang diamalkan oleh pihak kerajaan
pada masa ini.
Buku panduan ini menerangkan dengan lengkap fungsi dan tugas Bahagian Buku Teks (BBT), Jabatan
Pendidikan Negeri(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), Jabatan Agama Islam Negeri(JAIN) dan
sekolah. Buku panduan ini juga memberikan panduan terperinci tentang pengurusan SPBT khususnya
tentang sistem fail, prosedur pelupusan, pengurusan buku stok, Kelab SPBT, pengurusan Bilik Operasi
SPBT Sekolah (BOSS) dan Bilik Operasi SPBT Daerah (BOSD)
Saya berharap agar buku panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat
dalam meningkatkan kualiti pengurusan SPBT. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan
kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku panduan ini.
Sekian, terima kasih
Pengarah
Bahagian Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia
1
Kandungan v
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG vi
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia 1
2
SEJAMBAK KATA, SETULUS HATI 3
Pengarah 4
Bahagian Buku Teks 5
Kementerian Pendidikan Malaysia 5
5
BAHAGIAN 1: PENGENALAN 5
Sejarah 6
Carta Organisasi Bahagian Buku Teks 6
Skim Pinjaman Buku Teks 6
Carta Organisasi Sektor Skim Pinjaman Buku Teks 7
Matlamat 7
Objektif 8
Dasar Kelayakan SPBT
Pakej Buku Teks 9
Dasar Pemilihan dan Penggunaan Buku Teks 9
Dasar Pertukaran Judul Buku Teks 10
Tempoh Hayat Buku Teks 14
Syarat Gantian/Tambahan Buku Teks 18
Perpindahan/Pertukaran Murid 22
Pinjaman dan Pemulangan Buku Teks SPBT 24
25
BAHAGIAN 2: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Latar Belakang 37
Carta Pengurusan dan Pelaksanaan Dasar Desentralisasi 39
Bahagian Buku Teks 42
Jabatan Pendidikan Negeri 45
Pejabat Pendidikan Daerah 48
Jabatan Agama Islam Negeri
Sekolah 2
Carta Organisasi Jawatankuasa SPBT Sekolah
BAHAGIAN 3: PENGURUSAN SPBT SEKOLAH
Carta Alir Penentuan Kelayakan SPBT Murid
Carta Alir Proses Pesanan Buku Teks SPBT
Carta Alir Proses Penerimaan Bekalan Buku Teks SPBT
Carta Alir Pengagihan Buku Teks Kepada Murid
Carta Alir Pemulangan Buku Teks Akhir Tahun
BAHAGIAN 4: PROSES PELUPUSAN/SISTEM FAIL/BUKU STOK SPBT/TAKWIM 51
Carta Alir Pelupusan Buku Teks 52
Sistem Fail SPBT 54
Contoh Kertas Minit Fail 56
Contoh Takwim SPBT Sekolah
57
BAHAGIAN 5: APLIKASI PENGURUSAN 60
Sisteksbbt 61
Carta Alir Aplikasi Sisteksbbt Versi 2
eMateks 65
66
BAHAGIAN 6: KELAB SPBT SEKOLAH 66
Carta Organisasi 66
Objektif 66
Keahlian 67
Peranan dan Tanggungjawab
Skop Tugas Jawatankuasa 70
Aktiviti
80
BAHAGIAN 7: BOSS CEMERLANG 80
Konsep BOSS Cemerlang 82
84
BAHAGIAN 8: PANDUAN KESELAMATAN BUKU TEKS 86
Jenis-Jenis Bencana 88
Tindakan Semasa Berlaku Bencana
Tindakan Selepas Berlaku Bencana
Panduan Pencegahan dan Langkah-Langkah Menghadapi Banjir
Panduan Pencegahan Kebakaran
Carta Alir Tindakan Bencana
Lampiran
3
BAHAGIAN 1
BAHAGIAN BUKU TEKS
LATAR BELAKANG
Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditubuhkan
sebagai satu unit di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran pada 15 Mei 1967. Pada ketika
itu, fungsi unit adalah mengawal dan menentukan semua sekolah di
Malaysia Barat mematuhi peraturan Kementerian Pelajaran mengenai
pembelian, penjualan dan penggunaan buku teks. Pada tahun 1969, unit
ini diletakkan di Bahagian Sekolah dan pada tahun 1971, pengurusan unit ini
dikembalikan semula kepada BPPDP.
Pada tahun 1972, unit ini dikenali sebagai Biro Buku Teks dan beroperasi
sebagai organisasi tersendiri yang bertanggungjawab kepada Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1988, Biro Buku Teks telah
ditukar nama kepada Bahagian Buku Teks seperti yang dipersetujui dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (EPC) Bil. 102 bertarikh
15 Julai 1988. Pada tahun 2002, Bahagian ini telah distruktur semula
dengan penambahan empat sektor baru menjadi tujuh sektor, selaras
dengan penambahan fungsi di bawah Jabatan Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
4
Carta Organisasi Baha
Kementerian Pendid
PENGA
TIMBALAN P
SEKTOR SEKTOR DASAR SEKTOR SEKTO
KHIDMAT DAN PENERBITAN PENE
PENGURUSAN BUKU TEKS BUKU
BUKU TEKS PEROLEHAN SEKOLAH SEKO
BUKU TEKS MENENGAH REND
• Unit
Pembangunan • Unit Dasar • Unit Sains • Un
Kapasiti dan dan Matematik Pen
Profesionalisme • Unit Isla
Perolehan • Unit
• Unit Vokasional • Un
Pentadbiran • Unit Kontrak dan Teknikal dan
dan dan Hak Cipta Ma
Perkhidmatan • Unit Bahasa
• Unit • Unit dan • Uni
Teknologi Pengurusan dan
Maklumat Kualiti & Inovasi Kesusasteraan Kesu
• Unit • Un
Kewangan • Unit Sains
dan Akaun Sosial Sos
• Unit • Uni
Pendidikan Khas
Islam Sekol
Rend
agian Buku Teks
dikan Malaysia
ARAH
PENGARAH
OR SEKTOR SEKTOR SEKTOR
ERBITAN TEKNIKAL SKIM PENYELIAAN
U TEKS PENERBITA DAN
OLAH N BUKU PINJAMAN PENYELIDIKA
DAH BUKU TEKS N BUKU TEKS
TEKS Unit Khidmat
nit • Unit
ndidikan • Unit Anggaran Selia
am Teknikal
Penerbitan • Unit Unit
nit Sains Sekolah Pesanan Penyelidikan
n Menengah dan
atematik • Unit Penyeliaan
• Unit Perancangan Buku Teks
it Bahasa Teknikal Pembangunan
Penerbitan Unit Khidmat
usasteraan Sekolah • Unit Khas dan
nit Sains Rendah Operasi dan Pemantauan
sial Pemantauan
• Unit 5
it Teknikal • Unit
Penerbitan Pengurusan
lah Khas Sekolah
dah Khas
• Unit
Teknikal • Unit
Pendidikan Pembekalan
Bestari
• Unit
Pengurusan
Harga
Hakcipta
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
LATAR BELAKANG
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Oktober 1973 telah bersetuju untuk memberi
buku teks secara percuma atau disubsidikan kepada murid-murid dalam kalangan
keluarga berpendapatan rendah di sekolah kebangsaan dan diperluaskan kepada
semua jenis sekolah yang lain. Sehubungan dengan itu, Majlis Tindakan Negara
(MTN) telah memutuskan pemberian pinjaman buku teks kepada semua murid di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan pada tahun 1974. Bagi
sekolah jenis kebangsaan pula hendaklah berpandukan sistem markah yang
ditentukan mengikut pendapatan ibu bapa dan bilangan anak mereka yang
bersekolah. Oleh yang demikian, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula
dilaksanakan pada tahun 1975 ke seluruh negara mengikut syarat kelayakan yang
ditetapkan.
Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah agama di
bawah kelolaan kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Rakyat. Pada tahun
2005 pemberian buku teks telah diperluas kepada semua murid yang ibu bapa atau
penjaganya terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Pada 7 September 2007, Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) yang telah
dibentangkan di Dewan Rakyat memutuskan supaya dasar SPBT diperluas kepada
semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan
bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di
bawah KPM dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, berkuat kuasa mulai 1 Januari
2008.
Pada 27 Jun 2008, dasar bantuan SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Rendah
Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah
Kerajaan Negeri.
Mulai tahun 2017, pembekalan buku teks diperluaskan kepada guru sekolah
menengah dan rendah di seluruh negara.
6
Carta Organ
Sektor Skim Pinjama
Kementerian Pendid
PENGA
TIMBALAN P
KETUA PENOLONG
UNIT UNIT UNIT
ANGGARAN PESANAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN
nisasi
an Buku Teks
dikan Malaysia
ARAH
PENGARAH
PENGARAH
UNIT OPERASI UNIT PENGURUSAN UNIT
DAN SEKOLAH KHAS PEMBEKALAN
PEMANTAUAN
7
Bahagian Buku Teks , Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan
dasar desentralisasi bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan buku
teks di bawah SPBT berjalan lancar dan efisien. Melalui dasar desentralisasi
ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diperturunkan kuasa oleh BBT untuk
melaksanakan tugas berkaitan pemesanan dan pembayaran buku teks
SPBT. Penurunan kuasa untuk melaksanakan tugas-tugas berkenaan
bertujuan supaya pesanan buku teks SPBT di sekolah menjadi lebih tepat
dan realistik.
Bagi melaksanakan pengurusan SPBT yang cekap dan efisien, JPN dan
Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah dipertanggungjawabkan dalam
tugas pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) serta sekolah.
8
PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN BUKU TEKS
Sektor Skim Pinjaman Buku Teks d i p e r tanggungjawabkan untuk memastikan
pengurusan dan pelaksanaan SPBT di setiap peringkat berjalan lancar.
Tugas dan tanggungjawab Sektor SPBT adalah seperti yang berikut:
1. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
1.1. Menggubal dan menguatkuasa dasar berkaitan pengurusan
dan pelaksanaan SPBT.
1.2. Merancang dan memohon peruntukan kewangan SPBT:
a. Keperluan buku teks SPBT.
b. Pengurusan SPBT.
1.3. Menyediakan takwim tahunan bagi program pengurusan dan
pelaksanaan SPBT.
1.4. Merancang dan mengawal keperluan buku teks SPBT
peringkat kebangsaan.
1.5. Merancang dan memantau aktiviti pengurusan SPBT peringkat
kebangsaan.
1.6. Merancang dan mengurus pembangunan sumber manusia
dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua peringkat.
2. PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
2.1. Pengurusan Peruntukan Perbelanjaan pembelian buku teks SPBT
2.2. Menyediakan maklumat perbelanjaan p e m b e l i a n b u k u t e k s SPBT
seluruh negara.
9
2.3. Menyediakan anggaran peruntukan perbelanjaan p e m b e l i a n
b u k u t e k s SPBT bagi setiap negeri.
2.4. Mengagih peruntukan kewangan p e m b e l i a n b u k u t e k s SPBT
kepada negeri.
2.5. Mengawal dan memantau perbelanjaan p e m b e l i a n b u k u t e k s
SPBT seluruh negara.
2.6. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan p e m b e l i a n b u k u
t e k s SPBT peringkat kebangsaan.
3. Pesanan Buku Teks
3.1. Mengurus sistem pengurusan buku teks (eSPBT) dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM.
3.2. Menyediakan senarai judul buku teks yang diperaku oleh KPM bagi
tujuan pesanan oleh sekolah seluruh negara.
3.3. Menyemak maklumat kontrak buku teks bagi setiap judul.
3.4. Menyediakan kriteria/panduan pesanan buku teks peringkat
kebangsaan.
3.5. Memberi taklimat pesanan buku teks kepada JPN dan JAIN.
3.6. Menyelaras, menyelia, mengawal dan mengesahkan pesanan buku
teks SPBT negeri.
3.7. Mengurus pesanan buku teks SPBT untuk Pendidikan Khas dan SAR
seluruh negara.
3.8. Menyelaras penyerahan Pesanan Tempatan (L.O.) seluruh negara
kepada penerbit.
3.9. Menyediakan rumusan pesanan buku teks SPBT peringkat
kebangsaan.
10
4. Pembekalan dan Penerimaan Buku Teks SPBT
4.1. Mengurus modul pembekalan dalam sistem pengurusan buku teks
(eSPBT) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM),
KPM.
4.2. Merancang dan mengurus pemantauan pembekalan dan
penerimaan buku teks SPBTseluruhnegara.
4.3. Menyediakan laporan pemantauan p e m b e k a l a n s e l u r u h
negara.
4.4. Menyediakan laporan prestasi pembekalan mengikut penerbit.
4.5. Mengambil tindakan terhadap isu atau masalah yang berkaitan
dengan pembekalan buku teks SPBT.
5. Pengurusan dan Pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks
5.1. Merancang aktiviti pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat
kebangsaan.
5.2. Memantau pelaksanaan pelupusan buku teks SPBT melalui laporan
berkala yang disediakan oleh JPN.
5.3. Menyelia dan memantau pengurusan dan pelaksanaan SPBT di
peringkat JPN dan JAIN.
5.4. Memantau pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat
PPD dan sekolah dengan kerjasama JPN dan juga JAIN.
5.5. Menyediakan laporan penyeliaan dan pemantauan.
5.6. Mengambil tindakan terhadap isu atau masalah yang berkaitan
dengan SPBT.
11
6. Pengurusan Sumber Manusia dan Peningkatan Profesionalisme
6.1. Menyelaras taklimat/kursus kepada personel yang terlibat dalam
pengurusan SPBT di semua peringkat.
6.2. Merancang pembangunan sumber manusia dalam pengurusan dan
pelaksanaan SPBT.
7. Pembayaran Tuntutan Pembekalan Buku Teks SPBT kepada Penerbit
7.1. Memantau status tuntutan pembayaran pembekalan buku teks
oleh penerbit bagi buku teks SPBT di peringkat JPN seluruh negara.
7.2. Mengurus tuntutan pembayaran pembekalan buku teks SPBT
kepada penerbit untuk pesanan Pendidikan Khas dan SAR.
7.3. Menyedia dan melaporkan status pembayaran seluruh
negara.
PROGRAM KHAS BBT
1. Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan
1.1. Menentukan kriteria penilaian kategori Pengurusan SPBT
Cemerlang dan Pengurusan SPBT JPN Cemerlang.
1.2. Melaksanakan penilaian bagi kategori Pengurusan SPBT
Cemerlang dan Pengurusan SPBT JPN Cemerlang.
1.3. Menguruskan majlis Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang
Peringkat Kebangsaan
12
BAHAGIAN HADAPAN BOSS
13
RUANG DALAM BOSS
14
RAK FAIL
15
RAK BUKU
16
PONDOK/ANJUNG SPBT
17
TAMAN SPBT/MURAL SPBT
18