KANDUNGAN
KEBAIKAN PAKAI BRACES
CARA MENCEGAH DENGGI
CUNGKIL BAKAT USAHAWAN DALAM DIRI PELAJAR
PERANAN TENTERA SELARAS KEHENDAK AJARAN ISLAM
FAEDAH PELAJAR IPT GEMAR MAKAN DI RESTORAN
TINGKATKAN USAHAWAN DI PERINGKAT UNIVERSITI
ETIKA PEMINJAM ”PTPTN” TUNAI TANGGUNGJAWAB
DON’T DRINK TOO MUCH COLD DRINKS
STRATEGI PEMASARAN YANG BIJAK
CARA-CARA PERMAINAN BOLA JARING MENGIKUT
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
KHASIAT & MANFAAT “BOUGAINVILLEA”
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN
MASYARAKAT DALAM MENGIMARAHKAN MASJID & SURAU
PERANAN SEBAGAI SEORANG USAHAWAN
PENULIS:
NUR AIMI NABILAH BINTI A. YASSIN
KEBAIKAN PAKAI BRACES
Keadaan menjadi semakin berbeza dan moden apabila braces atau
pendakap gigi telah menjadi satu trend dan tular pada masa ini. Kebanyakan
pelajar-pelajar IPTA dan IPTS atau remaja kini berebut untuk memakai braces.
Mereka ingin kelihatan cantik dan bergaya apabila memakai braces dan menjadi
popular kerana telah mengikuti trend terkini. Perkara ini memupuk pelajar untuk
memakai braces dan untuk tampak lebih berkeyakinan tinggi tetapi terdapat juga
pelajar yang menyalahgunakan perkara ini seperti mereka memakai braces yang
palsu. Perkara ini akan memudaratkan diri mereka sendiri.
Harga braces yang mahal membuatkan pelajar atau masyarakat yang tidak
mampu untuk memakainya mengambil jalan yang mudah iaitu memakai fake
braces. Mereka tidak tahu akan perkara buruk atau kesan sampingan yang akan
dialami oleh mereka. Ini kerana mereka telah dibutakan dengan fesyen serta
keyakinan dan keinginan untuk menjadi popular dan mengikuti trend terkini.
Kebaikan memakai braces ialah gigi akan menjadi lebih tersusun dan cantik.
Perkara ini kerana setiap pemakai braces akan diberikan pelan yang akan
menjadikan gigi mereka tersusun dan menjadi lebih baik daripada sebelum
memakai braces. Doktor akan mencatat kes gigi pemakai braces tersebut untuk
dianalisis dan doktor tersebut akan mencipta pelan yang sesuai bagi setiap
pesakit. Setiap pemakai braces mempunyai kes yang berbeza. Mereka akan
memakai braces mengikut apa yang doktor sarankan. Berapa lama mereka harus
memakainya dan mereka harus memakai braces yang berlainan jenis. Semuanya
bergantung kepada nasihat doktor.
Para pelajar yang memakai braces akan merasa lebih yakin berbanding
sebelumya. Ini kerana, gigi mereka kelihatan lebih cantik dan memakai braces
pada zaman belajar lebih baik berbanding zaman pekerjaan pada masa hadapan.
Ini kerana, terdapat banyak komitmen yang harus mereka jalankan apabila masuk
ke alam pekerjaan. Pemakai braces juga akan mempunyai gigi yang lebih bersih
kerana mereka harus berjumpa doktor setiap bulan. Mereka akan mempunyai
kurang masalah berkenaan gigi yang tidak melibatkan braces.
Harga braces di pasaran sekarang ialah antara RM5000 sehingga RM8000.
Perkara ini akan menjadikan pelajar yang tidak bersekolah ingin menyimpan duit
mereka sedikit demi sedikit. Perkara ini bertujuan untuk memakai braces.
Terdapat juga pelajar yang menggunakan duit PTPTN untuk memakai braces.
Bagi pelajar sekolah, mereka bernasib baik kerana pihak kerajaan akan
menanggung separuh kos bagi pelajar yang bersekolah sahaja tetapi mereka
hendaklah menunggu giliran yang sangat lama. Ini kerana terdapat banyak
masyarakat yang memohon untuk memakai braces.
PENULIS:
NIK NOOR ANIS BINTI ABDUL MALIK
CARA MENCEGAH DENGGI
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui
gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Jangkitan oleh salah satu
jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu
tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali
seumur hidupnya.
Menurut KKM 2019, tanda dan gejala yang biasa berlaku terhadap pesakit yang
disyaki menghidapi denggi ialah kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke
tiga hingga ke empat belas selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti,
kebiasaannya di antara empat hingga tujuh hari. Selalunya ia akan bermula
dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk dan kuat, sakit pada
bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga
boleh terjadi.
Selain itu, demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan
berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan
dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang,
otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone
fever”. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke tiga dan empat selepas
bermulanya demam pesakit. Menurut KKM lagi
Rawatan yang boleh dilakukan pesakit adalah dengan segera berjumpa dengan
doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi. Selain itu,
rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol juga boleh diambil
untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan pesakit. Pesakit juga
hendaklah mengelakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau
bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin
tersebut adalah dengan mengelakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan ubat
nyamuk, Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu dan
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit. Selain itu, Pakai pakaian
berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah dan pasang
jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
PENULIS:
MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN ISMAIL
Cungkil bakat usahawan dalam diri
pelajar
KURSUS yang disediakan oleh Kolej Teknologi Alpha (KTA) telah menjadi
salah satu platform baru kepada para pelajar dalam mencungkil bakat mereka
dalam bidang keusahawanan.
Boleh dikatakan, walaupun mereka dari golongan pelajar Komunikasi namun
mereka tetap berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Hal ini
kereaa, bidang keusahawanan adalah tidak berkaitan dengan kursus yang mereka
ambil di kolej ini. Namun, mereka telah didedahkan dengan bidang
keusahawanan ini supaya mereka dapat mencungkil bakat mereka sendir yang
selama ini tersembunyi. Ini adalah disebabkan kemahiran yang dimiliki oleh
mereka dan mereka mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan
pada Semester 1 dalam kursus Asas Keusahawanan.
Dengan melaksanakan program tersebut, semua pelajar Komunikasi Kolej
Teknologi Alpha dapat memperolehi pendapatan tambahan. Hal ini kerana,
modal yang dikeluarkan adalah dari pelajar sendiri dan keuntungan yang mereka
perolehi akan diagihkan sama rata kepada ahli kumpulan mereka.
Kebanyakan daripada gerai yang dibuka oleh pelajar Komunikasi mendapat
sambutan yang hangat dan kunjungan ramai dari pelajar. Tambahan pula,
kawasan perniagaan yang digunakan oleh pelajar juga telah disediakan oleh pihak
kolej dan pelajar tidak perlu membayar iaitu seperti menyewa tapak perniagaan.
Oleh disebabkan itu, pelajar dapat memperoleh pendapatan tambahan mereka
sendiri.
Sementara itu, pelajar Komunikasi juga dapat meningkatkan kemahiran
mereka dalam pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan adalah sangat
penting terutamanya kepada para pelajar. Hal ini dapat melatih pelajar dalam
menguruskan kewangan seharian mereka. Ia adalah kerana kebanyakan pelajar
yang memulakan perniagaan tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik
kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan kewangan
yang sepatut dilaburkan.
Ganjaran
Perniagaan yang dijalankan oleh pelajar dapat membantu mereka dalam
mengetahu strategi dalam perniagaan. Kebanyakan perniaga tidak mempunyai
strategi dalam menarik pelanggan ke gerai mereka. Bagi mereka yang sudah
mahir dalam bidang perniagaan mereka tentu mempunyai strategi yang tersendiri.
Sebagai contoh, mereka dapat mengetahui cara-cara menarik pelanggan untuk ke
gerai mereka seperti mempromosikan makanan mereka, penghantaran percuma
kepada pelanggan mereka dan pelbagai lagi.
Ia adalah termasuk dalam strategi pemasaran yang sepatutnya semua perniaga
tahu. Hal ini kerana strategi pemasaran adalah sangat penting dalam sesuatu
perniagaan.
Selain daripada itu, pelajar dapat menentukan harga barangan mengikut
modal yang dikeluarkan. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh perniaga adalah
dari segi anggaran pengeluaran modal. Perniaga tidak dapat menyangkakan
pengeluaran modal yang sepatutnya dilakukan bagi barang mereka. Dengan
adanya platform ini ianya dapat membantu mereka menyediakan senarai harga
barang yang diperlukan beserta modal yang sepatutnya dikeluarkan.
Bukan setakat itu sahaja, pengalaman dan kemahiran yang dipelajari ini boleh
diterapkan dalam diri pelajar untuk sepanjang hidup mereka. Ini mungkin
membantu pelajar bagi mereka melakukan perniagaan untuk kehidupan mereka
di masa hadapan.
PENULIS:
NUR AKMAL BINTI KAMARUDDIN
PERANAN TENTERA SELARAS
KEHENDAK AJARAN ISLAM
Hari ini genap 86 tahun usia penubuhan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Sambutannya sedikit berbeza dengan diadakan pameran aset ketenteraan
khususnya milik ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini di Sungai
Siput, Perak. Pendekatan ini sebahagian usaha merapatkan hubungan masyarakat
dan tentera dalam mengukuhkan pertahanan negara secara menyeluruh atau
HANRUH. Konsep ini diperkenal dan dilaksana antara 1970 hingga 1989,
khususnya bagi mengekang pergerakan pengganas komunis yang disokong Parti
Komunis Malaya (PKM).
i) Agama elemen terpenting
Oleh itu, definisi daya juang dalam konteks kini menjurus kepada
kuasa tersembunyi dalam hati manusia yang membuatnya sanggup
berterusan bekerja dan berfikir dengan penuh keazaman dan keberanian,
walau apa keadaan persekitarannya. Jeneral Mahmood Shit Khattab (1980)
melalui bukunya al-Islam wa an-Nasr menegaskan tiga faktor dapat
meninggikan semangat dan daya juang iaitu agama, kepemimpinan dan
kemenangan. Agama menjadi elemen terpenting. Ibn Khaldun dalam
bukunya al-Muqaddimah mencatatkan “orang Arab zaman dahulu tidak
dapat membentuk kerajaan dan bersatu sehingga mereka mempercayai
akidah yang satu dan agama yang satu...” Dalam soal kepimpinan pula,
kebaikan sifat itu mampu meningkatkan semangat daya juang, manakala
kepemimpinan lemah akan menjatuhkan moral. Kepemimpinan tidak
terbatas kepada tentera, tetapi secara keseluruhan merangkumi politik,
kerajaan, perindustrian, pemikiran, keluarga dan masyarakat di pelbagai
peringkat atau agensi.
ii) Kemenangan semua bidang
Pemimpin dengan ciri-ciri sedemikian akan sanggup diikuti dan ditaati
orang bawahan walaupun berdepan kematian demi kebaikan. Pemimpin
inilah yang mampu membawa pasukan dan angkatan ke arah kemenangan.
Kemenangan pula bukan bermaksud di medan perang, tetapi meliputi
medan ilmu, tempat kerja dan semua bidang. Bagi memastikan
kemenangan, beban atau tugas perlu dilaksanakan dengan baik dan
berkesan. Tidak ada sesuatu tugas akan berjaya tanpa ada perancangan baik
dan cemerlang. Dalam memastikan daya juang atau moral tinggi bagi
meraih kemenangan, warga TDM hendaklah sentiasa mengukuhkan hubungan
dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
PENULIS:
NUR AAINAA SYAZANA BINTI KHAIROL
ANUAR
Faedah pelajar IPT gemar makan di
restoran.
Gaya hidup pelajar kini telah menjejaskan gaya pemakanan mereka. Salah
satu faktornya ialah kerana pelajar kini sering sibuk dengan tugasan masing-
masing yang telah diberikan oleh pensyarah menyebabkan semakin kurang
makanan yang dimasak di kediaman mereka. Oleh itu, solosi bagi masalah ini
ramai pelajar memilih untuk membeli makanan yang sudah siap dimasak
berbanding masak sendiri kerana mudah dan cepat disediakan.
Memang tidak dinafikan kebanyakkan makanan di restoran semuanya
menarik selera untuk dibeli. Selain itu, rasa makanan yang lazat juga
menyebabkan pelajar gemar membeli makanan yang sudah siap dimasak. Hal ini
kerana, pelajar sekarang hanya mengambil jalan mudah tanpa memikirkan
tentang kesihatan dirinya. Seperti sedia maklum, makanan di luar bukanlah
makanan yang sihat kerana kita tidak tahu cara masakan mereka samaada bersih
atau tidak.
Kesibukan pelajar IPT sekarang telah mendorong mereka memilih
makanan yang dibeli berbanding masak sendiri kerana mereka berpendapat
membeli makanan adalah jalan mudah bagi mereka kerana mereka tidak perlu
bersusah payah untuk memikirkan masakan apa yang perlu mereka masak selepas
habis kelas.
Kewujudan restoran-restoran kini dikatakan seperti cendawan tumbuh
selepas hujan telah menarik pelanggan atau pelajar untuk memilih makan di
restoran sahaja. Hal ini dikatakan kerana restoran kini telah menyediakan
pelbagai jenis menu yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli
makanan yang siap dimasak. Cara peresembahan makanan di restoran juga
menjadi salah satu punca orang ramai tertarik untuk membeli biarpun rasanya
kurang sedap. Persembahan makanan sangat memainkan peranan penting untuk
menarik perhatian pelanggan untuk membeli.
Pelbgai kesan negatif timbul akibat pengambilan makanan di restoran
antaranya sakit perut, keracunan makanan dan sebagainya. Hal ini disebabkan
kerana kita tidak mengetahui cara masakan di restoran tersebut samaada bersih
atau tidak. Sedangkan makanan yang di atas meja juga sering diurung oleh lalat.
Sebagai pelajar IPT kita haruslah bijak untuk memilih makanan yang terbaik
untuk diri kita. Pemakanan yang kurang sihat akan mempengaruhi kesihatan kita
dan otak kita akan menjadi kurang cergas.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak
awal lagi. Pepatah ada yang mengatakan “Diri anda ialah apa yang anda makan”.
Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana gizi yang tidak
teratur memburukkan kesihatan. Makanan yang sihat mampu menjaminkan tahap
kesihatan kita. Jika badan kita sihat nescaya kehidupan kita akan bahagia bersama
orang-orang yang kita sayang.
Mengapa makanan di restoran tidak digalakkan untuk diambil? Hal ini
kerana kita tidak mengetahui cara masakan orang restoran itu seperti mana. Selain
itu kita juga tidak mengetahui bahan yang digunakan itu sama ada masih elok
ataupun tidak. Disebabkan itu kita tidak disarankan untuk selalu membeli
makanan yang sudah siap dimasak diluar kerana dikuatiri makanan tersebut boleh
membawa penyakit kepada badan seseorang seperti keracunan makanan dan
sebagainya.
Kesimpulannya, sekali lagi ditegaskan bahawa makanan yang sudah siap
dimasak di restoran mempunyai kesan kepada kesihatan badan kita jika cara
masakan di restoran kurang bersih dan kotor. Oleh itu, sebagai pelajar IPT kita
perlu bijak mengatur masa kita untuk masak sendiri di kediaman masing-masing
supaya tahap kesihatan kita dapat dijaga. Kesihatan adalah perkara yang sangat
penting untuk dijaga oleh setiap individu. Jika kesihatan kita kurang baik, ia akan
memudaratkan kita seperti ‘antibody’ kita akan menjadi lemah dan kita tidak
dapat menjalankan tugas harian kita seperti sedia kala. Justeru itu, kita sebagai
pengguna sepatutnya mampu serta bijak dalam memilih makanan yang terbaik
untuk diri kita serta mengutamakan sumber halal agar kesihatan rohani kita juga
terjamin.
PENULIS:
NURSHALIEDA BINTI YUSOFF
TINGKATKAN USAHAWAN DI
PERINGKAT UNIVERSITI
Sebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi,
sektor ekonomi Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada sektor awam untuk
merancakkan ekonomi negara. Sektor awam kini berperanan untuk menjadi
pemudah cara untuk sektor swasta dan perniagaan.
Ramai dalam kalangan mereka yang telah lama menceburi bidang perniagaan
berjaya menjadi ahli perniagaan, usahawan dan korporat terbilang. Untuk
menjadi usahawan yang hebat dan terbilang, mereka perlu belajar daripada
bawah. Bukan terus berada di kemuncak tanpa ada sebarang pengalaman.
Mereka akan mula belajar berniaga secara kecil-kecilan sebelum berani
memperbesarkan perniagaan mereka. Apabila sudah yakin dengan kemampuan
untuk berada pada tahap yang lebih tinggi dalam perniagaan seperti memiliki
modal yang mencukupi, maka baharulah perniagaan diperbesarkan lagi. Jadi,
apabila sektor awam seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
memperuntukkan geran khas RM10 juta yang akan disalurkan kepada pelajar
universiti untuk menjalankan perniagaan, maka ini adalah inisiatif cukup baik
untuk meramaikan usahawan muda.
Sememangnya ramai pelajar universiti yang ingin berkecimpung dalam
perniagaan termasuklah secara dalam talian. Misalnya, salah seorang bekas pe-
lajar penulis yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak hari pertama
bergelar mahasiswa universiti. Apabila ditanya bagaimana dirinya boleh terlibat
dalam perniagaan, jawabnya kerana minat mendalam dalam dunia perniagaan.
Malah, sokongan ibu bapanya meningkatkan lagi keyakinannya terlibat dalam
dunia perniagaan. Di tambah lagi, hanya sedikit sahaja wang poket disalurkan
oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupan di universiti, maka ini telah
membentuk semangat dan cabaran kepadanya untuk menceburi bidang
perniagaan.
Segelintir pelajar telah mengadakan kerja khursus atau tugasan berkaitan
keusahawanan telah membantu sedikit sebanyak untuk menjadi usahawan yang
Berjaya. Dengan adanya subjek keusahawanan boleh menjamin dan memberi
peluang kepada pelajar universiti awam mahupun swasta. Ada antara mereka
telah melibatkan diri berniaga secara talian sebagai ‘dropship’ untuk membantu
wang sampingan atau simpanan.
Namun, ini tidak seharusnya dijadikan alasan kepada pelajar universiti yang
berminat dalam dunia perniagaan untuk tidak meneruskan cita-cita murni mereka
ini. Dengan ledakan teknologi terkini melalui medium media sosial, maka
usahawan muda dalam kalangan pelajar universiti boleh menceburi bidang
perniagaan pada waktu lapang.
Dengan kata lain, pelajaran mereka tidak sesekali terjejas meskipun terlibat dalam
dunia perniagaan. Malah, ilmu yang dipelajari melalui didikan pensyarah boleh
digunakan untuk diaplikasikan dalam dunia perniagaan.
Mereka inilah antara golongan yang paling sesuai menceburi bidang perniagaan
kerana sedang berada di menara gading yang mana banyak ilmu yang boleh di-
pelajari daripada pensyarah untuk diaplikasikan dalam dunia perniagaan. Ilmu-
ilmu yang dipelajari ini jika digabungkan secara menyeluruh mampu
menghasilkan seorang usahawan hebat. Ditambah dengan pengalaman sebenar
dalam dunia perniagaan akan membentuk satu pakej lengkap seorang usahawan
unggul yang akan melonjakkan ekonomi Malaysia pada masa depan.
Inilah kesan rantaian positif yang hasilnya boleh dituai dalam tempoh akan
datang. Ketika itu, kombinasi gabungan dan kerjasama antara universiti dan
usahawan akan membentuk sebuah masyarakat yang bermentaliti dan bertingkah
laku usahawan yang bukan setakat unggul di persada tempatan tetapi juga di pe-
ringkat antarabangsa.
PENULIS:
MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN
MOHD ASRI
Etika Peminjam PTPTN Tunai
Tanggungjawab
Isu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang
tidak mahu membuat bayaran seperti tiada jalan penyelesaian. Setiap satu jalan
yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengutip balik hutang daripada mereka yang
terpelajar ini menuju jalan buntu.
Lebih 2.1 juta individu telah membuat pinjaman daripada perbadanan ini sejak ia
diperkenalkan pada tahun 1997. Perbadanan ini berjaya memberi peluang kepada
pelbagai golongan masyarakat untuk mencapai cita-cita mereka menjadi individu
yang berpendidikan.
Mana salahnya sistem yang pada mulanya diperkenalkan untuk membantu semua
rakyat Malaysia mendapatkan peluang pelajaran ini?
Kenapa program yang diperkenalkan untuk membantu rakyat Malaysia ini
dikecam oleh pelbagai pihak sehingga menjadi salah satu isu negara yang perlu
didebatkan di Parlimen dan masih susah untuk ditangani dengan baik?
Persoalannya ialah siapa yang bersalah? Adakah kerajaan yang memberikan
pinjaman bersalah atau orang yang membuat pinjaman yang bersalah?
Isunya bukan kerana kerajaan tidak memberikan pinjaman dan kemudiannya
memperkenalkan pelbagai polisi untuk mengutip balik hutang berkenaan.
Namun, perkara yang menjadi permasalahan ialah peminjam yang tidak mahu
membayar balik wang yang telah mereka pinjam.
Perbuatan segelintir golongan yang ingkar ini menyebabkan kerajaan terpaksa
menjalankan pelbagai langkah yang drastik termasuklah nama mereka disenarai
hitam Jabatan Imigresen dan dihalang ke luar negara.
Sebenarnya, perkara pinjaman ini tidak akan menjadi isu jika individu yang
terlibat mempunyai tanggungjawab dan etika dalam diri sendiri untuk
melangsaikan hutang yang suatu ketika dahulu membantu mereka mencapai
impian mengejar ilmu.
Apabila seseorang individu berhasrat untuk melanjutkan pelajaran, PTPTN
dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah kewangan tetapi kenapa pula
selepas menamatkan pelajaran, hutang ini dilihat sebagai musuh. Malah hendak
menyebut nama PTPTN pun tidak sudi.
Anak-anak muda dan belia atau siapa sahaja yang pernah membuat pinjaman
PTPTN ini harus ingat bahawa anda yang berhutang. Jadi, anda yang harus bayar.
Anda bertangguh macam mana sekalipun dengan memberi seribu satu alasan,
satu hari nanti anda yang harus bayar. Tiada siapa yang akan tolong bayarkan
untuk pihak anda.
Biarlah kerajaan datang dengan pelbagai program dan sistem, kalau peminjam itu
sendiri tidak mempunyai etika untuk melakukan pembayaran, semua usaha
kerajaan ini adalah sia-sia.
Kejar impian
Tolong jangan jadi individu yang menghalang kejayaan orang lain. Ramai lagi
golongan muda yang terkapai-kapai di luar sana dan mengharapkan bantuan
kerajaan untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mengejar
impian mereka. Bantulah kerajaan untuk membantu generasi muda lain
memajukan diri.
Belajar untuk pikul tanggungjawab. Berpegang pada etika berani pinjam berani
bayar. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Kalau bukan hari ini bila lagi? Hutang
tetap hutang. Beri diskaun, beri kelonggaran atau tunggu gaji sampai RM4,000
kalau tidak mula bayar sampai bila-bila pun hutang itu tidak akan habis.
Masukkan hutang PTPTN ini dalam bajet bulanan anda. Bayar seperti anda
membayar ansuran kereta atau rumah. Percayalah, lama-lama anda akan terbiasa
dan tidak akan berasa terbeban.
Pujian yang tinggi harus diberikan kepada mereka yang walaupun tidak
mempunyai pendapatan sehingga RM4,000 tetapi sanggup membayar dan
melangsaikan hutang mereka.
Golongan ini saya anggap pandai dalam membuat percaturan dan bajet dengan
gaji mereka serta merupakan kumpulan yang takut untuk berhutang. Mereka
hanya berhutang kerana terpaksa dan sedaya upaya berusaha melangsaikan
bebanan yang mereka tanggung di bahu walaupun berpendapatan rendah.
Sekalung tahniah dan syabas.
Ingat anak muda, kalau bukan hari ini, esok anda tetap kena bayar. Jadi, ayuh
mulakan daripada sekarang dan selamat maju jaya.Peminjam PTPTN ini harus
sedar bahawa kegagalan mereka untuk membuat pembayaran sebenarnya
menyebabkan mereka menjadi punca menutup peluang orang lain belajar. Jangan
terlalu pentingkan diri sendiri wahai anak muda.
PENULIS:
POO YEE MEI
Don’t drink too much Cold Drinks
Drinking too much sugar and cold is one of the worst things you can do
to your body. It can have many negative effects on your health.
It has been shown to contribute to obesity, type 2 diabetes, heart disease,
cancer and tooth decay. Eating too much sugar is one of the worst things you can
do to your body. It can have many negative effects on your health.
Malaysia is tropical forest country that always shine and sometimes is
raining. However this season avoid many people are favour to drink more colds,
such as Teh O’Ice, Carbohydrates drinks and other pop drinks.
This cold drinks are contains too much sugar, teenagers might be consume
one glass of sweet drinks in a day but especially adults among 21-60 years old.
They are consume more sugar than teenagers and children because they need
motivation to refresh their mind.
Cold drink is often consumed in large amounts in social situations, whether
at the movies or dining in groups. Enlisting friends, significant others, and
relatives to help you rid yourself of your habit will help keep you accountable and
on track.
Drinking cold water is a bad habit that can actually harm your long-term
health. This belief is based on the idea that drinking cold water contracts your
stomach, making it harder to digest food after a meal.
According to Euromonitor, the average person in the United States
consumes more than 126 grams of sugar per day. That’s equal to 25.2 teaspoons,
or the equivalent of drinking a little over three 12 ounce colas.
A research was found that drinking cold water made nasal mucous thicker
and more difficult to pass through the respiratory tract. By comparison, the
researchers found that chicken soup and hot water helped people breathe more
easily. If you’re trying to treat a cold or flu, drinking cold water might make your
congestion feel worse.
Ways of prevent drinking too much cold drinks is drinking warm water can
aid in digestion, help your circulation, and overall assist your body in getting rid
of toxins faster. While this isn’t a “risk,” per se, it’s something to keep in mind
as you decide how you’d like to get water in your body.
Drinking warm or hot water has been found to make you less thirsty. This
can be dangerous on days when your body is losing water through sweating to try
to keep cool. If you do opt to drink warm water, be aware that you may not feel
thirsty as often as you should.
PENULIS:
SAIYIDAH NAFISAH BINTI
AHMAD FOAD
STRATEGI PEMASARAN YANG
BIJAK
Strategi pemasaran yang baik mampu menarik perhatian para pelanggan. Tidak
kira perniagaan atas talian ataupun secara fizikal. Pelbagai strategi yang boleh
digunakan untuk usahawan masa pada kini. Strategi ini juga boleh diaplikasikan
pada peniaga kecil-kecilan di luar sana. Ini adalah antara “tips marketing power
yang diberikan sendiri oleh Dr Azizan Osman”
Tips yang pertama adalah pekerja perlu sentiasa tersenyum dan ceria. Hal ini
demikian kerana, para pelanggan lebih gemar dengan pekerja yang memberikan
aura postitif ketika berurusan dengan mereka. Ini akan membuatkan pelanggan
tersebut berasa gembira dan seterusnya menyebarkan tentang kedai yang mereka
kunjungi.
Tips yang kedua adalah tulis profil tentang latar belakang perniagaan. Sebelum
membeli sesuatu produk, pada kebiasannya pelanggan gemar mencari maklumat
tentang kedai yang baru. Berkemungkinan mereka ingin tahu tentang produk apa
yang ditawarkan dan adakah khidmat yang diberikan memuaskan hati.
Tips yang seterusnya adalah tingkatkaVn imej ‘brand’ perniagaan. Rahsia
perniagaan yang berjaya adalah imej yang ditampilkan seiring dengan identiti
sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, jenama seperti Duck menampilkan imej
seorang wanita berkerjaya. Antara produk yang ditawarkan adalah tudung.
Rekaan tudung yang tampak eksklusif menyebabkan kebanyakan wanita
membuat keputusan untuk membeli produk tersebut.
Selain itu, proses pembuatan produk yang teratur. Sebanyak 90 peratus kejayaan
sesebuah perniagaan terletak pada kualiti produk yang ditawarkan. Tambahan
lagi, pengalaman seseorang pekerja juga penting dalam memastikan kualiti
produk tersebut kekal. Sebagai contoh, syarikat Lush amat menitikberatkan
dalam penggunaan bahan dalam produk mereka. Kualiti produk mereka terserlah
kerana mereka menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran. Mereka menolak penggunaan haiwan dalam produk mereka.
Seterusnya, menggunakan forum dalam sosial media. Dunia teknologi yang
semakin canggih, kebanyakan para peniaga menggunakan ruang forum bagi
mengadakan sesi soal jawab dengan pelanggan. Hal ini mampu menambah
bilangan pelanggan dalam masa yang singkat. Ini juga membolehkan para
usahawan mengetahui kelemahan yang terdapat dalam perniagaan mereka.
Tips yang terakhir adalah mewujudkan sistem memperkenalkan kawan. Sistem
ini bertujuan sekiranya pelanggan yang hadir berpuas hati dengan khidmat yang
diberikan, para peniaga boleh memberikan mereka penghargaan contohnya
voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.
Kejayaan sesebuah perniagaan bukan sahaja terletak pada strategi pemasaran
semata-mata. Ia memerlukan masa, kerajianan dan kesungguhan bagi mencapai
misi dan visi syarikat ditubuhkan sejak permulaan.
PENULIS:
NUR DIYANA NABIHAH
BINTI ADNAN
CARA-CARA PERMAINAN BOLA
JARING MENGIKUT PERATURAN
DAN UNDANG-UNDANG
Permainan bola jaring merupakan permainan yang gemar dimainkan oleh
generasi muda mahupun yang telah berusia. Bagi golongan generasi muda,
mereka merupakan generasi yang mengambil alih tradisi permainan bola jaring
di kalangan generasi yang berusia. Walau bagaimanapun, kebanyakkan generasi
muda yang bermain permainan bola jaring hanya sekadar bermain tanpa
mengikuti peraturan serta undang-undang yang ada setiap kali bermain
permainan bola jaring.
1. Pemain.
Setiap kumpulan perlulah mempunyai 10 pemain keseluruhan. Walau
bagaimanapun, terdapat 7 orang pemain utama yang perlu bermain sewaktu
perlawanan berlangsung dan 3 orang pemain selebihnya dijadikan sebagai
pemain simpanan yang perlu sentiasa bersiapa sedia untuk menggantikan pemain
utama jika mempunyai kecederaan atau mereka ingin rehat.
2. Penjaga Gol (GK).
Penjaga gol perlulah menjaga penjaring gol (GS) iaitu gol shooter pasukan lawan
baik di dalam di dalam kawasan dan di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh
gerak keluar dan masuk di dalam kawasan gol. Tugas seorang penjaga gol
perlulah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan
jaringan. Selain itu, penjaga gol (GK) perlu bekerjasama dengan penahan gol
(GD).
3. Pertahanan gol. (GD)
Penahan gol menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)pasukan pihak
lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan
jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain
dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang
penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari
hantaran tengah.
4. Pertahanan Sayap (WD)
Penahan sayap merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak
geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan
dalam bulatan jaringan. WD juga boleh bertindak sebagai penyerang. Ini berlaku
semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain
lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD boleh
bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah
atau ke dalam oleh pemain lawan
5. Pemain Tengah (C)
Pemain tengah pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan
sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di
awal permainan. Kawasaan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C
boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.
6. Penyerang Sayap (WA)
Penyerang sayap merupakan penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola
dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola
kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.
7. Penyerang Gol. (GA)
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan
bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga
selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.
8. Penjaring Gol. (GS)
Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah
mahir membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan
masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan
mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.
9. Pengadil.
Pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan
semua pemain bermain dengan bersih dan mengikut peraturan permainan yang
telah ditetapkan. Pengadil merupakan orang yang paling berkuasa dalam
gelanggang. Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada
seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. 2
orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan
sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi
terdapat juga pengadil lelaki.
10. Undang-Undang Am Bola Jaring.
(a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di
tempat berlakunya kesalahan melainkan undang-undang advantage boleh
digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel
untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan
kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.
(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.
(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah
satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan
masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.
(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di
tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti,
jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang-undang
gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah
sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima
bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan
penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikan
kepada pasukan lawan.
(g) Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang
(c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.
11. Hantaran Percuma.
Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di
dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-
kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang
gol.Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam
kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi
kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang
pemain dalam kawasan itu.
PENULIS:
NUR SYAMIMI BINTI ROSIDI
Khasiat dan manfaat “Bougainvillea”
Pokok Bunga Kertas atau nama saintifiknya “Bougainvillea”
mempunyai bunga yang berwarna-warni dan turut menjadi pilihan sebagai
tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Pokok bunga kertas ini berasal dari
Amerika Selatan dan sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan dan
juga kawasan hiasan laman. Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan
bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama saintifiknya
pula iaitu “Bougainvillea” dinamakan sempena nama Louis Antoine de
Bougainvillea, seorang Komander Laut Perancis.
Semasa pokok bunga kertas ini berbunga, kebiasaannya kebanyakan
daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga yang sangat cantik. Terdapat
tiga spesies utama “Bougainvillea” di Malaysia iaitu B. glabra, B. spectabilis dan
B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk
menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai perlbagai warna kelopak,
baik selapis mahupun banyak lapis. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai
disebabkan bunganya yang berwarna-warni sangat cantik dan tahan lama, mudah
dijaga serta pokoknya mampu bertahan sehingga melebihi 20 tahun. Pokok bunga
kertas juga boleh dijadikan pokok bonsai renek. Bagaimanapun, selain keindahan
tanaman ini, kebanykan kita tidak menyedari bahawa pokok bunga kertas ini turut
mempunyai khasiat perubatan.
Ubat bagi sistem pernafasan
Tumbuhan ini dikatakan sudah lama digunakan oleh pengamal perubatan
tradisional di Mexico sebagai ubat dalam penjagaan kesihatanberkaitan sistem
pernafasan. Antioksidan semula jadi daripada tumbuhan ini terbukti lebih baik,
selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan
berbanding penggunaan antioksidan sintetik.
Malalui kajian yang telah dijalankan mendapati tumbuhan ini mempunyai
Keupayaan Menyerap Radikal Oksigen (ORAC) yang tinggi serta kaya dengan
komponen kimia fenol yang menyumbang kepada aktiviti antioksidan. Bahan
antioksidan yang terdapat dalam pokok bunga kertas berupaya menghalang
molekul radikal bebas serta mencegah kerosakan akibat kesan oksidatif pada sel
badan dengan mengimbangi dan menstabilkan keadaan tekanan oksidatif.
Lambatkan proses penuaan
Manusia tidak dapat lari daripada masalah radikal bebas kerana badan
sentiasa menghasilkannya melalui proses metabolisme dan biokimia. Ia adalah
hasil produk badan sendiri selain terpaksa berdepan dengan masalah pencemaran
alam sekitar. Radikal bebas jika terlalu banyak dalam badan boleh merosakkan
organ, sakit sendi dan berlakunya simptonm penuaan. Apabila seseorang itu
masih muda, badan berupaya menghasilkan enzim antioksidan, tetapi sebaik
sahaja berusia lebih 40 tahun, pengeluaran antioksidan akan berkurangan
sehingga 40 dan 50 peratus.
Selain itu, kita dapat melihat simptom penuaan seseorang yang berusia 40
tahun dengan pengurangan antioksidan dikatakan berlaku secara drastik. Mereka
yang berusia 50 dan 60 tahun dikatakan akan mencatatkan 10 dan lima peratus
dalam pengeluaran antioksidan dalam badan. Oleh itu, dengan ekstrak
“Bougainvillea” yang kaya dengan antioksidan semula jadi ini disyorkan sebagai
makanan tambahan untuk memelihara kesihatan dan boleh melambatkan proses
penuaan dengan menangani masalah pengurangan antioksidan.
Menjaga keseimbangan kolesterol
Pokok bunga kertas memiliki manfaat dalam menjaga keseimbangan
kolesterol. Jika terdapat terlalu banyak kolesterol di dalam badan, maka akan
mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti meningkatkan risiko penyakit
tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan serangan jantung. Oleh hal yang
demikian, the dari pokok bunga kertas dapat mengawal kolesterol dan tekanan
darah di dalam badan yang mungkin bakal menjejaskan kesihatan.
Mengubati Hepatitis
Hepatitis adalah peradangan yang terjadi pada organ hati disebabkan bahan
kimia yang terdapat pada ubat sehingga terjadi keradangan. Penyakit hepatitis
yang kurang dari enam bulan disebut hepatitis akut manakala bagi yang melebihi
enam bulan disebut sebagai hepatitis kronik. Cara mengubati Hepatitis dengan
menggunakan pokok bunga kertas adalah dengan mengambil air rebusan
batangnya dan dinasihatkan untuk diminum satu gelas sehari.
Melancarkan pencernaan
Gangguan pencernaan seperti masalah sembelit atau perut kembung ini
terjadi akibat bakteria yang masuk ke dalam badan. Bakteria ini masuk ke dalam
badan melalui pelbagai cara dan masalah ini dapat diatasi dengan daun pokok
bunga kertas. Caranya adalah rebus daunnya dengan tiga gelas air dan biarkan ia
mendidih sehingga air rebusan tersebut tinggal separuh dan kemudian minum air
rebusan tadi bersama madu untuk membunuh bakteria dan menyembuhkan
masalah gangguan pencernaan ini. Daun “Bougainvillea” dipercayai memiliki
bahan anti inflamasi dan memberi kesan yang baik untuk usus.
Justeru itu, “Bougainvillea” bukan sahaja boleh dijadikan hiasan malah
turut digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan.
Bahan-bahan semula jadi yang terkandungan dalam pokok bunga kertas itu
sendiri mempunyai pelbagai khasiatnya dan yang bagusnya, ia tidak memberikan
sebarang infeksi yang tidak baik kepada badan jika dibandingkan dengan ubat-
ubatan klinikal.
PENULIS:
MOHD HARITH DINIE BIN SAFIEE
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KECENDERUNGAN MASYARAKAT
DALAM MENGIMARAHKAN
MASJID & SURAU
Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Perkataan masjid berasal
dari perkataan Arab sajada, yasjudu, sujudan. Sujud dalam pengertiannya bererti
patuh dan menghina diri kepada Allah S.W.T. Masjid dan surau merupakan pusat
kegiatan kaum muslimin, bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai
tempat berlakunya perkongsian ilmu pengetahuan, pusat pembangunan dan
khidmat terhadap komuniti sekitarnya. Fenomena kini, dapat dilihat pertumbuhan
masjid dan surau yang banyak disebabkan oleh pesatnya pembukaan kawasan
taman perumahan yang baru. Sekiranya taman perumahan yang baru dihuni oleh
majoriti komuniti Islam, maka akan wujud satu masjid atau surau dikawasan
tersebut. Sejauh mana makmur atau sepi keadaan masjid dan surau itu bergantung
pada pengurusannya dalam merangka program untuk mengimarahkannya.
Mewujudkan dan memakmurkan masjid dan surau adalah bergantung kepada
komuniti dan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam pengurusan.
Peranan masjid dan surau dapat diperluaskan dengan mengadakan program-
program keagamaan seperti kelas mengaji, kelas Bahasa Arab, aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. Dengan cara ini, akan berlaku proses
pengimarahan masjid dan surau serta dapat juga mengoptimumkan fasiliti yang
terdapat di masjid dan surau.
Kecenderungan bermaksud keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu
perkara yang memberi manfaat kepada individu dan persekitaran sekeliling.
Pengertian imarah pula ialah menggerakkan atau menghidupkan suasana masjid
atau surau dengan pelbagai kegiatan yang berfaedah dan kebiasaannya berbentuk
aktiviti keagamaan.
Faktor pertama dalam mempengaruhi kecendurangan pelajar dan masyarakat
dalam mengimarahkan masjid dan surau adalah pengimarahan masjid. Asas
dalam keperluan pengimarahan masjid dan surau didasari oleh agama iaitu
konsep memakmurkan masjid, konsep amar makruf nahi mungkar iaitu
menyuruh manusia melakukan amal kebajikan dan melarang manusia kearah
kejahatan. Konsep-konsep keilmuan, kebajikan dan penghayatan yang menyeru
kepada kebaikan perlu diterapkan dalam konsep mengimarahkan dan
memakmurkan masjid dan surau adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar
khususnya buat pentadbirannya.
Tanggungjawab umat Islam yang mengimarahkan dan memakmurkan masjid
dan surau ini juga memberi manfaat dan kebaikan serta mengangkat darjat
seseorang melalui maksud hadis Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, t.th.:
219/1);
“Hendakkah kamu aku tunjukkan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan
mengangkat darjat? Para Sahabat menjawab, Ya, wahai Rasulullah. Rasulullah
menjawab: Sempurnakan wuduk walaupun ketika masyaqqah, banyak pergi ke
masjid, dan menunggu untuk menunaikan sembahyang selepas menunaikannya.
Itulah yang dinamakan al-Ribat iaitu menahan diri untuk melakukan ketaatan
kepada Allah.”
Pendekatan pengimarahan masjid yang dicadangkan adalah kembali kepada
fungsi dan peranan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W. dan konsep itu
disesuaikan dengan mengetahui keperluan jemaah dan komuniti masyarakat
setempat. Masjid perlu dijadikan tempat yang menarik dengan menjaga
kebersihan dan keindahan masjid, menaik taraf ciri keselamatan dan pengurusan
sumber dana secara efisien.
Faktor kedua adalah pengurusan fasiliti. Menurut sejarah tamadun Islam,
sesebuah masjid perlu dilengkapi dengan kemudahan lain seperti penginapan
(funduq), tandas (hammam), hospital (mushtashfa), kubur (maqribah), halaman
(maydan) dan termasuklah taman halaman dalam memastikan sesebuah masjid
dapat diimarahkan sepenuhnya.
Faktor pengurusan fasiliti memainkan peranan yang besar dalam menjemput
masyarakat mengimarahkan masjid dan surau. Terdapat sesetengah masjid dan
surau dibina diluar kepadatan penduduk dan mewujudkan kejurangan antara
institusi masjid dan surau dengan masyarakat. Lokasi pembinaan masjid dan
surau yang strategik amat penting bagi menjadikan masjid dan surau sebagai
pusat ekonomi setempat dalam memenuhi keperluan harian masyarakat. Dengan
lokasi masjid dan surau yang strategik membolehkan ia dijadikan sebagai one
stop centre bagi masyarakat setempat dan secara tidak langsung mampu
mengimarahkan masjid dan surau yang telah dibina.
Faktor ketiga adalah kepelbagaian aktiviti dakwah. Menurut Syariah Islam,
melaksanakan aktiviti keagamaan di masjid dan surau dengan secara
bermasyarakat adalah lebih disukai oleh Allah S.W.T daripada melaksanakan
secara individu. Masjid dan surau bagaimanapun bukan sahaja berfungsi sebagai
tempat untuk melaksanakan upacara keagamaan tetapi juga sebagai tempat untuk
menerima pendidikan agama.
Kepelbagaian aktiviti dakwah yang berteraskan nilai positif dalam kalangan
masyarakat seharusnya diambil perhatian dalam usaha mengimarahkan masjid.
Masjid perlu menggerakkan dengan sebanyak mungkin aktiviti-aktiviti terbuka
yang bercirikan pemupukan nilai positif sosial di kalangan anggota masyarakat
Islam dan termasuk juga masyarakat bukan Islam.
Faktor keempat adalah pengurusan dana. Kebiasaannya, jumlah kutipan
derma dan sedekah adalah paling banyak pada hari Jumaat iaitu ketika solat
Jumaat. Kutipan yang diterima daripada derma, sedekah dan wakaf ini akan
disalurkan semula kepada masyarakat dalam bentuk aktiviti kerohanian seperti
kuliah keagamaan, sambutan hari kebesaran Islam, pengurusan jenazah dan
perkuburan Islam.
Dalam sejarah Islam, masjid dan surau merupakan satu institusi yang amat
penting. Masjid bukan hanya sekadar tempat umat Islam melakukan amal ibadat
khusus tertentu seperti mendirikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan
seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam
yang lebih menyeluruh.
Jelaslah, masjid bukan hanya tempat menghubungkan umat dengan
Penciptanya, tetapi juga sebagai pusat untuk menjalinkan hubungan sosial dan
merapatkan ukhuwah sesama Islam disamping menjadi tempat rujukan dan
perkongsian ilmu.
PENULIS:
NAVPREET KAUR GILL
Peranan Sebagai Seorang Usahawan
Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dalam memilih kerja. Faktor-
faktor penting seperti gaji, tempat tinggal, kemudahan yang disediakan dan
sebagainya menjadi titik tolak penerimaan seseorang dalam sesuatu pekerjaan.
Begitu juga dalam konteks ini, terdapat pelbagai sebab yang mendorong
masyarakat memilih menjadi usahawan atau berniaga dan sebab-sebabnya adalah
seperti berikut.
Pertama sekali, trend masa kini. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita, suka
mencuba sesuatu yang menjadi perhatian. Sehubungan itu suatu produk baharu
di pasaran akan sentiasa mendapat permintaan tinggi apatah lagi jika produk
berkenaan menepati cita rasa pengguna.
Kedua, tidak memerlukan modal yang banyak. Usahawan boleh memulakan
perniagaan yang sesuai dengan modal yang ada. Keberangkalian kerugian juga
adalah rendah.
Ketiga, tidak memerlukan kepakaran atau pengetahuan khusus. Mungkin bagi
mereka yang berpendidikan rendah ini merupakan peluang yang dinanti-
nantikan. Kepakaran dalam berkomunikasi adalah yang paling penting. Hal ini
kerana pekerjaan jenis ini memerlukan daya tarikan untuk menarik pembeli atau
pengguna.
Keempat, tiada bos. Arahan itu ini daripada bos atau majikan juga memberikan
kepuasaan kepada mereka yang memilih kerjaya sebagai peniaga atau usahawan.
Orang yang suka bekerja bebas tanpa arahan selalunya condong memilih bekerja
sendiri.
Kelima, sebagai kerja sampingan. Menambah dan mengukuhkan pendapatan
dengan membuat sebarang perniagaan sebagai kerja sampingan juga popular
masa kini. Minat turut mendorong seseorang melibatkan diri dalam bidang ini.
Walaupun mempunyai kerjaya tetap namun masih meninggalkan sedikit ruang
untuk memenuhi kepuasan peribadi.
Tanpa usaha, tidak akan ada pembangunan. Pembangunan negara, khususnya
pembangunan ekonomi, bergantung kepada manusia yang mengejar peluang-
peluang ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada manusia yang
berupaya menggembleng faktor-faktor pengeluaran. Manusia itu adalah
usahawan.
Secara jelas, keusahawanan boleh menyumbang kepada pembangunan. Implikasi
pembangunan ialah kehidupan yang selesa. Rezeki yang mencukupi dan
melebihi, menyumbang ke arah kehidupan dan kemakmuran bersama.
Keusahawanan juga meningkatkan kualiti kehidupan dengan penemuan demi
penemuan dan ini meluaskan pilihan pengguna.
Keusahawanan membanyakkan peluang mata pencarian dan menyumbang ke
arah produktiviti kebangsaan. Keusahawanan membantu ke arah pengagihan
pendapatan yang lebih saksama seterusnya membawa kebaikan sosial melalui
pengembalian sejumlah pendapatan kepada negara dalam bentuk pengembalian
wajib seperti cukai dan zakat, mahu pun yang sukarela.
Secara ringkas bolehlah dikatakan usahawan itu berperanan menyumbangkan
idea dan pembaharuan. Dalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya,
usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan
tidak semestinya unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan
sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa
berfikiran terbuka.
Selain itu, usahawan merancang. Daripada idea dan penyerlahan peluang,
usahawan merancang. Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang ada,
yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan.
Oleh itu, pengurusan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus
menyusul.
Di samping itu, usahawan juga memainkan peranan seperti mengurus, mengeluar,
mengedar dan menanggung risiko. Sumber-sumber seterusnya diurus,
dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Penentuan hasil
pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu,
dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan dan perkhidmatan, ianya
tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko.
Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas.
Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga bila timbulnya,
adalah tanggungan usahawan.
Seterusnya, menawarkan peluang pekerjaan. Usahawan menawarkan peluang
pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan wujudnya industri dari pihak
usahawan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun.
Tambahan pula, menyediakan pilihan dan penawaran serta memenuhi kehendak
pengguna. Penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian dan peningkatan
kemahiran tenaga kerja dari masa ke semasa akan mempertingkatkan
produktiviti. Hasilnya usahawan dapat pula menyediakan pilihan dan penawaran
yang lebih banyak dan lebih baik kepada pengguna. Pengguna mempunyai cita
rasa yang pelbagai dan adalah menjadi tugas seorang usahawan untuk memenuhi
kehendak dan keperluan tersebut.
Bukan itu sahaja, malah ia adalah peluang untuk memperolehi keuntungan.
Mendapat untung sememangnya salah satu matlamat seorang usahawan dalam
menjalankan perniagaan. Pelanggan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha
yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan
mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya.
Akhir sekali, peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Peranan usahawan terhadap masyarakat dan negara amat besar, seorang
usahawan yang berjaya akan menjadi contoh kepada masyarakat. Ia juga dapat
mengharumkan nama negara kerana usaha-usaha murni yang telah ditunjukkan.
Gambar: Menu makanan & minuman yang dijual oleh usahawan