The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harithdiniesafiee, 2019-05-18 08:27:03

Rencana masjid

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN PELAJAR DAN

MASYARAKAT DALAM MENGIMARAHKAN MASJID & SURAU




Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Perkataan masjid berasal dari
perkataan Arab sajada, yasjudu, sujudan. Sujud dalam pengertiannya bererti patuh

dan menghina diri kepada Allah S.W.T. Masjid dan surau merupakan pusat kegiatan
kaum muslimin, bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai tempat

berlakunya perkongsian ilmu pengetahuan, pusat pembangunan dan khidmat terhadap

komuniti sekitarnya. Fenomena kini, dapat dilihat pertumbuhan masjid dan surau
yang banyak disebabkan oleh pesatnya pembukaan kawasan taman perumahan yang

baru. Sekiranya taman perumahan yang baru dihuni oleh majoriti komuniti Islam,

maka akan wujud satu masjid atau surau dikawasan tersebut. Sejauh mana makmur
atau sepi keadaan masjid dan surau itu bergantung pada pengurusannya dalam

merangka program untuk mengimarahkannya.

Mewujudkan dan memakmurkan masjid dan surau adalah bergantung kepada

komuniti dan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam pengurusan. Peranan
masjid dan surau dapat diperluaskan dengan mengadakan program-program

keagamaan seperti kelas mengaji, kelas Bahasa Arab, aktiviti kemasyarakatan dan

sebagainya. Dengan cara ini, akan berlaku proses pengimarahan masjid dan surau
serta dapat juga mengoptimumkan fasiliti yang terdapat di masjid dan surau.


Kecenderungan bermaksud keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu
perkara yang memberi manfaat kepada individu dan persekitaran sekeliling.

Pengertian imarah pula ialah menggerakkan atau menghidupkan suasana masjid atau
surau dengan pelbagai kegiatan yang berfaedah dan kebiasaannya berbentuk aktiviti

keagamaan.


Faktor pertama dalam mempengaruhi kecendurangan pelajar dan masyarakat

dalam mengimarahkan masjid dan surau adalah pengimarahan masjid. Asas dalam
keperluan pengimarahan masjid dan surau didasari oleh agama iaitu konsep

memakmurkan masjid, konsep amar makruf nahi mungkar iaitu menyuruh manusia

melakukan amal kebajikan dan melarang manusia kearah kejahatan. Konsep-konsep
keilmuan, kebajikan dan penghayatan yang menyeru kepada kebaikan perlu

diterapkan dalam konsep mengimarahkan dan memakmurkan masjid dan surau adalah

menjadi satu tanggungjawab yang besar khususnya buat pentadbirannya.


Tanggungjawab umat Islam yang mengimarahkan dan memakmurkan masjid dan
surau ini juga memberi manfaat dan kebaikan serta mengangkat darjat seseorang

melalui maksud hadis Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, t.th.: 219/1);

“Hendakkah kamu aku tunjukkan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan
mengangkat darjat? Para Sahabat menjawab, Ya, wahai Rasulullah. Rasulullah

menjawab: Sempurnakan wuduk walaupun ketika masyaqqah, banyak pergi ke
masjid, dan menunggu untuk menunaikan sembahyang selepas menunaikannya. Itulah

yang dinamakan al-Ribat iaitu menahan diri untuk melakukan ketaatan kepada

Allah.”

Pendekatan pengimarahan masjid yang dicadangkan adalah kembali kepada
fungsi dan peranan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W. dan konsep itu disesuaikan

dengan mengetahui keperluan jemaah dan komuniti masyarakat setempat. Masjid
perlu dijadikan tempat yang menarik dengan menjaga kebersihan dan keindahan

masjid, menaik taraf ciri keselamatan dan pengurusan sumber dana secara efisien.


Faktor kedua adalah pengurusan fasiliti. Menurut sejarah tamadun Islam,
sesebuah masjid perlu dilengkapi dengan kemudahan lain seperti penginapan

(funduq), tandas (hammam), hospital (mushtashfa), kubur (maqribah), halaman

(maydan) dan termasuklah taman halaman dalam memastikan sesebuah masjid dapat
diimarahkan sepenuhnya.


Faktor pengurusan fasiliti memainkan peranan yang besar dalam menjemput

masyarakat mengimarahkan masjid dan surau. Terdapat sesetengah masjid dan surau

dibina diluar kepadatan penduduk dan mewujudkan kejurangan antara institusi masjid
dan surau dengan masyarakat. Lokasi pembinaan masjid dan surau yang strategik

amat penting bagi menjadikan masjid dan surau sebagai pusat ekonomi setempat
dalam memenuhi keperluan harian masyarakat. Dengan lokasi masjid dan surau yang

strategik membolehkan ia dijadikan sebagai one stop centre bagi masyarakat setempat
dan secara tidak langsung mampu mengimarahkan masjid dan surau yang telah

dibina.

Faktor ketiga adalah kepelbagaian aktiviti dakwah. Menurut Syariah Islam,

melaksanakan aktiviti keagamaan di masjid dan surau dengan secara bermasyarakat
adalah lebih disukai oleh Allah S.W.T daripada melaksanakan secara individu. Masjid

dan surau bagaimanapun bukan sahaja berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan
upacara keagamaan tetapi juga sebagai tempat untuk menerima pendidikan agama.


Kepelbagaian aktiviti dakwah yang berteraskan nilai positif dalam kalangan

masyarakat seharusnya diambil perhatian dalam usaha mengimarahkan masjid.

Masjid perlu menggerakkan dengan sebanyak mungkin aktiviti-aktiviti terbuka yang
bercirikan pemupukan nilai positif sosial di kalangan anggota masyarakat Islam dan

termasuk juga masyarakat bukan Islam.


Faktor keempat adalah pengurusan dana. Kebiasaannya, jumlah kutipan derma
dan sedekah adalah paling banyak pada hari Jumaat iaitu ketika solat Jumaat. Kutipan

yang diterima daripada derma, sedekah dan wakaf ini akan disalurkan semula kepada

masyarakat dalam bentuk aktiviti kerohanian seperti kuliah keagamaan, sambutan hari
kebesaran Islam, pengurusan jenazah dan perkuburan Islam.


Dalam sejarah Islam, masjid dan surau merupakan satu institusi yang amat

penting. Masjid bukan hanya sekadar tempat umat Islam melakukan amal ibadat
khusus tertentu seperti mendirikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan

seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam yang
lebih menyeluruh.



Jelaslah, masjid bukan hanya tempat menghubungkan umat dengan Penciptanya,
tetapi juga sebagai pusat untuk menjalinkan hubungan sosial dan merapatkan

ukhuwah sesama Islam disamping menjadi tempat rujukan dan perkongsian ilmu.


Click to View FlipBook Version