The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarra.sufiah, 2023-03-03 21:25:51

IMPAK BUDAYA LUAR DI MALAYSIA

IMPAK BUDAYA LUAR DI MALAYSIA

Keywords: budaya luar di malaysia

LUAR Di Malaysia BUDAYA Impak MPU3183 Penghayatan Etika Dan Peradaban 22BE02002P Sarra Sufiah binti Shaharudin Pensyarah : Ayu Nor Azilah binti Mohamad


LUAR Di Malaysia BUDAYA Impak ISI KANDUNGAN 1 Objektif 2 Pengenalan 3 Punca Pengaruh Budaya Luar di Malaysia 4 Akibat Pengaruh Budaya Luar di Malaysia 5 Cara Mengatasi Pengaruh Budaya Luar di Malaysia 6 Kesimpulan 7 Rujukan


LUAR Di Malaysia BUDAYA Impak Objektif : 1. Membuka minda masyarakat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan budaya luar yang semakin berleluasa di Malaysia. 2. Supaya ibu bapa tidak mengambil endah dan sentiasa memantau aktiviti anakanak di rumah mahupun di sekolah. 3. Agar pihak berkuasa tidak memandang enteng berkaitan dengan penularan budaya luar yang mampu merosakkan pemikiran masa depan remaja Malaysia. 4. Memastikan golongan remaja masa kini mendapatkan ilmu agma atau pendidikan moral yang penuh agar tidak mudah terpesong.


LUAR Di Malaysia BUDAYA Impak Pengenalan Budaya merupakan satu susunan perlakuan yang boleh dipelajari dan sentiasa mengalami perubahan. Ianya merupakan satu cara hidup masyarakat yang mempunyai nilai integeriti yang tinggi. Komponen budaya juga boleh dilihat budaya kebendaan atau bukan kebendaan, budaya realistik atau budaya idealistik; dan budaya kognitif atau budaya normatif. Budaya tersebut dicerminkan melalui perasaan dan pemikiran yang didukung oleh masyarakat tersebut. Walaupun budaya itu diwarisi tetapi ia mengalami perubahan dan pengubahsuaian yang sihat kerana budaya merupakan intipati kehidupan manusia bertamadun. Konsep budaya boleh didefinisikan sebagai satu aspek yang merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak yang dipelajari atau mempengaruhi sesebuah masyarakat setempat. Menurut Kluckhon (1949) beliau berpendapat bahawa budaya diperkembangkan dengan keadaan masyarakat yang membawa kepercayaan dan amalan mereka tersendiri.


Punca pengaruh budaya luar di malaysia


Teknologi telah memberi banyak kemudahan kepada manusia untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan hanya dihujung jari. Pengaruh media massa pada masa kini menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ianya menjadi satu pengaruh yang kuat bagi setiap individu terutamanya para remaja. Media juga menjadi salah satu punca penyalur perubahan sesebuah budaya dalam sesebuah negara. Contoh yang dapat kita lihat dengan jelas ialah daripada segi pakaian di Malaysia. Pemakaian baju kurung, cheongsam dan sari pada masa kini agak sukar dilihat jika kita berada ditengah-tengah ibu kota. Seharusnya pakaian rasmi seperti itu menjadi pakaian kebanggaan setiap rakyat Malaysia untuk menggayakan tidak mengira tempat. Jika kita lihat semasa acara bola sepak di stadium kebanyakkan masyarakat Malaysia akan memakai dan menggayakan pelabagai fashion dengan baju tshirt. Boleh dikata tidak pernah atau jarang sekali kita lihat masyarakat Malaysia pergi ke stadium memakai pakaian kebangsaan. Namun hal ini berbeza dengan negaranegara luar seperti world cup di Dubai tahun lepas kita dapat lihat mereka memakai pakaian rasmi iaitu lelaki perempuan memakai jubah untuk menonton acara bola sepak. Contoh seperti itu perlu kita terapkan di dalam diri setiap individu di Malaysia agar budaya pemakaian rasmi di Malaysia tidak lapuk dengan peredaran zaman sekarang. 1. TEKNOLOGI


Rakan adalah antara insan yang paling rapat dengan seseorang individu selepas ibubapa. Lazimnya mereka akan sering berjumpa sama ada di sekolah ataupun di kawasan perumahan. Kesilapan dalam memilih rakan sebaya mampu menjuruskan seseorang itu kearah yang tidak baik atau terlalu taksub. Sebagai contohnya, walaupun seorang pelajar ini tidak terdedah dengan media massa namun di sebabkan pengaruh rakan sebaya, mereka boleh mengetahui budaya luar seperti budaya k-pop yang menjadi sangat trending dalam kalangan remaja mahupun pelajar sekolah rendah. Rakan adalah individu yang sangat rapat dengan seseorang individu kerana terdapat persamaan daripada segi minat dan berkonsi cerita. Oleh yang demikian pemilihan rakan sebaya amat penting dalam membentuk jati diri seseorang individu agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat atau korea yang semakin menjadi-jadi. 2. RAKAN SEBAYA


Pantauan ibu bapa juga menjadi salah satu punca penyebaran budaya luar terhadap anak-anak dan remaja pada masa kini. Pantaun ibu bapa menjadi asbab yang sangat penting bagi memastikan kegiatan dan pergaulan anak mereka supaya tidak mudah terjebak dengan pergaulan bebas pada masa kini. Ibu bapa juga seharusnya berani untuk bersuara dan menegur anak mereka jika terdapat perkara yang boleh menjuruskan mereka kearah yang tidak baik. Impaknya sangat besar dan boleh menghancurkan masa depan remaja. Jika ibu bapa memandang entengt dalam mendidik anak atau kesian kerana kecil lagi ingatlah pepatah ini, meluntur buluh hendaklah dari rebungnya. 3. PERANAN IBU BAPA


4. DIDIKAN AGAMA Selain itu, pegangan agama yang tidak utuh juga menjadi salah satu punca mudah terpengaruh dengan budaya luar. Elemen budaya luar yang di katakan boleh merosakan akhlak remaja sekarang antaranya ialah pergaulan bebas tanpa batasan, seks bebas, pakaian yang terlampau seksi, pengambilan dadah yang tidak terkawal dan merempit. Semua itu merupakan budaya luar yang telah masuk ke Malaysia dan jika ianya tidak terkawal boleh menyebabkan sebati dengan masyarakat kita. Oleh itu setiap individu hendaklah memegang perintah agama yang kuat agar tidak mudah terpesong dengan perkara yang tidak baik. Di dalam konteks didikan agama ini ibu bapa dan gurulah yang memainkan peranan yang penting dalam mendidik remaja dengan ilmu agama agar dapat menjamin masa depan mereka sekaligus dapat memelihara adat melayu yang di banggakan pada masa dahulu.


Akibat pengaruh budaya luar DI MALAYSIA


Kes pembuangan bayi, zina, pengambilan dadah dan pergaulan tanpa batas semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Perkara ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila terdapat golongan remaja yang terlibat dengan perkara tersebut. Hal ini berpunca kerana masyarakat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan budaya luar. Apa yang lebih menjadi kerisauan adalah apabila budaya barat semakin di promosikan dalam kalangan masyarakat kita. Contohnya, pernah hangat di Malaysia suatu Ketika dahulu apabila ada beberapa gadis melayu yang rela di cium oleh artis korea pujaan mereka kerana terlampau taksub. Perkara seperti ini merupakan sesuatu yang perlu kita jauhi kerana ianya merupakan budaya barat yang secara perlahan-lahan telah mula masuk ke Malaysia. SOSIAL terhadap ekonomi pula ialah, hukum riba. Riba atau lebih dalam pelbagai urusan jual yang mengamalkan unsur mengatakan membantu pembeli dikenali sebagai Spay later. tersebut menyebabkan membayar barangan yang oleh dapati dalam urusan Malaysia tidak mengamalkan Malaysia adalah beragama Islam. kemiskinan bagi seseorang


Kes pembuangan bayi , zina, tanpa batas semakin berleluasa Malaysia . Perkara ini amat apabila terdapat golongan tersebut . Hal ini berpunca mudah terpengaruh dengan kerisauan adalah apabila budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia suatu Ketika dahulu yang rela di cium oleh terlampau taksub . Perkara perlu kita jauhi kerana ianya secara perlahan -lahan telah SOSIAL Akibat daripada pengaruh budaya luar terhadap ekonomi pula ialah , apabila urusniaga di Malaysia mengamalkan hukum riba . Riba atau lebih dikenali sebagai interest ini boleh di dapati dalam pelbagai urusan jual beli atau pinjam meminjam . Contoh urusniaga yang mengamalkan unsur riba ’ ini adalah aplikasi Shopee yang mengatakan membantu pembeli bayar dahulu bayar kemudian atau lebih dikenali sebagai Spay later. Padah menggunakan kaedah pembayaran tersebut menyebabkan pembeli akan di kenakan cas akibat kelewatan membayar barangan yang dibeli . Paling popular sekali unsur riba ’ ini kitab oleh dapati dalam urusan meminjam duit daripada bank . Seharusnya , Malaysia tidak mengamalkan riba ’ ini kerana majoriti masyarakat di Malaysia adalah beragama Islam . Kesan daripada riba ’ ini boleh menyebabkan kemiskinan bagi seseorang individu jika tidak dapat membayarnya semula . EKONOMI pula rasuah menjadi budaya luar di ini berada pada skala membimbangkan kerana rasuah ini merangkumi Terutamanya dari segi politik Contohnya apabila seseorang mendapatkan sesuatu projek akan memberikan upah orang tertinggi dalam mendapatkan apa yang POLITIK


Akibat daripada pengaruh budaya apabila urusniaga di Malaysia mengamalkan dikenali sebagai interest ini boleh beli atau pinjam meminjam. Contoh riba’ ini adalah aplikasi Shopee bayar dahulu bayar kemudian Padah menggunakan kaedah pembeli akan di kenakan cas akibat dibeli. Paling popular sekali unsur meminjam duit daripada bank. Seharusnya riba’ ini kerana majoriti masyarakat Kesan daripada riba’ ini boleh menyebabkan individu jika tidak dapat membayarnya EKONOMI Daripada segi politik pula rasuah menjadi akibat utama pengaruh budaya luar di Malaysia. Gejala rasuah ini berada pada skala yang sangat membimbangkan kerana penglibatan dalam rasuah ini merangkumi pelbagai aspek. Terutamanya dari segi politik atau pekerjaan. Contohnya apabila seseorang individu ingin mendapatkan sesuatu projek maka individu tersebut akan memberikan upah atau hadiah kepada orang tertinggi dalam projek tersebut untuk mendapatkan apa yang diingini. POLITIK


CARA MENGATASI PENGARUH BUDAYA LUAR DI MALAYSIA


CARA MENGATASI PENGARUH BUDAYA LUAR DI MALAYSIA Teknologi yang semakin canggih dah bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan anak muda mudah mendapatkan informasi dengan teknologi terkini seperti telefon bimbit atau television. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan untuk memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak melayari video atau aplikasi yang kurang memberi manfaat kepada mereka. Kebanyakkan filem luar negara pasti akan di tapis oleh pihak berwajib sebelum dilepas keluar ke television atau pawagam. Walaupun sudah di tapis namun masih terdapat adegan-adegan yang tidak di potong. Hal seperti ini akan memberi impak kepada masyarakat Malaysia untuk meniru aksi-aksi tersebut lebih-lebih lagi anak kecil. Jika kita tonton movie frozen, walaupun cerita tersebut adalah sesuai untuk kanak-kanak akan tetapi sebenarnya terdapat beberapa babak bercumbu antara lelaki dan perempuan. Ianya menjadi kerisauan jika budaya barat tersebut di promosikan dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu tapisan luar negara hendaklah di tapis dengan lebih ketat agar budaya-budaya luar tidak mudah mempengaruhi masyarakat Malaysia. Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi pengaruh budaya luar di Malaysia. Antara yang pihak berwajib boleh laksanakan adalah dengan cara mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan adat dan budaya masyarakat Malaysia. Sebagai contohnya, pihak berkuasa boleh mengadakan festival kebudayaan Malaysia. Aktiviti seperti ini akan memupukkan dalam diri masyarakat untuk terus menjadikan budaya Malaysia sebagai tunjang utama dalam kehidupan seharian serta bangga dengan budaya, pakaian dan adat di Malaysia.


Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing agar pengaruh budaya luar dapat di bendung sekaligus budaya-budaya di Malaysia dapat di ketengahkan. Bak kata pepatah ‘ hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. KESIMPULAN


1. Kaparang, O. M. (2013). Analisa Gaya Hidup Remaja Dalam Mengimitasi Budaya Pop Korea Melalui Telivisi. Acta Diurna. 2. Md Syed, M. A. (2019). K-pop, Aspirasi Kemodenan dan Ketidakpatuhan Strategik dalam Kalangan Wanita Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. 3. Tyka, N. (2014, April 15). Pengaruh Budaya Barat. Retrieved from Mengetengahkan isu pengaruh Budaya Barat di kalangan masyarakat Malaysia yang semakin berleluasa di negara kita.: http://budayabaratterrorism.blogspot.com/2014/04/definisipengaruh-budaya-barat.html 4. Yaacob, S. E. (2021, Oktober 25). Dewa Ekonomi. Retrieved from Keuntungan Yang Dikejar, Riba yang Digenggam: https://dewanekonomi.jendeladbp.my/2021/10/25/1782/ 5. Zulkipli, A. M. (2008, April 17). Malaysia Kini. Retrieved from Ancaman Budaya Popular Ala Barat: https://www.malaysiakini.com/letters/81514 RUJUKAN


Click to View FlipBook Version