P22 BERSIKAP BENAR MENJAUHI KEMUNAFIKAN BIDANG AKHLAK
2
Buku Teks MS 188-191
#Nota al-FAQIH Ting 4
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Maksud bersikap benar Istilah: Tidak berdusta dari segala perkataan, perkhabaran dan perbuatan
Dalil Naqli ________________________________________________________________________
1.
(Surah al-Ahzab ayat 70)
Maksud:
Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah
yang benar
2. Abdullah bin Mus’ud (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
Hukum Bersikap Benar Maksud:
Tuntutan Bersikap Benar Hendaklah kalian sentiasa bersikap benar. Sesungguhnya benar itu
membawa kepada kebaikan, dan kebaikan itu membawa ke syurga,
seseorang yang sentiasa bersikap benar, akan ditulis di sisi Allah sebagai
seorang yang benar. Dan orang yang berdusta itu, sesungguhnya dosa itu
membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka.
Seseorang yang sentiasa bersikap dusta, akan ditulis di sisi Allah sebagai
seorang pendusta.
________________________________________________________________________
Wajib
________________________________________________________________________
1. Benar dalam tutur kata
• Tidak berbohong apabila kerkata-kata dalam semua
keadaan
• Memelihara diri daripada mengeluarkan lafaz yang jelas
mendatangkan dosa dan mengelirukan
2. Benar dalam niat dan kemahuan
• Berniat ikhlas kerana Allah SWT
• Berniat untuk membuat kebaikan semata-mata
3. Benar dalam keazaman dan cita-cita
• Bertindak mencapai apa-apa dicita-citakan
• Tindakan yang dilakukan seiring dengan keazaman untuk
mencapai matlamat
4. Benar dalam menetapi janji
• Berjanji denga apa-apa yang mampu ditunaikan
• Menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan
• Melaksanakan tepat dengan sesuatu yang telah dijanjikan
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Contoh Rasulullah SAW
Bersikap Benar 5. Benar dalam tugasan
• Melakukan tugasan tanpa mengharapkan balasan
Hikmah Bersikap Benar • Melakukan tugasan dengan cara yang terbaik
________________________________________________________________________
1. Rasulullah SAW menyampaikan wahyu Allah SWT kepada umat
manusia dengan bersifat benar. Baginda tidak menokok tambah
yang ayat disampaikan. Ajaran Islam yang disebarkan juga tidak
mengikut kehendak dan pendapat peribadi baginda kerana
sentiap utur katanya berdasarkan wahyu Allah. Hal ini demikian
dengan firman Allah SWT:
Maksud:
Dan ia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri Segala yang diperkatakannya itu tidak lain
hanyalah whayu yang diwahyukan kepadanya
2. Terdapat sebilangan orang yang suka bergurau tetapi tidak
berkata benar. Mereka berasa seronok bergurau dengan cerita-
cerita palsu. Rasulullah SAW juga bergurau. Namun, baginda
sentiasa bersikap benar walaupun ketika sedang bergurau.
Al-Hassan (ra) menceritakan bahawa seorang perempuan tua
telah datang berjumpa Rasulullah SAW supaya baginda
mendoakannya masuk ke dalam syurga. Lalu baginda
memberitahunya bahawa orang tua tidak akan masuk ke dalam
syurga. Wanita tua itu terus berlalu pergi sambil menangis. Lalu
Rasulullah SAW bersabda:
Maksud:
Kamu beritahulah kepadanya bahawa sesungguhnya dia tidak
akan masuk syurga dalam keadaan tua. Sesungguhnya Allah SWT
berfirman: Sesungguhnya Kami ciptakan wanita-wanita penduduk
syurga itu secara langsung, di mana Kami jadikan mereka gadis-
gadis yang penuh dengan cinta (kepada suami masing-masing)
dan sebaya umurnya.
________________________________________________________________________
1. Terpelihara daripada sifat munafik yang dibenci oleh Allah SWT
2. Menenangkan hati kerana tidak melakukan dosa
3. Saling bekerjasama kerana wujud perasaan saling mempercayai
4. Menjadi contoh teladan kepada orang lain kerana maruahnya
dipandang tinggi
CATATAN
P23 KHAUF DAN RAJA’ BIDANG AKHLAK ISLAMIAH
Buku Teks MS 193-197
#Nota al-FAQIH Ting 4
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Maksud Khauf Khauf bermaksud takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan
Maksud Raja’ menjauhi segala larangan
________________________________________________________________________
Dalil Naqli khauf
Maksud Ayat al-Quran Raja’ bermaksud mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan
Surah Al- Imran Ayat 175 melaksanakan segala perintah-Nya
________________________________________________________________________
Maka janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepada-Ku,
jika kamu memang orang yang beriman.
Dalil naqli Raja’ ________________________________________________________________________
Maksud ayat al-Quran
Surah As-Sajadah Ayat 16 Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur dan sentiasa berdoa kepada
Tuhan mereka dan perasaan takut serta penuh harap dan mereka
mendermakan sebahagian daripada yang Kami rezekikan kepada
mereka.
Contoh Amalan Khauf dan ________________________________________________________________________
Raja’
1. Rasulullah SAW mendirikan solat gerhana matahari dengan
khusyuk. Pada sujud terakhirnya, baginda menangis kerana berasa
takut Allah SWT menurunkan azab. Lalu Rasulullah SAW merintih
dengan bersabda: “wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah
berjanji kepadaku untuk untuk tidak mengazab mereka ketika aku
ada bersama-sama mereka? Tuhanku bukankah Engkau telah
berjanji kepadaku Engkau tidak mengazab mereka apabila
mereka memohon ampun? Sekarang kami sedang memohon
ampun kepada-Mu
(Sunan Abu Daud – Kitab As-solah)
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
2. Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menziarahi
Konsep Khauf dan Raja’
yang Seimbang seorang lelaki yang sedang terlantar. Rasulullah SAW bertanya
tentang perasaannya pada ketika itu. Lelaki itu memberitahu
Hikmah Khauf dan Raja’ baginda bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah SWT
dan berasa sangat takut akan dosa-dosa yang pernah
dilakukannya. Rasulullah SAW bersabda: tidak berhimpun
kedua-duanya dalam hati seseorang hamba Allah pada ketika
itu melainkan Allah SWT memberikan apa yang diharapkan dan
menyelamatkannya daripada apa-apa yang ditakutinya.
_________________________________________________________________
1. Rasa takut kepada Allah SWT hendaklah diiringi dengan
tindakan yang selaras dengan syarak.
2. Seseorang yang mengharapkan ganjaran Allah SWT hendaklah
melakukan amal ibadah dan menjauhi perbuatan maksiat.
3. Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu
mendekatkan diri kepada Allah SWT
4. Perasaan raja akan mendorong seseorang untuk berlumba-
lumba melakukan ibadah tanpa putus asa terhadap rahmat
Allah SWT
5. Khauf dan raja’ hendaklah berpaksikan husnul khatimah
kepada Allah SWT
6. Perasaan khauf terhadap balasan neraka akan menjadi
benteng daripada keinginan melakukan maksiat
_________________________________________________________________
1. Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap
keadaan
2. Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap
pekerjaan kerana yakin Allah SWT melihat dan menilai setiap
perbuatan
3. Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah SWT
kerana takut akan kemurkaan-Nya
4. Melahirkan insan yang sentiasa berasa gembira melakukan
kebaikan supaya mendapat kemanisan iman
5. Melahirkan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah SWT
setelah berusaha bersungguh-sungguh
SPEKTRUM ILMU
CARA MENDAPATKAN KHAUF
● Bergaul dengan para ulama’ dan para solihin
● Sentiasa mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu
● Sentiasa bertaubat
● Sentiasa mengingati mati
CARA MENDAPATKAN RAJA’
● Bermujahadah menentang hawa nafsu
● Melaksanakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan dan istiqomah
● Tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada Allah SWT
P24 ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN ORANG BIDANG AKHLAK
KURANG UPAYA
Buku Teks MS 199-203
#Nota al-FAQIH Ting 4
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Abu Musa al-Syaari (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Dalil Naqli Terhadap Orang
Sakit
Adab Terhadap Orang Sakit (Riwayat al-Bukhari)
Maksud:
Hikmah Beradab Kepada Ziarahlah orang yang sakit, berikan makanan kepada orang yang perlu
Orang Sakit dan bebaskanlah tawanan
________________________________________________________________________
Dalil Naqli Adab Terhadap
Orang Kurang Upaya 1. Ibadah
• Mendoakan kesihatan mereka
• Membantu mereka yang ingin melakukan ibadah
2. Emosi
• Memberikan semangat dan motivasi agar mereka sabar
dan redha
• Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengganggu
ketenteraman mereka dengan bunyi bising dan tempoh
ziarah yang lama
3. Fizikal
• Memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa
bersih
• Menyediakan keperluan dan kemudian asas untuk pesakit
________________________________________________________________________
1. Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh
ujian Allah SWT
2. Mengeratkan ukhuwah sesama anggota masyarakat agar hidup
diberkati Allah SWT
3. Melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan setelah
melihat penderitaan pesakit
_______________________________________________________________________
Anas bin Malik (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
(Riwayat Muslim)
Maksud:
Seorang wanita yang mempunyai kekurangan pada akalnya berkata:
“wahai Rasulullah, saya memerlukan pertolonganmu dalam sesuatu
urusan”. Rasulullah bersabda: “wahai ibu, bagaimana caranya untuk aku
membantumu.” Lalu Rasulullah meluangkan masanya sehingga wanita itu
dapat menyelesaikan urusannya.
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Adab Terhadap Orang
Kurang Upaya 1. Ibadah:
• Meyediakan kemudahan kepada mereka untuk
Hikmah Beradab Terhadap melakukan ibadah dengan selesa
Orang Kurang Upaya • Membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar
mengenai urusan ibadah
2. Emosi
• Memberikan layanan dengan penuh kasih dan sayang
terhadap mereka
• Tidak mengejek dan menghina mereka
3. Fizikal
• Memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk
mereka tidak disalahgunakan
• Menyediakan ruang dan memberikan peluang kepada
mereka sesuai dengan keperluan mereka
_________________________________________________________________
1. Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya
kerana mendapat perhatian dan keistimewaan
2. Memupuk sifat kebersmaan terhadap semua golongan
masyarakat agar perpaduan dapat diwujudkan
3. Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal dan mental yang
sempurna
4. Memudahkan orang kurang upaya melakukan urusan harian
P25 WASATIYYAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT BIDANG AKHLAK
Buku Teks MS 205-210
#Nota al-FAQIH Ting 4
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Maksud Wasatiyyah
Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam
Dalil Naqli setiap tindakan
________________________________________________________________________
1.
(Surah a-Baqarah ayat 143)
Maksud:
Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat
pertengahan (umat pilihan lagi adil) supaya kamu layak menjadi saksi
untuk memberi keterangan kepada umat manusia…
2. Saidatina Aisyah (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
Maksud Kesederhanaan Maksud:
Aspek Kesederhanaan Lakukankah dengan bersederhana. Dan ketahuilah bahawa perbuatan
kamu tidak akan menyebabkan kamu masuk syurga. Amalan yang paling
disukai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit
________________________________________________________________________
Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan
mematuhi syarat
________________________________________________________________________
1. Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh
bertanggungjawab
2. Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi arahan dan
prosedur dalam menjalankan amanah
3. Melaksanan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di muka
bumi
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Maksud Keseimbangan
Aspek Keseimbangan Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam
semua keadaan
Dalil Naqli ________________________________________________________________________
1. Rohani
• Melaksanakan ibadah fardu dan sunat dengan istiqamah
• Menghayati al-Quran dan berzikir dengan bersungguh-
sungguh
• Melakukan ibadah dengan ikhlas
2. Jasmani
• Mengambil makanan yang baik dan seimbang untuk
menjaga kesihatan tubuh badan
• Berehat setelah penat bekerja supaya badan Kembali
cergas dan bertenaga
• Memenuhi keperluan biologi dan fitrah manusia
3. Akli
• Menjauhi barang larangan yang boleh merosakkan akal
seperti dadah dan arak
• Menggunakan akal sebaik-baik untuk meningkatkan ilmu
• Memajukan diri dan masyarakat serta meningkatkan
pembangunan negara
________________________________________________________________________
Maksud Keadilan Maksud :
Aspek keadilan
Dan antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata,”wahai
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan
peliharalah kami daripada azab api neraka”.
________________________________________________________________________
Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa dan tempat
________________________________________________________________________
1. Menunaikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya
2. Mengambil pendekatan pertengahan dan seimbang secara
hikmah antara dua perkara yang ekstrem
SOALAN / FOKUS JAWAPAN / ISI PENTING
Dalil Naqli
Maksud Kecemerlangan (Surah al-Maidah ayat 8)
Ciri-ciri Umat Cemerlang Maksud:
Dalil Naqli Wahai orang yang beriman hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan
kebenaran: dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum itu
mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih
hampir kepada takwa
________________________________________________________________________
Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran serta berkeyakinan teguh pada Allah SWT
________________________________________________________________________
1. Melakukan kebaikan seperti memakmurkan bumi, membangunkan
negara dan membasmi kemiskinan
2. Mencegah diri daripada melakukan kezaliman, kefasikan dan
kekejaman
3. Menggunakan kekayaan di dunia untuk mendapatkan keredhaan
Allah SWT
4. Melakukan semua tugas dan pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah
SWT
_________________________________________________________________________
Hikmah Melaksanakan (Surah Ali-Imran ayat 110)
Prinsip Wasatiyyah
Maksud:
Kamu (wahai umat Muhammad) ialah umat paling baik yang dilahirkan
bagi umat manusia, (kerana kamu menyuruh agar melakukan kebaikan
dan mencegah kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah…
_________________________________________________________________________
1. Syiar Islam dapat ditegakkan dengan menyempurnakan akhlak dan
nilai-nilai murni
2. Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat diwujudkan
kerana adanya kestabilan politik
3. Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana kerana tiada berlaku
pembaziran
4. Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan mengikut
keperluan negara
5. Masyarakat yang aman damai dan bersatu padu dapat
dibangunkan dengan melaksanakan prinsip-prinsip keadilan