The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isyakid74, 2021-06-11 09:22:52

Permainan Baling Selipar.docx

Permainan Baling Selipar.docx

PERMAINAN BALING SELIPAR

DISEDIAKAN OLEH:
Isyaduddin Akid Bin Abdullah
5G (Gigih)

LATAR BELAKANG PERMAINAN BALING
SELIPAR DI MALAYSIA

Permainan tuju selipar atau susun selipar merupakan
sejenis permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Ia
sama seperti permainan baling tin cuma ditukar
kepada selipar.

Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar
disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.Ia
sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika
berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan ini
amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah
selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di
Malaysia.

Permainan tradisional ini juga boleh dilakukan di
pelbagai majlis sukan rakyat.

CARA BERMAIN BALING SELIPAR

Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sama ada
kanak-kanak lelaki atau perempuan. Permainan ini
memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal
kerana hal ini boleh menyebabkan pemain boleh
tercedera terkena balingan yang dibuat pihak lawan
dam sebaliknya.

Selipar yang dikumpulkan haruslah dibentuk tegak
menjadi tiga segi dan satu selipar lagi digunakan untuk
membuat balingan.Pemain pertama daripada
kumpulan utama memulakan permainan dengan cara
membaling selipar kearah selipar yang telah disusun.
Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga
kali untuk menjatuh selipar yang telah disusun. Jika
lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran,
giliran pihak lawan pula mengambil alih untuk
melakukan lontaran seterusnya.

Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan
utama berusaha mematikan lawannya dengan
membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak
lawan. Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak

lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut
menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut.

UNDANG UNDANG PERMAINAN BALING
SELIPAR

a). Peralatan
- 3 pasang selipar
- 3 belah selipar disusun menegak berbentuk piramid
- 1 atau 2 belah selipar akan dipegang oleh pembaling
- 1belah selipar akan di pegang oleh penjaga
b). Tempat Bermain
permainan ini tidak memerlukan keluasan padang yang lebar atau
luas. walaubagaimanapun ia bergantung kepada ramai nya permain.
jika ramai yang bermain keluasan padang itu boleh di perbesarkan.
permainan ini juga tidak memerlukan padang sebesar padang bola
sepak kerana permainan ini memerlukan tektikal ketika bermain.
c). Cara Bermain
1. Balingan

permain pertama akan membaling susunan selipar menggunakan
selipar yang diberi. Sekiranya permain pertama tidak berjaya akan
diikuti oleh permain lain sehinggalah habis permain dalam kumpulan
tersebut. Setiap permain hanya diberikan sebanyak 3 kali percubaan.

2. Susunan Jatuh

Sekiranya balingan yang dibuat mengena pada selipar dan susunan
jatuh, pihak lawan akan membaling kepada kumpulan permain yang
membuat balingan tadi. Pihak yang membuat balingan tadi haruslah
menyusun kembali susunan selipar tadi. Jika susunan tidak berjaya
disusun kumpulan tersebut dikira kalah dan sekiranya berjaya,
kumpulan tersebut akan membuat balingan kembali.

3. Pihak penjaga

Pihak ini akan diberi satu selipar untuk mematikan pihak lawan.
Setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan bergerak semasa membuat
balingan. mereka perlu membuat asingan kepada kawan ataupun
mebaling selipar ke arah ke depan dan selipar itu haruslah berada di
tanah baru boleh bergerak. Jika mereka berjaya mematikan pihak
lawan mereka akan menjadi pembaling pula.

a. Permain tidak dibenarkan membuat balingan melebihi garisan
yang diberikan.

b.Penjaga tidak dibenarkan mematikan selipar dengan mengejar
pihak pembaling sambil membawa selipar. Selipar harus dibaling
kepada rakan lain untuk mematikan permain.

c. Penjaga juga tidak boleh merosakkan kembali selipar yang telah
disusun oleh pembaling.

c. Pemenang akan dikira kepada pasukan yang dapat meyusun
banyak kali selipar.

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Baling_selipar

http://adamaswat.weebly.com/baling-
selipar.html

HASIL TEMU BUAL DARI AYAH SAYA,

ABDULLAH BIN USOP

PENGHARGAAN

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KAWAN-
KAWAN DAN GURU-GURU DALAM MEMBERI SOKONGAN UNTUK
TERUS BERADA DALAM KELAB PERMAINAN DALAMAN. TIDAK LUPA
JUGA KEPADA IBUBAPA YANG MEMBERIKAN DORONGAN UNTUK
TERUS MENJALANKAN AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK
SEKOLAH BERKENAAN DENGAN KELAB PERMAINAN DALAMAN.


Click to View FlipBook Version