The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2022 TEKS UCAPAN PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by enjay578ani, 2022-07-31 01:25:00

2022 TEKS UCAPAN PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN

2022 TEKS UCAPAN PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN

SMK PEREMPUAN BANDARAYA,
KUALA LUMPUR

TEKS UCAPAN PENGETUA

SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2022

PADA
01OGOS 2022 (ISNIN)

1|Ucapan Perasmian Bulan Kemerdekaan 2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Dihormati Puan Norizan binti Mohd Noh, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Puan Halijah binti Ismail, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Puan Faizah binti Husin, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Kaunselor, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah Subhana Wa Taala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya
kita dapat bersama-sama menjayakan pelancaran Bulan Kebangsaan 2022 SMK (P) Bandaraya, pada hari
yang berbahagia ini.

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Tema
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia. Perkataan
‘Keluarga Malaysia’ membawa pengertian bahawa semua rakyat di seluruh negeri turut bersama-sama
dengan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam
keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. ‘Teguh Bersama’ pula bermaksud kekuatan dan
kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Anak-anak sekalian,
Apakah erti kemerdekaan kepada anda sebagai generasi muda? Adakah anda menganggap

merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar
melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ingat ya puteri-puteri SMKPB, erti kemerdekaan sebenar adalah
membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui
empat aspek utama iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa. Hal ini demikian kerana anda sebagai
generasi muda berhadapan dengan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan
budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Selain itu, dalam menghayati erti kemerdekaan, kita perlu bersyukur kepada Allah SWT kerana
dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman dan harmoni. Justeru saya mengajak warga SMK(P)

2|Ucapan Perasmian Bulan Kemerdekaan 2022

Bandaraya untuk terus menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini sebagai sebuah keluarga
demi negara yang tercinta. Demi membuktikkan sayang kita kepada negara, marilah kita bersama-sama
mengibarkan Jalur Gemilang. Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan
semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia yang mencetuskan solidariti dalam mendepani apa-
apa jua cabaran yang mendatang. Saya berharap kita dapat bersama-sama menterjemahkan bentuk
solidariti itu dengan mengibar megah Jalur Gemilang, sebagai tanda kita sentiasa bersatu dalam melawan
apa-apa jua cabaran yang kita hadapi. Saya juga yakin bahawa setelah 65 tahun negara menikmati
kebebasan dan kemerdekaan, amalan mengibar Jalur Gemilang ini sentiasa dibudayakan dalam kehidupan
seharian kita tanpa rasa malu dan janggal.

Guru-guru dan murid-murid yang disayangi sekalian,
Pada tahun ini, SMK(P) Bandaraya melalui Unit Kurikulum dan Bidang Kemanusiaan telah

merancang pelbagai program untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan ini. Program yang diadakan
bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme terhadap tanah air bertuah ini di samping mengasah dan
menonjolkan bakat murid-murid semua. Antara program yang akan dilaksanakan bermula hari ini, 1 Ogos –
09 September 2022 adalah Hiasan Kelas Kemerdekaan, video Deklamasi Merdeka, Pertandingan Kuiz
Literasi Maklumat Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Nyanyian dan Pertandingan Pakaian Kebangsaan.
Program dan aktiviti ini boleh disertai oleh semua pihak. Jadi tunggu apa lagi? Marilah kita bersama-sama
menjayakan program-program yang telah dirancang demi menzahirkan rasa cinta kita terhadap negara.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
pihak yang telah bertungkus lumus membuat segala perancangan dan persediaan serta program-program
menarik bagi mengisi sambutan Bulan Kebangsaan peringkat SMK(P) Bandaraya.

Hadirin sekalian,
Semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih

baik, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan dalam kalangan kita sebagai rakyat Malaysia yang

3|Ucapan Perasmian Bulan Kemerdekaan 2022

pelbagai kaum. Ayuh, kita suburkan semangat patriotisme iaitu perasaan cinta yang mendalam dalam diri
kita kepada negara tanah tumpah darah kita ini.

Burung bangau di sawah padi;
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi;
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.
Saya percaya perasaan cinta kepada negara inilah yang boleh menjadi tali pengikat utama kepada
perpaduan bangsa di negara ini.
Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini melancarkan program Bulan
Kebangsaan SMK(P) Bandaraya bagi tahun 2022. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65.
Sekian, Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

4|Ucapan Perasmian Bulan Kemerdekaan 2022


Click to View FlipBook Version