LAMPIRAN B
KETERANGAN DAN KEGUNAAN GAS
Gas Keadaan Kegunaan
Astilin
Sangat mudah terbakar, Memotong dan mematri
Amonia memabukkan dan (bersama oksigen)
Butana mengkebaskan.
Karbon dioksida
Klorin Melemaskan Pendingin (peti ais, alat
Gas Arang Batu hawa dingin)
Freaon
Hidrogen Sangat mudah terbakar dan Untuk dibakar sebagai
Methil memabukkan bahan api
Nitrogen
Oksigen Tidak terbakar atau memabukkan Pendingin
Propana Memabukkan Pensucian air
Sulfur dioksida
Mudah terbakar dan Bahan api
memabukkan
Tidak terbakar atau memabukkan Pendingin
Sangat mudah terbakar Memotong dalam air
Sangat mudah terbakar dan Pendingin
memabukkan
Tidak terbakar atau memabukkan Radar Beacons
Menghidupkan api Memotong dan mematri,
pensucian udara dan
radas pernafasan
lengkap sendiri
Sangat mudah terbakar Memotong dll.
Memabukkan Pendingin
66
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2586900
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2535150
PARAS 7, BLOK J Laman Web : http://www.moe.gov.my
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (7)
29 Oktober 2003
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 :
KUASA GURU MEROTAN MURID
Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama.
Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang
disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di
bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas
bahawa :
Peraturan 6 :
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk
kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di
sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid
boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:
2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu
digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang
sama :
Peraturan 5 :
(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah
mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa
sebagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –
(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan
(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh
pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan
jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan
tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang
diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian
daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk
mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid.
Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk
memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah,
merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka
yang tidak berdisiplin.
4. Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang
berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian
akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap
perkembangan keperibadian seorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan (Lampiran A) sebagai panduan.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua
sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN A
CONTOH
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan
Nama Sekolah :
Alamat Sekolah :
Telefon & Faks Sekolah :
Rujukan Kami :
Tarikh :
Nama Guru :
No. Kad Pengenalan :
Tuan/Puan,
PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN
Merujuk perkara di atas, dengan ini saya menurunkan kuasa melaksanakan hukuman rotan
yang diperuntukkan kepada saya selaku Pengetua/Guru Besar sesuai dengna PERATURAN
6, PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 kepada Tuan/Puan mulai ........................ hingga .....................
2. Walau bagaimanapun Tuan/Puan diperingatkan agar dapat mematuhi PERATURAN
5(1)(b), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 berhubung dengan syarat pelaksanaan hukuman rotan yang
dinyatakan seperti berikut :
Peraturan 5(1) (b)
hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir
dalam usaha mengawal disiplin di kalangan murid-murid.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
................................................
(Nama Pengetua/Guru Besar)
(Nama Sekolah)
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN B
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS
KESALAHAN
BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN
1. * Kesalahan Berat
2. ** Kesalahan Sederhana Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan
3. *** Kesalahan Ringan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)
Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan
ringan (maksima 3 kali sebatan)
Diberi Amaran dan sesi kaunseling
* KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan/mengkhayalkan.
5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas
murid.
7. Biadab terhadap guru/pengawas/murid.
8. Memeras ugut guru/pengawas/murid.
9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
rakaman dan multimedia terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru/murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki/perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah/guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala
(tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
** KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
*** KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan dan minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air/elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld.XVI (9)
30 Mac 2000
Semua Pengarah Pendididikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2000:
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah
Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan,
membabitkan murid sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kemalangan yang berlaku
didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar kerana terhempap
palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam tangki najis.
Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan
sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian
dan keutamaan.
2. Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri
pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Oleh itu langkah-langkah keselamatan perlu
diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti
pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.
3. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada
semua Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-
kemungkinan yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid
serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkannya.
4. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajarnya
dilakukan:-
4.1 Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:
4.1.1 Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar
bilik darjah.
4.1.2 Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat
sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.
1
4.2 Guru Kokurikulum dan Sukan:
4.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan
murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
dan sukan.
4.2.2 Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam
keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
4.3 Murid:
4.3.1 Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa
atau penjaga dan pengetua atau guru besar untuk mengambil
bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.
4.3.2 Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti
makanan dan minuman dan lain-lain lagi.
4.3.3 Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar
kawasan sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru
wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
4.3.4 Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.
4.3.5 Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa
mengambil bahagian.
4.3.6 Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani
pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
4.3.7 Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak
dibenarkan mengambil bahagian.
4.4 Skim Perlindungan Diri:
4.4.1 Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua
murid yang merangkumi perkara-perkara berikut:
a) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
b) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.
c) kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.
d) kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih
dalam 'warranty'
4.5 Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan):
4.5.1 Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh
membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang
Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad
Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard,
Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik.
2
4.5.2 Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang
merbahaya seperti yang dinyatakan dalam 4.5.1 diadakan pada hari
atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain.
4.5.3 Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi
penggunaannya dengan rapi sepanjang masa,
4.5.4 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah
diambil oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja.
4.5.5 Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan
dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih
sahaja.
4.5.6 Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapa
pun dan ia hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.
4.5.7 Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua
peralatan yang tidak digunakan.
4.5.8 Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang
baik sahaja yang boleh dikeluarkan.
4.5.9 Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir
sama ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan.
4.6 Peralatan Sukan:
4.6.1 Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada ‘warranty’ daripada
pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang
persatuan sukan.
4.6.2 Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah
dimusnahkan dengan serta merta.
4.6.3 Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam, mengguna
peralatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan.
4.7 Kawasan Sukan/Permainan:
4.7.1 Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam
keadaan yang baik dan terurus.
4.8 Kawasan Larangan:
4.8.1 Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan
kepada guru/jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.
a) Kolam Renang.
b) Dewan Gimnastik.
c) Bilik Kecergasan/Latihan Beban.
3
d) Stor Sukan.
e) Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang
besar seperti Tiang Gol.
4.9 Cuaca/Musim:
4.9.1 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat
lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.
4.9.2 Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan
dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.
4.9.3 Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana
hendak hujan.
4.10 Laporan Kemalangan atau Kecederaan:
4.10.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah
disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan
segera.
4.10.2 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.
4.11 Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi:
4.11.1 Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang
memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang
bertauliah.
4.11.2 Pastikan ada 'life saver' yang bertauliah bertugas semasa aktiviti-
aktiviti sukan renang dijalankan.
4.12 Pelaporan Aktiviti (Penilaian):
4.12.1 Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak
sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.
5. Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling
lkhtisas Bil. 1/1995 bertarikh 6 April 1995, dan sila maklurnkan kepada Pengetua dan Guru
Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
4
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
3. Timbalan Menteri Pendidikan
4. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
5.
6. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
7. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
8.
9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
10.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
Ketua Nazir Sekolah
Pegawai Perhubungan Awam
5