The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94202885, 2021-11-09 03:53:10

SLAID KSIB SKSB 2021 MEETING KSIB

SLAID KSIB SKSB 2021 MEETING KSIB

KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
(KSIB)

PENGENALAN KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)

● Merupakan jawatankuasa kerja dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG).

● Sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan
antara ibu bapa/penjaga, murid, sekolah dan komuniti.

MENGAPA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) PERLU?

●Ibu bapa menghadapi masalah berkaitan cara menguruskan anak.

● Ibu bapa memerlukan ruang untuk meluahkan keresahan/kebimbangan
mengenai anak.

● Ibu bapa menghadapi krisis dan tidak tahu cara mengatasinya.

● Ibu bapa mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu yang
boleh dikongsi dengan ibu bapa lain.

OBJEKTIF PENUBUHAN KSIB

● Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar
dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.

● Mewujudkan sokongan yang berterusan.
● Membantu apabila berlaku krisis.
● Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah.
● Membantu dalam menyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang

positif.
● Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber.
● Menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran.
● Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan

dan lain-lain.
● Mendapat kawan baharu.
● Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang

membina.

BAGAIMANA MENUBUHKAN
KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA

● Analisis Borang B (Khidmat Bantu Ibu bapa).
● Guru kelas mencalonkan wakil ibu/bapa untuk dilantik sebagai AJK KSIB.
● Melantik Ketua Biro KSIB.
● Membincangkan aktiviti KSIB.
● Melaksanakan aktiviti.

Ketua Biro KEAHLIAN KSIB

Ahli PIBG yang dikenalpasti berdasarkan dapatan
soal selidik Borang B dan diluluskan dalam
mesyuarat penubuhan KSIB.

Ahli Jawatankuasa KSIB Ahli PIBG/bukan ahli PIBG yang dikenal pasti
berdasarkan dapatan daripada soal selidik.

Sukarelawan Ibu bapa/individu yang berminat dan secara
KSIB sukarela menyumbang kemahiran, kepakaran,
tenaga dan kewangan dalam melakukan sesuatu
aktiviti KSIB.

RAKAN STRATEGIK KSIB

● Sukarelawan daripada komuniti (bukan ahli PIBG).
● Individu yang mewakili komuniti, agensi kerajaan, alumni sekolah atau

mana-mana individu yang berminat dan berpotensi dalam membantu
peningkatan kecemerlangan murid dan sekolah.
● Dilibatkan dalam aktiviti KSIB mengikut keperluan aktiviti atau secara
berterusan.

BIDANG TUGAS

● Membina rangkaian komunikasi antara ibu bapa, komuniti dan sekolah
bagi berkongsi idea dan pandangan berkaitan pembelajaran anak.

● Mengenal pasti individu atau agensi yang berpotensi membantu
keberkesanan aktiviti pembelajaran di sekolah dan luar sekolah.

● Membuat pelan tindakan aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah
bersama-sama guru yang berkaitan.

● Merancang dan melaksana program untuk ibu bapa saling mengenali
dan bermuafakat dalam pelaksanaan aktiviti yang berterusan.

● Menggunakan Maklum Balas Kaji Selidik Bidang Khidmat Bantu Kepada
Sekolah (Borang B) seperti dalam Sarana Ibu Bapa.

● Menyelaras aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah berdasarkan
maklumat Borang B (Sarana Ibu Bapa).

● Membuat pemantauan dan penilaian pelaksanaan pelan tindakan
bersama-sama pihak sekolah.

● Memberi sokongan kepada ibu bapa yang bersedia dibantu oleh KSIB.

● Melaksanakan program perkongsian ilmu keibubapaan.

● Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan,
perubatan dan lain-lain.

● Mengumpul dana atau lain-lain sumber yang diperlukan bagi memastikan
sistem pembelajaran dapat dijayakan.

TANGGUNGJAWAB KETUA BIRO

● Merancang aktiviti KSIB bersama AJK.
● Mengenal pasti AJK KSIB dalam kalangan ahli PIBG.
● Mengenal pasti sukarelawan dan rakan KSIB yang berpotensi bagi

memastikan KSIB dapat berfungsi dengan efektif.
● Mengetuai perancangan dan pelaksanaan aktiviti KSIB.
● Memastikan pelaksanaan aktiviti berkaitan kemahiran keibubapaan

menjadi antara fokus perancangan.
● Membentang pelaporan aktiviti KSIB yang dirancang dan yang telah

dilaksanakan dalam Mesyuarat PIBG.
● Sentiasa bergerak dengan kerjasama dan atas nasihat dari pihak

pengurusan sekolah.

TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA(AJK) KSIB

● Bersama-sama merancang aktiviti KSIB mengikut keperluan sekolah dan
lokasi setempat.

● Bersama-sama mengenalpasti Sukarelawan KSIB yang berpotensi bagi
memastikan KSIB dapat berfungsi dengan efektif.

● Mengenalpasti agensi-agensi/pihak swasta yang berminat membantu
pelaksanaan aktiviti KSIB dan aktiviti murid mengikut keperluan sekolah.

● Mewujudkan jaringan dan rangkaian sosial antara ahli PIBG, masyarakat
setempat, agensi berkaitan dan sektor swasta bagi mendapatkan sokongan
dalam pelaksanaan aktiviti KSIB dan aktiviti sekolah.

SKOP BIDANG KSIB Silaturahim sesama ahli PIBG – melawat ahli lain yang sakit,
ditimpa musibah, menghadapi krisis dan sebagainya.
Komunikasi – mengunjungi IB bagi merungkai masalah
anak dan sebagainya.
Dana dan kemahiran – mencari dana dan kemahiran untuk
aktiviti KSIB.
Mewujudkan jaringan dan rangkaian – merapatkan PIBG
dengan pihak lain bagi mendapatkan sokongan.

Keibubapaan – kemahiran keibubapaan

PENUBUHAN KSIB

● Pemakluman PIBG kepada ahli-ahli dan edaran soal selidik
(Borang B–Saya berminat menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)

● Mengadakan mesyuarat penubuhan KSIB PIBG. Antara lain:
◊ Menyatakan sebab KSIB ditubuhkan, apa yang hendak dicapai dan apa yang
hendak dilakukan bersama.
◊ Membentuk beberapa jawatankuasa untuk objektif khusus.

● Mengadakan mesyuarat lanjutan bagi membentuk pelan tindakan
dan rangka kerja.

STRUKTUR ORGANISASI KSIB

BANTUAN, SOKONGAN DAN SUMBANGAN KSIB

PERANAN AJK KSIB MENGIKUT BIRO

BIRO AKADEMIK
● Membantu membuat perancangan dan melaksanakan pelbagai aktiviti

yang berkaitan bidang akademik untuk membolehkan murid mencapai
kecemerlangan dalam pendidikan dengan kerjasama semua pihak.
● Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari semasa ke
semasa.
BIRO PEMBANGUNAN SAHSIAH
● Membantu membuat perancangan dan melaksanakan pelbagai aktiviti
bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan murid.
● Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari semasa ke
semasa ke arah pembentukan sahsiah terpuji dan sifat kepimpinan
murid.

BIRO KOKURPIKEURLUAMNAN AJK KSIB MENGIKUT BIRO

● Berkongsi kemahiran dan kepakaran dalam bidang kokurikulum dan sukan
untuk membentuk/membangunkan pasukan sekolah
(Contoh: Menjadi Jurulatih Kawad Kaki, Jurulatih Hoki dan sebagainya).

● Membantu merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan
pembangunan kokurikulum dan sukan (Contoh:Kursus Asas Kawad,
Klinik Bola Sepak dan sebagainya).

● Membantu menaiktaraf infrastruktur sukan di sekolah.
KEWANGAN & TAJAAN
● Membantu pihak sekolah mencari dana kewangan atau sebarang bentuk

penajaan untuk pembangunan sekolah mahupun keperluan untuk
menjayakan sesuatu program daripada pelbagai pihak seperti agensi
awam, agensi swasta, NGO mahupun orang perseorangan.
● Merancang program untuk mengumpul sumber kewangan
(contoh: Jualan Amal, Program Kitar Semula dan sebagainya)

PERANAN AJK KSIB MENGIKUT BIRO

BIRO MAKLUMAT
● Membantu pihak sekolah membuat hebahan berkenaan program/aktiviti

sekolah serta sebarang informasi yang berkaitan (contoh:Mesyuarat
PIBG,Program Gotong-royong dan sebagainya)
● Membantu pihak sekolah untuk mendapatkan maklum balas daripada ibu
bapa berkaitan perkara-perkara tertentu (contoh: Pelaksanaan PdPR)
● Menyalurkan sebarang maklumat daripada ibu bapa atau komuniti.

BIRO PENYELENGGARAAN & KECERIAAN
● Membantu pihak sekolah untuk menyelenggara kemudahan sedia ada

(contoh: membaiki kerusi/meja, membaiki lampu/kipas dan sebagainya)
● Membantu pihak sekolah dalam usaha untuk menceriakan persekitaran

sekolah (contoh: menganjurkan gotong royong, melukis mural, menghias
kelas dan sebagainya)

PERANAN AJK KSIB MENGIKUT BIRO

BIRO KESIHATAN & KESELAMATAN
● Membantu pihak sekolah dalam memastikan sekolah selamat dan tidak

mendatangkan bahaya kepada warga sekolah.
● Merancang aktiviti kesihatan dan keselamatan yang memberi manfaat

kepada murid sekolah dalam bentuk kursus, ceramah dan sebagainya
(contoh: Kempen Keselamatan Jalan Raya, Ceramah Cegah Denggi dan
sebagainya)
●Merancang dan menganjurkan program-program pendidikan pencegahan
jenayah (contoh: Kempen Sifar Vandelisme, Ceramah Buli dan sebagainya)



Sekian,
terima kasih.


Click to View FlipBook Version