The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94202885, 2021-11-14 08:41:32

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN OLEH IBU BAPA

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN OLEH IBU BAPA

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

OLEH IBU BAPA

Cadangan Penambahbaikan
Sekiranya sekolah dibuka seperti biasa, bahan pembelajaran melalui online masih
boleh diteruskan untuk ibubapa dapat memantau tugasan anak-anak.
Pematuhan SOP sepenuhnya seperti jarak 1m dipatuhi sekiranya sekolah secara
bersemuka diadakan
Cuma kekurangannya jika sesi persekolahan bermula . Hanya masalah mengambil ank
shj.. lalulintas sesak.. kereta double park dan menyukarkan semua pengguna jlnry.
Mohon pihak sklh fikirkn inisiatif lain yg lbh baik utk mengatasi mslh trsbut.. cthnya
parents dibenarkn ambl ank di dlm kwsn sklh scara pandu lalu.
Pihak sekolah perlu memberi peluang kepada semua murid bagi mengikuti semua
aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah tanpa mengira kelebihan dan
kekurang seseorang murid.
Sekiranya sekolah dibuka semula,pihak sekolah boleh menyemak dan memperbaiki
sop ketika pelajar berada disekolah terutamanya ketika bukan waktu belajar seperti
waktu tiba, rehat dan pulang.. Pelajar tahap rendah masih lemah dalam pematuhan sop
sekiranya kurang di pantau.
Pemberian tab percuma untuk anak2 dari keluarga yg x mampu bg memudahkan pdpr
Pada masa akan datang dharap ada di kalangan guru-guru yang peka dengan
keadaan murid di sekolah terutama bila ada di kalangan murid tiba tiba ada yang tidak
sihat atau sebagainya.
Wujudkan group telegram contoh INFO MESRA SK SERI BAYU bagi semua darjah
dan maklumkan apa2 info pertandingan atau apa saja pemberitahuan .Ini sangat
penting utk pengetahuan semua ibu bapa.Boleh ambil contoh sklh lama anak saya di
penang iaitu SK BERTAM INDAH
Bagi pembelajaran secara online terdapat guru yang menghantar video semata2 dan
terus menyuruh murid siapkan tugasan tanpa perbincangan.mohon guru mengajar
secara online dan bukan hanya hantar video semata mata.
Kaedah pdpr perlu diperbaiki lagi oleh guru, bkn hanya bergantung pada link youtube.
perbanyakkan komunikasi 2 hala.

Lantikan jurulatih dari kalangan ibubapa yg aktif bersukan utk sukan² yg terdapat di
sekolah supaya dapat memperkembangkan lagi sukan di sekolah ke peringkat yang
lebih tinggi
Cadangan supaya aktiviti utk penglibatan murid turut disampaikan kepada ibubapa
supaya ibubapa dpt bantu anak2 utk turut serta aktiviti yg diminatinya-kadangkala murid
tahu setelah tarikh tamat utk mendaftar dll, murid tidak faham kaedah menyertainya,
aktiviti cenderung pada golongan tertentu shj dll.
Sedia memberi khidmat jika di mnta oleh pihak sklh..
Makluman Perlu lebih awal Dan terancang Dan jangan secara add hoc
Kekangan pdpr ialah anak murid hanya diberi latihan untuk disiapkan, kaedah
pembelajaran hanya bergantung pd ibu bapa. Yg mana bagi sy ibu bapa pun tak pasti
kaedah untuk mengajar itu betul ke tak. Asalkan siap latihan. Sb tiada penilaian oleh
guru. Mungkin boleh buat sesi vc bersama anak-anak murid. Mungkin seminggu sekali
untuk membuat penilaian dan mengajar supaya ibubapa juga tahu apa yang diajar
sama mcm cikgu ajar disekolah.
Sentiasa folo up murid
Senantiasa beri keutamaan kpd SOP
Barisan Pentadbir mewujudkan satu saluran yg lbh mudah utk ibubapa membuat aduan
atau cadangan mengenai pdpr, spt melalui GF.
Pihak pentadbiran sekolah haruslah lebih perihatin terhadap jadual yang dikeluarkan.
Sekiranya ada mana2 guru gagal hadir atau pembatalan kelas,atau penangguhan
kelas, haruslah diberitahu kepada murid atau ibubapa.
Untuk anak2 autism, sangat sukar untuk mematuhi sop terutamanya pakai mask.
Diharap cikgu2 dapat memberi kebenaran kepada anak saya untuk meneruskan
persekolahan..
Tingkatkan lagi usaha bagi pihak sekolah untuk kebaikan semua
Mengadakan kelas mengaji di dalam kelas bagi mata pelajaran Agama Islam.


Click to View FlipBook Version