The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94202885, 2021-09-08 08:32:31

PORTFOLIO NIS 2021

PERTAKSIRAN

PENTAKSIRAN

Maklum balas antara guru dengan murid dan antara
murid dengan murid dilaksanakan secara lisan dan
juga bertulis.
Guru memberi maklum balas secara langsung ketika
murid menyelesaikan tugasan secara digital
menggunakan aplikasi ‘Classkick’ dan ‘Jamboard’
(secara lisan).
Semasa sesi pembentangan, murid turut diberi
peluang untuk memberi maklum balas terhadap
tugasan rakan mereka (Pentaksiran Rakan Sebaya).
Setelah pembentangan dan perkongsian jawapan,
murid menyemak hasil kerja rakan dan memberi
maklum balas secara bertulis (Pentaksiran Rakan
Sebaya).

PENTAKSIRAN

Kemudian guru menyemak semula hasil kerja murid
dan semakan yang telah dibuat oleh rakan mereka.
Hasil kerja murid ditandatangani dan diberi komen
yang membina.
Gambar atau bahan grafik digunakan sebagai salah
satu alat berfikir untuk merangsang minda murid
dan menjana idea bagi mencapai objektif.
Peta Pemikiran i-Think (Peta Pokok) digunakan untuk
murid membanding beza dan mengelaskan.
Murid juga menghasilkan peta alir atas inisitif sendiri
untuk menyelesaikan tugasan.

EVIDEN
Pentaksiran rakan sebaya

EVIDEN
Maklum balas guru secara lisan semasa murid menjawab

soalan tugasan

EVIDEN
Pentaksiran guru terhadap hasil kerja murid.

EVIDEN
Pentaksiran guru terhadap hasil kerja murid.

EVIDEN
Pentaksiran kendiri dalam Quizizz, murid boleh
menyemak kesalahan dan jawapan yang betul
Maklum balas murid melalui ‘Poll’ Telegram

EVIDEN
Gambar sebagai alat berfikir

EVIDEN
Peta Pokok sebagai alat berfikir
Murid menghasilkan peta alir dalam tugasan

EVIDEN

Analisis PBD

PEMBELAJARAN
KOLABORATIF

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

LooCk-oTmhimnke-nt Mine-And-Combine On-A Mission
Struktur Pembelajaran

Koperatif
(CLS)

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

‘Breakout Room’ digunakan untuk membahagikan
murid kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada empat
atau lima orang ahli setiap kumpulan.

Murid diberi tugasan untuk membina ayat
menggunakan kata majmuk yang telah dikenal pasti
berpandukan gambar.

Murid berbincang menggunakan ‘Jamboard’ untuk
berkongsi idea dan pendapat secara ‘Mind and
Combine’.

Murid menggunakan ‘sticky note’ untuk menyatakan
idea, seterusnya berbincang untuk membina ayat bagi
melengkapkan perenggan.

Seterusnya wakil kumpulan membentangkan hasil
dapatan untuk dikongsikan bersama rakan yang lain.
Murid lain diberi ruang untuk memberikan pendapat
(‘Look-Think-Comment’).

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Inisiatif Murid

Haikal,murid yang tidak menghadiri kelas secara
‘Google Meet’ dan Adam hadir sesi kelas tetapi
mengalami gangguan internet. Mereka telah
mengambil inisiatif sendiri untuk menggunakan
panggilan video dan berbincang bagi menyelesaikan
tugasan. Namun apabila mereka masih tidak dapat
memahami sepenuhnya, mereka telah mengadakan
‘Google Meet’ untuk berbincang dan mengajak rakan
yang difikirkan dapat membantu mereka
menyelesaikan tugasan iaitu Fahrin dan Thaqif. Rakan-
rakan lain juga turut diundang dan mereka telah
berkongsi pautan ‘Google Meet’ di Kumpulan Telegram.
Oleh yang demikian pembelajaran kolaboratif wujud
antara murid yang tidak menghadiri kelas dibantu oleh
rakan mereka yang telah menghadiri kelas dan guru
bertindak sebagai pemudahcara dalam sesi tersebut.
CLS: On-A-Mission

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Inisiatif Murid
Nadia Zulaikha telah membantu menyalurkan bahan
pembelajaran dan maklumat tugasan kepada
Qaliesya yang tidak menyertai kelas secara ‘Google
Meet’. Qaliesya dimaklumkan mempunyai masalah
untuk menggunakan ‘Google Meet’ dan Telegram
dan hanya boleh menggunakan Whatsapp sahaja.

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Semasa perbincangan, setiap ahli kumpulan
berkongsi pengetahuan dan pemahaman
serta menghormati pandangan dan idea
antara satu sama lain.
Setiap ahli memberikan pendapat dan idea
masing-masing untuk menyelesaikan
tugasan.
Murid membahagikan tugasan semasa sesi
perbincangan seperti ada murid yang
berkongsikan skrin, menyusun idea,
menyemak dan membentang hasil tugasan.
Semua murid terlibat secara aktif semasa
aktiviti berkumpulan dijalankan dan
sepanjang sesi kelas berlangsung.

EVIDEN
Look-Think-Comment secara berpasangan

EVIDEN

Aktiviti berkumpulan dalam ‘Breakout Room’
menggunakan ‘Jamboard’ (Mine and Combine)

EVIDEN
Aktiviti berkumpulan dalam ‘Breakout Room’
menggunakan ‘Jamboard’ (Mine and Combine)

EVIDEN
Pembentangan hasil tugasan (Look-Think-Comment)

EVIDEN
Perbincangan sesama murid menggunakan Telegram

dan Google Meet

EVIDEN

Sesi Google Meet yang dijalankan oleh murid
(On-A Mission)

EVIDEN
Murid membantu rakan yang tidak sertai kelas secara

‘Google Meet’

KEMAHIRAN
BERFIKIR

KEMAHIRAN BERFIKIR

Pelbagai bentuk soalan digunakan untuk
menggalakkan murid berfikir dan menjana idea.

Pelbagai medium dan aplikasi juga digunakan untuk
mewujudkan pembelajaran yang lebih interaktif dan
efektif seperti ‘Classkick’, ‘Jamboard’ dan ‘Quizizz’.

‘Random Name’ digunakan untuk mengintegrasikan
soalan kepada murid. Ini memberi peluang sama
rata kepada semua murid.

Soalan tugasan diberi dalam bentuk individu dan
berkumpulan. Tahap soalan yang diberi juga secara
ansur maju mengikut kriteria kejayaan yang ingin
dicapai.

Murid mengagihkan tugasan apabila melibatkan
aktiviti berkumpulan.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Soalan tertutup, soalan terbuka dan KBAT turut
diterapkan.
Soalan KBAT melibatkan kemahiran murid
menganalisis bahan rangsangan untuk mengenal
pasti maklumat, seterusnya menghubungkaitkan
maklumat untuk melengkapkan perenggan.

EVIDEN
Bahan grafik digunakan untuk mencungkil idea

murid semasa set induksi.
Tugasan 1: Mengenal pasti

EVIDEN

Tugasan 2: Mengelaskan
KBAT

Tugasan 3: Membina ayat- Soalan Terbuka (menganalisis)

EVIDEN

Penutup: Soalan kuiz (Quizizz)- Soalan Tertutup

bola baling Apakah permainan lain bola sepak
boling selain daripada yang bola
tenpin
terdapat dalam gambar keranjang
yang bersifat
kata majmuk?

Soalan terbuka dan jawapan murid secara lisan

EVIDEN
Hasil kerja murid - Isi tersirat (Soalan terbuka/KBAT)

EVIDEN
Memberi tugasan kepada murid semasa sesi kelas
‘Random Name’ digunakan untuk memilih murid

menjawab soalan

PEMBEZAAN

PEMBEZAAN

Murid dibahagikan kepada lima kumpulan yang
terdiri daripada ‘HA dan MA’. Namun berdasarkan
kepada jehadiran semasa kelas dijalankan, kumpulan
terpaksa dirombak untuk disesuaikan dengan
keadaan semasa. Oleh yang demikian 4 kumpulan
dibentuk pada ketika itu.

Dua lagi kumpulan dibentuk untuk murid yang tidak
hadir sesi kelas ‘Google Meet’ untuk mereka
menyelesaikan tugasan.

Kumpulan ‘HA’ perlu berbincang untuk membina
ayat berpandukan bahan grafik dan hasil tugasan
sebelum ini untuk melengkapkan perenggan.

Kumpulan ‘MA’ perlu melengkapkan ayat dengan
menggunakan kata majmuk yang sesuai
berpandukan gambar dan hasil tugasan sebelum ini.

Tugasan berbeza diberi mengikut aras murid.

EVIDEN

HA Abbasy HA Fahrin
Azra Adriana
Akmal Esmael
Haikal Faiz
Huda Ain
Afham
Adham

HA Farish HA Aniq
Atiqah Qaseh
Thaqif Fareeq
Adam Hafizah
Ruzana Nadia
Alif
Zulhakim Amalina
Adli

MA Eqbal
Norliza
Dania
Qaliesya
Fatihah
Hafiz

EVIDEN
Tugasan Kumpulan HA
Tugasan Kumpulan MA

EVIDEN
Hasil tugasan Kumpulan HA
Hasil tugasan Kumpulan MA

REFLEKSI

REFLEKSI

Penggunaan pelbagai aplikasi.
Murid melibatkan diri secara aktif sepanjang kelas
dijalankan.
Hasil soal selidik dan hasil tugasan menunjukkan
murid menguasai pelajaran dan seronok dengan sesi
kelas yang dijalankan.
Murid yang tidak menyertai kelas mengambil inisiatif
sendiri menjalankan sesi perbincangan bersama rakan
dalam usaha menyiapkan tugasan.
Sebahagian besar murid konsisten mengikuti sesi
PdPR.

Kekuatan

REFLEKSI

Terdapat murid yang sukar untuk menyertai
“Brekaout Room’.
Murid masih tidak mahir menggunakan ‘Poll’
dalam ‘Google Meet’.
Sebilangan murid tidak memberi respons
terhadap PdPR yang dijalankan.

Kelemahan

REFLEKSI

Merujuk rakan yang lebih arif dan menonton video
tutorial untuk lebih mendalami aplikasi ‘Breakout
Room’ kerana ini merupakan aplikasi yang sangat
menarik.

Memberi pendedahan terlebih dahulu kepada
murid untuk menggunakan ‘Poll’ dan fungsi-fungsi
baharu lain yang terdapat dalam ‘Google Meet’
atau sebarang aplikasi baharu yang digunakan.

Mencuba pelbagai aplikasi lain bagi memastikan
sesi kelas dapat dijalankan dengan lebih efektif dan
efisien serta sentiasa ada pembaharuan.

Meneruskan usaha menjejaki murid yang tidak
melibatkan diri dalam PdPR.

Penambahbaikan

EVIDEN
Menonton video tutorial Youtube
Perkongsian bersama Kumpulan ‘Testing2’

EVIDEN
Perkongsian bersama rakan PLP
Perkongsian bersama rakan guru

EVIDEN
Menjejaki murid yang
tidak mengikuti PdPR

Jawapan balas salah
seorang murid

EVIDEN

Syukur alhamdulilah kerana berjaya
menyelesaikan tugasan Portfolio pada kali
ini. Terima kasih kepada semua pihak yang
membantu. Semoga memenuhi kriteria yang
ditetapkan. Namun jika tidak sekali pun,

saya terbuka untuk menerima sebarang
teguran, pendapat dan kritikan yang

membina untuk penambahabaikan pada
masa akan datang.

Disediakan oleh:

NOOR ISLAMIAH BINTI SHAARANI

FAIL PORTFOLIO ISLAMIAH
2021


Click to View FlipBook Version