Tarikh KUMPULAN SOKONGAN IBU-BAPA
Hari PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Masa SK SERI BAYU SEKOLAH WAWASAN MANJUNG
Tempat
32040 SERI MANJUNG, PERAK
Kehadiran SESI 2020 / 2021
Minit Mesyuarat AJK KSIB Kali Pertama
: 27 Oktober 2021
:Rabu
: 3.00 petang
: Dewan Samudera SKSB
: Encik Azmi Bin Ismail
Encik Uzian bin Omar
Encik Mohd Irwan Bin Jamaluddin
Puan Norita Binti Mat Isa
Puan Aziana Haslinda Binti Che Abdullah
Puan Hjh. Siti Murshida bt Md Isa
Cik Noor Islamiah Binti Shaarani
Puan Noor Atiqah Binti Basiran
Puan Priya a/p Perasamy
Puan Azean Binti Aziz
Puan Nur Fadzilah Binti Ramli
Puan Suzila Binti Abdullah
Puan Esther Jelani
Puan Zuraine Binti Yusop
Puan Maszlifah
Puan Hafiza Aishah Binti Mohd Sidek
Encik Hazian Bin Dahari
Turut Hadir : Puan Nor Azura Binti Murad (Guru Besar)
Puan Kartinah Binti Adam (PK HEM)
Puan Idiana Binti Mohd Idris(PK Kokurikulum)
Tidak Hadir (bersebab) : Encik Ahmad Hamdan Bin Yusof
: Encik Nuzul Effendi Bin Abdul Tharim
: Encik Mohd Subri Bin Abdul Rahman
: Ltd Kdr (TLDM) ir Muhammad Firdaus Bin Ibrahim
: Puan Zabidah Binti Shahidan
1
Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan
Puan Kartinah selaku pengerusi majlis megucapkan selamat datang dan terima kasih
kepada semua AJK KSIB yang hadir pada perjumpaan pada hari ini.
1.1 Pengerusi Majlis memulakan mesyuarat dengan Ummul Kitab Al- Fatihah
Tindakan: Makluman
Agenda 2 : Ucapan Guru Besar
2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada AJK yang hadir dan tahniah atas
lantikan AJK yang terpilih dan yang sukarela menjadi wakil kepada semua ibu-bapa
SKSB.
2.2 Guru Besar menerangkan peranan ibu-bapa dalam KISB ini untuk membantu sekolah
dalam merancang kejayaan sekolah dan anak-anak didik SKSB. Terdapat 104 sahaja
sekolah di Malaysia yang terlibat dengan program sekolah amanah, dan 4 buah di
negeri Perak termasuk Sekolah Kebangsaan Seri Bayu.
2.2.1 Terdapat 235 indicator yang perlu diselesaikan untuk melayakkan sekolah
tersebut menjadi sekolah amanah yang diiktiraf.
2.2.2 Guru Besar memberi maklumat tentang fokus yang telah ditetapkan dalam
program tersebut.
i) Kepimpinan dan pengurusan sekolah.
ii) High Quality Learning and Teaching
iii) Potensi murid yang dibangunkan
iv) Hubungan antara ibu-bapa dan komuniti
2.3. PIBG telah membentuk KISB di mana 7 biro telah ditubuhkan. AJK PIBG sebagai
ketua pada setiap biro manakala ibu-bapa yang dilantik adalah wakil pada setiap ibu-
bapa yang lain untuk menyampaikan atau menyalurkan cadangan, bantuan dan idea-
idea yang baik. Guru Besar menyatakan bahawa idea-idea tersebut akan digunakan
untuk membangun sekolah pada tahun 2022.
Tindakan : Makluman
Agenda 3 : Hala Tuju Sekolah Amanah
3.1 Guru Besar sekali lagi menerangkan tentang Program Sekolah Amanah yang telah
dijalankan selama hampir 5 tahun di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. SKSB kini adalah
dalam tempoh menghabiskan 5 tahun program amanah dengan menyelesaikan beberapa
indicator tertentu seterusnya melayakkan SKSB diiktiraf sebagai sebuah Sekolah Amanah.
2
3.2 Guru Besar berharap SKSB akan terus maju bersama title Sekolah Amanah dengan
bantuan dan kerjasama dari semua pihak.
Agenda 4: Pengenalan Struktur KSIB
4.1 Cik Noor Islamiah menerangkan peranan KSIB dan peranan setiao biro yang telah
ditubuhkan.
4.2 Ibu-Bapa yang dilantik merupakan hasil pencalonan yang dibuat oleh guru kelas pada
setiap kelas di SKSB. Cik Noor Islamiah seterusnya menerangkan tentang:-
i. Keahlian KSIB
ii. Tanggungjawab Ketua Biro
iii. Tanggungjawab Ahli
iv. Skop Bidang KSIB
v. Peranan AJK KSIB mengikut biro.
4.3 7 biro dalam KSIB telah dibentuk iaitu:-
i. Biro Akademik
ii. Biro Pembangunan Sahsiah
iii. Biro Kurikulum dan Sukan
iv. Biro Kewangan dan Tajaan
v. Biro Maklumat
vi. Biro Penyelenggaraan dan Keceriaan
vii. Biro Kesihatan dan Keselamatan
Semua ahli KSIB telah maklum tentang jawatan dan biro yang telah diwakili.
Tindakan : Makluman
Agenda 5 : Penetapan TSIP 2022
5.1 Pn Kartinah telah mengedarkan borang untuk semua ahli yang hadir mengikut biro
untuk mengemukan cadangan dan penambahbaikan.
5.2 Semua ahli telah berbincang dan menulis cadangan dan penambahbaikan untuk
sekolah pada borang yang disediakan.
5.3 Guru Besar telah menerima borang cadangan dan penambaikan dan berjanji akan
menyemak dan mengambil maklum tentang cadangan yang ditulis.
5.4 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua memberi cadangan
idea dan pendapat dalam membuat penetapan TSIP.
Agenda 6 : Hal-Hal Lain
6.1 Pandemik telah menghadkan segala program dan aktiviti yang telah dirancang
3
6.2 Pn Kartinah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir yang memberi
kerjasama dan pendapat.
6.3 Segala idea dan cadangan diharap akan dapat membantu anak-anak didik berjaya di
dunia dan di akhirat.
Agenda 7: Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:20 petang dengan tasbih kifarah dan surah Al Asr.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.................................................... ...........................................
( AZIANA HASLINDA BT CHE ABDULLAH ) ( ENCIK AZMI BIN ISMAIL)
Setiausaha PIBG, SK Seri Bayu, Yang DiPertua PIBG
Sekolah Wawasan Manjung. Sekolah Kebangsaan Seri Bayu
4