The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d097213, 2021-12-28 22:07:15

E-FOLIO KPS3014

E-FOLIO KPS3014

KPS3014

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

E-FOLIO
(Tugasan Individu)

SHAHIDATUL UMAIRAH BINTI
ISMAIL

D20202097213

PENSYARAH :
EN. ABU BAKAR BIN YUSUF

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan
berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya dapat menyiapkan
tugasan E-folio yang berbentuk tugasan individu dalam subjek
KPS3014 Pengurusan Pembelajaran Kumpulan O ini dengan
jayanya. Semoga E-folio ini akan memberikan sedikit sebanyak
manfaat kepada sesiapa yang membacanya supaya dapat
membuat persediaan pada masa hadapan sebagai seorang
warga pendidik yang cemerlang dan terbilang.

Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang
disayangi iaitu, Encik Abu Bakar bin Yusufkerana tidak pernah
jemu dalam memberi bimbingan, dorongan, serta tunjuk ajar
dalam menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria yang
ditetapkan walaupun sedang menghadapi pelbagai dugaan dan
cabaran semasa pandemik yang melanda di negara ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung. Semoga pembacaan kalian semua dapat
memberi kefahaman dalam subjek pengurusan pembelajaran
ini.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

Mengurus Pembelajaran
Organisasi & Kepimpinan
Pengurusan Murid
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan Sumber
Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

Pengurusan Tingkahlaku & Disiplin
Pengurusan Penasihatan Murid
Pengurusan Pelbagai Budaya
Elemen Kepelbagaian Budaya
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Sekolah dan Persekitaran
Pengurusan Alam Pembelajaran
Pengurusan Kokurikulum

MENGURUS
PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN
Mengurus pembelajaran ialah proses dimana manusia mengalami proses

belajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses belajar dan teori-teori
pembelajaran (borich, 1997). Pembelajaran berlaku apabila sesuatu
pengalaman secara relatifnya menghasilkan perbubahan kekal dalam
pengetahuan dan tingkah kau (woolfolk, 1998). Pembelajaran adalah
pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap (crow dan crow, 1980).

ISI PENTING
Pengurusan pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling

utama dalam pendidikan, antara aspek yang perlu dinilai dalam
pengurusan pembelajaran ialah tentang mengurus pembelajaran. Untuk
mengurus pembelajaran, penting untuk guru merancang objektif pelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran, pengetahuan murid yang sedia ada dan
merancang strategi dan kaedah pembelajaran.

Komunikasi dan interaksi yang digunakan ketika pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar
sangat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Komunikasi yang baik daripada guru dapat
memudahkan pelajar untuk memahami sujek yang diajar dengan lebih
mudah. Penyampaian yang mudah dari guru dapat memudahkan pelajar
untuk memahaminya dengan lebaik baik. Selain itu, guru juga haruslah
memastikan interaksi antara guru dan pelajar berada dalam keadaan yang
baik.

Tambah lagi, juga haruslah mengetahui cara atau bentuk komunikasi
yang berkesan dalam penyampaian. Cara penyampaian guru haruslah
megikut kemampuan murid. Sebagai contoh, guru haruslah menggunakan
kata-kata yang mudah difahami oleh murid terutama murid yang sukar
untuk faham. Interaksi yang baik adalah apabila pelajar dapat memberikan
respon yang baik dan faham apa yang disampaikan oleh guru. Respon
daripada pelajar merupakan antara yang penting kepada guru dalam
memastikan pelajarnya faham apa yang diajari.

Banyak kaedah-kaedah pengajaran yang akan digunakan oleh guru
ketika dalam kelas. Pelbagai kaedah digunakan bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru akan
menggunakan kaedah yang mudah dalam memastikan pelajar faham
dengan mudah. Guru akan menggunakan kaedah yang sesuai dengan
umur dan kematangan pelajar. Kaedah-kaedah yang digunakan juga
haruslah sesuai dengan pembelajaan. Kaedah yang baik dapat
memastikan pelajar memahami yang diajar dengan lancar. Kebanyakkan
kaedah yang digunakan menggunakan alat bantu belajar dalam
memastikan pelajar tidak bosan dengan hanya menggunakan buku
sahaja.

Kesediaan murid bermaksud keaadan murid yang berupaya untuk
belajar dalam menimba ilmu. Kesediaan murid akan berbeza disebabkan
beberapa faktor. Ada murid yang sudah bersedia untuk belajar dan ada
yang kurang bersedia. Oleh itu guru haruslah memainkan peranan yang
penting dalam memastikan kesediaan murid berada pada keadaan yang
baik. Guru haruslah memastikan terlebih dahulu memastikan pelajarnya
bersedia dan bersemangat untuk belajar. Dalam memastikan pelajar
bersedia sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru
boleh terlebih dahulu memberitahu pelajar tentang subjek yang akan
dipelajari.

Perancangan pengajaran ialah perkara yang akan dilakukan terlebih
dahulu sebelum melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.
Perancangan pengajaran yang baik dapat memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan baik. Sumber utama dalam
perancangan pengajaran ialah buku teks. Buku teks merupakan panduan
yang utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan
menggunakan buku teks dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian.
Pengajaran harian yang berkonsepkan buku teks dan mudah difahami
oleh pelajar dapat memudah proses pengajaran dan pembelajaran.

RUMUSAN
Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina

keupayaan tingkah laku yang berbeza manakala pengurusan pengajaran dan
pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana,menilai
dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran
dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar, dan
kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar.
Selain itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan
termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling, sistematik dalam
merancang dan menilai, penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar
belakang, mengurus masa dengan baik dan dapat berkomunikasi dan
berinteraksi dengan pelajar dengan berkesan.

SUMBER RUJUKAN
oxford fajar sdn.bhd. (2016) Siri Pendidikan Guru Murid Dan Pembelajaran
Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd
oxford fajar sdn.bhd. (2014) Siri Pendidikan Guru murid Dan alam belajar
edisi kedua Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd

ORGANISASI &
KEPIMPINAN

PENDAHULUAN
Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang

menduduki jabatan sebagai pemimpin. Kepimpinan berlaku apabila seseorang
mendorng, memujuk dan mempengaruhi orang lain unutk mencapai objektif
organisasi. Menurut Kamus Dewan Bahasa , organisasi ialah, keupayaan
memimpin melalui teladan. Manakala kepimpinan kesatuan yang terdiri
daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu.

ISI PENTING
Terdapat beberapa gaya kepimpinan. Pertama ialah, autokratik iaitu interaksi

sehala. Tujuan adalah untuk memastikah perlaksanaan tugas dengan sempurna
namun ini akan menyebabkan motivasi guru rendah dan menyebabkan suasana
menjadi tegang. Kedua ialah demokratik iaitu interaksi dua hala. Gaya
kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf kerana ia lebih banyak
berbincang atau membuat keputusan bersama-sama. Dan yang ketiga ialah,
laissez-faire iaitu bertentangan dengan autokratik. Kepimpinan ini memberi
kebebasan sepenuhnya kepada guru untuk membuat keputusan. Tiga faktor
utama yang mempengaruhi kesesusuaian situasi dan mempengaruhi
keberkesanan pemimpin iaitu hubungan antara pemimpin dianggota , struktur
tugas dan posisi kuasa.

Organisasi ialah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan
kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi
mencapai matlamat yang sama (Robbins 2003). Anitia mata pelajaran adalah
sebuah badan ikhtisas yang dinaggotai oleh semua guru yang mengajar mata
pelajaran yang sama di sekolah. Badan ini hendaklah dipimpin oleh seorang guru
kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua
Sekolah. Kepimpinan bilik darjah menurut Hook dan Vass (2000)
mendefinisiksan kempimpinan bilik darjah satu kemahiran dimana guru
menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi
dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku dengan interaksi dua pihak,
menyampaikan visi kepda murid-murid dan meyakinkan mereka supaya
mengikutinya.

Ciri-ciri kepimpinan berkesan terbahagi kepada 7. Pertama ialah
mengamalkan pembelajaran berterusan untuk menambah ilmu pengetahuan
dan kemahiran diri. Kedua mamp membuat pertimbangan yang wajar untuk
mengelak perasaan tidak puas hati dalam kalangan murid disamping
membentuk kerjasama. Ketiga mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel.
Keempat, membuang sifat mementingkan diri sendiri dan kelima bijak
membuat keputusan. Selanjutnya, menjadi teladan kepada muridnya dan
terakhir boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik
darjah.

Gaya pengajaran menurut kajian Wan Zah Wan Ali (2000) pengajaran
mempunyai pelbagai pengertian dan ianya boleh dikategorikan kepada empat
iaitu , pengajaran sebagai menyampaikan maklumat, memindahkan
maklumat, mendorong pembelajaran, membina manusia lebih baik. Pengajaran
secara keseluruhannya merupakan cara untuk membimbing pelajar bagi
memperoleh sejumlah pengalaman yangterbaik dan bermutu. Pelajar perlu
dibimbing untuk berfikir dan berusaha untuk mencari pengertian terhadap
perkara yang dipelajari. Antara gaya pengajaran ialah, pengajaran
berpusatkan bahan bantu mengajar , pengajaran secara tidak lansung dan
pengajaran lansung.

RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat beberapa gaya kepimpinan. Pertama ialah,

autokratik, demokratik dan laissez-faire. Setiap ciri kepimpinan mempunyai
kelebihan dan kekurangannya yang tersendir. Pengaplikasikan kepimpinan
yang baik amatlah penting kerana hal ini boleh menentukan situasi dan
hubungan guru dan anak murid.

SUMBER RUJUKAN
https://www.slideshare.net/sitinasuha739/organisasi-kepimpinan

PENGURUSAN MURID

PENDAHULUAN
Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting

dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini
berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan
mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada
suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan
dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif
yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini
dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan
dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain
melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang,
pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh
membantu memudahkan pengurusan murid.

Sememangnya, pengurusan murid dapat melahirkan murid yang
berkualiti dari pelbagai aspek seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
Dalam pada itu, pengurusan murid juga sangat membantu murid untuk
sentiasa konsisten dalam proses pengajar oleh guru dalam kelas. Selain itu,
guru juga dapat merancang dengan baik bagi melaksanakan proses P & P
dalam kelas dan pada masa yang sama dapat menarik minat pelajar untuk
belajar.

Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan
pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang baik dan sempurna. Di samping itu, pengurusan murid
juga dapat membina budaya yang baik di antara guru dan murid.
Seterusnya, pengurusan murid juga meningkatkan motivasi murid
khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan dapat ke menara
gading. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam
melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna dan dapat melahirkan
murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.

ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan

mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.
Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan oleh guru.

Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan
yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan,
penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan
memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.

Terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan semasa
menghasilkan rekod iaitu tujuan, aspek, perincian dan juga pertimbangan yang
praktikal. Rekod murid yang dibuat harus dilindungi dan dijaga dengan baik
kerana mengandungi maklumat yang boleh memberitahu guru mengenai
persekitaran setiap anak muridnya. Rekod yang ingin dibuat juga perlu dibuat
dengan rapi dan sistematik kerana sistem rekod murid yang baik akan dapat
membantu guru untuk merancang sistem pengajaran dan pembelajaran dengan
baik dan efisien.

Namun, sebelum membuat rekod murid, seseorang guru harus menjalankan
pentaksiran mengenai persekitaran seseorang murid yang merangkumi aspek
persekitaran, perkembangan, kemajuan, kesihatan dan tingkah laku melalui
beberapa kaedah yang sesuai. Antara kaedah yang boleh dijalankan untuk
membuat pengurusan rekod pelajar iaitu dengan menggunakan kemudahan
teknologi yang semakin berkembang sekarang ini. Jadi, segala pengurusan rekod
yang dilakukan dapat dibuat dengan lebih sistematik. Pengurusan rekod murid
yang baik dapat membantu seseorang guru mencapai objektif yang telah dibina
melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Maklumat dalam rekod
perlu dikemas kini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang
pembelajaran murid.

Seterusnya, kesediaan murid belajar merupakan keadaan dalam individu
yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat
disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat
perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan
kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.

Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti
berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada
sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan
fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti
kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan
belajar. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang
sama.

Perbezaan yang dapat dihayati melalui pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial,
cara kehidupan yang berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain,
falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza antara individu. Strategi
implementasi kesediaan belajar seperti gunakan set induksi yang menarik,
rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan
pengetahuan sedia ada, Peringkatkan isi pelajaran mengikut tahap kesediaan
belajar murid (mudah ke kompleks), gunakan pelbagai stimulus dalam
mengekalkan minat murid dan banyak lagi.

Akhir sekali, motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat
seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku
yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan
secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti
ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan
melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan
keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk
daripada kefahaman , perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif
selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas
yang dilaksanakan.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan

pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard
prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya.
Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan
dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan
social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama
pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk
perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-
15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan
peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak
dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.

SUMBER RUJUKAN
http://muhamadaizat.blogspot.my/p/pengurusan-murid.html
http://salju-teratakkasih.blogspot.my/2012/02/pengurusan-murid.html

PENGURUSAN

BILIK DARJAH

PENDAHULUAN
Istilah pengurusan mempunyai pelbagai takrif. Seperti bidang-bidang

pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar
untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum. Mary Parker
Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai
satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.

Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku
pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai
satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu
kumpulan yang sengaja diadakan. Takrif pengurusan seperti ini memberitahu
kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara
memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat
dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada
sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan
murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran
yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak
semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan
berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru
mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang
berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga
aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan
interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh
didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh
guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah
dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.

Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan
sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan
suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

ISI PENTING
Terdapat beberapa ilmu mengurus bilik darjah yang perlu seseorang guru itu

miliki dan kuasai. Antara ilmu mengurus bilik darjah tersebut ialah ilmu
pengurusan dari segi fizikal, sosial dan emosi. Dari aspek pengurusan fizikal,
perkara yang perlu diutamakan oleh seseorang guru adalah memastikan keadaan
bilik darjah itu sentiasa bersih dan kemas.

Selain itu, susunan meja juga penting dalam mewujudkan suasana yang
kondusif. Susunan meja di dalam bilik darjah perlulah mengikut peredaran
zaman iaitu susunan meja yang berkonsepkan alaf 21 yang mana meja guru tidak
semestinya berada di hadapan kelas dan susunan meja murid-murid sepatutnya
dibuat secara berkumpulan agar memudahkan murid-murid untuk
berkomunikasi dan berbincang. Hal ini kerana, ia akan melancarkan pergerakan
guru untuk mendekati murid dengan sebab ingin memahamkan lagi murid-
murid tentang sesuatu topik tersebut. Sudut-sudut bacaan yang menarik juga
hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang lebih kreatif dan berinovasi.

Dari aspek pengurusan sosial pula, perkara yang paling penting adalah
kemahiran komunikasi. Seseorang guru itu perlu bijak dalam berkomunikasi
dengan murid-murid dalam memastikan ilmu yang diajarkan difahami oleh
murid-murid. Jadi, guru perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat,
jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan
menyukarkan murid untuk memahami apa yang guru ajarkan dan menyebabkan


murid berasa bosan dengan apa yang guru sampaikan.
Oleh itu, guru perlu mempunyai ilmu tentang aspek pengurusan sosial ini
demi mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid-murid. Dari
aspek pengurusan emosi, seseorang guru itu perlulah sentiasa bersikap
profesional dalam semua perkara. Guru perlu bersikap profesional agar perkara
yang tidak diingini berlaku. Misalnya, sekiranya guru tersebut mempunyai
masalah peribadi dan beliau tidak sepatutnya mencampuradukan urusan
peribadi dengan urusan di sekolah. Hal ini kerana secara tidak langsung, ia akan
memberi kesan yang negatif kepada murid-murid di dalam bilik darjah.

Ilmu mengurus bilik darjah yang seterusnya ialah ilmu pengurusan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pengurusan
adalah penting dan ia saling berkait. Jadi, ini melibatkan perancangan guru
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat
mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme
guru di dalam bilik darjah dapat dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti
pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak
iklim dalam bilik darjah dan sebagainya.

RUMUSAN
Kesimpulannya, guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya

kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh
pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan
berlakunya pemantauan yang efektif. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir
kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara
perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang
diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya
matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang
berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat. Oleh itu, semua guru dan bakal guru
haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah
dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.
insyaAllah

SUMBER RUJUKAN
- https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/78
- https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/103

PENGURUSAN SUMBER

PENDAHULUAN
Konsep pusat sumber adalah suatu tempat yang memberikan suasana

pembelajaran kendiri yang selesa dan perkhidmatan yang ditawarkan
membolehkan pelanggan mendapat serta mengamal kemahiran dalam
pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan juga lengkap dan kemaskini
sejajar dengan perkembangan pendidikan. Selain itu, agen perubahan juga
dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran.

Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan
menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru
menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta
membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya
berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan
bertanggungjawab.

ISI PENTING
Konsep pembelajaran berasaskan sumber dapat didefinisikan sebagai segala

usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan
melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber
pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan sumber meliputi penggunaan keseluruhan deria
iaitu mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan mengaplikasikan teori
dalam situasi sebenar iaitu (praktikal). Ianya sangat berfaedah dan dapat
menyelesaikan masalah secara praktis, pelajar dapat bergerak maju mengikut
kebolahan masing-masing, penglibatan pelajar secara aktif dalam
pembelajaran, guru menggunakan "instructional methodology" yang pelbagai
untuk mempertingkan proses pengajaran dan pembelajaran serta peluang
mewujudkan situasi pembelajaran untuk individu atau kumpulan kecil.

Menurut Laverty (2001) proses pembelajaran berasaskan sumber adalah
merupakan pencapaian subjek dan objektif literasi maklumat melalui
pendedahan dan aktiviti yang melibatkan maklumat dari banyak sumber.

Pelajar akan terlibat dengan proses pembelajaran yang aktif apabila mereka
menggunakan banyak bentuk maklumat untuk mencari bahan yang diperlukan
berdasarkan pembelajaran yang dilalui di dalam kelas. Guru dan kakitangan
pusat sumber akan bertindak sebagai penggerak dan faslitator dalam proses
pembelajaran dan menyediakan maklumat pencetus yang akan mengerakkan
pelajar untuk mencari maklumat dengan aktif dan seterusnya menjadi
penyelesai masalah yang kreatif. Keseluruhan proses pembelajaran yang
berasaskan sumber akan membentuk satu budaya pembelajaran yang aktif dan
membentuk proses pembelajaran yang produktif di sekolah.

Pusat sumber berfungsi untuk mengenalpasti dan menyediakan koleksi
bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum serta berkhidmat sebagai
pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Selain
itu, pusat sumber berfungsi sebagai tempat pemilihan dan penilaian bahan
sebelum digunakan serta merupakan pintu masuk maklumat dari agensi luar.
Pusat sumber juga berfungsi untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna,
menghasil dan mempersembahankan maklumat keperluan kurikulum sekaligus
menggalakkan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

Dibawah strategi pemusatan bahan pelajaran, sumber pembelajaran
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan
lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula
boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran
guru. Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan
sumber pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen,
perakam pita, projektor dan video yang melibatkan penggunaan bahan-bahan
bercetak.

Kemahiran didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan untuk
melakukan sesuatu perkara. Menurut (Rita 1990) maklumat pula dapat
didefinisikan sebagai keterangan atau butiran-butiran yang berguna atau
mempunyai maksud tertentu bagi seseorang yang memilikinya. Oleh itu
kemahiran maklumat adalah merupakan keupayaan yang ada pada seseorang
dalam proses untuk mendapatkan dan menggunakan maklumat. Kemahiran
mencari maklumat ini amat penting kerana dalam dunia tanpa sempadan hari
masyarakat terdedah kepada sumber maklumat yang banyak.

Oleh itu, kemahiran pencarian maklumat akan dapat membantu seseorang
mencari maklumat dengan berkesan dari sumber yang berbeza seperti
perpustakaan, agensi swasta, agensi kerajaan dan alat elektronik. Bagi
memastikan pusat sumber dapat menyediakan prasarana yang sesuai untuk
menggalakkan pembelajaran berasaskan sumber terdapat beberapa ciri
penting yang perlu difikirkan dalam proses mereka bentuk program sesebuah
pusat sumber. Di antara ciri-ciri yang perlu ada ialah tepat, cepat, lengkap,
ringkas, berkaitan penilaian dan pembelajaran tugas.

RUMUSAN
Pusat sumber yang berkesan akan menggalakkan proses pembelajaran

berasaskan sumber. Pusat sumber sekolah memainkan peranan yang besar
dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan sumber berlaku di
kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Oleh itu, pusat sumber
sekolah perlulah menyediakan maklumat yang mencukupi dan terkini,
memudahkan maklumat tersebut dicapai dan dapat menyediakan kemudahan
kepada pengguna pusat sumber untuk mendapatkan maklumat dari sumber
yang lain.

RUJUKAN

Doc Slide. (2016, Feb 02). Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Sumber. Diperoleh daripada https://dokumen.tips/documents/1-konsep-
pengajaran-dan-pembelajaran-berasaskan-sumber.htm
Laverty,C. (2001). What is resource based learning ?(atas talian)
http://stauffer.queensu.ca/inforef/tutorials/rbl/rblintro.htm (4 Ogos 2001)
Rita Vias. 1990. Kemahiran Maklumat. Jurnal Wawasan Pusat Sumber
PendidikanNegeri Kedah Darul Aman. 5 (2).
Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran, Tajuddin Hassan .1995.
PengurusanSumber Pengajaran Pembelajaran 1 : Sumber Perpustakaan.
Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

STRATEGI MENGURUS BILIK
PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan

tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan
sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun
beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik
darjah atau di luar sekolah. Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa,
pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang
hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan
bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang
hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat
pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara
berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1981:16), kemasnya organisasi benda-
benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain
tidak menjamin yang pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru
menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju. Pengurusan
bilik pembelajaran adalah merujuk kepada proses perancangan,
pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk
memastikan suasana yang berkesan. Antara strategi mengurus bilik
pembelajaran ialah unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan
iklim pembelajaran positif.

ISI PENTING
Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan
sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan
sumber fizikal. Sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi
perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri
dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum.

Manakala, sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan
atau alam semula jadi. Seterusnya, sumber fizikal di dalam bilik darjah pula
seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang
terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan
hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar
(ABM) dan sebagainya. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi
pembelajaran pelajar, keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang
sesuatu pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44),
persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa
serta sumber pengajaran guru.

Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah
ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan
iklim bilik darjah dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini
perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah.
Interaksi dapat didefinisikan sebagai satu proses saling bertindak yang
berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak
bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan
manusia. Jenis-jenis interaksi bercorak lisan ialah interaksi sehala atau
tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala
antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid
dan murid dengan murid, dan interaksi berkomputer.

Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P
yang berkesan. Suasana yang kondusif terbahagi kepada tiga iaitu suasana
fizikal, suasana sosial dan suasana emosi. Suasana fizikal melibatkan unsur
fizikal bilik darjah samada menggalak atau menghalang proses P&P. Guru
berperanan menentukan suasana fizikal dengan melakukan perancangan dan
penyusunan yang melibatkan mengorganisasi, merancang dan pengunaan
ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya.

Seterusnya, suasana sosial iaitu guru harus mengkaji melalui pemerhatian
biasa dan teknik sosiometri. Teknik sosiometri merupakan teknik untuk
mencari dan menunjukkan perhubungan individu dangan pelajar selain
daripada melalui Ujian Sosiometri Moreno yang digunakan bagi menentukan
seseorang pelajar itu ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan
lain. Kelemahan teknik ini ialah perhubungan yang dinyatakan pelajar adalah
hubungan yang dianggap pelajar itu sendiri dan perhubungan yang sehala dan
mungkin tidak dibalas. Akhir sekali ialah suasana emosi bilik darjah
merupakan suasana lebih penting daripada fizikal dan sosial kerana terdapat
gabungan daripada berbagai-bagai perkara

seperti suara, kelucuan, pengunaan pujian, sikap dan ekspektasi bilik darjah,
kemesraan, stail, kawalan dan kepimpinan dan kaedah mengajar.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait

rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik

darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan

matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

RUJUKAN
Aniez. (2012, May 14). Mengurus Iklim Pembelajaran Positif. Diperolehi
daripada https://www.scribd.com/document/93545921/Mengurus-Iklim-
Pembelajaran-Positif
Shawal. (2011, May 26). K7 Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran.
Diperolehi daripada https://www.scribd.com/presentation/56390370/k-7-
Strategi-Mengurus-Bilik-Pembelajaran

PENGURUSAN TINGKAHLAKU
DAN DISIPLIN

PENDAHULUAN
Definisi pengurusan tingkahlaku ialah program tingkahlaku yang dilakukan

oleh guru, ibubapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan
luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut
mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh
masyarakat. Dr.Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005) pula mentakrifkan
Pengurusan tingkahlaku sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah kearah satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik
yang sesuai.

Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal
kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah
laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat
pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah,
mengenal pasti, dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini,
menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah
laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negatif guru perlu
membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid
sebagai bahan rujukan guru.

ISI PENTING
Terdapat tiga perkara asas yang telah saya pelajari dalam pengurusan tingkah

laku. Perkara tersebut adalah peneguhan, dendaan(hukuman), dan pengasingan.
Perkara asas yang pertama ialah Peneguhan. Peneguhan dari perspektif psikologi
merujuk kepada hubungan ransangan dan gerak balas. Ransangan dan gerak
balas berkaitan antara satu sama lain. Ransangan ialah pencetus, manakala
gerak balas ialah perlakuan hasil tindak balas daripada pencetus. Dalam teori
tingkah laku pelaziman operan Skinner ialah proses meningkatkan atau
menurunkan kadar satu-satu tingkah laku dengan cara menetapkan kesan
pengukuhan atau hukuman bagi tingkah laku tersebut. Tingkah laku boleh diajar
dan dipelajari melalui satu ransangan yang sesuai selepas tingkahu laku itu
dilakukan. Peneguhan positif menggalakkan tingkah laku yang diingini dengan
cara memberikan ransangan atau peneguhan yang baik. Memberi ganjaran
setelah perlakuan ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulang atau
diperkuatkan lagi.

Ganjaran konkrit seperti hadiah, alat permainan atau makanan, manakala
ganjaran social berbentuk pujian, senyuman atau perhatian. Peneguhan negatif
adalah ransangan yang tidak menyenangkan atau menyakitkan yang dihapuskan
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

Selain Peneguhan, perkara asas yang keduan ialah dendaan atau dipanggil
hukuman. Dendaan adalah proses untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang diingini, individu berhenti melakukan sesuatu
tingkah laku kerana ia mendatangkan kesan yang tidak diingini. Semua hukum
denda perlu dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah mesti menentukan
bahawa sesuatu hukuman itu betul-betul dilaksanakan dan mengikut prosedur
yang ditetapkan. Dendaan yang boleh dilakukan di sekolah seperti dimarahi oleh
guru, diberi amaran apabila melakukan kesalahan, mengenakan hukuman yang
dibayar dengan membuat kerja di sekolah seperti mengutip sampah dan mencuci
tandas. Tujuan denda adalah untuk menghentikan tingkah laku negative dan ia
boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Seterusnya perkara asas yang terakhir yang telah saya perlajari ialah
pengasingan. Teknik dimana murid disuruh keluar daripada bilik darjah atau
dimasukkan ke dalam kelas detensi untuk menjalani hukuman yang ditetapkan
oleh guru. Satu konsep yang penting dalam teknik pengasingan ialah guru
membiarkan tingkah laku murid yang bermasalah negatif serta tidak memberi
apa-apa perhatian kepadanya. Teknik ini adalah sesuai apabila murid tidak
menunjukkan tingkah laku yang positif walaupun diingatkan oleh guru beberapa
kali. Dalam teknik ini guru tidak akan memberikan perhatian kepada tingkah
laku bermasalah sehinggalah mereka berubah. Jika masih tidak mengikut arahan,
maka pengasingan ke dalam kelas detensi disyorkan.

RUMUSAN
Kesimpulan pengurusan tingkah laku yang bermasalah harus ditangani oleh

guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan system pembelajaran
yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid
di sekolah. Memodifikasikan tingkah laku ialah satu strategi penting yang boleh
digunakan oleh guru yang mana tingkah laku yang dikehendakki diteguhkan
melalui peneguhan positif dan tingkah laku yang tidak dikehendakki dihapuskan
atau dikurangkan melalui peneguhan negatif.

RUJUKAN
https://www.scribd.com/document/169272997/Definisi-Pengurusan-Tingkah-
Laku

PENGURUSAN &
PENASIHATAN MURID

PENDAHULUAN
Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhanya memberi tumpuan

kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama
iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan merupakan sebahagian
daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini
bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dan panduan untuk mengatasi
masalah. Ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan dan atau
fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan,
dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek- aspek tertentu.

Selain itu, Penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan
untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Guru yang
cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya manakala
Mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan
potensi individu. Konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan
panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri mereka untuk
menyediakan diri mereka agar menjadi individu yang bertanggungjawab yakin
dan berdaya saing.

ISI PENTING
Terdapat tiga kaedah penting dalam tajuk pengurusan penasihatan murid

yang telah saya pelajari ini ialah ialah bimbingan, penasihatan dan mentoring.
Kaedah yang pertama merupakan Bimbingan yang dapat didefinisikan sebagai
sesuatu bahagian daripada program yang membantu individu untuk
menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan
panduan untuk mengatasi masalah. Ini merupakan pendekatan yang
menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan
matlamat merancang tindakan, dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam
aspek-aspek tertentu. Sebagai contoh, apabila seorang guru berusaha untuk
memberi penerangan dengan menggunakan cara yang lebih mudah difahami
oleh pelajar apabila guru tersebut mengetahui mengenai masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh pelajarnya sama ada dengan menggunakan bahasa yang lebih
difahami atau menggunakan alat bantu mengajar seperti lukisan dan gambar
rajah.

Kaedah yang kedua ialah Penasihatan yang bermaksud bermaksud
mengkehendaki sesuatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk
lisan atau tindakan. Tugas menasihat pelajar bukan hanya terletak di atas
bahu guru kaunseling sebaliknya semua guru turut mempunyai peranan
untuk sama-sama memainkan peranan menasihat pelajar sama ada berkenaan
masalah tingkah laku atau masalah pembelajaran. Guru perlulah
menggunakan ayat yang sesuai sewaktu menasihat pelajarnya agar tidak
menyinggung dan menyentuh sensitiviti pelajar.

Kaedah yang seterusnya ialah Mentoring merupakan mekanisme positif dan
efektif untuk memaksimakan potensi individu. Konsep mentoring ini adalah
berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam
pertumbuhan kendiri mereka untuk menyediakan diri mereka agar menjadi
individu yang bertanggungjawab yakin dan berdaya saing. Kebaikan daripada
mentoring, guru mudah untuk mengenal pasti kelemahan yang terdapat
dalam diri pelajar kerana dapat memfokuskan hanya dalam sekelompok kecil
pelajar sahaja. Selain itu, pelajar juga lebih terbuka untuk menyatakan
masalah mereka kepada guru kerana merasakan bahawa diri mereka diberi
perhatian oleh guru.

RUMUSAN
Secaranya, kesimpulannya, bimbingan, penasihatan, dan mentoring
merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar-
pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah
ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara
menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian
akademik pelajar serta memotivasikan pelajar. Tambahan pula, bimbingan
kaunseling, penasihatan, dan mentoring juga boleh diertikan sebagai suatu
proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan
pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia
menitiberatkan faktor kerahsiaan. Oleh itu, sebagai pendidik, guru
memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti
tinggi.

RUJUKAN
https://www.slideshare.net/rosdiramli80/pengurusan-penasihatan-murid-
pengurusan-pembelajaran-tajuk-kepimpinanan-peringkat-sekolah-dan-
kepimpinan-guru-tugasan-kumpulan-sem-1uthm

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENDAHULUAN
Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai

pengarajan dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Dengan kata lain,
pengurusan boleh didefinisikan sebgai sebarang gabungan kemahiran-
kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan,
pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian
dalam konteks perkhidmatan. Antara fungsinya termasuk merancang,
menyediakan bajet, mengawal, mengarah, mengelola, menyediakan jadual,
membuat keputusan dan menilai. Bagi perkataan “Budaya” pula, terdapat
banyak definisinya yang dikemuka oleh para ilmuan. Berikut merupakan empat
definisi “budaya” yang dikemukan oleh empat para ilmuan yang berbeza.

ISI-ISI PENTING
Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) antaranya bertujuan mewujudkan perpaduan

antara pelbagai kaum dan etnik di dalam usaha memupuk sikap positif dan
timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, budaya. Nilai pelbagai
budaya seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan dalam
masyarakat Malaysia. Semua murid yang berbeza daripada aspek etnik,
keturunan, bahasa, adat resam dan budaya mendapat pendidikan yang adil dan
sama rata.

Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) menekankan lima daripada enam aspirasi
murid menyentuh pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam era globalisasi, pengurusan
jurang generasi perlu diuruskan dengan baik supaya ia berupaya memberikan
kesan positif terhadap cara komunikasi guru yang berkesan malah dapat
memupuk motivasi dalam murid untuk belajar. Empat cabaran utama yang
dihadapi ialah isu Islamophobia, hubungan yang renggang antara murid Islam
dan bukan Islam, budaya generasi abad ke 21, dan jurang persepsi dan ilmu
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) dalam kepelbagaian budaya merupakan satu
strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dari
masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Usaha bertujuan
membina identiti nasional iaitu rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan
tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional dan berpegang teguh dengan
prinsip Rukun Negara.

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

RUMUSAN
Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa

Sanskerta iaitu “buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi(budi atau
akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal
manusia. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam
mengkaji budi dan akal pelajar di sekolah.

RUJUKAN

https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke
_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

ELEMEN KEPELBAGAIAN

BUDAYA

PENDAHULUAN
Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai

pengajaran dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Dengan kata lain,
pengurusan boleh didefinisikan sebgai sebarang gabungan kemahiran-
kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan,
pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam
konteks perkhidmatan. Antara fungsinya termasuk merancang, menyediakan
bajet, mengawal, mengarah, mengelola, menyediakan jadual, membuat
keputusan dan menilai. Bagi perkataan “Budaya” pula, terdapat banyak
definisinya yang dikemuka oleh para ilmuan. Berikut merupakan empat definisi
“budaya” yang dikemukan oleh empat para ilmuan yang berbeza.

ISI-ISI PENTING
Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) antaranya bertujuan mewujudkan perpaduan

antara pelbagai kaum dan etnik di dalam usaha memupuk sikap positif dan
timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, budaya. Nilai pelbagai
budaya seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan dalam
masyarakat Malaysia. Semua murid yang berbeza daripada aspek etnik,
keturunan, bahasa, adat resam dan budaya mendapat pendidikan yang adil dan
sama rata.

Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) menekankan lima daripada enam aspirasi
murid menyentuh pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam era globalisasi, pengurusan
jurang generasi perlu diuruskan dengan baik supaya ia berupaya memberikan
kesan positif terhadap cara komunikasi guru yang berkesan malah dapat
memupuk motivasi dalam murid untuk belajar. Empat cabaran utama yang
dihadapi ialah isu Islamophobia, hubungan yang renggang antara murid Islam
dan bukan Islam, budaya generasi abad ke 21, dan jurang persepsi dan ilmu
dalam pengajaran dan pembelajaran.

ELEMEN KEPELBAGAIAN
BUDAYA

Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) dalam kepelbagaian budaya merupakan satu strategi
dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang
kaum dan berbilang budaya. Usaha bertujuan membina identiti nasional iaitu rakyat
Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional dan
berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara.

RUMUSAN
Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu

“buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi(budi atau akal) yang diertikan
sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Sehubungan dengan itu,
kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan akal pelajar di sekolah.

RUJUKAN
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dala
m_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

PENGURUSAN MURID

PELBAGAI UPAYA

PENDAHULUAN
Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk

membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara
amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program
pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri
merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan
murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu
pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar
murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang
sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

ISI-ISI PENTING
Pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik

perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan
khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian
Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi
masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru
menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan
ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori
ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang
mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi
tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai
masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom
down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga
turut diberi penekanan dalam kajian ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam
keadaan semula. Manakala “pemulihan” pula bermaksud perbuatan memulihkan dan
pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya,
pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. Selain itu, menurut
Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri
Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas
yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi

masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M. Mereka ini
kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut
dapat dikesan.

Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan
bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah
yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah
dengan langkah-langkah yang sewajarnya. Menurut Kementerian Pelajaran
Malaysia pula, program pemulihan ini dispesifikasikn kepada Program
Pemulihan Khas yang dibina untuk membantu murid-murid yang menghadapi
masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka meguasai
kemahiran asas 3M. Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam
bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan
khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran dalam
penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan
kognitif.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran alternatif yang diguakan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini
bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid
dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai
upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar
bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.

SUMBER RUJUKAN
http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html

SEKOLAH &

PERSEKITARAN

PENDAHULUAN
Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana

sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat ( Seng,
T. W. ,2005 ). Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang
sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif
maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu
merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada
hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat.
Contohnya, sekolah mengadakan program bersama ibu bapa dan
masyarakat. Apabila program ini dijalankan ia akan menghasilkan
hubungan yang akrab dan mantap disamping dapat mengeratkan
silaturahim antara satu sama lain. Akhir sekali,gabungan antara ibu
bapa dan masyarakat serta sekolah dapat menghasilkan satu
hubungan yang positif dimasa akan datang.

ISI PENTING
Tiga isi penting yang saya pelajari dari topik ini adalah

matlamat perkongsian. Sekolah adalah sebuah insitusi sosial
bukanlah sekolah sahaja yang perlu memainkan peranan dalam
mendidik anak anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu
memainkan peranan dalam mendidik mereka. Selain itu, pihak ibu
bapa dan masyarakat tidak perlu menyalahkan pihak sekolah 100%
apabila berlakunya sesuatu perkara yang berkaitan dengan anak
anak dan pihak sekolah. Pihak ibu bapa dan masyarakat mestilah
memberi kepercayaan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik
anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga memerlukan
masyarakat yang bermuafakat dan prihatin agar tidak berlakunya
permasalahan dan masalah dapat diatasi dengan sewajarnya.

Isi yang kedua adalah kepentingan perkongsian. Masyarakat dan
sekolah adalah saling memerlukan kerana tanpa sekolah, masyarakat
tidak boleh mengenal huruf dan tidak mungkin akan berjaya di masa
hadapan. Seterusnya adalah sekolah juga adalah agen perubahan
masyarakat. Ini kerana sekolah juga memainkan peranan dalam
memberi ilmu kepada masyarakat.

Isi yang ketiga adalah hubungan ibu bapa dan sekolah melalui
program PIBG. Program ini dijalankan agar semangat ukhwah
diantara ibu bapa dan sekolah sering terjalin walau apa pun yang
terjadi. Selain itu, program PIBG dijalankan adalah sebagai orang
tengah diantara guru dan ibu bapa. Segala permasalahan boleh
diselesaikan dengan cara ini.

RUMUSAN
Hubungan mesra yang terbina diantara sekolah dan ibu bapa ini

sangat digalakkan untuk masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat
meningkatkan nama dan prestasi sekolah dalam mencapai kejayaan
seseorang murid. Jadi hubungan ini sangat penting disesebuah sekolah
untuk mencapai sekolah yang cemerlang bersama ibu bapa dan
masyarakat. Seterusnya , hubungan yang terbina diantara sekolah
bersama ibu bapa dan masyarakat juga boleh menghasilkan satu
produk atau satu kejayaan yang boleh membehagiakan semua orang.
Jadi sebagai ibu bapa dan masyarakat yang prihatin, kita mestilah
mengambil hal ini secara serius dengan sentiasa berganding bahu
bersama pihak sekolah untuk mendapat kejayaan bersama sama.

RUJUKAN
Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia
2013-2025. Online)(www. moe. gov. my).
Razak, A. Z. A. (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya
terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia
(Malaysian Journal of Education), 31
Seng, T. W. (2005). Penyelidikan tindakan: Perkembangan
profesionalisme ke arah pengamalan reflektif dan penambahbaikan
sekolah. Dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan tahun, 3-4.

PENGURUSAN ALAM
PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN
Menurut Stoner, pengurusan bermaksud satu proses perancangan,

pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha-usaha ahli organisasi
dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain dalam mendapatkan
matlamat yang telah ditetapkan. Guru perlu menguruskan dan merancang
sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran supaya sesi pembelajaran
berlansung dengan lancardan memanfaatkan masa yang diperuntukkan dengan
sebaik mungkin. Menurut Lee Shok Mee (1993) alam pembelajaran bermaksud,
keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-
kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan
daripada tidak tahu kepada tahu.

ISI PENTING
Terdapat beberapa motivasi yang diungkapkan melalui tajuk ini, iaitu teori

motivasi yang dikembangkan oleh Abraham H. Maslow pada intinya berkisar
pada pendapat bahawa manusia mempunyai lima tingkat atau hierarki
keinginan , iaitu keinginan fisiologikal (physiological needs), seperti rasa lapar,
haus, istirahat dan sex, keinginan rasa aman (safety needs), tidak dalam arti
fisik semata, akan tetapi juga mental, psikologikal dan intelektual. Selain itu,
keinginan akan kasih sayang (love needs). Keinginan akan harga diri (esteem
needs), yang pada umumnya tercermin dalam berbagai simbol-simbol status;
dan keinginan aktualisasi diri (self actualization), dalam erti tersedianya
kesempatan bagi seseorang untuk mengembangkan potensi yang terdapat
dalam dirinya sehingga berubah menjadi kemampuan nyata.

Keinginan yang disebut pertama (fisiologis) dan kedua (keamanan) kadang-
kadang diklasifikasikan dengan cara lain, misalnya dengan menggolongkannya
sebagai kebutuhan primer, sedangkan yang lainnya dikenal pula dengan
klasifikasi keinginan sekunder. Terlepas dari cara membuat klasifikasi
keinginan manusia itu, yang jelas adalah bahawa sifat, jenis dan intensitas
keinginan manusia berbeza satu orang dengan yang lainnya kerana manusia
merupakan individu yang unik. Juga jelas bahawa keinginan manusia itu tidak
hanya bersifat materi, akan tetapi bersifat psikologikal, mental, intelektual dan
bahkan juga spiritual.

Teori yang kedua iaitu eori Clyton Alderfer (Teori “ERG). Teori Alderfer
dikenal dengan akronim “ERG”. Akronim “ERG” dalam teori Alderfer
merupakan huruf-huruf pertama dari tiga istilah iaitu: E=Existence (kebutuhan
akan eksistensi), R=Relatedness (kebutuhan untuk berhubungan dengan pihak
lain, dan G=Growth (kebutuhan akan pertumbuhan). Jika makna tiga istilah
tersebut didalami akan tampak dua hal penting. Pertama, secara konseptual
terdapat persamaan antara teori atau model yang dikembangkan oleh Maslow
dan Alderfer. Karena “Existence” dapat dikatakan identik dengan hierarki
pertama dan kedua dalam teori Maslow; “Relatedness” senada dengan hierarki
kebutuhan ketiga dan keempat menurut konsep Maslow dan “Growth”
mengandung makna sama dengan “self actualization” menurut Maslow. Kedua,
teori Alderfer menekankan bahawa berbagai jenis kebutuhan manusia itu
diusahakan pemuasannya secara serentak.

Teori keadilan Teori Keadilan terletak pada pandangan bahawa manusia
terdorong untuk menghilangkan kesenjangan antara usaha yang dibuat bagi
kepentingan organisasi dengan imbalan yang diterima. Ertinya, apabila seorang
pegawai mempunyai persepsi bahawa imbalan yang diterimanya tidak memadai,
dua kemungkinan dapat terjadi iaitu, seorang akan berusaha memperoleh
imbalan yang lebih besar, atau mengurangi intensitas usaha yang dibuat dalam
melaksanakan tugas yang menjadi tanggung jawabnya. Teori penetapan tujuan
(goal setting theory). Edwin Locke mengemukakan bahawa dalam penetapan
tujuan memiliki empat macam mekanisme motivasional yakni ujuan-tujuan
mengarahkan perhatian, tujuan-tujuan mengatur upaya, tujuan-tujuan
meningkatkan persistensi dan tujuan-tujuan menunjang strategi-strategi dan
rencana-rencana kegiatan. Bahagian berikut ini menyajikan tentang model
instruktif tentang penetapan tujuan.

Guru seharusnya membentuk suasana yang kondusif dalam mengendalikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Komunikasi mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran-
kemahiran tertetu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Dengan
adanya komunikasi yang baik, barulah dapat mewujudkan motivasi yang
berkesan. Hal ini kerana murid mudah menerima motivasi yang disampaikan
secara berhemah dan berhikmah. Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam
pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar,
memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak
membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran
tersebut. Menurut Ee Ah Meng (1995), pengurusan hal ehwal murid dalam bilik
darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat
menjinakkan mereka bercakap dengan bahasa yang lemah lembut dan bersopan,
menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhmah disamping
menggunakan segala sifat mahmudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan
kesetiaan murid terhadap gurunya dan kemujaraban pemindahan maklumat
daripada guru kepada muridnya.

RUMUSAN
Kesimpulannya, pendidikan atau belajar adalah sebagai proses menjadi

dirinya sendiri (process of becoining) bukan proses untik dibentuk (proces of beings
Imped) nunurut kehendak orang lain, maka kegiatan belajar harus melihatkan
individu atau client dalam proses pemikiran apa yang mereka inginkan, mencari
apa yang dapat dilakukan untuk memenuhi keinginan itu, menentukan tindakan
apa yang harus dilakukan, dan merencanakan serta melakukan apa saja yang
perlu dilakukan untuk mewujudkan keputusan itu. Dapat dikatakan disini tugas
pendidik pada umumnya adalah menolong orang be1ajar bagaimana memikirkan
diri mereka sendiri, mengatur urusan kehidupan mereka sendiri dan
mempertimbangkan pandangan dan interest orang lain. Pengurusan alam
pembelajaran ini, perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar
dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akn
berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.

RUJUKAN
https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-
pembelajaran

PENGURUSAN

KOKURIKULUM

PENGENALAN
Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan

gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar
aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Kokurikulum merupakan
sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus
melibatkan diri dalam setiap aktiviti dalam bidang kokurikulum.

ISI PENTING
Kokurikulum boleh dijalankan di dalam dan juga luar bilik

darjah mengikut kesesuaian aktiviti. Matlamat kokurikulum ialah
menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan
kepercayaan kepada Tuhan, menyeimbangkan antara
perkembangan mental, perkembangan rohani, jasmani dan emosi
murid. Selain itu, mengukuhkan perhubungan dan pergaulan
antara sekolah-sekolah, membina dan meningkatkan minat dan
bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.

Di samping itu, membina dan meningkatkan disiplin murid,
mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
Strategi pengurusan kokurikulum di sekolah ialah melibatkan
semua murid dari pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi
memupuk perpaduan, menganjurkan program yang melibatkan
keseluruh warga sekolah, memberi penghargaan kepada mereka
yang aktif dan menyumbang kepada pembangunan kokurikulum
sekolah, mengadakan aktiviti yang melibatkan masyarakat,
mengadakan aktiviti yang menarik seperti pertandingan serta
lawatan, dan sentiasa merekodkan dan menilai kemajuan aktIviti
kokurikulum yang dijalankan.

Langkah pelaksanaan kokurikulum ialah semua pelajar
diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum. Pelajar hendaklah
mendaftar dalam setiap unit kokurikulum. Selain itu, pelajar
dikehendaki mengikuti setiap pertemuan dan kegiatan aktiviti
yang telah dijalankan. Segala aktiviti, pencapaian dan jawatan
yang disandang perlu direkodkan dalam buku log. Aspek penilaian
gred kokurikulum berdasarkan :
1. Kehadiran
2. Penglibatan
3. Pencapaian
4. Jawatan disandang
5. Sumbangan
6. Pengiktirafan

KESIMPULAN
Secara rumusnya, pengurusan kokurikulum ini adalah apa-apa

kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan peluang untuk
murid menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

RUJUKAN:
https://www.slideshare.net/jmnjamal/pengurusan-kokurikulum-
di-sekolah-jamal

PENUTUP

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya
berjaya menyiapkan kerja tugasan individu ini pada masa yang ditetapkan.
Saya telah mendapat banyak manfaat dan sesuatu yang baru untuk dipelajari
sepanjang proses menyiapkan Tugasan Individu bagi subjek KPS 3014
Pengurusan Pembelajaran ini.

Pada peringkat permulaan ketika saya menyiapkan tugasan projek ini,
saya telah berbincang bersama dengan rakan-rakan daripada kuliah yang
berlainan mengenai tugasan yang perlu kami siapkan. Hasilnya saya mudah
untuk mendapat maklumat kerana kami bekerjasama dalam mencari
maklumat dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Terdapat banyak manfaat yang saya dapat semasa proses menyiapkan
tugasan ini, antaranya ialah saya mempelajari bagaimana untuk
menghasilkan e-folio ini dalam bentuk e-book. Tugasan ini juga telah
mengajar saya tentang nilai-nilai murni seperti nilai kesungguhan. Nilai ini
sangat penting sebagai persediaan untuk diri saya sebagai seorang bakal guru
apabila berada di sekolah kelak. Di samping itu, saya juga dapat
menambahkan lagi ilmu mengenai pengurusan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Daripada maklumat yang saya dapat, saya dapat mengetahui
tentang kepentingan konsep, teori, amalan dan perkembangan pengurusan
pembelajaran dimana saya boleh mula mengamalkannya dan
menyampaikannya kepada orang lain.

Selain itu, tugasan ini telah membantu saya untuk meningkatkan
kemahiran bekerja saya. Hal ini adalah kerana saya berupaya untuk mencari
bahan serta sumber dan saya juga dapat menyiapkan kerja ini pada waktu
yang ditetapkan. Seterusnya pula saya berjaya membangunkan satu reka
bentuk pengajaran berasaskan web seperti e-book dalam aplikasi Anyflips
dimana saya mampu mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Semasa membuat kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang
dihadapi. Saya mempunyai masalah untuk mencari sumber-sumber lain
kecuali untuk sumber internet. Dengan usaha yang gigih akhirnya saya
berjaya juga mendapat maklumat dan saya berjaya juga menyiapkannya.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Saya berharap
agar hasil penulisan tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Click to View FlipBook Version