The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaahmad85, 2023-02-06 00:49:58

KAJIAN KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

SUA

KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KONDUSIF DI SMK UNGKU AZIZ 2022 NOOR ZALINA BINTI MOHD. SAFRI SMK UNGKU AZIZ 2022


KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KONDUSIF DI SMK UNGKU AZIZ Oleh NOOR ZALINA BINTI MOHD. SAFRI ABSTRAK Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat rujukan guru dan murid di sekolah. Pengurusan dan penggunaan PSS yang berkesan dipercayai mampu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru. Justeru meningkatkan mencapaian murid di samping meningkatkan tahap pembacaan murid. Murid yang pandai membaca dan memahami isi kandungan bacaannya tidak akan menghadapi banyak masalah dalam ujian. Namun begitu banyak kekangan yang sekolah atau Guru Perpustakaan dan Media (GPM) hadapi untuk mengurus PSS yang berkesan di samping turut mengajar selain daripada tugas-tugas yang lain yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti punca PSS tidak digunakan sepenuhnya oleh guru dan murid, mengenalpasti bahan-bahan rujukan dan bacaan, adakah perlu bahan-bahan di PSS dipromosikan kepada guru dan murid termasuk mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid. Borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian mengikut responden pentadbir dan guru, staf sokongan dan pelajar digunakan untuk mengumpul maklumat.


1.1. PENGENALAN Pendidikan dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak mulia. Guru ialah individu yang amat penting dalam dunia pendidikan di samping tempat dan prasarana sekolah yang sesuai.Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang biasa dijalankan akan menjadi lebih berkesan dan menggembirakan sekiranya terdapat penggunaan sumber secara teratur , jelas dan baik. Pusat sumber sekolah boleh menyumbang ke arah pembinaan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan peranannya sebagai laluan intelektual dan pusat sumber maklumat. Justeru , saya juga mengkaji sejauh mana kewujudan Pusat Sumber SMK Ungku Aziz dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan . 1.2 RASIONAL KAJIAN Pusat Sumber ialah laluan intelektual dan nadi sekolah . Menyedari hakikat ini, maka kajian ini dijalankan semata-mata untuk memberi panduan kepada guru-guru dan para pelajar akan kepentingan Pusat Sumber SMK Ungku Aziz sebagai pusat maklumat sekolah. Pusat Sumber ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Walau bagaimanapun peranan AJK dan kerjasama semua guru adalah penting untuk menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi sekolah. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan terhadap 50 orang guru SMK Ungku Aziz yang dipilih secara rawak. Keberkesanan Pusat Sumber Banyak dipengaruhi oleh komitmen AJK Pusat Sumber dan pentadbir sekolah. Tanggapan bahawa Pusat Sumber sebagai satu bilik atau tempat untuk menyimpan buku-buku perlu dikikis. Guru dan pelajar perlu menyedari bahawa Pusat sumber ialah sebuah tempat sumber maklumat dan bukanlah tempat untuk meninggalkan pelajar membuat kerja sendiri. Oleh itu, Pusat sumber haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya


supaya Pusat sumber benar-benar menjadi pusat penyebaran maklumat dan tempat yang selesa serta kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4 OBJEKTIF 1. Mengenalpasti kepentingan Pusat Sumber SMK Ungku Aziz benar-benar bermanfaat 2. Mengenalpasti hubungkait antara keselesaan Pusat Sumber SMK Ungku Aziz dengan kedatangan para pelajar ke Pusat Sumber. 3. Membuktikan bahawa pusat sumber yang lengkap dan selesa memainkan peranan penting untuk menarik minat para pelajar ke pusat sumber 1.5. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang pasti tentang kepentingan pusat sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah. Seterusnya digunakan untuk melihat sejauh manakah peranan pusat sumber penting dalam menyumbang ke arah peningkatan prestasi pelajar dalam peperiksaan. Berdasarkan kajian ini diharapkan pihak pentadbir, AJK pusat sumber, guru-guru dan para pelajar dapat member sokongan dan terus memantapkan kewujudan pusat sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah. 1.6 BATASAN KAJIAN Kajian dijalankan kepada 100 orang pelajar SMK Ungku Aziz yang dipilih secara rawak. Pemilihan pelajar –pelajar yang menjadi tumpuan kajian ini dibuat berdasarkan kepada beberapa sebab: 1. Pelajar tersebut ialah pelajar yang pernah mengunjungi pusat sumber sama ada pada waktu pembelajaran atau pada waktu petang. 2. Pelajar tersebut tahu bahawa pusat sumber mampu membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Pelajar tersebut pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pusat sumber.


1.7. HIPOTESIS KAJIAN Pusat Sumber SMK Ungku Aziz boleh dan berpotensi menjadi pusat sumber maklumat sekolah dan dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan. 1.8 POPULASI Tumpuan kajian kepada pelajar-pelajar SMK Ungku Aziz dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam ialah sebuah sekolah gred A dan mempunyai pelajar-pelajar dari Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan terdapat juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Jumlah pelajar di SMK Ungku Aziz seramai 1496 orang. Pelajar di SMK Ungku Aziz terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. 9. INSTRUMEN KAJIAN 9.1 Borang Soal-Selidik 9.1.1 Skala Likert : 1, 2, 3, 4, ( 1 sangat tidak setuju…….4 sangat setuju) 9.1.2 Jenis Thurston : Ya/Tidak Tujuan borang selidik digunakan untuk mendapat maklumat dan maklum balas daripada pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan pelajar berkaitan dengan tahap dan persepsi mereka terhadap penggunaan PSS. 9.2 Pemerhatian Pemerhatian dijalankan terhadap penggunaan PSS berdasarkan buku rekod penggunaan PSS SMK Ungku Aziz sepanjang tahun. 10. DAPATAN KAJIAN 10.1 Rumusan Kajian Daripada data dan kajian ini, beberapa rumusan dapat dikenal pasti 1. 30% pelajar sangat setuju dan 70% setuju menyatakan mereka selesa belajar di bilik Bacaan . Ini membawa maksud bahawa 100% para pelajar setuju yang mereka selesa belajar di Bilik Bacaan. 2. 100% pelajar menyatakan bahawa bahan elektronik dapat menarik minat mereka belajar


3. Didapati 100% pelajar kurang setuju dengan kenyataan , saya tidak tahu Bilik Bacaan Pustaka Pak Ungku membantu saya dalam pelajaran. 4. Sebanyak 80 % sangat suka berada di pusat sumber dan tiada seorang pun yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa 100% para pelajar suka berada di pusat sumber. 5. Sebanyak 65% sangat setuju berada di pusat sumber membuat rujukan dan 35% yang setuju dan tiada pelajar yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa 100% para pelajar suka membuat rujukan di pusat sumber 6. 100% pelajar bersetuju bahawa berkunjung ke pusat sumber banyak mendatangkan faedah dan dapat membantu mereka belajar. 11.0 CADANGAN RESPONDEN 11.1 Pentadbir Sekolah a. Pihak pengurusan berusaha memberi sokongan dan dorongan kepada guru-guru dan para pelajar supaya menggunakan segala kemudahan yang ada di sekolah ini. b. Pentadbir berusaha meningkatkan prasarana dan menjadikan seluruh sekolah sebagai sumber maklumat. 11.2 Guru dan AJK Pusat Sumber a. Sentiasa berusaha menyediakan suasana dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan terkini. b. Perlu kreatif dan inovatif dan sentiasa berusaha mencari jalan supaya PSS sentiasa hidup dan menepati perkembangan pendidikan. 12.0 Kesimpulan dan Penutup Peranan sekolah menyediakan tempat yang kondusif dan selesa untuk pembelajaran di samping sumber-sumber pembelajaran yang boleh menyumbang ke arah pembelajaran sepanjang hayat memang tidak dapat disangkal lagi. Maka tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh kakitangannya yang terdiri daripada kalangan guru dan pekerjanya. Kerjasama dan komitmen semua guru dan pekerja sangat penting untuk menjadikan sekolah


ini pusat sumber tercapai. Penggemblengan tenaga warga sekolah merupakan aset penting untuk mencapai kejayaan. Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :


Click to View FlipBook Version