The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peringatan SOP Semasa Berada Di Dalam Premis LPPKN_PKP _3.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifaffendy, 2021-06-03 00:09:16

Peringatan SOP Semasa Berada Di Dalam Premis LPPKN_PKP _3.0

Peringatan SOP Semasa Berada Di Dalam Premis LPPKN_PKP _3.0

PENGUATKUASAAN PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP) NORMA
BAHARU SEMASA BERADA DI PREMIS LEMBAGA PENDUDUK DAN

PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)

NOTIS PERINGATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua warga kerja LPPKN diminta mengambil perhatian bagi tujuan memelihara
serta memastikan risiko penularan wabak ini terutamanya di dalam kawasan
tempat kerja dapat dicegah demi keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada
semua anggota LPPKN, klien, pelawat dan kontraktor yang berurusan di LPPKN.

Pematuhan kepada arahan ini DIWAJIBKAN kepada semua anggota dan pegawai
di Ibupejabat LPPKN, Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri, Klinik Nur Sejahtera
dan semua premis LPPKN di seluruh negara termasuk klien, pelawat dan
kontraktor semasa berada di dalam kawasan premis LPPKN dan ketika
menggunakan aset LPPKN.

Bagi anggota dan pegawai yang diberikan kebenaran untuk hadir ke Ibu Pejabat,
LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur adalah DIWAJIBKAN mengimbas Kod
QR didalam MySejahtera dan Ezy@kses LPPKN untuk “Check-In” sebelum
memasuki ke dalam bangunan.

Kerjasama dan komitmen berkaitan perkara ini diucapkan terima kasih.
Bersama-sama kita mencegah penularan wabak COVID-19.

#StaySafe
#KeluargaCegahCovid-19


Click to View FlipBook Version