LANDSKAPBIDANG : REKA BENTUK
TINGKATAN 4 – KSSM – Part 1
Disediakan oleh Cikgu Safwan Badrun Mosaini - GMP PSV SMK DALAT, DALAT, SARAWAK 2021
Reka bentuk landskap ialah bidang Secara umum,
yang berkaitan dengan sains dan seni. reka bentuk
Bidang ini merupakan satu profesion landskap ialah
yang mengambil kira alam binaan dan gabungan sistem
alam semula jadi.
semula jadi,
Landskap ialah hasil interaksi antara dinamik dan sosial
faktor abiotik, biotik dan budaya. dalam kehidupan
Bidang ini berfungsi harian.
sebagai reka bentuk
ruang luaran yang Sesebuah projek reka bentuk landskap sering
mengandungi melibatkan peranan dua kumpulan profesional, iaitu
komponen praktikal,
estetik, hortikultur pereka bentuk landskap dan arkitek landskap
dan kelestarian
persekitaran.
5.1 Pemahaman 5.3 Penzahiran idea
terhadap prospek dan konsep melalui
kerjaya Pereka pelbagai sumber dan
Bentuk Landskap.
teknologi dalam
5.2 Eksplorasi dan penjanaan tugasan
aplikasi
pengetahuan 5.4 Penghayatan terhadap
dalam penghasilan hasil karya Reka Bentuk
konsep Landskap dengan
kontemporari.
menggunakan Bahasa Seni
Visual dan Pemikiran Seni
Visual.
Pereka bentuk landskap ialah salah satu
kerjaya yang dikategorikan dalam bidang
profesional.
Kerjaya ini tertumpu kepada pengindahan
persekitaran luaran yang merangkumi reka
bentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan
kerja-kerja berkaitan.
Pereka bentuk landskap bertanggungjawab
dalam mengubah suai kawasan persekitaran
dengan cara mengatur dan mengambil kira
unsur-unsur semula jadi dan buatan
manusia.
Prospek dan Hala Tuju Pereka Bentuk Landskap
Prospek pereka bentuk landskap semakin penting Bidang kerjaya ini mempunyai pilihan daripada pelbagai aspek
di negara kita dan hala tuju mereka semakin jelas. yang menggabungkan unsur seni dan sains dalam mereka
bentuk dan menghasilkan persekitaran yang lebih baik.
Keperluan pereka bentuk landskap semakin meningkat seiring
dengan kepesatan pembangunan.
Prospek dan Hala Tuju Pereka Bentuk Landskap
Projek-projek seperti
perumahan, perniagaan
dan taman rekreasi
memerlukan kepakaran
daripada aspek
pembinaan atau
penyelenggaraan bagi
mengekalkan keindahan
dan kehijauan semula
jadi.
Oleh itu, seorang pereka
bentuk landskap perlu
bijak menggunakan
gabungan kepakaran
artistik, saintifik dan
kemahiran teknikal untuk
menghasilkan landskap
yang kreatif, inovatif dan
efektif.
Skop bidang reka bentuk landskap kini
semakin berkembang, merangkumi reka
bentuk bantuan komputer (CAD),
perancangan ekologi, kajian persekitaran dan
tempat-tempat yang mempunyai nilai
sejarah.
Oleh yang demikian,
permintaan terhadap
kerjaya berkaitan
dengan reka bentuk
landskap juga semakin
meningkat. Khidmat
mereka diperlukan oleh
pelbagai sektor awam
dan swasta.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) • Kontraktor Landskap dan Seni Taman • • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Institusi Pengajian Tinggi • Firma Arkitek dan Perancangan Bandar • • Jabatan Alam • Jabatan
Sekitar Perhutanan
Firma Perunding Seni Bina Landskap • • Jabatan Saliran dan Pengairan • Jabatan Landskap Negara
Program pengajian di pelbagai peringkat
ditawarkan dalam bidang reka bentuk landskap
oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Contohnya Universiti Teknologi Malaysia,
Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi
MARA, Kolej Universiti Agrosains Malaysia dan
Politeknik Ungku Omar.
Contoh institusi pengajian tinggi swasta pula
ialah Taylor's University dan Limkokwing
University of Creative Technology.
Sepanjang tempoh pengajian ini, mereka akan
diberi pengetahuan dan pendedahan secara
teori dan amali hal-hal berkaitan dengan seni
reka landskap.
Hal ini bagi memastikan mereka mampu
memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan
terlatih dalam bidang ini setelah tamat
pengajian.
HERBA YANG ADA
DALAM TAMAN INI
1. PANDAN
2. SERAI
3. PISANG
3. POKOK KUNYIT
4. PISANG
TAMAN HERBA DAN
POKOK MASAKAN
TAMAN HERBA DAN POKOK MASAKAN
HERBA YANG ADA
DALAM TAMAN INI
1. PANDAN
2. SERAI
3. PISANG
3. POKOK KUNYIT
4. PISANG
LANDSKAPBIDANG : REKA BENTUK
TINGKATAN 4 – KSSM – Part 2
Disediakan oleh Cikgu Safwan Badrun Mosaini - GMP PSV SMK DALAT, DALAT, SARAWAK 2021
Bidang reka bentuk landskap ini menyediakan peluang kerjaya yang menarik dalam
pelbagai sektor. Berikut ialah contoh-contoh kerjaya yang ditawarkan dalam bidang
reka bentuk landskap ini.
Arkitek Landskap • Wajib lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Institut
Arkitek Landskap Malaysia (I.L.A.M).
• Terlibat di peringkat perancangan, reka bentuk, pelaksanaan
dan pengurusan setiap projek.
• Bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan
kejuruteraan struktur.
• Mengenal pasti berkaitan permasalahan setempat dan
menyelesaikannya melalui perancangan reka bentuk yang
inovatif.
• Terdapat empat bidang tugasan, iaitu Perancangan Pelan
Induk, Kajian Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian
Keberkesanan Alam Sekitar (EIA) dan Projek-projek Landskap
Spesifik.
Arkitek Landskap • Mempunyai latar belakang dalam bidang hortikultur hiasan
Pereka Bentuk dan landskap.
Landskap
• Mengenal pasti keperluan pelanggan seperti bajet, konsep
dan jangka masa yang diberikan.
• Menyediakan pelan susun atur dan pelan hiasan,
menentukan ciri-ciri binaan dan bahan.
• Menyelaraskan reka bentuk struktur, mekanik dan elektrik
serta mematuhi undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan.
• Memastikan binaan yang dibuat mengikut spesifikasi, bajet
dan jadual yang dirancang.
Kontraktor • Perlu mengetahui prinsip-prinsip asas dalam
Landskap mereka bentuk, membaca dan spesifikasi pelan,
keperluan tumbuh-tumbuhan, teknik pembinaan
dan pengurusan perniagaan.
• Berpengalaman dan mengetahui selok-belok
pembinaan kawasan landskap.
• Menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir
dalam bidang perlandskapan seperti arkitek
landskap, pengurus tapak projek dan pekerja biasa.
Usahawan • Nurseri ialah tempat anak benih pokok disemai
Landskap/Nurseri sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan.
• Nurseri runcit dan borong ialah tempat menghasil,
menyemai dan memasarkan bahan tanaman hiasan.
• Nurseri landskap akan membeli bekalan benih dari
nurseri runcit dan borong untuk dipasarkan.
• Turut menyediakan perkhidmatan pelan landskap,
melakukan kerja-kerja perlandskapan dan
penyelenggaraan landskap
Pensyarah • Memberikan kuliah atau tutorial kepada pelajar di kolej
dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
• Melakukan penyelidikan ilmiah dan pengumpulan data
untuk mendapatkan idea yang inovatif sejajar dengan
keperluan semasa.
• Menerbitkan bahan-bahan ilmiah dalam pelbagai
bentuk seperti jurnal, artikel dan buku hasil penyelidikan
untuk dikongsi
Edible Landscape
'Edible Landscape' atau 'Landskap Herba dan
Sayur-sayuran' boleh diusahakan di kawasan
perumahan.
Landskap ini dapat mengindahkan kawasan di
samping menjana pendapatan, mengurangkan
kos sara hidup dan untuk kesihatan.
Pelancaran Dasar Landskap Negara (DLN) pada tahun
2011 menjadi bukti keprihatinan kerajaan untuk
memartabatkan reka bentuk landskap negara.
Dasar Landskap Negara turut digubal untuk
melindungi sumber landskap sebagai aset warisan di
samping mengekalkan keindahan negara untuk
generasi kini dan akan datang.
Aspirasi untuk merealisasikan Malaysia Negara
Taman Terindah menyebabkan bidang perekaan
landskap semakin penting.
Inovasi dalam Reka Bentuk Landskap
Jabatan Landskap Negara yang ditubuhkan pada tahun 1996 diberikan
kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab menghijaukan
negara dan memastikan landskap negara berada dalam keadaan
terbaik.
Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh kementerian, jabatan dan kerajaan
tempatan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
landskap dalam kehidupan.
Aktiviti Hari Landskap Negara, pertandingan landskap tercantik,
kempen dan pameran landskap seperti Royal Floria Putrajaya secara
tidak langsung mendidik masyarakat menyayangi alam sekitar
Pembinaan reka bentuk landskap dengan menggunakan bahan-
bahan terpakai bukan sahaja menjimatkan kos, mengurangkan
isu pencemaran malah boleh menonjolkan daya kreativiti dan
inovatif.