The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MORAL UNIT 5 T4 MANTAP INTEGRITI MANTAPLAH JATI DIRI - KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuanmuda.pensel, 2021-06-26 08:37:56

MORAL UNIT 5 T4 MANTAP INTEGRITI MANTAPLAH JATI DIRI - KSSM

MORAL UNIT 5 T4 MANTAP INTEGRITI MANTAPLAH JATI DIRI - KSSM

1 Disediakan oleh Cikgu Safwan Badrun Mosaini - GMP PENDIDIKAN MORAL SMK DALAT, DALAT, SARAWAK 2021

6.1.1 Maksud integriti individu.

6.1.2 Kepentingan integriti individu dalam setiap perlakuan.

6.1.3 Implikasi perbuatan individu yang tidak berintegriti.

6.1.4 Cara individu melaksanakan tanggungjawab yang berintegriti seperti dituntut oleh agama atau kepercayaan.

6.1.5 Perasaan apabila mengamalkan integriti individu.

6.1.6 Amalan integriti individu dalam kehidupan harian

2

3

Amalan integriti dalam kalangan semua lapisan masyarakat
memerlukan pegangan hidup yang berakauntabiliti, berwibawa
dan patuh pada undang-undang.

Integer“ ” ialah perkataan Latin bagi integriti yang

bermaksud menyeluruh, sempurna, tulen dan tidak berubah.

KONSEP Integriti individu merupakan sifat utama yang dapat melahirkan
jati diri produktif dan berkualiti dalam setiap perlakuan.

Salah satu elemen keamanan dan keharmonian dalam
kehidupan sejagat ialah integriti.

Integriti ini boleh mempengaruhi kecemerlangan seseorang
dalam pendidikan, kerjaya dan kehidupan harian.

5

Sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan.

Apakah integriti individu? Penghayatan dan
pegangan teguh
Ketulusan dan terhadap ciri dan
keutuhan dalam
setiap perlakuan dan nilai positif.
pemikiran.

6

Integriti perlu dipupuk dalam diri setiap • Melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada negara.
individu bagi melahirkan insan yang • Mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang lain.
bertanggungjawab dalam setiap
perlakuan. • Menjamin hasil kerja yang berkualiti.
• Memelihara dan memperkasa imej diri serta keluarga.
Oleh itu, setiap individu perlu
mengetahui kepentingan integriti agar • Meningkatkan kualiti diri untuk
mampu memelihara kemoralan diri mewujudkan pentadbiran yang cekap.
dalam setiap tindakan yang diambil. • Melahirkan individu yang berpegang
pada ketinggian prinsip moral dan etika.
Kepentingan • Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa
Integriti • Membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa.
Individu
1
Antara kepentingan
amalan integriti individu
termasuklah perkara
seperti yang di bawah:

Perbuatan tidak berintegriti oleh seseorang individu bukan sahaja boleh menjejaskan
diri sendiri, malah memberikan impak negatif kepada keluarga dan negara.
Terdapat beberapa implikasi perbuatan tidak berintegriti seperti yang berikut:

IMPLIKASI PERBUATAN individu TIDAK BERINTEGRITI

• Menjatuhkan maruah diri. • Memalukan anggota • Menjejaskan keharmonian
keluarga. negara.
• Menghilangkan • Mencemarkan nama
kepercayaan dan keyakinan • Merenggangkan hubungan negara.
orang lain. antara anggota keluarga. • Menjejaskan keyakinan
pelabur asing.
• Menjejaskan masa • Dipinggirkan oleh masyarakat.
hadapan. 7

• Bersikap individualistik.

Individu yang berintegriti akan berpegang teguh pada prinsip moral, nilai dan etika tanpa mengira keadaan.

Setiap agama atau kepercayaan juga menekankan kepentingan pegangan hidup yang berintegriti dalam pembentukan
imej diri.

Yang berikut merupakan penekanan sikap integriti menurut perspektif agama:

Agama Islam Agama Buddha Agama Hindu Agama Kristian Agama Sikh

8

Agama Islam

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
mengkhianati Allah dan Rasul-Nya serta (janganlah)
kamu mengkhianati amanah kamu ketika kamu
mengetahui (salahnya).

(Sumber: Surah al-Anfal 8:27)

Contoh perlakuan:

Jujur dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan.

9

Tidak melakukan sebarang kejahatan tetapi
mengamalkan semua nilai baik dan menyucikan niat hati

adalah ajaran agama Buddha.
(Sumber: Dhammapada Bab xiv: 183)

Contoh perlakuan:
Setia pada keluarga, tidak
melakukan penipuan dan giat
melakukan kerja kebajikan.

10

Agama Hindu

“Kebersihan badan dicapai
dari air, kesucian hati
dicapai dengan kebenaran.”

(Sumber: Kural 298)

Contoh perlakuan:
Mengaku kesilapan diri walaupun berasa
bersalah daripada berbohong.

11

Agama Kristian

“Lebih baik miskin, namun melakukan apa yang benar,
daripada kaya tetapi tidak jujur.”

[Sumber: Al-Kitab (Amsal 16:8)]

Contoh perlakuan:
Tidak memalsukan sesuatu dokumen untuk mendapat
sesuatu kepentingan atau kejayaan.

12

Agama Sikh

Bertakwa kepada tuhan, mencari rezeki secara jujur dan
berkongsi dengan mereka yang memerlukan merupakan
prinsip hidup yang tidak ternilai. (Sumber: Sri Guru
Granth Sahib Ji

Contoh perlakuan:

Jujur dan amanah
dalam mencari nafkah
hidup.

13

TUGASAN 1 Apabila keadaan mendesak anda untuk membuat
tindakan tidak berintegriti, apakah nilai universal yang
harus ada pada diri anda untuk mengelakkannya?
Jelaskan dan berdasarkan integriti individu, lakukan
sumbang saran tentang dilema moral di bawah.

SITUASI 1 Ravi seorang murid yang baik dan rajin Bah Goli seorang yang amanah. Dia SITUASI 2
di sekolah. Dia sentiasa membantu merupakan bendahari Kelab Kewangan di
sekolahnya. Suatu hari, adik Bah Goli
rakan-rakannya dalam pelajaran. Rakan terlibat dalam kemalangan. Keluarganya
baik Ravi, iaitu Thira ingin meniru memerlukan wang untuk merawat
semasa peperiksaan. Ravi maklum adiknya itu. Dalam keadaan terdesak,
Bah Goli telah menggunakan duit kelab.
bahawa Thira tidak hadir di sekolah Pada penghujung bulan, Bah Goli
sejak kebelakangan ini disebabkan oleh memulangkan wang tersebut. Patutkah
tindakan Bah Goli itu? Berikan justifikasi
masalah kesihatan. Dalam situasi ini, anda.
apakah tindakan yang patut diambil
oleh Ravi? Berikan pandangan anda.

14

TUGASAN 2 @VIDEO APLIKASI
Hasilkan poster grafik ATAU video pendek yang TIKTOK
mengandungi kata-kata hikmat intergriti dengan PENDEK
menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi.

POSTER
GRAFIK

15


Click to View FlipBook Version