The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MORAL UNIT 7 T4 BERPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA - KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuanmuda.pensel, 2021-06-26 05:12:05

MORAL UNIT 7 T4 BERPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA - KSSM

MORAL UNIT 7 T4 BERPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA - KSSM

1

Disediakan oleh Cikgu Safwan Badrun Mosaini - GMP PENDIDIKAN MORAL SMK DALAT, DALAT, SARAWAK 2021

Dalam unit ini, saya belajar tentang:

Maksud perikemanusiaan. 6.3.4 Kesan pengabaian sikap
6.3.1 berperikemanusiaan untuk
kesejahteraan masyarakat.
Perlakuan
berperikemanusiaan untuk 6.3.5 Perasaan apabila
kesejahteraan masyarakat. mengamalkan sikap
berperikemanusiaan untuk
6.3.2 kesejahteraan masyarakat.

Kepentingan 6.3.6 Sikap berperikemanusiaan
berperikemanusiaan untuk untuk kesejahteraan masyarakat
kesejahteraan masyarakat. dalam kehidupan harian.

6.3.3

2

• Kepercayaan kepada Tuhan
• Baik hati
• Hemah tinggi
• Kasih sayang
• Berterima kasih

3

KONSEP Perikemanusiaan merujuk sifat yang wajar
bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-

menolong dan mengasihani.
Perikemanusiaan berkait rapat dengan
tindakan yang berasaskan pemikiran yang
rasional terhadap manusia, haiwan dan alam

sekitar.
Perlakuan berperikemanusiaan dapat
membantu membentuk masyarakat yang

sejahtera.

4

PERLAKUAN BERPERIKEMANUSIAAN

Membantu mangsa bencana alam. Memberikan bantuan kepada golongan gelandangan.
Membantu orang yang memerlukan. Mengelakkan diri daripada melakukan penderaan.

Menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan.

Melayan pekerja dengan baik.

Memberikan sumbangan kepada orang miskin.

Mempunyai sikap empati dan simpati dengan jiran.

Menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) dengan ikhlas.

Memelihara dan memulihara alam sekitar.

5

Sikap berperikemanusiaan perlu ada pada setiap individu Keselamatan
dalam menjalani kehidupan yang sesuai dengan norma masyarakat terjamin
masyarakat. Hal ini demikian kerana perlakuan
berperikemanusiaan sangat penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Antara kepentingannya termasuklah perkara
seperti yang di bawah:

Mewujudkan KEPENTINGAN Melahirkan masyarakat yang
masyarakat yang BERPERIKEMANUSIAAN harmoni
prihatin dan penyayang
Persepakatan dalam
masyarakat dapat dikukuhkan

6

Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang

• Anggota komuniti akan
saling berinteraksi dan
mengambil berat antara
satu sama lain.

• Flora dan fauna dihargai
dan disayangi.

7

Persepakatan dalam masyarakat
dapat dikukuhkan

• Anggota masyarakat akan bersatu
padu dan bermuafakat dalam
semua aspek kehidupan.

• Sikap seperti tolong-menolong,
bekerjasama dan baik hati akan
wujud ketika membantu orang
yang dalam kesusahan.

8

Melahirkan masyarakat yang harmoni

• Golongan yang menerima
bantuan akan berasa disayangi
dan diambil peduli oleh orang
sekeliling.

• Tidak ada sikap iri hati dan
bersangka buruk terhadap
kejayaan orang lain.

9

Keselamatan masyarakat terjamin

• Kes jenayah seperti kecurian,
penipuan dan penderaan dapat
dikurangkan.

• Tidak akan melibatkan diri
dalam perkara yang menyalahi
undang-undang.

10

Apabila nilai kemanusiaan diabaikan, manusia terdorong mengambil tindakan negatif. Impaknya boleh menjejaskan
kesejahteraan masyarakat.

KESAN PENGABAIAN SIKAP BERPERIKEMANUSIAAN

Hilangnya maruah dan harga diri. Kebajikan warga tua akan terabai.

Jurang komunikasi dan nilai Mementingkan diri sendiri dan materialistik.
kehidupan terjejas.
Mengancam keselamatan dan
Bebanan kos kepada kerajaan. kesihatan golongan yang terabai.

Pegangan agama dan nilai moral Tekanan jiwa dan emosi.
dalam kehidupan menjadi goyah.
Menjejaskan ekosistem.
Menzalimi haiwan dan tumbuhan.

11

Perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti kes
pembuangan bayi boleh disiasat sebagai kes bunuh

atau percubaan membunuh bagi memastikan
perbuatan tidak berperikemanusiaan menerima

hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai

mati, manakala kes percubaan membunuh disiasat
mengikut Seksyen 307 kanun sama yang membawa

hukuman penjara maksimum 20 tahun.

[Sumber: Kanun Keseksaan (Akta 574)]

12

Perlakuan berperikemanusiaan sangat penting dalam kehidupan manusia.
Rasa empati, menghargai nyawa, menjaga maruah dan cinta akan keamanan merupakan

antara nilai perikemanusiaan yang perlu dihayati dan dihargai oleh setiap individu.

13

Semua nilai yang membentuk tingkah laku
berperikemanusiaan ini akan melahirkan
masyarakat yang peka, prihatin dan saling
menolong.

Secara tidak langsung, perasaan dan sikap
positif seperti kasih sayang dan baik hati
akan wujud dalam kalangan anggota
masyarakat.

Seterusnya, kehidupan akan menjadi lebih
harmoni dan negara akan menjadi aman
serta sejahtera.

14

LATIHAN PDPR MORAL UNIT 7 – BERPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA

1. Nota UNIT 7 – BERPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA muka surat 88-93 sahaja.
2. LATIHAN PENGUKUHAN Modul A+ SPM muka surat 43.
3. LATIHAN BESTARI SPM muka surat 44-46
4. LATIHAN B muka surat 100.
“Berdasarkan gambar cerita di dalam muka surat 100 yang berkaitan dengan berperikemanusiaan.
Cari ENAM PERKATAAN tersembunyi berkaitan dengan cerita tersebut.”

15

LATIHAN

PDPR MORAL UNIT 7 –
BERPERIKEMANUSIAAN
MEMBENTUK MASYARAKAT
SEJAHTERA

LATIHAN B
muka surat 100.

“Berdasarkan gambar
cerita di dalam muka
surat 100 yang berkaitan

dengan
berperikemanusiaan.
Cari ENAM PERKATAAN
tersembunyi berkaitan
dengan cerita tersebut.”

NAMA : ………………………………………………….
KELAS : 4MPV

16


Click to View FlipBook Version