SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
2D-5-6 D’Piazza Condominium
Lengkok Mayang Pasir 1
Bayan Baru
11950 Pulau Pinang
23 September 2021
Menemui sahabatku, Nisa yang berada di Kuala Lumpur bersama
keluarga. Semoga saudari dan keluarga berada dalam keadaan yang
sihat dan sejahtera. Terima kasih kerana sudi menerima pandangan
saya tentang cadangan untuk membendung jenayah ragut.
Saudari,
Inisiatif pertama yang dapat pihak kerajaan lakukan untuk
menangani jenayah ragut adalah dengan menguatkuasakan
undang-undang. Hal ini kerana, kadar denda dan hukuman yang
dikenakan kepada para penjenayah ini pada masa ini amatlah tidak
setimpal malahan para penjenayah akan mengulangi jenayah ini
selepas melaksanakan hukuman mereka. Jika kerajaan mengambil
langkah ekstrem ini maka para peragut akan mula berasa takut untuk
melakukan jenayah ragut.
Selain itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran
kepada masyarakat tentang jenayah ragut. Hal ini disebabkan oleh,
terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak menyedari tentang
bahayanya jenayah ragut ini. Misalnya, kaum wanita haruslah
mengelakkan pemakaian barang kemas yang berlebihan dan tidak
membawa beg tangan sambil lewa. Kesannya, kita tidak akan diragut
kerana bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Akhir sekali, setiap ahli golongan masyarakat haruslah
bekerjasama bagi menangani jenayah ragut ini. Hal ini terjadi kerana,
kita dapat saling membantu apabila berada di dalam keadaan
kecemasan. Sebagai contoh, kita boleh mengadakan rondaan secara
bergilir-gilir di kawasan kejiranan untuk memastikan tiada jenayah
yang berlaku. Kesannya, kes ragut yang berlaku di kawasan kejiranan
kita akan berkurangan.
Baiklah setakat ini sahaja coretan saya kepada saudari pada kali
ini. Saya berharap agar saudari sentiasa peka dan berhati-hati ketika
keluar. Semoga bertemu lagi.
Sahabatmu,
alyaa