BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
KESUSASTERAAN
MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:
NUR ALIA AJMAL BT MOHD AZMAN (F2D)
030219-03-0800
2021252310084
KONSEP & TAKRIFAN
KESUSASTERAAN MELAYU
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu boleh diinterpretasikan sebagai Kesusasteraan pada lahiriahnya, wujud dalam
hasil karya dan ciptaan seni yang sinonim dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan
dan wujud juga dalam bentuk lisan. Dalam
kalangan masyarakat Melayu. Ianya merupakan satu kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk
bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. kesusasteraan sememangnya tidak terpisah
daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar
Sastera juga dapat ditakrifkan sebagai seni bahasa
kerana ia merupakan ungkapan spontan daripada muzik yang mengandungi lirik lagu yang
merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula
perasaan yang mendalam malah sastera juga akan menggunakan pelbagai peribahasa dan
merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa.
Kesusasteraan juga merupakan manifestasi kehidupan pepatah yang indah yang sebenarnya juga
manusia dari aspek keseniannya dan sebagai peristiwa merupakan kesusasteraan.
seni, bahasa menjadi komponen utamanya, maka
penelitian terhadap sesebuah karya seni dengan
sendirinya memperlihatkan kegiatan kehidupan
manusia itu sendiri.
TAKRIFAN KESUSASTERAAN
Perkataan kesusasteraan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu susastera yang
membawa maksud huruf atau buku indah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Dari
segi makna umum, sastera dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan
dalam kitab-kitab. Menurut Kamus Dewan Edisi 4, kesusasteraan bermakna
hasil seni atau karya tulisan yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang
tertentu dalam bentuk prosa mahupun puisi.
Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu terbentuk daripada
perkataan Sanskrit iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, menyuruh
atau memberi petunjuk manakala tra- pula merujuk kepada alat . secara ringkasnya,
sastra bermaksud alat untuk mengajar. Awalan su- adalah bermaksud indah atau baik
manakala Hashim Awang mengatakan bahawa imbuhan ke- dan -an membawa makna
secara menyeluruh iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetika serta
memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.
Dapat disimpulkan bahawa sastera merupakan seni bahasa yang membawa
ungkapan spontan masyarakat daripada perasaan yang mendalam. Semua karya
yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral
dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang
dituliskan dalam bentuk yang indah. Kesusasteraan juga merupakan ekspresi
fikiran melalui medium bahasa dan pelbagai inspirasi kehidupan manusia
diserlahkan melalui nukilan dalam karya tulisan yang mempersonakan.
BENTUK-BENTUK
KESUSASTERAAN MELAYU
KESUSASTERAAN DAPAT DILAHIRKAN DALAM PELBAGAI BENTUK BAHASA. DAN SECARA
KASARNYA, IA BOLEH DIKATEGORIKAN KEPADA DUA KATEGORI YANG BESAR IAITU PROSA DAN
PUISI
KESUSASTERAAN
MELAYU
PROSA PUISI
PROSA PROSA PUISI PUISI
TRADISIONAL MODEN TRADISIONAL MODEN
PROSA TRADISIONAL
Prosa tradisional merupakan sastera yang mempunyai sifat yang diwarisi secara turun-temurun walaupun
dari segi jangka masa sastera itu telah lama dihasilkan. Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam karya-karya. Tujuannya adalah untuk
menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu. Prosa tradisional dalam kesusasteraan
Melayu dibahagikan kepada dua jenis iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).
PROSA
TRADISIONAL
RAKYAT (LISAN) ISTANA (TULISAN)
NARATIF BUKAN NARATIF Sastera sejarah
Mitos Puisi rakyat Sastera hikayat
Legenda Sastera sastera panji
Cerita rakyat Sastera kepahlawanan / epik
Sastera agama
NARATIF RAKYAT (LISAN)
MITOS cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan suci
serta di luar jangkauan akal manusia.
CIRI-CIRI MITOS JENIS-JENIS MITOS
Dianggap benar-benar terjadi ASAL-USUL INSTITUSI POLITIK
Peristiwa yang berlaku aneh SOSIAL
tetapi penting Mitos ini Cerita yang
Dianggap keramat dan mempengaruhi cara Cerita yang berkaitan
memberikan kesan kepada mengisahkan asal dengan
masyarakat pemikiran struktur
Latar belakang berlaku pada masyarakat yang usul sesebuah pemerintahan
zaman lampau bersifat mistik dan institusi sosial dan kerajaan
Tokoh yang terlibat ialah tuhan bersangkut paut dalam masyarakat
atau dewa-dewa dengan suatu yang
rahsia dan magis Melayu
LEGENDA cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi
tidak dianggap suci
JENIS-JENIS LEGENDA
CIRI-CIRI LEGENDA KEAGAMAAN PERSEORANGAN
Latar masa tidak semestinya masa Cerita mengenai orang Cerita mengenai
lampau tetapi masih berkaitan dengan alim dan penyebar tokoh-tokoh tertentu
masa silam agama yang dianggap benar-
Terdapat kesan atau tanda seperti kubur,
binaan, bentuk bumi ALAM benar terjadi.
Ada kaitannya dengan zaman sekarang GHAIB
kerana kepercayaan terhadap TEMPAT
keramatnya Kisah yang dianggap benar-
Tokoh atau tempat mempunyai sifat yang benar terjadi dan pernah Cerita yang
luar biasa dialami oleh seseorang berhubung sesuatu
Dianggap sebagai sejarah kolektif tempat. Nama tempat
Dipercayai benar-benar berlaku seperti pengalaman dengan kadangkala berkaitan
makhluk ghaib. dengan nama tokoh /
binatang.
JENIS-JENIS CERITA RAKYAT
CERITA CERITA CERITA RAKYAT
BINATANG LIPUR LARA
cerita rakyat adalah dalam
CERITA CERITA bentuk prosa dan tidak dianggap
JENAKA TELADAN
benar-benar terjadi.
Ia adalah sebagai sumber
hiburan dan mempamerkan
kebenaran serta mengandungi
moral atau sindiran
01: CERITA BINATANG CIRI-CIRI CERITA
BINATANG
Cerita ini ditokohi oleh
binatang yang mempunyai tokoh utamanya ialah binatang
gambaran sikap dan tingkah tokoh bersifat seperti manusia
laku seperti manusia binatang bersaiz kecil tetapi kecil
dijadikan watak utama
binatang besar tetapi kurang
cerdik dianggap bodoh
02: CERITA LIPUR LARA
Cerita ini yang dituturkan oleh
para penglipur
CIRI-CIRI CERITA
BINATANG
dituturkan secara lisan berlaku tokok milik bersama berfungsi sebagai
dari satu generasi ke tambah masyarakat hiburan dan
generasi lain pendidikan
mengandungi mengandungi amanat latar tempat di istana,
unsur magis dan dan panduan dunia kayangan dan
alam ghaib
kesaktian
03: CERITA JENAKA CIRI-CIRI CERITA JENAKA
cerita yang menimbulkan ADA UNSUR KEBETULAN
rasa geli hati dan ketawa
kepada orang yang unsur kebetulan dengan situasi sebenar
mendengarnya. Cerita sebagai ragam kehidupan manusia
jenaka disampaikan secara
santai dengan UNSUR KELUCUAN
menggunakan bahasa
pertuturan seharian unsur kelucuan ditimbulkan melalui jalinan
cerita dan dialog yang disampaiakan
WATAK YANG MENGUJAKAN
watak-watak yang digarap mempunyai
sifat tertentu seperti watak bodoh
PERMAINAN KATA-KATA LUCU
mempamerkan kata-kata yang lucu serta
menarik perhatian pembaca yang
menimbulkan suasana lawak
04: CERITA TELADAN WATAK TERDIRI DARIPADA WATAK UTAMA DIBERI
MANUSIA BIASA YANG PERAN SEBAGAI
cerita teladan mempunyai unsur
didaktif serta sarat dengan unsur moral MENGALAMI SUKA DUKA WATAK YANG SANGAT
dan pendidikan. cerita teladan ini PADA PERMULAAN DAN BAIK, MURNI DAN
biasanya disasarkan kepada pembaca PEROLEH KEGEMBIRAAN JUJUR.
dari golongan kanak-kanak.
PADA AKHIR CERITA
CIRI-CIRI CERITA
TELADAN
WATAK KEBANYAKANNYA WATAK BINATANG, PERI
MEMPEROLEH BANTUAN DAN DEWA SEBAGAI
MELALUI KUASA SAKTI
WATAK YANG MEMBERI
BANTUAN
NARATIF ISTANA (TULISAN)
01: sastera undang-undang 02: SASTERA HIKAYAT
bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis
sistem pentadbiran dan susun lapis berdasarkan unsur-unsur yang ada di
dalamnya iaitu unsur Hindu, Islam dan
masyraakat lama. sastera ini terbahagi Hindu-Islam
kepada dua kumpulan iaitu Adat
Temenggung dan Adat Perpatih
03: SASTERA KEPAHLAWANAN/EPIK 04: SASTERA PANJI
Sastera ini mementingkan ciri Kisah berkisar tentang pengembaraan,
kepahlawanan dan keperwiraan unggul. percintaan dan peperangan. watak utama
dalam sastera ini digerlar sebagai panji di
tokoh dalam sastera ini diberikan
gambaran seakan-akan terlalu sempurna mana selaam berkenalana, Panji
dan disanjung oleh masyarakat. Genre ini mengalami pelbagai peristiwa hingga
akhirnya bertemu dengan kekasihnya.
terbahagi kepada dua iaitu epik
kebangsaan dan epik berunsur Islam
05: SASTERA AGAMA
Berfokuskan pada cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi
Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia walaupun
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
PROSA MODEN
PROSA MODEN
Prosa moden merupakan karya sastera Bahasa Melayu yang bebas dalam
ciptaan, menggambarkan pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan isu atau
kehiudpan sebenar dalam bentuk tulisan karya bagi menyamapikan mesej
yang tersirat
CIRI-CIRI PROSA MODEN
BEBAS MESEJ KETERBUKAAN KREATIF
TERSIRAT
BEBAS
Pengarang tidak dibataskan dengan struktur, tema,
perbendaharaan kata, penggunaan ayat, jalan cerita
semasa menghasilkan karya. Tidak seperti prosa
tradisional yang mempunyai kriteria tertentu yang
perlu dijadikan panduan asas, prosa moden adalah
berasaskan kreativiti dan pandangan pengarang itu
sendiri.
MESEJ TERSIRAT
Dalam prosa moden seperti novel, drama atau
cerpen, kita boleh melihat bagaimana seorang
pengarang itu menghasilkan, mengkisahkan atau
menyampaikan sesuatu pemikiran, mesej,
pengalaman dengan kreatifnya, di mana pembaca
dapat mengikut jalan cerita tersebut seolah-olah
merupakan watak di dalamnya dan menangkap
mesej yang ingin disampai melaluinya.
KETERBUKAAN
Karya sastera moden juga lebih bersifat terbuka
daripada prosa tradisional di mana banyak karya
kini telah diselit dengan isu-isu atau persoalan
sensitif seperti unsur politik, sejarah Melayu dan
sebagainya. Ia telah menjadi satu 'trend' di mana
para pembaca perlu mempunyai sifat keterbukaan
untuk berfikir tentang apa yang dibaca atau
dihasratkan dalam karya sastera
KREATIF
Oleh kerana semakin banyak karya sastera yang
kepelbagaian aliran telah muncul, maka kreatif
menjadi satu ciri penting kerana inilah menjadi
daya tarikan kepada pembaca. Namun dengan
kreatif juga, karya tersebut juga perlu dijamin
kualitinya.
JENIS-JENIS PROSA MODEN
BUKAN FIKSI FIKSI
artikel Cerpen
rencana Novel
pendapat Dongeng
biografi Roman (kehidupan)
tips Esei (pandangan)
laporan Resensi (ulasan karya)
jurnalisme
iklan
CERPEN NOVEL
Cerpen ialah gabungan dua perkataan iaitu Novel merupakan karangan berbentuk fiksyen,
cerita dan pendek. Cerpen merupakan suatu dikategorikan sebagai prosa naratif
bentuk prosa naratif dan bersifat cereka. mengandungi cerita panjang yang ditulis dalam
cerpen kebiasaannya mengandungi jumlah bentuk prosa. Perkataan novel berasal
watak yang sedikit dan hanya fokus kepada daripada bahasa Itali "novella", daripada
satu tema dan plot yang ringkas. Selain itu, di bahasa Perancis 'nouvelle' yang bermaksud
dalam cerita pendek atau cerpen terdiri sepotong berita
daripada 500 - 10000 kata sahaja.
PUISI TRADISIONAL
Harun Mat Piah (1989) menyatakan bahawa genre dalam puisi tradisional ialah
pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki,
peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya.
01 02 03 04
PANTUN GURINDAM SYAIR SELOKA
Pantun dilahirkan untuk Raja Ali Haji mengatakan Syair hadir membawa Puisi yang mengandungi
mewujudkan sesuatu bahawa gurindam terdiri makna isi yang berhubung ajaran seperti sindiran
daripada dua baris yang dengan kias, ibarat, sindiran, mahupun jenaka. seloka
maksud tertentu. Ia juga berpanjangan, memberikan nasihat, pengajaran, agama biasanya ditulis dua atau
bertujuan memperindah lagi dan juga berisikan sejarah mpat baris dan terkadang
idea sempurna dalam seloka juga ditulis lebih dari
sesuatu ucapan pasangannya secara atau dongeng
empat baris
berirama
CIRI-CIRI PUISI
TRADISIONAL
SYAIR GURINDAM
terdiri daripada empat baris merupakan puisi bebas atau tidak terikat
setiap baris terdiri daripada empat hingga enam mempunyai dua rangkap sebaris atau beberrapa baris dalam
kata serangkap
setiap baris terdiri daripada 8-12 suku kata baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu fikiran atau
memiliki rima akhiran a-a-a-a peristiwa dan baris kedua (jawab) menyatakan keterangan
berisi cerita atau pesan tentang isi di baris pertama
jumlah perkataan sebaris tidak tetap
jumlah sukukata tidak tetap
rima a/a atau a/b atau serima
PANTUN SELOKA
satu rangkap terdiri daripada dua baris merupakan puisi bebas atau tidak terikat
atau empat baris tidak mempunyai pembayang
berirama a-b-a-b bilangan baris serangkap tidak tetap
setiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap
suku kata jumlah suku kata dalam sebaris tidak tetap
rima akhirnya dalam serangkap tidak tetap
PUISI MODEN
PUISI MODEN : SAJAK
Sajak ialah puisi moden yang lebih bebas yang terikat pada sesuatu pola
khusus walaupun ada ketikanya memerikan ciri matra, rima dan rentak. sajak
lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan
dan pemakaian kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin menurut erti
serta irama
Menurut Hashim Awang (1984), sajak ialah puisi baharu yang popular lahir
sebagai pilihan kepada puisi tradisional
FUNGSI SASTERA MELAYU
PENDIDIKAN
Sastera Melayu mempunyai peranan penting dalam usaha mendidik dan membimbing masyarakat dalam menemukan
ilmu. Hasil daripada karya sastera, seseorang individu terutamanya golongan remaja akan menemukan pengalaman
ilmu pengetahuan. Hal ini bertepatan dengan perkembangan domaian efektif remaja yang memerlukan bahan
rangsangan untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka. Pengalaman yang dipamerkan serta dipaparkan
dalam karya sastera akan menghasilkan kongsi rasa dan kongsi keinginan antara pembaca dengan pengarang. Situasi
ini pula bersesuaian dengan perkembangan kognitif remaja.
Pengalaman mempunyai nilai yang mahal harganya tetapi melalui pembacaan karya-karya sastera Melayu,
masyarakat berpeluang untuk memahami pengalaman pengarang karya yang pastinya boleh dijadikan panduan dan
pedoman seandainya keadaan yang sama dialaminya. Pengalaman inilah yang mengajar pembaca untuk memahami
realiti kehiduapn yang mereka tempuhi di samping meningkatkan pengetahuan tentang cabarn dan dugaan serta
mematangkan fikiran
Karya sastera juga membantu kemampuan pembaca untuk mentafsir kehidupan yang terbaik bagi diri mereka.
kemampuan mentafsir hidup akan melahirkan remaja yang boleh membentuk peribadi dan tingkah laku serta akhlak
mulia. kandungan isi yang diutarakan dalam karya sastera adalah terbimbing oleh nilai-nilai murni dalam menentukan
pilihan hati, kerjaya dan cara hidup.
HIBURAN
Domain efektif antara lain bermatlamat perkara-perkara yang berkiatan dengan hati, jiwa dan perasaan. sehubungan
itu, kesepiaan adalah antara yang menyetaukan masyarakat dengan kehidupan mereka. Apabila perasaan kasih dan
mengasihi itu tidak dapat dihubungkan dengan sempurna, maka kesepian itu harus dipenuhi dengan hiburan yang
menyenangkan, di samping merehatkan fikiran dan memperoleh ketenangan. oleh itu, karya sastera seperti novel,
cerpen dan drama memainkan peranan sebagai penghibur bersesuaian dengan konsep sastera sebagai alat penghibur.
Bagi remaja, aktiviti seperti deklamasi sajak, berbalas pantun, pertandingan bicara berirama dan sebagainya semasa
proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan perkembangan psikomotor pelajar. Aktiviti seperti ini
sangat menghiburkan malah memberi hiburan yang sihat dan bermanfaat kepada diri semua golongan masyarakat.
selain itu, karya sastera yang membawa kerseronokan yang indah melalui ungkapan kata-kata, irama atau rentak yang
tersusun mampu membelai emosi pembaca atau pendengar dengan hadirnya unsur-unsur kelucuan
Oleh hal yang demikian, karya sastera dengan pemikiran dan rekaan fantasi yang menuntut pembaca untuk mencabar
daya intelektualiti mereka dalam memahami pemikiran dan fantasi yang disajikan. Sastera Melayu berpotensi
membentuk diri, kredibiliti, keperibadian dan akhlak pembaca serta membentuk hiburan yang sihat dan murni.
DAKWAH
Tujuannya tidak lain adalah untuk menambahkan lagi tahap keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap agama
yang menjadi anutam kebanyakan masyarakat Melayu. Karya sastera Melayu mampu membuatkan masyarakat
pembaca merenung kembali apakan tindak-tanduk atau perlakuan mereka selama ini berlandaskan ajaran Islam yang
sebenarnya. Malah, jika antologi berunsurkan agama dijadikan teks sekolah, ianya mampu memberi didikan akhlak
kepada generasi muda secara tidak langsung.
Sebenarnya, hampir keseluruhan hasil-hasil kesusasteraan Melayu kaya dengan unsur-unsur dakwah sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Untuk mengatakan unsur-unsur dakwah ini hanya terbatas kepada hasil sastera iaitu
cerita-cerita nabi dan sebagainya sahaja, sudah tentulah tidak tepat. Ini kerana cerita-cerita para nabi dan sebagainya
sememamngna mempunyai fungsi memperkukuhkan keimanan seseorang Islam, namun cerita-cerita lain seperti mana
yang terdapat dalam genre syair, sajak, pantun, cerita rakyat, hikayat, novel dan sebagainya mempunyai peranan yang
tersendiri dalam membnetuk akhlak manusia Melayu.
KRITIK SOSIAL
Sesuatu karya sastera itu diciptakan oleh sasterawan adalah untuk dinikmati, difahami dan dimanfaatkan oleh
masyarakat. Sasterawan itu sendiri adalah anggota masyarakat dan dia terikat oleh status sosial tertentu. Sastera
adalah lembaga sosial yang menggunakan bahasa sebagai medium dan bahasa itu sendiri merupakan ciptaan sosial.
Sastera menampilkan gambaran kehidupan dan kehidupan itu sendiri adalah suatu kenyataan sosial (Hashim Awang,
1997). Dalam pengertian ini, kehidupan mencakupi hubungan antara masyarakat dengan individu, antara manusia dan
antara peristiwa-peristiwa yang terjadi di dalam batin seseorang. Peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam batin
seseorang, yang sering menjadi bahan sastera, adalah pantulan dari hubungan seseorang dengan orang lain atau
dengan masyarakat kelompok sosialnya.
Bagi sesuatu karya sastera, baik sebagai kreativiti estetik mahupun respon daripada kehidupan sosial, mencuba
mengungkapkan perilaku manusia dalam suatu kelompok sosial yang dianggap bererti bagi aspirasi kehidupan
seniman, kehidupan manusia pada umumnya. Oleh kerana itulah, dimensi-dimensi yang dilukiskan bukan hanya entiti
tokoh secara fizikal, tetapi sikap dan perilaku, dan kejadian-kejadian yang meniru pada kualiti struktur sosial. Dengan
kata lain, seseorang pengarang dalam masyarakat kelompok sosialnya mempersiapkan entiti karya sasteranya sesuai
dengan normanorma dan nilai-nilai struktur sosial, manakala karya 39 sasteranya memanfaatkan unsur-unsur sosial ke
dalam sistem sastera dengan cara yang ditentukan oleh konvensi dan tradisi sesuatu masyarakat
AKAL BUDI MANIFESTASI
MASYARAKAT MELAYU
TERHADAP PUISI TRADISIONAL
SYAIR : PENGASUH Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejatai,
Dalam syair pengasuh ini, dapat dilihat sebuah pemikiran Melayu yang meletakkan kepentingan ilmu Asal puncanya lamun didapati,
pengetahuan. Syair di tepi ini memberikan gambaran dan pemikiran bangsa melayu tentang kelebihan seseorang Sukar bercerai sehingga mati.
yang berilmu pengetahuan. kerap kali diulang bahawa ilmu sangat berguna kerana dengan ilmu pengetahuanlah
yang dapat menerangu hidup dan dijadikan panduan. Ilmu yang diperoleh oleh individu tersebut sudah tentu
dapat dimanfaatkan sepanjang hayat. Harganya tidak dapat ternilaikan,
Rangkap kedua syair ini meletakkan ketinggian ilmu yang tidak terhingga nilainya. Penyair membuat perbandingan Sebuah dunia belinya bukan,
bahawa nilai ilmu tidak dapat ditukar ganti walaupun dengan sebuah dunia. Selanjutnya, pemikiran yang cuba Kuasanya besar sukat digunakan,
disampaikan oleh penyair ialah faedah dan manfaat bagi orang yang berilmu tiada hadnya dan dapat digunakan Di laut di darat di rimba di pecan.
di mana-mana sahaja.
Selanjutnya, pada rangkap ketiga, kita melihat sifat ilmu yang menjadi penghias diri seseorang, menjadi sahabat Masa seorang ialah taulan,
yang memberikan panduan semasa mengembara, dan ilmulah juga yang membezakan diri seseorang daripada Teman berbeka, suluh berjalan,
seseorang yang lain. Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.
Dengan ilmu seseorang itu dapat menghiburkan hati yang gundah serta membantunya memahami sesuatu
perkara dengan lebih jelas. Pemikiran yang terkandung dalam rangkap empat ini cuba menjelaskan kepada
masyarakat bahawa ilmu tetap berguna walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia dan hidup akan lebih Bagi yang duka ia penghibur,
bahagia bagi setiap orang yang berilmu. Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Kelebihan ilmu terus digarap oleh penyair dalam rangkap kelima syair. Sebagai pembaca, kita melihat pemikiran Lamun dengannya beramal subur.
penyair yang menegaskan lagi tentang orang yang berilmu akan memperoleh ganjaran pahala. Dengan ilmu juga,
seseorang berupaya mencapai cita-citanya dan ilmu itu luas sekali bidangnya.
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ia telaga,
Laut yang luas ialah juga.
Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
SELOKA: PAK PANDIR Anak dipijak dagang dijunjung
Kucing dibunuh, tikus dibela
Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir individu yang suka
berbuat baik tetapi tidak bertempat. Sikap ini telah ditonjolkan oleh Pak Pandir apabila dia dilihat sebagai orang Harta habis badan tergadai
yang bijak-bodoh kerana dia berbuat baik dengan menjinjing dagang, tetapi berlaku kejam dengan perlakuannya Mendengar gelegak dagang
"memijak" anak sendiri. dia juga telah membunuh kucing iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan Tak sedar bertelanjang
tetapi telah membela tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakkan kesihatan dan harta benda.
Mendengar guruh dilangit
Dalam seloka Pak pandir juga dapat dikesan akal budi manifestasi masyarakat melayu yang mudah mempercayai Air di tempayan dicurahkan
orang luar berbanding keluarga sendiri. Sikap negatif ini perlu diabaikan kerana ia boleh mendatangkan
keburukan kepada keluarga. Buktinya dapat dilihat memalui frasa 'anak dipijak' yang mempamerkan bahawa Pak Mulut kena suap pisang
Pandir sanggup mengabaikan anaknya sendiri dan malah menyakitinya maknakala pihak yang tiada kaitan Buntut kena cangkuk onak
dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagaimanan dalam frasa 'dagang dijinjing' . Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung
Watak Pak Pandir dalam seloka hadir sebagai satu unsur didaktik dalam mendidik masyarakat. Hal ini bertepatan
dengan tujuan pengarang menghasilkan seloka bertujuan sebagai pengajaran kepada masyarakat. Dalam petikan Apa didengar gelagak dagang
seloka, perbuatan Pak Pandir selalunya akan mendatangkan kerugian kepada kehidupan beliau. Penggunaan Gelagak rambutan jantan
peribahasa dalam seloka ini memberikan sindiran secara halus yang memerlukan khalayak menakluk dengan akal Orang berbunga, dia berbunga
budi bagi memahami. Frasa 'Mendengar guruh dilangit' embawa kepada peristiwa Pak Pandir yang tamak haloba Orang berbuah, dia haram
dek kerana percaya bunyi guruh tersebut akan mendatangkan hujan yang banyak. Lalu berlaku peristiwa 'Air
tempayan dicurahkan' yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada dirinya. Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan
Keseluruhan isi seloka Pak Pandir menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian masyarakat Melayu yang
bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehiduapan seharian mereka. Watak Pak Pandir
hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap.
PANTUN: ILMU DAN ADAB
Akal budi manifestasi dalam tema pantun ilmu dan adab adalah dalam membicarakan perihal kepentingan ilmu Andainya sagu terus diparut,
pengetahuan adab. Akal budi manifestasi yang pertama adalah tentang masyarakat Melayu yang menekankan Banyaklah bekal ke mana pergi,
kepentingan ilmu pengetahuan yang perlu dituntutu sejak kecil. Hal ini demikian kerana dengan ilmulah seseorang Andainya ilmu terus dituntut,
itu akan menjadi orang yang berguna dan mendapat kesenangan hidup. Perkara ini dapat dibuktikan melalui Banyaklah bekal hidup dan mati.
pantun pada rangkap 1, baris ke-3 iaitu 'ingin selamat banyak belajar' yang merujuk kepada ilmu kan menjadikan
seseorang itu selamat daripada kebodohan dan mencapai kesenangan hidup. Ramailah orang membawa labu,
Labu perisa digulai lemak,
Pada rangkap ketiga pula, pemikiran masyarakat Melayu adalah melalui kesan jika tidak menimba ilmu. Sekiranya Pandai orang kerana berilmu,
seseorang itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan atau malas untuk belajar, dia akan diperlekehkan oleh orang Ilmu ada perangaipun bijak.
lain sampai tua atau dipandang rendah dan mendapat kesusahan dalam hidup. Sebaliknya, masyarakat melihat
orang yang berilmu kehidupannya kehidupannya lebih senang dan perangai atau tingkah lakunya juga Apabila pelita tidak bersumbu,
menggambarkan ketinggian ilmu yang dimilikinya. Tidakkan dapat dibuat suluh,
Apabila dada tidak berilmu,
Kelebihan orang yang berilmu terbukti melalui maksud pantun rangkap ketiga dan sekiranya seseorang itu tidak Banyaklah sifat tidak senonoh.
memiliki ilmu di dada, terdapat beberapa kesan negatif yang berkait dengan adab pula. Antaranya, dalam
memilih pemimpin, ilmu pengetahuan dan ketinggingan adab seseorang itu juga sangat dititikberatkan. Kalau hendak memilih cincin,
Seseorang pemimpin perlulah mempunyai ilmu dan berakhlak mulia supaya dapat menjadi contoh dan ikutan Pilihlah cincin yang sejudu,
kepada orang bawahannya. Perkara itulah yang menjadi unsur pemikiran Melayu yang terdapat dalam pantun di Kalau awak memilih pemimpin,
sebelah. Pilih pemimpin yang berilmu.
GURINDAM: DUA BELAS FASAL 3
Akal budi pada fasal tiga ini pengarang menjelaskan kepada pembaca tentang kepentingan memelihara Apabila terpelihara mata,
anggota diri. Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti. Hal ini Sedikitlah cita-cita.
agar anggota badan terpelihara daripada melakukan kemudaratan dan hidup akan menjadi lebih
bermakna jika seseorang itu mempunyai nilai budi pekerti dalam kehidupan. Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Pada rangkap satu, apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka tidak akan
timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya. Rangakp kedua pula menerangkan tentang Apabila terpelihara lidah,
seseorang yang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, maka berita-berita yang tidak elok dapat Nescaya dapat daripadanya faedah.
dihindarinya. Seseorang yang berjaya mengawal pertuturannya juga akan mendatangkan banyak kebaikan
kepada individu tersebut. Hal ini jelas dapat dilihat melalui rangkap ketiga. Bersungguh-sungguh engkau
memeliharakan tangan,
Rangkap keempat pula, apabila seseorang tu berjaya mengawal anggota tangannya, perkara berat dan Daripada segala berat dan ringan.
ringan akan dapat diselesaikan dengan mudah. Selain itu, pada rangkap kelima, akal budi manifestasi
yang dapat dijumpai adalah tentang kemudaratan yang timbul jika seseorang itu tidak mampu mengawal Apabila perut terlalu penuh,
nafsu makan. Kegagalan dalam mengawal nafsu makan akan mendatangkan banyak penyakit kepada Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
seseorang itu . Pada rangkap yang keenam, nasihat yang cuba disampaikan kepada masyarakkat adalah
tentang kepentingan kebijaksanaan mengawal nafsu syahwat supaya semnangat seseorang itu tidak Anggota tengan hendaklah ingat,
mudah luntur. Rangkap yang terakhir menasihati masyarakat supaya mengawal pergerakan kaki agar tidak Di situlah banyak orang yang hilang
pergi ke tempat yang dapat membawa kepada kerosakan. semangat.
Hnedaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
RUJUKAN:
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin & Hasnah Awang et al. (2022). Pengenalan kesusasteraan &
kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Ehsan.
Hashim Awang (2004). Mendekati kesusasteraan Melayu. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehijau warna daun: antol
ogi kesusasteraan Melayu sekolah menengah -Ed
Pelajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zainal Abidin Borhan (2008). Pantun warisan rakyat. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian
Negara.
Zubir Idris (2015), Komunikasi moral lewat gurindam dua belas Raja Ali Haji. Jurnal komunikasi, 31 (2):
601-616.
SEKIAN TERIMA KASIH.