The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirul ha, 2019-12-19 20:01:44

FONO

FONO

Artikel ini mendiskripsikan fonologi perkataan yang berkata akar satu suku kata dalam bahasa Melayu.
Penulis artikel adalah tidak asing dalam bidang fonologi iaitu Zaharani Ahmad dan juga Nor Hasimah
Jalaluddin. Pendiskripsian artikel ini lebih tertumpu kepada kata yang terdiri daripada satu suku kata yang
mengalami proses pengimbuhan dengan awalan kata kerja /m-/ dan /di-/. Artikel ini cuba menjelaskan
bahawa alternasi fonologi yang berlaku secara umum ialah pemanjangan vokal (i.e. /di-pam/) kepada
[di:pam] dan penyisipan vokal (i.e. /mN-pam/ kepada [mpam]. Atrikel ini mengambil data
daripada bahan data korpus berkomputer DBP yang memuatkan sehingga 5 juta perkataaan.
Walau bagaimanapun, pengumpulan data ini daripada DBP ini telah memberikan data lain yang
menunjukkan bahawa tidak semua satu suku kata akar akan mengalami alternasi fonologi
penyisipan vokal //. Artikel ini juga menjelaskan dan membuktikan fenomena ganjil ini melalui
analisis non-linear model CV dan model MORAIC. Tuntasnya, artikel ini diterbitkan bagi
menjelaskan dan menghuraikan bagaimana fenomena fonologi ini berlaku.

Kelebihan yang dilihat dalam artikel ini ialah dapat menjelaskan fakta yang sebenar
bahawa tidak semua satu suku kata akar mengalami penyisipan vokal // apabila mengalami
proses pengimbuhan /mN-/. Perkataan seperti /gam/ kepada [m.gam], /had+kan/ kepada
[m.had.kan], /xas+kan/ kepada [m.xas.kan], /hos+kan/ kepada [m.hos.kan]
membuktikan bagaimana fenomena ini tidak boleh disangkal kesahihannya. Selain itu, kelebihan
lain artikel ini ialah memberikan pengkaji dan juga ahli linguistik bahawa penggunaan model CV
hanya mampu menghuraikan struktur penyisipan vokal // seperti [ mhadkan]. Analisis non-
linear tidak mampu membuktikan melalui model CV seperti kata [mhadkan] kerana tidak
mampu melihatkan kehadiran dan keupayaan vokal //. Ketiga, artikel ini menjelaskan analisis
non linear terbaik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kedua-dua fenomena ialah
pengggunaan model MORAIC. Apa yang dilakukan dalam model ialah segmen yang kosong
untuk vokal // diwakili oleh mora. Mora yang kosong boleh diisi sama ada vokal // atau
konsonan dan diakhiri dengan vokal akhir awalan. Akhir sekali, kelebihan lain ialah pengkaji
jelas memahami bahawa hasil kajian lepas tidak berpada dalam menghuraikan fenomena
penyisipan vokal untuk kata akar yang mempunyai satu suku kata. Ia penting bagi pengkaji dan
juga ahli linguistik untuk membuat tindakan bagi mengambil kajian lepas yang lebih relevan di
mana datanya lebih tepat dalam menghuraikan fenomena fonologi bahasa Melayu.

Artikel ini juga tidak dapat dinafikan mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antaran
kelemahannya ialah artikel ini tidak menyatakan bahawa alternasi fonologi yang kedua iaitu
pemanjangan vokal /di-/ akan berlaku atau tidak sekiranya diikuti oleh satu suku kata /gam/,
/had/, /xas/ menjadi [di:gam], [di:had.kan], [di:xas.kan]. Kenapa pengkaji mengatakan
kelemahan sedemikian. Hal ini disebabkan kekeliruan boleh berlaku dalam kalangan ahli
linguistik disebabkan apakah pemanjangan vokal turut menerima tempiasnya apabila
digabungkan dengan kata akar yang mempunyai satu suku kata.Artikel ini hanya menjelaskan
tentang alternasi yang pertama sahaja iaitu penyisipan vokal /e/. Kelemahan lain artikel ini ialah
kegagalan untuk menyatakan spesifik hasil kajian lepas siapa yang tidak berpada atau berlebihan.
Kenyataan secara rawak dengan menyebut nama seperti Asmah Haji Omar, Nik Safiah sahaja
tetapi tidak menyatakan artikelnya menyebabkan pembaca tidak dapat melihat kesilapan hasil
kajian mereka. Ketiga, pengkaji melihat data kajian seperti /mkodkan/ adalah sangat tidak
tepat kerana melanggari hukum nahu. Sepatutnya kata itu akan menerima sisipan vokal iaitu
/mhadkan/. Hal ini disebabkan pembaca memegang pendapat daripada ibu tatabahasa
Melayu iaitu Nik Safiah Karim.

Penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk menyempurnakan artikel ini ialah
menyatakan bahawa kata kerja pasif /di-/ juga menerima pemanjangan vokal [di:] mahupun tidak
sekiranya digabungkan dengan kata akar seperti /gam/, /had/, /xos/. Rumusan perlu dibuat untuk
kata imbuhan /di-/ bagi memberikan kredit kepada pengkaji lepas sekiranya hasil kajian mereka
tentang imbuhan pasif itu adalah betul. Elemen lain yang perlu dibaiki ialah memberikan nama
yang spesifik tentang kajian lepas yang bermasalah dalam menghuraikan fenomena fonologi.
Pemberian nama kajian ini adalah bukan bersifat untuk menghentam pengkaji tersebut tetapi
sebagai langkah untuk pengkaji akan datang agar tidak melakukan kesilapan yang sama dalam
membuat rumusan dapatan yang berlebihan. Akhir sekali penambahbaikkan yang boleh
dilakukan untuk kata /mhadkan/ kepada kata /mhadkan/. Kajian ini harus meneliti sama
ada imbuhan yang digunakan /mN-/ ini dimaksudkan /me-/ atau /m-/ agar ia selari
denganmeklumat nahu yang sebenarnya.


Click to View FlipBook Version