The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by icha.shazae, 2023-03-02 09:26:04

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

moga dipermudahkan urusan

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD BIN AB. LATIFF JABATAN : JABATAN KOKURIKULUM TARIKH HANTAR : 27 FEBRUARI 2023 Wajaran Pentaksiran Tugasan 1 : / 30 MARKAH KESELURUHAN 100 NAMA : RIHHADATUL SYAFIQAH ARISYA BINTI ROFIZAN NO.KP : 030216-06-0094 NO. ANGKA GILIRAN : 202210230043 KUMPULAN / UNIT : BAHASA MELAYU 2


LAMPIRAN 2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama: RIHHADATUL SYAFIQAH ARISYA BINTI ROFIZAN Angka Giliran: 202210230043 Kod: BMMB1104 Nama Kursus: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Pensyarah : ENCIK MOHAMAD BIN AB. LATIFF Tarikh Hantar: 27 FEBRUARI 2023 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah: Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Rihhadatul Tarikh: 27 FEBRUARI 2023 Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh:


PENGAKUAN PELAJAR (KEASLIAN HASIL TUGASAN) Saya RIHHADATUL SYAFIQAH ARISYA BINTI ROFIZAN ___________________________ No. Kad Pengenalan 030216-06-0094___________________________________________ Program PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN_____________________ Major/Opsyen BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH__________ dengan ini mengaku bahawa pentaksiran berterusan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB 1104)_ adalah tugasan yang saya hasilkan sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. ____Rihhadatul___ (Tandatangan Pelajar)


KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB 1104 NAMA : RIHHADATUL SYAFIQAH ARISYA BINTI ROFIZAN PROGRAM/UNIT : PPISMP BAHASA MELAYU 2 ANGKA GILIRAN : 2022102310043 PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD BIN AB. LATIFF


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 2.0 3.0 FUNGSI SASTERA MELAYU CONTOH KARYA PUISI TRADISIONAL 4.0 5.0 DUA KARYA CIPTAAN SENDIRI 6.0 RUMUSAN


PENGHARGAAN ِحيم َّ الر ِ ن َ م ْ ح َّ ِ الر ِم اَّلل ه ِس ْ ب Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat dan kurnia-Nya serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan dapat juga saya menyiapkan tugasan BMMB1104 (Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu) dengan jayanya. Terlebih dahulu, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang sangat saya sanjungi, Encik Mohamad bin Ab. Latiff kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Beliau juga telah banyak meluangkan masa dengan memberi tunjuk ajar dan nasihat agar memperoleh hasil tugasan yang cemerlang dan mengikut kriteria yang ditetapkan. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu ayahanda Rofizan bin Zainuddin dan bonda Wan Sharifah binti Tun Sulaiman yang banyak memberi dorongan dan galakan sepanjang proses pelaksanaan tugasan kursus ini. Segala usaha yang telah mereka lakukan amatlah saya hargai. Tanpa ibu bapa disisi, tidak mungkin saya mampu mengorak langkah dan bertahan sejauh ini. Sejajar dengan itu, ucapan penghargaan dan kasih sayang ingin saya tujukan kepada rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menjawab segala kemusykilan dan semangat setia kawan yang utuh dengan memberikan buah fikiran dan cadangan yang bernas. Semoga dengan pengetahuan yang kita ada mampu membentuk keperibadian yang unggul dan nilai kemanusiaan yang tinggi. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.


1.0 PENGENALAN Kesusasteraan merupakan bidang yang tidak pernah lapuk dalam masyarakat Melayu malah senario ini sentiasa meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru dunia. Bidang ini mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding bidang yang lain. Kesusasteraan Melayu tidak dapat lari daripada unsur intelektual walaupun sesebuah karya itu tidak menjadi rujukan. Ahli Falsafah Yunani iaitu Plato telah mengutuk bidang kesenian kerana tidak dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan hanya sekadar tiruan onjek fizikal. Namun begitu, Aristotle memperbaiki konsep tersebut dalam bentuk imitasi iaitu satu pendekatan peniruan yang mampu meningkatkan jati diri seseorang. Sastera Melayu mempunyai keunikan intelektual apabila kita mengkaji makna, bahasa dan bentuk kesusasteraan itu sendiri. Misalnya, bahasa yang digunakan selalunya mengungkapkan perasaan yang dipendam dan pengalaman yang dihadapi oleh manusia. Hal ini adalah demikian kerana terdapat penggunaan bahasa sastera yang indah berunsurkan aliterasi, asonansi dan estetika yang tidak ada dalam mana-mana bahasa. 2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa dikenali sebagai kesusasteraan. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) ada mengatakan dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua bahawa perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Sastera dari segi makna umum pula sebenarnya ialah bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Kamus Dewan berpendapat bahawa kesusasteraan merupakan hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa mahupun puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu


manakala seni kesusasteraan pula ditakrif sebagai seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi. Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu juga mempunyai maksud yang sama dengan literature dalam Bahasa Inggeris. Perkataan literature berasal daripada perkataan literate yang bermaksud huruf atau abjad. Pada asalnya perkataan literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi sahaja. Istilah kesusasteraan dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk manakala -tra merujuk kepada alat. Jadi, sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan su- pula bermaksud baik atau indah. Imbuhan ke- dan -an membawa maksud menyeluruh iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran. Dalam konteks Pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani sekaligus memamparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Dapatlah kita simpulkan bahawa kesusasteraan Melayu adalah hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan serta keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri atau sekolompok masyarakat. Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi yang berupa pengalaman, pemikiran, idea, perasaan, semangat ataupun keyakinan berbentuk gambaran konkrit yang mampu membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa.


3.0 FUNGSI SASTERA MELAYU Karya sastera Melayu penuh dengan maklumat dan isinya membawa maksud yang tersirat serta mempunyai banyak pengajaran yang dapat kita pelajari. Mohammad Saleeh Rahamad (2011) membuat satu persepsi bahawa sastera memainkan peranan yang vital iaitu sentiasa berfikir tentang cara untuk memberikan kebahagian dan keharmonian malah bukan sahaja kepada masyarakat di sekitarnya tetapi meliputi semua umat manusia yang ada di muka bumi ini. Fungsi kesusasteraan Melayu yang pertama iaitu sebagai hiburan. Masyarakat Melayu pada zaman dahulu tidak mempunyai alat hiburan yang secanggih sedarwasa ini seperti televisyen, radio, telefon bimbit dan banyak lagi malah bagi mereka hiburan merupakan perkara yang sangat penting bagi seseorang individu kerana mustahil untuk mereka bersifat serius sepanjang masa. Jadi, mereka menghasilkan karya sastera sebagai alat hiburan untuk mereka. Contohnya dengan membalas pantun, masyarakat Melayu dapat bergurau senda antara satu sama lain sekaligus dapat mencipta suasana yang harmoni. Seterusnya karya sastera juga dapat memberi pendidikan kepada masyarakat. Kebanyakan masyarakat pada zaman dahulu tidak pergi ke sekolah kerana kehidupan mereka yang serba kekurangan. Jadi, penulis atau pengarang berkongsi ilmu pengetahuan yang dimilki dengan menghasilkan karya yang penuh dengan unsur pendidikan sebagai panduan dan pedoman hidup tanpa mengira status dan kedudukan. Contohnya, kisah Sang Keldai yang menunjukkan kepintarannya dalam menghadapi masalah dan situasi yang berbahaya.


Selain itu, fungsi karya sastera yang ketiga ialah dakwah. Dakwah adalah satu cara penyampaian yang menumpukan ilmu agama. Seruan dalam dakwah bertujuan untuk mengajak umat manusia membuat perkara baik dan meninggalkan perkara buruk agar kita semua meraih kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Pada dasarnya, pertembungan antara agama dan kesusasteraan dapat dilihat dalam realiti. Karya sastera digunakan sebagai medium penyampaian dakwah setelah kedatangan Islam. Antara karya yang dihasilkan bagi meluaskan pengaruh agama Islam di Kepulauan Melayu ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Raja Khandaq, Hikayat Amir Hamzah dan banyak lagi. Kesemua hikayat ini menunjukkan cara hidup Islam dan mengandungi pengajarannya yang tersendiri. Fungsi yang terakhir ialah kritikan sosial. Krtikan didefinisikan sebagai penilaian, analisis dan teguran terhadap sesuatu perkara. Setiap kisah dan nukilan yang terhasil adalah perkara realiti berlaku dalam kalangan kita. Kritikan sosial sangat penting dalam menyampaikan mesej atau memberi teguran kerana terdapat banyak susun lapis masyarakat pada zaman dahulu yang mengambil kira tentang status dan kedudukan. Jadi, sastera digunakan sebagai medium yang paling efektif dalam membuat teguran melalui sajak, syair atau gurindam.


4.0 CONTOH KARYA PUISI TRADISIONAL Abdul Rani Hassan (2022), ada mengatakan bahawa akal boleh diterjemahkan sebagai daya fikir untuk memahami sesuatu sama ada secara konkrit atau abstrak malah secara teoritikal. Budi pula dapat didefinisikan sebagai tempat meluahkan perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan. Mendukung kebenaran yang disepakat, manifestasi akal budi ini dapat dilihat menerusi empat aspek iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup. 4.1 PANTUN Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Pantun menggunakan kaedah yang tertua dalam penghasilan pantun iaitu kaedah rangkapan dan merupakan hak cipta masyarakat Melayu. Penciptaan pantun terdiri daripada dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, 12 kerat dan pantun berkait. Dua perkara penting yang diperlukan dalam penghasilan sebuah pantun yang baik iaitu pembayang dan maksud. Dalam semak ada kebun, Dalam kebun ada para, Dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada bicara.


4.2 SYAIR Syair merupakan sebuah genre yang berunsurkan puisi Melayu tradisional. Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap manakala setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan dan suku kata pula lapan hingga 12 bagi setiap baris. Di setiap baris terdapat suatu hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap. Sahabat sejati ibu abadi, Tak perlu lagi aku cari, Andai kita tak bersua lagi, Alangkah hancurnya hati ini. 4.3 GURINDAM Gurindam adalah sebuah bentuk puisi Melayu tradisional. Kebanyakan gurindam Melayu berkisar tentang nasihat, kebenaran, perasaan cinta dan juga pengajaran. Gurindam ini boleh dibentuk dengan meletakkan pelbagai idea yang saling melengkapi antara satu sama lain. Za’aba berpendapat bahawa isinya mengandungi buah fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang sebagai nyanyian. Sutan Muhammad Zain pula menyatakan gurindam merupakan sajak yang terjadi dua baris iaitu baris pertama adalah syarat dan baris kedua adalah akibat.


Raja mufakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri. Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang raja. Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat. Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu. Hormat akan orang yang pandai, Tanda mengenal kasa dan cindai. Ingatkan dirinya mati, Itulah asal berbuat bakti. Akhirat itu terlalu nyata, Kepada hati yang tidak buta.


4.4 SELOKA Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih kepada merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun begitu, isi dan mesej yang sarat dengan sindiran adalah berguna untuk dijadikan sebagai pengajaran dan teladan oleh pendengar dan pembaca. Aduhai malang, malang Pak Kadok, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran. Mudiklah mudik menongkah surut, Hilir hilir menongkah pasang, Ada isteri, isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan. Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk.


5.0 DUA KARYA CIPTAAN SENDIRI 5.1 PANTUN NASIHAT Harum melati dipetik kesuma, Mencari kemiri bersama dedalu, Hormat menghormati diamal bersama, Hidup harmoni sejahtera selalu. Menari si inang tepian puspa, Bercincin suasa cantik berseri, Hidup senang usahlah alpa, Kelak binasa memakan diri. Di bumi tuara berjalan si ratu, Wajah ceria berhias permata, Hidup berjiran bersama membantu, Kelak bahagia tiada sengketa.


Konsep masyarakat yang dapat dilihat melalui aspek manifestasi akal budi dalam pantun nasihat ini adalah masyarakat Melayu mestilah hidup saling menghormati antara satu sama lain. Hal ini dikatakan sedemikian kerana budaya hormat-menghormati semakin hari semakin luntur dalam jiwa masayarakat kita terutamanya anak watan yang baru mengenali erti kehidupan sebenar. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlulah mengambil pengajaran dan mengamatinya dengan menunjukkan budaya hormat-menghormati tanpa mengira usia, warna kulit, agama, keturunan dan sebagainya supaya kita semua dapat mencipta suasana yang harmoni dalam kehidupan. Buktinya kita dapat lihat dalam pantun ini pada rangkap pertama baris keempat iaitu ‘ hidup harmoni sejahtera selalu ’ Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang seterusnya ialah masyarakat yang mudah lupa akan asal usul mereka setelah memperoleh kesenangan hidup akan merugikan diri sendiri. Buktinya kita dapat lihat pada rangkap kedua baris keempat iaitu ‘ kelak binasa memakin diri ’. Golongan muda pada masa kini merasakan bahawa kejayaan yang diperolehi adalah hasil usahanya walhal masyarakat di sekeliling mereka adalah insan yang sentiasa membantu tanpa ditinggalkan dari belakang. Hal ini seiring dengan peribahasa Melayu iaitu orang tamak selalu rugi. Oleh itu, setiap rezeki yang kita peroleh haruslah dikongsi bersama golongan yang lebih memerlukan. Dalam rangkap akhir iaitu pada baris ketiga menunjukkan suasana kehidupan masyarakat yang jelas memperlihatkan tentang nilai murni hidup berjiran. Jadi, setiap masyarakat perlulah saling membantu dalam kalangan kita tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa. Pengajaran yang akan kita dapat ialah hubungan silaturrahim dapat dikekalkan. Sesebuah masyakat juga dapat mengelakkan diri daripada bermusuhan dan sentiasa bersangka baik agar ‘hidup bahagia tiada sengketa’


5.2 SYAIR Aku kenal tanah ini, Kering kontang menjadi rekah, Liang derita pernah tersimbah, Kujuran kaku anak nusa yang basah, Demi merdeka nyawa melambung musnah. Aku kenal tanah ini, Jerit pekik para bangsa, Monolog diri pada tangis bahasa, Mengalur nama bertombak sahaja. Aku kenal tanah ini, Tumbuh rimba menyala kasih, Getar getir relungnya yang perih, Bangkit syukur menganyam janji putih, Menggamit sejuta persona pertiwi.


Penyair mengatakan bahawa tanah yang sedang dilihat merupakan tanah yang pernah memberikannya seribu satu kenangan manis dan pahit. Tanah ini pernah menjadi seperti padang jarak, padang terkukur kerana ketandusan air dan cuaca yang kering. Seterusnya, tanah ini juga pernah berlaku banyak peristiwa yang menderita hati untuk dikenang kerana di tanah ini banyak nyawa telah terkorban. Ramai pemuda yang berjiwa negara berjuang demi merampas kembali tanah hak mereka yang diambil oleh pihak penjajah. Mereka sanggup mengorbankan hidup mereka agar kesenangan nusa dan bangsa terbela. Penyair cuba memberitahu bahawa di tanah ini juga dia melihat para bangsa melawan musuhnya dengan penuh berwibawa tanpa mengenal erti lelah. Dia bertanya pada diri bahawa mampukah diri yang sekedil ini melawan perajurit bermuka dua kerana kudrat yang ada merasakan bahawa mustahil untuk menewaskan musuhnya. Penyair sanggup melakukan apa sahaja asalkan laungan merdeka meniti dari bibir ke bibir kerana dia tahu bahawa senario ini mampu menjadi satu perkara yang dibanggakan oleh masyarakat kini dan masyarakat yang akan datang. Penyair mendapati bahawa tanah yang berjaya diperjuangkan telah mengimbau kembali kasih yang dicurahkan selama ini. Dia juga mengenang kembali segala perit dan getir yang dialami sewaktu menentang musuh yang cuba merampas tanah nenek moyangnya. Di tanah itu juga, penyair bersujud syukur kerana dapat menepati janji dalam memperjuangkan tanah orang Melayu dan memperoleh kehidupan yang senang. Penyair meluahkan dan menceritakan segala pengalaman yang dirasakan melalui syair ini agar anak watan pada zaman sekarang mengambil pengajaran dan cuba mengekalkan hak orang Melayu di negara kita.


6.0 RUMUSAN Sebagai penutup tirai, sastera Melayu sememangnya merupakan satu karya yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Setiap karya mempunyai keunikan dan fungsinya yang tersendiri. Sastera Melayu juga menunjukkan bahawa betapa indahnya bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat kita. Manifestasi akal budi yang ditunjukkan oleh masyarakat Melayu mencerminkan perbuatan, pemikiran, pertuturan dan sikap seseorang manusia itu. Unsur yang dibawa dalam sastera Melayu ini telah membuka mata kepada kita semua untuk membina dunia fantasi yang tersendiri untuk dikaitkan dengan mesej yang disampaikan oleh dunia realiti. Oleh itu, kita hendaklah memartabatkan kesusasteraan Melayu agar sastera yang indah ini dapat berkembang mekar dan tidak mati ditelan oleh zaman. RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu I. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Rahamad, M. S. (2006). Persuratan dan Peradaban Nasional. Dewan Bahasa dan Pustaka.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version