The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eliezeruring08, 2022-06-15 22:10:24

EBOOK GROUP 5

EBOOK GROUP 5

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan salam menjulang Pendidikan 1 Malaysia.
Bersyukur kita di atas peluang yang telah diberikan dalam
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kededikasian pensyarah
kita iaitu Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar dalam bimbingan beliau
yang berusaha memberikan tunjuk ajarnya sepanjang tugasan kami
berlangsung.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberikan semangat
dalam menyiapkan e-book ini. Segala sokongan moral rakan-rakan
sekelas amatlah kami hargai kerana kami sudah pun Berjaya
menghasilkan e-book kami.
Akhir madah, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang
turut membantu dalam menjayakan penghasilan e-book kami sama
ada secara langsung dan tidak langsung. Segala bantuan dan
bimbingan yang diberikan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan
tersebut mungking penghasilan e-book kami tidak dapat disiapkan
dengan baik.

OBJEKTIF

Tugasan : Menghuraikan faktor, kesan
dan langkah mengatasi isu materialisme

1) Memahami maksud materialisme dan kewujudan
budaya materialisme.
2) Mengenal pasti dan menghuraikan faktor terjadinya
materialisme yang semakin tenggelam dalam sanubari
masyarakat dunia.
3) Mengkaji serta menghuraikan kesan buruk
materialisme ke atas masyarakat dunia.
4) Mencari langkah penyelesaian yang dapat
menyelamatkan masyarakat dunia daripada terus
tenggelam dengan materialisme.
5) Menyimpukan pemahanan tentang budaya
materialisme

PENDAHULUAN

Pada era globalisasi yang semakin moden ini,
materialisme merupakan salah satu sifat yang tergolong
dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Seperti
sifat masyarakat moden pada masa kini, materialisme
menyebabkan masyarkat mengutamakan keinginan
dalam mengejar kekayaan dan kesenangan. Oleh hal
yang sedemikian, wujudlah “budaya materialisme” yang
semakin mendominasi global. Selain itu, hal yang lebih
membimbangkan ialah apabila budaya ini lebih banyak
mendatangkan impak yang negative kepada
persekitaran kita. Tambahan lagi, di zaman yang serba
moden ini, banyak cabaran yang sering dihadapi oleh
masyarkat dunia terutamanya dari segi ekonomi yang
membuatkan masyarkat bekerja keras untuk menjamin
kehidupan mereka. Hal ini secara tidak langsung
mempamerkan kehidupan mewah kepada orang lain
yang akan mendatang impak yang negative. Oleh itu,
perbincangan kita pada hari ini akan diwarnai dengan
sikap materialisme dalam kehidupam masyarkat. Buka
tirai, kita bincangkan.

FAKTOR-FAKTOR MATERIALISME
SEMAKIN TERSERAT DALAM SANUBARI
MASYARAKAT DUNIA YANG TERKEJAR-
KEJAR UNTUK MENCARI KESENANGAN

HIDUP

1) Masyarakat kini menjadi terlalu obses dengan
kebendaan materialistik

Umum mengetauhi bahawa, melalui kemewahan seseorang itu
seperti jenis kereta apa yang dipakainya, rumah bagaimana

yang didiaminya serta di mana, selain jenama pakaian apa yang
dipakainya merupakan seseorang itu mengamalkan hidup yang

materialistik. Sementara itu, ramai anak muda sekarang yang
menjalani gaya hidup mewah seperti berbelanja di tempat-

tempat eksklusif dengan mempamerkan kad kredit di merata
tempat. Malahan, anak muda di zaman yang serba moden ini
terkenal dengan media sosial untuk mempamerkan kemewahan
mereka dengan berkongsi kemewahan tersebut di media sosial

untuk mendapatkan pujian orang ramai.

2) Masyarakat terpengaruh dengan pergaulan hedonis yang
menciptakan gaya hidup yang glamour

Dalam pada itu, materialisme menyebabkan pola pergaulan
juga dapat memberikan pengaruh signifikan terhadap

kehidupan individu. Hal ini tercetus apabila, masyarakat yang
terbiasa bergaul dengan orang-orang yang hedonis, tentu

kehidupan mereka akan menjadi peribadi yang materialistik.
Maka, mereka rela melakukan apapun untuk memenuhi gaya

hidupnya yang glamour.

3) Masyarakat biasa menjalani hidup yang
senang

Di samping itu, masyarakat semua serba mencukupi
tanpa harus bersusah payah bekerja dan telah
menjadi kebiasaan. Oleh sebab itu, masyarakat

menjadi takut untuk hidup bersusah payah untuk
mendaptkan sesuatu kerana mereka sudah terbiasa
berperilaku hidup yang konsumtif. Kesudahannya,

masyarakat susah untuk berpola hidup berhemat
dan hanya tahu menghabiskan wang ringgit sahaja.

4) Masyarakat mempunyai iman yang lemah
Begitu juga dengan sikap masyarakat sering kali
dibutakan harta. Hal ini wujud akibat daripada
terjerat dengan hawa nafsu masyarakat sendiri.
Tamsilnya, masyarakat mudah tenggelam dalam
kenikmatan duniawi ini sehingga mereka sibuk

mengurusi harta benda, pekerjaan mereka,
mengejar tahta seolah-olah dunia ini abadi.

5) Peradaban dunia menyebabkan
materialisme masyarakat



Di samping itu, internet merupakan satu
kecanggihan yang mengagumkan dalam

peradaban manusia. Hal ini akhirnya
menyebabkan materialisme tersebar ke

negara-negara yang belum maju.
Masyarakat masa kini bekerja keras untuk
mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

Adalah hal umum apabila anak-anak
sekarang dibesarkan oleh pengasuh
kerana kedua orang tuanya bekerja
mencari wang untuk memiliki kemudahan
yang mewah dalam hidup mereka.
Keadaan ini telah menjadi kebiasaan oleh
masyarakat kerana hasil pekerjaan mereka
akhirnya dihabiskan dengan kehendak

yang mewah.

KESAN-KESAN MATERIALISME
SEMAKIN TERSERAT DALAM
SANUBARI MASYARAKAT DUNIA
YANG TERKEJAR-KEJAR UNTUK
MENCARI KESENANGAN HIDUP

1) Sosial media menjadi platform masyarakat untuk menunjukkan
kekayaan.

Seperti yang kita sedia maklum, dunia teknologi yang semakin maju telah
mewujudkan platform media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter
dan lain-lain menjadi tempat untuk berkongsi aktiviti atau berhubungan

dengan rakan-rakan dan keluarga. Dengan erti kata lain, dunia tanpa
sempadan ini membuatkan masyarakat gemar menunjukkan kemewahan

hidup mereka. Akibatnya, masyarakat sering berlumba-lumba
mempamerkan kesenangan hidup mereka. Sebagai contohnya, semasa
aktiviti perayaan, kita boleh melihat sanak saudara yang berkumpul di

kampung akan sering mempamerkan keberadaan mereka. Walau
bagimanapun kemewahan tersebut menutupi kenyataan sebenar
masyarakat yang hidup berhutang untuk mengejar kemewahan tersebut,

2) Kesan dari segi ekonomi
Dalam waktu yang sama, materialisme telah menghasilkan permintaan
bagi produk dan perkhidmatan yang melampau di seluruh dunia. Hal ini

berlaku kerana, bahan materialistic cendurung tertarik ke arah “
Penggunaan Conspicuous”, yang bermaksud membeli untuk

mempamerkan kekayaan. Orang yang materialistic cenderung menghemat
sedikit, dan seterusnya mengurangkan pelaburan modal sekaligus

melemahkan pengembangan ekonomi. Hal ini mengakibatkan, hutang
pengguna yang berlebihan memberi kesan kepada pasaran tanah dan

industri kredit.

3) Kesan dari segi rohani
Lain daripada itu, materialisme juga mempengaruhi kerohani
masyarakat, kerana ia meletakkan barangan-barangan material
berbanding quality barangan. Jika dilihat dari perspektif yang lain,
matlamat materialisme sememangnya menggalakan keegosian dan
rasa kebahagian serta kebahagian. Begitu juga dengan sesetengah
laman web seperti laman web About Philosophy yang percaya

bahawa materialisme adalah bentuk pencucian otak dan
menghapuskan tanggungjawab peribadi kerana “ia menyebabkan
pemikiran itu ditentukan secara biologi dan alam sekitar” justeru

menghapuskan kerohani diri seseorang.

4) Kesan terhadap remaja
Seterunya, remaja sememangnya mudah dipengaruhi oleh
materialisme yang sering memberikan impak psikologi disebabkan
tekanan orang sekeliling meraka dari segi fashion dan barangan
mahal. Kontradikasinya, dalam artikel “Orang Tua Mendukung Dapat
Mengurangi Materialisme Dalam Remaja”, John dan Lan Nguyen
Chaplin dari University of Villanova yang menyatakan bahawa
materialisme berkaitan dengan masalah diri dan materialisme
mempercepatkan dalam masa keremajaan dalam beberapa dekad
ini. Tambahan pula kebanyakan remaja masa kini mengalami depresi
disebabkan tekanan orang sekeliling yang lebih mementingkan

materialisme dan sering digodai oleh trend yang terkini.



5) Keakhlakan manusia semakin terhakis
Selain itu, manusia dan kemanusiaan semakin terperangkap dalam

suasana keseimbangan dalam menjalani kehidupan seharian.
Justifikasinya, manusia terperangkap Krisi kerohanian dan kejiwaan

yang berat sehingga mereka terdedah dengan kelakuan yang
negative seperti pembunuhan dan peperangan bersenjata.
Natijahnya, dalam konteks agama Islam, identity keislaman seseorang

akan terhakis dan luntur.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MATERIALISME
SEMAKIN TERSERAT DALAM SANUBARI MASYARAKAT

DUNIA YANG TERKEJAR-KEJAR UNTUK MENCARI
KESENANGAN HIDUP

1) Masyarakat haruslah menjadi diri sendiri
Seperti yang kita sudah sedia maklum, masyarakat dapat menggunakan

pakaian yang sederhana dan tidak berlebih ketika keluar berhadapan
dengan orang ramai. Hal ini bersangkut paut dengan, fashion berpakaian
juga tidak perlu mahal asalkan selesa digunakan dan bersesuaian dengan
aktiviti yang hendak dilakukan. Dengan itu, masyarakat tidak perlu untuk
memaksa diri untuk memakai pakaian yang mengikut trend masa terkini
jika ia tidak memberi keselesaan kepada diri sendiri. Tutasnya, masyarakat

haruslah menjadi diri sendiri.

2) Masyarakat hendaklah berjimat dalam perbelanjaan
Pada masa kini, kebanyakan masyarakat mengamalkan amalan
menabung. Hal ini dikatakan sedemikian kerana masyarakat haruslah bijak
dalam mengatur kewangan. Hal ini tercetus apabila, hari demi hari,
keperluan akan semakin banyak dan bertambah. Dengan adanya sikap
berhemah, masyarakat tidak akan mengeluarkan belanja yang lebih dalam
membeli barang keperluan kerana mereka dapat mengamalkan amalan

berjimat cermat.

3) Masyarakat mengenali perbezaan antara kehendak dan keperluan
Begitu juga dengan dalam mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam

perbelanjaan. Sebagai contohnya, masyarakat dapat mengenal pasti
barangan keperluan iaitu merupakan barangan yang wajib ada untuk terus

hidup seperti makanan, minuman, atau tempat tinggal. Manakala
kehendak pula merupakan barangan yang dikehendaki untuk kehidupan

yang lebih selesa.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MATERIALISME
SEMAKIN TERSERAT DALAM SANUBARI MASYARAKAT

DUNIA YANG TERKEJAR-KEJAR UNTUK MENCARI
KESENANGAN HIDUP

4) Masyarakat tidak perlu mengikuti trend terkini
Dalam menerusi arus pemodenan ini juga, masyarakat tidak
semestinya harus mengikuti trend terkini. Hal ini diperkatakan
sedemikian, kerana trend yang digemparkan di media sosial tidak
akan habis. Oleh itu, masyarakat akan terus mencari trend yang
baru untuk diviralkan di sosial media. Jika masyarakat terus

memaksa diri untuk mengikuti trend terkini, mereka akan
merasakan diri sukar untuk mengaturkan kewangan mereka dan

hilang kesempatan untuk membeli barangan yang lebih
diperlukan.

5) Masyarakat haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang
ada

Akhir sekali, masyarakat haruslah sentiasa bersyukur dengan apa
yang mereka ada. Hal ini demikian kerana, masyarakat tidak perlu

berbelanja lebih untuk membeli baju yang mahal dalam kedai
yang eksklusif jika kita boleh membeli helaian yang sama pada
kedai yang biasa dengan harga yang lebih murah. Bahkan juga
masyarakat juga tidak perlu membeli barangan yang baru jika

yang lama masih elok untuk digunakan.

CONTOH ISU CABARAN
MATERIALSIME YANG BERLAKU DI

MALAYSIA

1) https://iluminasi.com/bm/bahayanya-budaya-materialisme-yang-
semakin-menjadi-jadi-dalam-kalangan-masyarakat-kita.html

2) https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/08/19/bahaya-masyarakat-
yang-mementingkan-kebendaan/

3) https://www.sinarharian.com.my/article/126072/KHAS/Sinar-
Rasuah-Buster/Sifat-materialistik-antara-punca-terima-rasuah
4) https://harakahdaily.net/index.php/2018/07/08/kesan-anutan-
materialisme/

5) https://www.uii.ac.id/gejala-materialisme-semakin-kikis-nilai-sosial-
masyarakat/

KESIMPULAN

Sebagai penghias bicara akhir, materialism banyak
mendatangkan impak yang negative dalam
kehidupan masyarakat. Dalam meneliti arus

pemodenan ini, peradaban manusia semakin hari
semakin canggih sekali gus menyebabkan pemikiran

manusia semakin hari semakin pintar. Oleh itu,
keperibadian manusia juga sememangnya

bergantung kepada pemodenan dunia yang banyak
mempengaruhi kita. Manusia juga haruslah bijak

dalam menentukan keperluan dan kehendak mereka
dan tidak mudah terikut ikut dengan budaya
masyarakat yang tidak sihat. Dengan ini, kita
berharap agar masyarakat dunia tidak mudah

dipengaruhi oleh kehidupan moden ini sehingga
menjadikan materialism membebani diri sendiri.

SOALAN PENGUKUH



1. Apa itu materialisme

2. Berikut factor materialisme terserap dalam diri
masyarakat kini, kecuali…

A. Masyarakat biasa dengan hidup yang senang
B. Masyarakat obsess dengan kebendaan materialistic
C. Masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan trend

terkini
D. Iman diri yang lemah

3. Antara berikut yang manakah merupakan langkah
bagi mengatasi sikap materialisme dalam kalangan

masyarakat?

A. Terus mengikuti trend pakaian yang terkini
B. Mengenali perbezaan antara kehendak dan keperluan

C. Berbelanja dengan banyak di kedai yang mahal
D. Menggunakan wang simpanan untuk membeli kasut

baru walaupun yang lama masih elok.

RUJUKAN

1) https://iluminasi.com/bm/bahayanya-budaya-
materialisme-yang-semakin-menjadi-jadi-dalam-

kalangan-masyarakat-kita.html
2)

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/01/5163
19/doktrin-materialisme-hakis-nilai-akhlak
3)

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/01/5163
19/doktrin-materialisme-hakis-nilai-akhlak
4)

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/01/5163
19/doktrin-materialisme-hakis-nilai-akhlak
5)

https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/08/19/baha
ya-masyarakat-yang-mementingkan-kebendaan/

LAMPIRAN

RUJUKAN


Click to View FlipBook Version