The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENA DESA@KKDW, 2023-10-03 05:01:45

Pena Desa Ogos 2023

Pena Desa Ogos 2023

1 08 BIL. 8 | OGOS 2023 TINJAUAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI USAHAWAN LUAR BANDAR (TRENT) BANGI, DAERAH HULU LANGAT NEGERI SELANGOR 2 OGOS 2023 Ketua Setiausaha KKDW, YBhg Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, mengadakan lawatan mengejut projek pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW bagi meninjau pelaksanaan Program Transformasi Usahawan Luar Bandar (TRENT) Bangi, Daerah Hulu Langat Negeri Selangor. Beliau memberi pandangan dan berharap agar projek ini dapat siap dan digunakan sepenuhnya pada akhir bulan September 2023 dan kerja-kerja penyelarasan akhir perlu dilakukan segera.


2 TINJAUAN PELAKSANAAN KERJA MENAIK TARAF BALAI RAYA DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG SUNGAI BALAK MAJLIS PELANCARAN TVET WANITA@JELITA 2 OGOS 2023 Ketua Setiausaha KKDW, YBhg Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun mengadakan lawatan mengejut ke Daerah Hulu Langat untuk meninjau pelaksanaan Kerja Menaik Taraf Balai Raya Dan Kerja-Kerja Berkaitan di Kampung Sungai Balak. Beliau memberikan pandangan berkaitan kerja-kerja akhir dan kemasan perlu disiapkan dgn teliti agar kerja-kerja binaan ini sempurna diselesaikan dan dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampung. 3 OGOS 2023 Sekitar Majlis Pelancaran JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement), di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. JELITA adalah inisiatif di bawah Program TVET Khas Wanita yang memberi tumpuan kepada enam kumpulan sasaran wanita untuk memperkasakan ekonomi mereka melalui pengembangan bakat, kemahiran, keterampilan, dan pengetahuan. Program JELITA adalah satu usaha untuk meningkatkan martabat wanita Malaysia melalui latihan vokasional dan teknikal dengan penyediaan pakej pengajian eksklusif hasil kerjasama dengan rakan-rakan industri yang sedia menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan mengikut keperluan pasaran.


3 MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PENGURUSAN ADUAN AWAM (JKTPA) PERINGKAT KKDW 7 OGOS 2023 Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan Awam (JKTPA) Peringkat KKDW dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha KKDW. Turut hadir Ketua Komunikasi Korporat, YBrs. Puan Norainis Mohd Noor dan Wakil Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Puan Nurzaitul Ikma Zainuddin serta Pegawai-Pegawai Barisan Hadapan (PBH) mewakili bahagian, unit dan agensi masing-masing. Mesyuarat JKTPA ini dilaksanakan bagi menyelaras dan memantau pengurusan aduan dan pelanggan KKDW dan Agensi supaya selari dengan Pekeliling Penambahbaikan Pengurusan Aduan Bil. 2 Tahun 2022. Pada masa kini, KKDW telah mencapai sebanyak 94% aduan yang berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja. KKDW komited dalam memastikan pengurusan aduan dan maklum balas kepada pelanggan dapat diselesaikan dengan pantas dan efisien selain penggunaan sistem yang terkini yang membantu ke arah kecekapan dan produktiviti PBH.


4 MAJLIS PENERIMAAN NOTIS ANTIGANGGUAN SEKSUAL SEMPENA PROGRAM LANGKAH KASIH ADVOKASI MERDEKA KPWKM@ ADVOKASI ANTIGANGGUAN SEKSUAL 8 OGOS 2023 YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama rombongan KPWKM hadir ke KKDW pada MAJLIS PENERIMAAN NOTIS ANTIGANGGUAN SEKSUAL SEMPENA PROGRAM LANGKAH KASIH ADVOKASI MERDEKA KPWKM@ADVOKASI ANTIGANGGUAN SEKSUAL. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato Harun, KSU KKDW bersama pengurusan tertinggi KKDW. Upacara penyerahan Notis Antigangguan Seksual ini disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada YBhg. Datuk Che Murad Sayang Ramjan, TKSU Dasar KKDW. Objektif utama program ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha kerajaan dalam meningkatkan pencegahan dan kesedaran terhadap gangguan seksual sekali gus menyebarluaskan Garis Panduan dan penggunaan Notis Antigangguan Seksual di premis awam dan swasta. KKDW akan menyahut agenda kerajaan yang dicetuskan oleh KPWKM dalam memastikan persekitaran kerja di KKDW yang bebas dari sebarang bentuk gangguan seksual sekali gus mewujudkan persekitaran yang selamat.


5 LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK SIAP BAGI DUA (2) PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD) DI KAMPUNG BONGKUD, RANAU DAN KAMPUNG NAMAUS, RANAU LAWATAN PEMANTAUAN DAN KETERSEDIAAN PENGOPERASIAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA, RANAU 9 OGOS 2023 Lawatan Pemantauan Projek Siap bagi dua (2) Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) di Kampung Bongkud, Ranau dan Kampung Namaus, Ranau telah dilaksanakan oleh Bahagian Penyelarasan & Pemantauan, KKDW. Taklimat projek diadakan di lokasi projek oleh wakil Pejabat Daerah Ranau selaku pelaksana kepada YBhg. Dato’ Afandi bin Nordin, Setiausaha Bahagian. Projek ini siap dilaksanakan dan telah memberikan manfaat kepada lebih 300 orang penduduk di kedua-dua buah kampung tersebut. 9 OGOS 2023 YBhg. Dato’ Afandi bin Nordin, Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, KKDW mengadakan Lawatan Pemantauan dan Ketersediaan Pengoperasian Maktab Rendah Sains MARA, Ranau. Taklimat projek diberikan oleh pihak PETRONAS dan pembinaan baharu MRSM ini dijangka beroperasi pada Mac 2024 serta memberikan peluang pendidikan kepada 450 orang pelajar.


6 LAWATAN PEMANTAUAN HEALTHCHECK KE PROJEK PEMBINAAN TABIKA KEMAS BERKEMBAR KAMPUNG GENTISAN, KOTA KINABALU, SABAH 9 OGOS 2023 Lawatan Pemantauan Healthcheck ke Projek Pembinaan Tabika KEMAS Berkembar Kampung Gentisan, Kota Kinabalu, Sabah diketuai oleh Encik Abd Jalil bin Ismail, Timbalan Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, KKDW. Lawatan ini turut disertai wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selaku Agensi Pemilik dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah selaku Agensi Pelaksana projek. Lawatan Pemantauan Healthcheck ini diadakan bertujuan untuk meninjau prestasi dan pelaksanaan projek serta membantu menyelesaikan isu-isu yang timbul di tapak.


7 LAWATAN PROJEK PEMBINAAN TASKA KEMAS KAMPUNG JAWIJAWI, KOTA BELUD, SABAH 10 OGOS 2023 Sesi Lawatan Pemantauan Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, KKDW diteruskan ke Projek Pembinaan Taska KEMAS Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, Sabah. Projek ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 9 Jun 2023 dan dijangka akan beroperasi pada bulan September 2023. Pembinaan taska yang bertujuan untuk menyediakan ruang pendidikan awal kanak-kanak yang kondusif ini akan memanfaatkan seramai 75 orang kanak-kanak di kawasan sekitar. KKDW sentiasa komited meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar dan memastikan arus pembangunan negara turut dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah dengan iltizam tiada rakyat yang terpinggir. Sesi lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selaku Agensi Pemilik projek dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah selaku Agensi Pelaksana projek.


8 COFFEE TALK @ KKDW BIL.2/2023 10 OGOS 2023 Dalam memperkasa integriti dan tadbir urus di kalangan warga kerja untuk mencegah berlakunya salah laku integriti seperti rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, Unit Integriti telah menganjurkan program Coffee Talk @ KKDW Bil.2/2023 bersama Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Coffee Talk bertajuk “Nak ke Tak Nak?” ini memberi penekanan kepada Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah di dalam Perkhidmatan Awam dan perkongsian kesalahan-kesalahan yang boleh membawa kepada salah laku dalam organisasi. Program dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Bahagian/ Unit KKDW.


9 LAWATAN PEMANTAUAN KE PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD) TAHUN 2023 11 OGOS 2023 Lawatan pemantauan ke Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) Tahun 2023 1. Menaiktaraf Jalan di Kampung Kulambai, Kota Belud, Sabah. Panjang Jalan: 700 meter Lebar Jalan: 3.5 meter 2. Menaiktaraf Jalan Raya Konkrit di Kampung Pirasan, Kota Belud, Sabah. Panjang Jalan: 280 meter Lebar Jalan: 3.5 meter Kedua-dua projek ini berjaya disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 4 hingga 5 minggu. Projek naik taraf jalan yang menghubungkan antara kampung dan jalan raya utama ini telah mula digunakan dan dimanfaatkan oleh kira-kira 200 orang penduduk sekitar. Sesi lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Pejabat KKDW Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Kota Belud selaku Agensi Pelaksana projek. Keselesaan perhubungan dan jaringan jalan yang menyumbang kepada peningkatan kualiti dan taraf hidup penduduk di luar bandar adalah sentiasa menjadi keutamaan KKDW.


10 PROGRAM PENDIGITALAN USAHAWAN DESA (PPU) SIRI 4/2023 SHAH ALAM 14 OGOS 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.7 juta bagi mempergiatkan program e-dagang dan pendigitalan kepada usahawan luar bandar di bawah bimbingannya. Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) diperkenalkan bagi memberi kursus atau latihan secara praktikal untuk membolehkan usahawan desa mendigitalkan perniagaan mereka melalui pemasaran perniagaan dalam talian yang secara tidak langsung akan membantu memperkembangkan perusahaan yang dilaksanakan. Selain melengkapkan kemahiran usahawan desa untuk mendigitalkan perniagaan bagi memudahkan mengadaptasi dan menceburi perniagaan secara atas talian merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan. PPU ini menyasarkan penyertaan 1,000 usahawan pada tahun ini.


11 SESI PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN PENGURUS BESAR KESEDAR PROGRAM GOTONG ROYONG BUBUR ASYURA@KKDW 2023 16 OGOS 2023 Sesi Penyerahan Surat Pelantikan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) kepada Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh berkuatkuasa 1 Ogos 2023. 16 OGOS 2023 Program Gotong Royong Bubur Asyura@KKDW 2023 bertempat di Bangunan KKDW, Putrajaya pada 16 Ogos 2023. Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun juga hadir membantu aktiviti gotong royong memasak bubur asyura. Sebanyak 500 pek telah diedarkan kepada warga KKDW.


12 PROGRAM KECERIAAN ANTARA KEMENTERIAN TAHUN 2023 16 OGOS 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerima kunjungan panel penilai Program Keceriaan Antara Kementerian Tahun 2023 daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 16 Ogos 2023. Ketibaan mereka telah diraikan oleh KSU KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun bersama pengurusan KKDW.


13 SESI PENILAIAN PERDANA (PERINGKAT KEBANGSAAN) ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) TERBAIK 2023 17 OGOS 2023 Sesi Penilaian Perdana (Peringkat Kebangsaan) Anugerah Kualiti Pengurusan Pusat Komuniti Desa (PKD) Terbaik 2023 telah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti (EK), KKDW di PKD Melayu Raya, Johor. PKD Melayu Raya yang terletak di Daerah Pontian adalah pusat sehenti komuniti kepada lebih 1513 orang penduduk Kampung Melayu Raya dan sekitar. PKD Melayu Raya menjadi tempat tumpuan program komuniti terutama berasaskan madu kelulut, tanah campuran dan sistem pertanian bandar (Fertigasi, Teknik Filem (NFT) dan Nutripot). Sejak tahun 2016, PKD Melayu Raya bekerjasama dengan usahawan tempatan iaitu Puan Norani binti Mohd Halel bagi penghasilan produk hiliran dan huluan madu kelulut di bawah jenama MR Trigona Nursery. Puan Nor Irmezawani, Pengurus PKD Melayu Raya turut membawa panel penilai melawat kawasan sekitar PKD serta memberikan penerangan berkenaan pencapaian PKD tersebut.


14 KARNIVAL SUKAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) 17-19 OGOS 2023 Karnival Sukan KKDW telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Aset dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah berlangsung dengan jayanya. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun, KSU KKDW pada 19 Ogos 2023 di Uptown Sport, Bangi. Penyertaan kali ini melibatkan warga Kementerian termasuk Pejabat KKDW Negeri (PKN) yang berentap dan bersaing dalam 11 acara yang dipertandingkan sepanjang tiga hari kejohanan ini berlangsung. Juara keseluruhan tahun ini disandang oleh PEGASUS (Sektor Pembangunan) sekali gus merangkul gelaran kontinjen terbaik tahun ini. Keputusan Keseluruhan: Tempat Pertama - Pegasus (Sektor Pembangunan) Tempat Kedua - Jentayu (Sektor KSU) Tempat Ketiga - Naga Tasik Chini (Sektor Dasar) Tempat Keempat - Rajawali (Sektor Khidmat Pengurusan)


15 PUSAT SEHENTI ORANG ASLI (OAOSC) BAWONG BAKAL MENJADI PUSAT KOMERSIL BARU DI SUNGAI SIPUT, PERAK 19 OGOS 2023 Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong, Sungai Siput, Perak telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2023. Lebih 7000 masyarakat Orang Asli dari 39 perkampungan menerima manfaat akses kemudahan awam yang lebih baik selain menjana pendapatan melalui pusat sehenti ini. OAOSC Bawong ini juga berfungsi dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, meningkatkan penglibatan Orang Asli (empowerment) dalam aktiviti ekonomi, sosial dan kebudayaan serta memaksimumkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Pusat ini turut menempatkan Pejabat Pentadbiran JAKOA Daerah, kedai usahawan Orang Asli yang menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya spa, gunting rambut, barangan kraf dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga Pejabat Cawangan Lembaga Koko Malaysia, dewan serbaguna, terminal bas yang menempatkan Bas Perak Transit serta teksi dan juga pondok polis.


16 MESYUARAT PENYELARASAN LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH BIL.2/2023 21 OGOS 2023 Mesyuarat Penyelarasan Lembaga Kemajuan Wilayah Bil.2/2023 diadakan di Bilik Mesyuarat Penawar, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Mesyuarat berkala bersama LKW ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mas Rizal bin Mohd. Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Pengarah KKDW Negeri Johor, wakil daripada Bahagian Prasarana, Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, Bahagian Perancangan Strategik, Unit Perundangan, KKDW. Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, KKDW bertindak selaku urus setia mesyuarat ini. Mesyuarat bertujuan meneliti prestasi pelaksanaan projek/program pembangunan dan mendapatkan maklumat berhubung dengan permasalahan dan isu yang dihadapi oleh agensi LKW dalam melaksanakan program/projek.


17 LAWATAN PROJEK PEMBANGUNAN TAMAN BAKAU 21 OGOS 2023 Sesi lawatan Projek Pembangunan Taman Bakau di bawah program Pembangunan Pelancongan Warisan Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor diketuai oleh YBrs. Encik Mas Rizal bin Mohd. Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), KKDW. Lawatan turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM), Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Pengarah KKDW Negeri Johor, Bahagian Prasarana, Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, Bahagian Perancangan Strategik, dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Projek ini telah diluluskan di dalam Rolling Plan ke-3 Rancangan Malaysia ke-12 bagi memenuhi keperluan dan kemudahan pelancong yang datang ke Pulau Tanjung Surat dan memberikan lebih pilihan lokasi pelancongan kepada pengunjung yang berkunjung ke Daerah Kota Tinggi dan Pengerang.


18 SESI PENILAIAN PERDANA (PERINGKAT KEBANGSAAN) ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) TERBAIK 2023 21 OGOS 2023 Sesi Penilaian Perdana (Peringkat Kebangsaan) Anugerah Kualiti Pengurusan Pusat Komuniti Desa (PKD) Terbaik 2023 dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti (EK), KKDW di PKD Kuala Tomani. PKD Kuala Tomani terletak di Kampung Skim Penempatan Getah Industri Sabah di Kuala Tomani, Tenom Sabah, Mukim Kuala Tomani. PKD Kuala Tomani menjadi pusat sehenti komuniti kepada lebih 2000 penduduk. PKD Kuala Tomani menjadi tempat tumpuan program komuniti dan sentiasa menganjurkan program bulanan untuk orang kampung terutamanya pelajar, ibu-ibu tunggal serta usahawan yang ingin menambah pendapatan. Antara produk kraftangan yang dihasilkan ialah anyaman daripada rotan dan buluh yang juga turut dikenali dalam Bahasa Murut sebagai silaung, tikalis, fiuyung dan sebagainya. Sebilangan produk kraftangan tersebut dipasarkan ke luar negara. Selain itu, antara produk keusahawanan lain termasuk sulaman manik, madu kelulut dan kerepek. PKD Kuala Tomani juga menjalankan hubungan strategik bersama PERKESO Negeri Sabah sebagai inisiatif membantu mengurangkan pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat. Penglibatan aktif belia di Skim Kuala Tomani secara tidak langsung telah merancakkan aktiviti setempat di PKD tersebut dengan aktiviti kesukarelawanan, latihan, sukan dan sebagainya. Encik Hariebon bin Kumpas, Pengurus PKD Kuala Tomani turut membawa panel penilai melawat kawasan sekitar PKD serta memberikan penerangan berkenaan pencapaian PKD tersebut.


19 MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2023 DAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH 22 OGOS 2023 Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya. Sesi penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Setiausaha dan Ketua Agensi diadakan sebagai simbolik bagi menyemarakkan lagi semangat warga KKDW menyambut bulan bersejarah ini dan seterusnya meningkatkan penghayatan dalam mengenang jasa pemimpin dan pejuang kemerdekaan.


20 HARI BERTEMU PELANGGAN SECARA DALAM TALIAN (ePELANGGAN) KKDW DAN AGENSI 24 OGOS 2023 Lensa sekitar Hari Bertemu Pelanggan Secara Dalam Talian (ePelanggan) KKDW dan Agensi yang dilaksanakan secara serentak di 191 Pusat Komuniti Desa (PKD). Orang ramai berpeluang untuk berinteraksi secara terus dengan pegawai -pegawai di KKDW dan Agensi melalui ePelanggan yang diadakan pada setiap bulan. KKDW komited dalam memastikan pengurusan pelanggan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta memberi peluang untuk masyarakat desa Malaysia Madani untuk mendapatkan pelbagai inisiatif yang disediakan oleh KKDW.


21 PROGRAM BELIA DESA MADANI @ KKDW 25 OGOS 2023 Program Belia Desa Madani @KKDW diadakan sempena sesi turun padang YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke Negeri Johor. Program ini yang menyasarkan golongan belia serta masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program pembangunan belia yang dijalankan oleh KKDW melalui agensinya di Negeri Johor. Antara kekuatan utama pembangunan belia luar bandar adalah pendidikan berasaskan kepada TVET. Turut diadakan adalah Jualan Rahmah yang dijalankan secara u s a h a s a m a dengan Pasaraya M a s l e e @ B 5 . Terdapat lebih dari 13 barangan yang dijual dengan konsep Jualan Rahmah ini. Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Timbalan Menteri KKDW, Setiausaha Kerajaan Johor, Ketua Setiausaha KKDW, Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Setiausaha KKDW, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, KetuaKetua Jabatan Negeri Johor, Persekutuan, Badan Berkanun dan Agensi serta SUB- SUB Bahagian KKDW.


22 LAWATAN PEMANTAUAN INTERVENSI KE PROJEK PELANCONGAN DESA KOMPLEKS THE WETLAND, SEDILI, KOTA TINGGI, JOHOR 27 OGOS 2023 Lawatan Pemantauan Intervensi ke Projek Pelancongan Desa Kompleks The Wetland, Sedili, Kota Tinggi, Johor diketuai oleh YBhg. Dato’ Afandi bin Nordin, Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, KKDW. Lawatan ini turut disertai oleh pihak kontraktor, pihak perunding dan wakil daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) selaku Agensi Pemilik/ Pelaksana serta wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Lawatan pemantauan ini diadakan bertujuan untuk meninjau prestasi dan pelaksanaan projek serta membantu menyelesaikan isu-isu yang timbul di tapak.


23 PROGRAM JUALAN DESA MADANI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH 2023 28-30 OGOS 2023 Sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menganjurkan Jualan Desa Madani (JDM) dalam usaha membantu usahawan luar bandar mengembangkan perniagaan mereka. Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Medan MARA Kuala Lumpur. 50 gerai usahawan dari pelbagai agensi di bawah KKDW menyertai program ini dari kategori kecantikan, kesihatan, kraftangan, fesyen pakaian, makanan dan minuman. Jualan Rahmah barangan keperluan dengan potongan harga 10 hingga 30 peratus serta ‘ happy hour’ barangan terpilih ditawarkan sepanjang JDM.


24 KUNJUNGAN HORMAT KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN, KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) 28 OGOS 2023 YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan (MOF) di Ibu Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya. Sesi kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan input cadangan inisiatif utama Belanjawan 2024 agar selari dengan Kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat antaranya melibatkan infrastruktur asas luar bandar, modal insan dan agenda sokongan keterjaminan makanan di bawah KKDW. Melalui perbincangan tersebut Kementerian Kewangan akan meneliti inisiatif-inisiatif yang dikemukakan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024 sebagai usaha berterusan dalam mensejahterakan penduduk luar bandar.


25 LAWATAN TAN SRI KSN KE STESEN JANAELEKTRIK SULTAN MAHMUD (SJSM), KENYIR, TERENGGANU 29 OGOS 2023 Lawatan dan mesyuarat diadakan di Pusat Kawalan Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali. Mesyuarat ini diadakan bagi memantau status pembaikan SJSM yang rosak teruk disebabkan banjir besar yang melanda negeri Terengganu pada Februari 2022 yang lalu. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, YBhg. Datuk Raja Nushirwan bin Zainal Abidin, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Datuk Mas Rizal Bin Mohd Hilmi, Chief Operating Officer (COO) TNB Power Generation Sdn. Bhd, YBhg. Dato’ Ir. Roslan Abd Rahman. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah NADMA, Ketua Pengarah CGSO, Ketua Pengarah JPS, Ketua Pengarah NAHRIM, Ketua Pengarah JMG, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Pengarah JKR Terengganu dan Pengurus TNB Negeri Terengganu.


26 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAAN KE-66 TAHUN 2023 29 OGOS 2023 Penyertaan Kontinjen Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam sesi raptai penuh Acara Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaaan Ke66 Tahun 2023.


27 MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN (JTPK) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) 29 OGOS 2023 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPK) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Bil. 6 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun bagi melihat prestasi program/ projek pembangunan serta isu-isu yang berbangkit berkaitan pelaksanaan projek. Mesyuarat ini turut mendengar taklimat berkenaan Perolehan, pemberimilikan dan perizaban tanah daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).


28 LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT PENYELARASAN MINI EKSPO TVET & KEUSAHAWANAN DESA 2023 29 OGOS 2023 Sekitar lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan Mini Ekspo TVET & Keusahawanan Desa 2023 sempena Sentuhan Kasih Desa@Simpang Jeram yang diketuai oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW. Program ini diadakan selama 2 hari, mulai 1 hingga 2 September 2023 di Dewan Terbuka JDT, Dataran Cenderawasih, Sungai Abong, Muar, Johor.


29


Click to View FlipBook Version