The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENA DESA@KKDW, 2023-04-07 00:58:00

Pena Desa Mac 2023

Pena Desa Mac 2023

1 03 BIL. 3 | MAC 2023 PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi merasmikan Perhimpunan Bulan Mac 2023 di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2023.


2 GRADUAN TVET: SANDARAN MASA DEPAN NEGARA PROGRAM TVET TAHFIZ@PERDA-TECH Di sebalik tabir bual bicara “Naratif Khas” terbitan RTM bersama YBhg. Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berlangsung pada 2 Mac 2023. Topik “Graduan TVET: Sandaran Masa Depan Negara” bersama YBrs. Profesor Ts. Dr. Mohamad Sattar Rasul, Pengerusi Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan YBrs. Dr. Mohd Hafizi Shamsudin, Dekan / UniKL MIAT . Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bekerjasama dengan pusat tahfiz untuk melahirkan lebih ramai huffaz yang mempunyai kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, (TVET) melalui Program TVET Tahfiz@PERDA-TECH. Merealisasikan hasrat itu, PERDA menandatangani Memorandum Persefahaman bersama dua institusi pendidikan agama iaitu Madrasah Darul Uloom Shaikh Zakariyya (DUZAK), Parit Buntar, Perak dan Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhiah Tahfiz Sains (MATSA), Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 4 Mac 2023.


3 MAJLIS APRESIASI @ KKDW TAHUN 2023 Majlis Apresiasi @ KKDW Tahun 2023 bersama Ahli Mesyuarat Pengurusan Kanan KKDW diadakan pada 3 Mac 2023 bagi meraikan Pegawai-Pegawai Kanan yang bertukar pada tahun 2023. Seluruh warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merakamkan jutaan terima kasih buat YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, YBrs. Encik Zulharry bin Abdul Rashid, YBrs. Encik Mohammad Faizal bin Abdul Rahim dan YBrs. Encik Ahmad Asmawi bin Abdul Samat di atas sumbangan dan khidmat bakti selama berkhidmat di Kementerian ini. Semoga maju jaya dan terus cemerlang di tempat baharu.


4 LAWATAN KERJA YAB MENTERI KKDW KE LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) So r o t a n Lawatan YAB Dato’ Seri Dr. A h m a d Z a h i d H a m i d i , T i m b a l a n P e r d a n a Menteri dan M e n t e r i K e m a j u a n Desa dan Wilayah (KKDW) ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sempena siri lawatan kerja beliau ke agensi-agensi wilayah di bawah KKDW. YAB TPM yang juga Menteri KKDW turut komited dengan memberi jaminan pihak pengurusan Kementerian akan membantu menambahkan belanjawan bagi tahun 2024 untuk KEDA agar agensi tersebut terus memacu pembangunan di Kedah. Dalam majlis yang sama, beliau turut mengambil peluang menyantuni warga kerja KEDA dan menyampaikan pingat berserta sijil penghargaan kepada seorang tenaga pengajar dari Kolej KEDA, Puan Siti Fatimah binti Abd. Karim yang cemerlang dalam Malaysia Culinary World Cup 2023 (MCWC23) dengan membawa pulang 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa.


5 MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023 MESYUARAT PENYELARASAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) BERSAMA KERAJAAN SARAWAK TAHUN 2023 Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2023 bagi meraikan 12,142 graduan tahun 2022. Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bersama Kerajaan Sarawak Tahun 2023 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 6 Mac 2023.


6 TEMUBUAL KHAS DIALOG TVS MESYUARAT PENYELARASAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) BERSAMA KERAJAAN SABAH TAHUN 2023 Di sebalik tabir Temubual Khas Dialog TVS bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak pada 7 Mac 2023. Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bersama Kerajaan Sabah Tahun 2023 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 8 Mac 2023.


7 MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KKDW KALI KE-40 Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan KKDW Kali ke-40 disertai 400 ahli melibatkan Pegawai Wanita & Suri di Bahagian / Jabatan / Agensi KKDW pada 9 Mac 2023. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan KKDW dirasmikan oleh YBrs. Puan Norazah binti Abdul Shukor selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan KKDW.


8 LAWATAN KERJA YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI KEMAJUAN DESA & WILAYAH (KKDW) KE KEJORA YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) mengadakan lawatan kerja ke KEJORA pada 12 Mac 2023. Taklimat ini merangkumi keseluruhan pencapaian KEJORA, fungsi, visi, misi serta hala tuju KEJORA.


9 MAJLIS PEMASYHURAN UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA PASCA 100 HARI KERAJAAN PERPADUAN Majlis Pemasyhuran Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 13 Mac 2023 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Majlis Pemasyhuran UPTM bertujuan memasyhurkan nama institusi yang telah didaftarkan sebagai universiti penuh dan secara rasminya diluluskan untuk mengguna pakai nama Universiti Poly-Tech Malaysia mulai 6 Januari 2023. Sekitar temubual khas Agenda Awani bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Topik yang dibicarakan adalah mengenai Pasca 100 Hari Kerajaan Perpaduan pada 14 Mac 2023.


10 MEMBINA GENERASI TVET@KKDW MEMORANDUM KERJASAMA TRANSFORMASI PROGRAM TVET Disebalik tabir temubual khas Bernama Radio bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan pada 15 Mac 2023. Sekitar majlis memeterai Memorandum Kerjasama Transformasi Program TVET antara kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur pada 16 Mac 2023.


11 MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN SURAT PELANTIKAN PEGAWAI BARISAN HADAPAN KKDW Pe g a w a i B a r i s a n H a d a p a n (PBH) KKDW yang terdiri d a r i p a d a pegawaip e g a w a i aduan di p e r i n g k a t Kementerian, P e j a b a t KKDW Negeri dan Agensi diraikan dalam Majlis Penghargaan dan Penyampaian Surat Pelantikan Pegawai Barisan Hadapan KKDW di Hotel Premiera pada 17 Mac 2023. Surat pelantikan sebagai PBH bagi tahun 2023 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW. PBH ini terdiri daripada Single Point Of Contact (SPOC) pegawai-pegawai pelbagai gred yang memahami dan mengetahui operasi atau dasar di bahagian dan agensi masing-masing. PBH yang dilantik perlu menangani aduan dan pertanyaan daripada pelanggan yang rata-rata adalah masyarakat luar bandar.


12 MAJLIS SEMBANG SANTAI MEDIA BERSAMA TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH Majlis Sembang Santai Media Bersama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang pada 18 Mac 2023 di Riverside Cafe, Hotel Hilton, Kuching, Sarawak. Hampir 100 pengamal media hadir di majlis ini untuk meraikan serta mengeratkan silaturrahim di antara Kementerian dan pihak media yang selama ini banyak membantu menyebarluas liputan dan publisiti mengenai Kementerian.


13 MAJLIS PELEPASAN PASUKAN SUKARELAWAN PENJAWAT AWAM PASCA BANJIR MISI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR OLEH SUKARELAWAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pelepasan Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir ke Johor pada 21 Mac 2023 di Bulatan Putra Perdana. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menghantar seramai 212 orang sukarelawan daripada Kementerian dan Agensi di bawahnya. Misi Pembersihan Pasca Banjir oleh sukarelawan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah dijalankan pada 21 hingga 22 Mac 2023 di Batu Pahat, Johor. Seramai 212 sukarelawan daripada kakitangan KKDW dan Agensi di bawahnya telah turut serta dalam misi ini. Misi pembersihan yang diketuai oleh YBrs. Puan Fariza Azura Binti Mohd Husain, Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Aset, KKDW ini bertanggung jawab membersihkan balai raya dan rumah penduduk Kampung Orang Asli Kg Dalam, Batu Pahat. Pasukan GIATMARA turut melakukan pemeriksaan elektrik di masjid dan rumah-rumah orang kampung di kawasan Kampung Pulai yang terjejas akibat banjir.


14 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN MASJID BATU 8, GOMBAK, SELANGOR Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diadakan di 13 Negeri bermula 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak, Selangor.


15 LAWATAN KERJA YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KKDW KE PERDA Lawatan Kerja YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), ke PERDA pada 26 Mac 2023. Selain taklimat berkaitan program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh PERDA beliau turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Skim Perumahan Rakyat (SPR) Taman Kuala Sungai Pinang kepada 10 penyewa yang mewakili 52 peserta skim projek perumahan tersebut.


16 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI PULAU PINANG MASJID JAMEK AL-ISLAH, POKOK TAMPANG, TASEK GELUGOR. 26 MAC 2023 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI MELAKA MASJID JAMEK AR-RAHMAN, KG PULAI, SERKAM, MELAKA. 27 MAC 2023


17 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI TERENGGANU MASJID AL-ANSA KEM SRI PANTAI, KUALA NERUS 28 MAC 2023 WAWANCARA EKSKLUSIF PAHANGfm Di sebalik tabir Wawancara Eksklusif bersama YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di PAHANGfm pada 28 Mac 2023.


18 PROGRAM TABIKA PRA TAHFIZ UWAIS AL-QARNI KEMAS MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI PAHANG MASJID LEBU (AL FALAH) KG. LEBU, LURAH BILUT, BENTONG 29 MAC 2023 Mesyuarat Mengenai Program Tabika Pra Tahfiz Uwais Al-Qarni KEMAS bersama Yayasan Pahang yang diadakan pada 28 Mac 2023 di Kompleks Yayasan Pahang.


19 MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN (JTPK) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) BIL. 1 TAHUN 2023 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPK) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBrs Encik Mas Rizal Bin Mohd Hilmi pada 30 Mac 2023 bagi mendapatkan gambaran berkaitan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan B40 bagi menjana pendapatan yang mampan. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan perincian pelaksanaan program/ projek pembangunan di bawah seliaan KEMAS serta hala tuju program Rural Business Challenge 2.0 yang mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia luar bandar serta menjadikan luar bandar sebagai lokasi yang menarik untuk didiami.


20 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI JOHOR MASJID JAMEK SUNGAI GERSIK, SUNGAI BALANG, MUAR. 30 MAC 2023 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI MELAKA SEKOLAH MENENGAH AGAMA IZZUDDIN SHAH 31 MAC 2023


21


Click to View FlipBook Version