1 01 BIL. 1 | JANUARI 2024 SESI PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN PENGURUS BESAR KEJORA 3 JANUARI 2024 Sesi Penyerahan Surat Pelantikan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kepada YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil mulai tarikh kuat kuasa 1 Januari 2024.
2 KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR KEJORA KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KKDW
3 MISI BANTUAN BEKALAN MAKANAN PENDUDUK ORANG ASLI GUA MUSANG
4 KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR KEJORA KE ATAS YB TIMBALAN MENTERI KKDW 3 JANUARI 2024 YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW di Pejabat YBTM, KKDW. Pertemuan selama hampir satu jam ini juga memberi tumpuan dalam beberapa kejayaan dan projek yang boleh dijadikan contoh oleh Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) yang lain seperti projek perumahan, pertanian dan pelancongan.
5 MAJLIS AMANAT TAHUN 2024 KKDW 5 JANUARI 2024 YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW menyampaikan Amanat Tahun Baharu KKDW kepada seluruh warga Kementerian dan Agensi di Dewan Seri Lestari, KKDW, Putrajaya. Membawa Intipati Aspirasi Desa Makmur 2024 melalui akronim KKDW iaitu: K - Kemahiran dan pengetahuan, K - Keberkesanan dan kecekapan, D - Data dan Digital, dan W - Wow Factor.
6 LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KKDW - PASCA BENCANA TANAH RATA 6 JANUARI 2024 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW meninjau keadaan cerun di Kampung Orang Asli Sungai Ruil Cameron Highlands bersama YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang dan menziarahi mangsa yang terlibat dengan bencana tanah runtuh 12 Oktober tahun 2023. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menanggung sepenuhnya pembayaran sewa kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan 17 keluarga Orang Asli Sungai Ruil yang terjejas akibat insiden tanah runtuh mulai Februari ini.
7 LAWATAN TAPAK PROGRAM PEMAJUAN KAWASAN (PPK) KG BUKIT PUAS, JERANTUT 8 JANUARI 2024 Lawatan YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW ke tapak projek PPK Kg. Bukit Puas, Jerantut, Pahang (Parlimen: Jerantut, DUN: Damak) yang diluluskan pelaksanaannya di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2023. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dilantik sebagai agensi pelaksana projek. Projek kini di peringkat prapelaksanaan merangkumi pelantikan perunding dan pelaksanaan kerja-kerja awalan di tapak. Projek yang dijangka siap pada tahun 2026 ini bakal memberi manfaat kepada hampir 460 Ahli Isi Rumah yang terdiri daripada mangsa banjir dari golongan miskin, miskin tegar dan B40 khususnya penduduk bagi dua buah kampung di Daerah Jerantut iaitu Kg. Sokti dan Kg. Gintong.
8 PERASMIAN PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN YPM DI LKW BUBAR, KUALA TAHAN, PAHANGI 8 JANUARI 2024 Lebih 3,000 pelajar di Pahang menerima manfaat menerusi Program Bantuan Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM573,500 sejak ia dilaksanakan tiga tahun lepas. Program tanggungjawab sosial YPM ini bertujuan membantu pelajar Melayu dan Bumiputera asnaf serta golongan B40 yang menetap di enam daerah iaitu Bera, Jerantut, Maran, Pekan, Rompin dan Temerloh yang merupakan kawasan di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW), Bubar. Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun berkata kementerian menerusi agensi di bawahnya memberi penekanan terhadap pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar dan pendalaman. Lebih 120 pelajar menerima bantuan kit permulaan sekolah yang terdiri daripada pakaian seragam dan beg sekolah bernilai RM150 pada program yang dirasmikan Ketua Setiausaha KKDW di Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Tahan. Turut hadir Pengerusi YPM Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.
9 AMANAT YAB TPM DAN MENTERI KKDW BERSAMA PEGAWAI MEDIA DAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KEMENTERIAN DAN AGENSI 10 JANUARI 2024 Sekitar Majlis Amanat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi bersama Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Kementerian, agensi serta Lembaga Kemajuan Wilayah yang turut disertai oleh wakil UKK dari Jabatan Perdana Menteri di Dewan Seri Lestari, KKDW, Putrajaya. YAB Dato’ Seri memberi penekanan terhadap kepentingan sebuah perancangan media yang berkualiti serta efektif bagi sebuah sistem penyampaian yang terbaik dalam memperkasakan lagi peranan dan tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti dan program yang dikendalikan dalam usaha memperomosikan keterlihatan KKDW dan agensi.
10 SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH DAN LEMBAGA KEMAJUAN TANAH SIRI 1/2024 10 JANUARI Sesi Perkongsian Maklumat Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Lembaga Kemajuan Tanah (LKT) Siri 1/2024 bertemakan Inovasi Pertanian Luar Bandar yang diadakan di KKDW, Putrajaya pada 10 Januari 2024 dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW. Sesi ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KKDW, Pengurus-Pengurus Besar LKW dan wakil dari Bahagian-Bahagian KKDW, LKW dan LKT. Tujuan sesi perkongsian ini diadakan adalah sebagai satu medium perkongsian ilmu mengenai best practises, membincangkan idea-idea baharu dan isu-isu lain dalam bidang pertanian serta topik-topik yang bersesuaian oleh MARDI, PPK Kuala Langat, KESEDAR, KEJORA, RISDA serta FELCRA.
11 MESYUARAT HALA TUJU STRATEGIK KKDW TAHUN 2024 11-13 JANUARI 2024 Permukiman Hala Tuju KKDW berlangsung selama tiga hari di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur yang bertujuan memuktamadkan hala tuju strategik KKDW yang baharu. Pemukiman kali ini juga bermatlamat mencungkil lebih banyak potensi baharu yang boleh dijuarai oleh KKDW dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup warga desa. YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW, semasa ucaptama turut mengajak warga KKDW untuk keluar daripada kepompong ‘kekampungan’ dan tidak lagi menjadi ‘jaguh kampung’ dalam mempelopori aspek pembangunan masyarakat desa.
12 PROGRAM EKSPLORASI DESA KKDW 2024 19-21 Januari 2024 Program Eksplorasi Desa KKDW berlangsung di Temu De' Tamu di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali berlangsung selama 3 hari dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Ramlan bin Dato' Harun, Ketua Setiausaha KKDW bersama pegawai-pegawai kanan KKDW dan JAKOA. Mempraktikkan sepenuhnya konsep turun padang ke kawasan masyarakat orang asli, program ini bertujuan untuk melihat secara lebih dekat kehidupan masyarakat orang asli yang terdiri daripada Suku Temuan. Seramai 465 orang penduduk mendiami KOA Hulu Tamu ini dengan sumber ekonomi utama penduduk adalah berkebun, bertani, menternak dan bekerja sendiri. Kampung ini turut dilengkapi dengan yang dilengkapi dengan kemudahan asas selain turut menerima beberapa projek menaik taraf pembangunan dan infrastruktur. KKDW akan meneruskan program-program turun padang ke kawasan desa termasuk KOA dalam usaha untuk melihat dengan lebih dekat projek-projek yang telah dilaksanakan selain turut menilai keperluan prasarana desa untuk dinaik taraf seiring dengan usaha kerajaan dalam memastikan meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat desa.
13 MAJLIS PENYERAHAN PROJEK JALAN LUAR BANDAR DAN JAMBATAN LUAR BANDAR BERSAMA JKR 22 JANUARI 2024 Majlis Penyerahan Projek Jalan Luar Bandar dan Jambatan Luar Bandar bagi projek-projek KKDW yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Sebanyak dua penyerahan projek dilaksanakan, satu projek bagi negeri Kelantan dan satu projek bagi negeri Pahang. Senarai projek adalah seperti berikut: I. Membina Jambatan Konkrit dan Naiktaraf Jalan di Kampung Lubuk Batu, Rompin, Pahang II. Menggantikan Jambatan dari Kampung Bukit Temalong ke Kg Mahligai, Bachok, Kelantan Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa (Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato Mohd A. Aruwan bin Ab Aziz (Pengarah Pejabat KKDW Negeri Pahang), wakil HOPT Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar, Cawangan Jalan, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria (Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang) wakil Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, wakil Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, pihak HODT dan kontraktor yang terlibat.
14 PENDAFTARAN SISTEM PADU DI KKDW 22 JANUARI 2024 Klinik dan pembukaan Kaunter Pendaftaran Akaun Pengguna Sistem PADU di Lobi KKDW bagi memberikan penerangan dan membantu Warga KKDW dan KEMAS untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem PADU.
15 MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT KKDW BULAN JANUARI 24 JANUARI 2024
16 MAJLIS SANTAI MEDIA BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI KKDW 28 JANUARI 2024 YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW meluangkan masa bersama para editor dan pengamal media tempatan di Cafe Cafe at The Original Carwash, Kuching, Sarawak. KKDW amat menghargai peranan dan sumbangan media dalam menyebarkan maklumat dan inisiatif Kementerian serta mempromosikan Karnival Usahawan Desa (KUD)@Kota Samarahan yang berlangsung pada 1-4 Februari 2024.
17 SESI LIBAT URUS KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2024 (KLUSTER PEMBANGUNAN DESA DAN PEMERKASAAN MASYARAKAT ORANG ASLI) 29-30 JANUARI 2024 Sesi Libat Urus Kumpulan Pembangunan Desa Dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli melibatkan seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada tokoh professional, ahli akademik, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Perusahaan Sosial, pemain industri dan juga pegawai Kerajaan. Tujuan sesi libat urus ini adalah untuk mendapatkan input serta pandangan mengenai pembangunan desa dan pemerkasaan Orang Asli untuk dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang berlangsung di PICC dari 29 Februari hingga 2 Mac 2024.
18 MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN (JTPK) KKDW BILANGAN 1/2024 30 JANUARI 2024 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPK) KKDW Bil. 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, bagi melihat prestasi program/ projek pembangunan serta isu-isu yang berbangkit berkaitan pelaksanaan projek. Mesyuarat ini turut mendengar taklimat berkenaan Hala Tuju Pelaksanaan Pre Approved Plan (PAP) bagi TABIKA dan TASKA oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan taklimat Kerangka Strategik Malaysia MADANI oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri (PMO).
19 BULAN PROMOSI RBC 2.0 SEPANJANG BULAN JANUARI
20