1 04 BIL. 4 | APRIL 2023 MAJLIS IFTAR PERDANA MENTERI Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Iftar Perdana Menteri anjuran bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) pada 4 April 2023 di Kompleks Seri Perdana. Turut diraikan 180 orang penternak, peladang dan nelayan serta anak-anak yatim.
2 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN WILAYAH PERSEKUTUAN SURAU JUMAAT AL-HUSNA PPR SEMARAK 2 APRIL 2023 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI PERLIS PUSAT KEGIATAN MASYARAKAT KEMAS SIMPANG EMPAT, PERLIS 5 APRIL 2023
3 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI KEDAH MASJID AL-A’LA, PEKAN JITRA, KEDAH 5 APRIL 2023 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI SEMBILAN KOMPLEKS PENTADBIRAN & KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN JELEBU 6 APRIL 2023
4 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI SABAH MASJID KAMPUNG BENONI, PAPAR 8 APRIL 2023 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI KELANTAN PUSAT TRANSFORMASI ILMU, BUKIT TIU, MACHANG, KELANTAN 9 APRIL 2023
5 MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN NEGERI SARAWAK MASJID DARUL HUDA KAMPUNG SEBANDI MATANG 10 APRIL 2023
6 MAJLIS DOA SELAMAT DAN SANTUNI ASNAF WILAYAH KETENGAH 12 APRIL 2023 Majlis Doa Selamat dan Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH Sempena 50 Tahun Penubuhan KETENGAH. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah Wang hadir menyantuni lebih seribu tetamu di pekarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.
7 MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN (JTPK) 18 APRIL 2023 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPK) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bil. 2 Tahun 2023 dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun. Mesyuarat ini bagi mendapatkan gambaran terperinci mengenai Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan RMKe-12 daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat ini juga membincangkan status semasa pelaksanaan Projek Transformasi Premis Usahawan Luar Bandar (TRENT) daripada MARA.
8 GOTONG ROYONG PENYEDIAAN DAN EDARAN PEK RENDANG TOK 18 APRIL 2023 Sekitar Program Gotong Royong Penyediaan dan Edaran Pek Rendang Tok anjuran Biro Kerohanian, KKSKKDW di pekarangan Bangunan KKDW, Putrajaya. Sukarelawan terdiri daripada seluruh warga Kementerian dan INFRA.
9 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KKSKKDW KE-32 19 APRIL 2023 Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan KKSKKDW Ke-32 Tahun 2023 yang disempurnakan YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW di Dewan Seri Lestari, Bangunan KKDW.
10 PROGRAM PENEMPATAN RAKYAT TERMISKIN KAMPUNG IBOI, KUPANG, BALING, KEDAH 27 APRIL 2023 YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melawat rumah berkembar Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina untuk menempatkan mangsa bencana banjir kepala air di Kampung Iboi, Kupang pada Julai tahun lalu. Beliau turut meninjau keadaan penduduk dan beramah mesra bersama mereka sempena musim perayaan ini. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui agensinya, KEDA telah membina 8 unit rumah berkembar Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan RM528,000.
11 PROJEK PEMAJUAN KAWASAN (PPK) KAMPUNG PARIT MAKUASANG, PONTIAN 28 APRIL 2023 YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turun padang meninjau Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kampung Parit Makuasang Mukim Benut, Pontian. PPK Kg Parit Makuasang, Pontian melibatkan pembangunan 170 unit rumah secara berkembar dengan infrastruktur asas termasuklah jalan dalam penempatan, bekalan air, bekalan elektrik dan sistem rawatan kumbahan. Projek yang diluluskan pelaksanaannya pada tahun 2016 ini bertujuan menyediakan penempatan semula kepada 170 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir/air pasang dan penempatan setinggan nelayan di kawasan Sg. Benut dan Sg. Pinggan khususnya Kg. Nelayan, Kg. Sri Tanjung dan Kg. Sungai Sanglang serta golongan miskin tegar dan miskin di sekitar Benut.
12 MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ANJURAN PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH 30 APRIL 2023 Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sri Satria, Putrajaya. Kehadiran beliau disambut YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama isteri, YBhg. Datin Seri Hamidah Khamis. Majlis Sambutan Aidilfitri diraikan penuh kemeriahan dengan kehadiran menterimenteri Kabinet, timbalan-timbalan menteri, Perwakilan Asing, ketua-ketua kementerian dan orang ramai. Terima kasih pada hampir 20,000 pengunjung yang hadir! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
13