The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Syarahan mencegah penyakit lebih baik daripada merawat (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zha.lini, 2024-03-24 21:37:51

Syarahan mencegah penyakit lebih baik daripada merawat (1)

Syarahan mencegah penyakit lebih baik daripada merawat (1)

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 1 Pendahuluan Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang patuh pada ketetapan masa, dif-dif kehormat, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan, rakan seperjuangan saya, hadirin dan hadirat yang saya hormati, Salam Satu Malaysia. Berdirinya saya pada pagi ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Mencegah Penyakit Lebih Baik daripada Merawat”.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan syarahan. Hadirin yang dihormati sekalian, Isi pertama Penyakit dapat menjejaskan kecergasan badan dan kecerdasan fikiran serta menghalang kita daripada melakukan aktiviti harian. Terdapat juga penyakit yang dapat menyebabkan kecacatan dan membawa maut. Usaha mengubati penyakit bukan sahaja memerlukan kepakaran malahan kos rawatan juga tinggi. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah awal untuk mengelakkan penyakit dengan menjaga kesihatan diri. Dari segi kewangan, kos rawatan penyakit yang dibelanjakan oleh ibu bapa untuk mengubati penyakit anak-anak, dapat disimpan atau dibelanjakan untuk perkara-perkara yang lebih produktif seperti untuk pendidikan anak-anak. Jelaslah bahawa mencegah penyakit banyak kebaikannya. Anda mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan yang bertajuk “Mencegah Penyakit Lebih Baik daripada Merawat”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-16/2022) CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-1/2017) CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-1/2017)


DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 2 Hadirin sekalian, Isi kedua Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan penyakit. Antaranya adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Kita perlu mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan di samping mengurangkan makanan yang berlemak merupakan langkah yang bijak. Kita perlu melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal, berjoging dan berenang sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Aktiviti riadah dapat mencergaskan tubuh badan di samping mencerdaskan otak. kita hendaklah melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala Oleh itu, kita dapat memantau kesihatan diri dan mengesan sebarang penyakit kronik pada peringkat awal, seterusnya mengambil langkah pencegahan. Isi ketiga Kita perlu mengutamakan kebersihan persekitaran supaya dapat mencegah penyakit berjangkit. Persekitaran kita hendaklah sentiasa bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes , yang mengakibatkan penyakit demam denggi. Dalam hal ini, kerjasama semua pihak sangat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup. Kesimpulan Sebelum saya mengundurkan diri dari pentas yang indah ini, izinkan saya mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf, sekiranya terdapat kesilapan dan kekasaran yang telah saya lakukan, bak kata pepatah laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Akhir kata terimalah serangkap pantun daripada saya. Kalau ada sumur di ladang boleh hamba menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang bolehlah kita berjumpa lagi.


Click to View FlipBook Version