Huraikan langkah-langkah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-19/2022)
Pendahuluan
Malaysia terdiri dCaIKripGaUdaAm.GaOsyPaAraLka(St OyaAnLgAmNajKmBuAk,Ti-a1it/2u0M1e7l)ayu, Cina dan India
Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang penting bagi mengekalkan
kesejahteraan negara.
Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan keamanan negara terjejas.
CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-1/2017)
Isi pertama
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin perpaduan
negara.
Ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah waktu rebung.
Anak-anak perlu digalakkan untuk berkomunikasi dengan jiran yang berlainan
bangsa dan agama.
Ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, misalnya gotong-
royong dan Sambutan Hari Kebangsaan.
Isi kedua
Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi memupuk perpaduan.
Sistem persekolahan bercorak kebangsaan dan sukatan pelajaran yang sama dapat
memupuk semangat perpaduan di samping mengurangkan perasaan perkauman.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Aktiviti berkumpulan perlu melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai
kaum.
DISEDIAKAN OLEH :CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU- 0172240898 Page 1
Isi ketiga
Pihak media massa perlu memikul obligasi sosial bagi memupuk semangat
perpaduan.
Pihak media massa harus melancarkan pelbagai kempen.
Antara contoh kempen ialah Perpaduan Jiwa Masyarakat Malaysia.
Kempen ini perlu mendapat liputan yang meluas dalam media massa sama ada
media cetak atau media elektronik.
Kempen ini seharusnya dijalankan dengan bersungguh-sungguh bukan sekadar
melepaskan batuk di tangga.
Isi keempat
Masyarakat Malaysia memainkan peranan yang penting untuk mengukuhkan
perpaduan negara.
Masyarakat setempat perlu menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum.
Melalui aktiviti kemasyarakatan, dapat menjamin kesejahteraan hidup penduduk
setempat malah rakyat berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan
kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa.
Kesimpulan
Semua pihak sama ada pihak kerajaan atau masyarakat perlu menggembleng
tenaga untuk menjamin perpaduan negara bak kata pepatah ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni.
DISEDIAKAN OLEH :CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU- 0172240898 Page 2