DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU – 0172240898 Page 1 Pendahuluan Budaya menabung semakin luntur dalam kalangan generasi muda. Isu ini sering terpampang pada dada akhbar dan kaca televisyen. Sebenarnya, budaya menabung memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Oleh itu, sudah tiba masanya bagi kita mengkaji kepentingan menerapkan budaya menabung dalam jiwa generasi muda. Isi pertama Amalan menabung dapat melatih diri kita sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat merupakan amalan yang terpuji dan mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran. Amalan murni ini dapat melatih diri kita supaya sentiasa berhati-hati. Amalan menabung dapat menjamin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kita dapat menikmati kehidupan yang berkualiti melalui budaya menabung. Isi kedua Amalan menabung dapat mengatasi masalah kecemasan. Wang simpanan dapat digunakan sewaktu kecemasan. Kita gagal dalam menentukan masalah yang akan dihadapi pada masa akan datang seperti kemalangan dan kematian. Sekiranya, kita mempunyai tabungan yang cukup, kita tidak perlu rasa cemas apabila sesuatu masalah menimpa diri kita. Amalan menabung memberikan manfaat yang tidak ternilai kepada kita. Huraikan kepentingan mengamalkan budaya menabung. CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-25/2022) CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-1/2017)
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU – 0172240898 Page 2 Isi ketiga Amalan menabung dapat mendisiplinkan masyarakat. Kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Budaya menabung dapat mengelakkan diri daripada lalai dalam merancang masa depan. Disiplin diri yang terbentuk melalui amalan menabung dapat menjamin kehidupan yang bahagia. Isi keempat Amalan menabung dapat memajukan ekonomi negara. Budaya menabung dapat memperkukuh kedudukan institusi kewangan di negara kita. Wang simpanan dapat digunakan oleh pihak yang lain bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Pihak bank akan mendapat keuntungan yang lumayan melalui skim pinjaman yang diwujudkan. Amalan menabung dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia. Kesimpulan Semua pihak sama ada pihak kerajaan atau masyarakat perlu menggembleng tenaga untuk menerapkan budaya menabung dalam sanubari generasi muda. Hal ini demikian kerana budaya menabung memberikan sumbangan dan manfaat yang tidak ternilai kepada masyarakat serta negara.