KERTAS MODEL 3 UPSR BAHAGIAN A
1. A. dapat
boleh (berupaya) melakukan sesuatu
beroleh atau menerima
bertemu dengan apa-apa yang dicari
berjaya (berkenaan apa-apa yang diusahakan atau yang dicita-citakan) atau
tercapai
B. mahu
suka akan atau suka hendak
keinginan
bersedia melakukan sesuatu
C. pernah
sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai) atau sudah berlaku
D. sedang
tengah (ketika atau masih) melakukan sesuatu lagi
2. A. padu
mampat atau padat
telah bergaul (bercampur atau bergabung) dan menjadi satu benar
kukuh (teguh atau utuh) dan kuat
B.teguh
tidak mudah rosak atau tahan lama
tidak mudah terbuka (tentang ikatan)
tidak berubah imannya
erat (berkenaan tali persahabatan)
C.gagah
kuat atau mempunyai tenaga atau bertenaga
berani atau perkasa
besar dan tegap (tubuh badan)
bangga atau megah
D. kukuh
tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (berkenaan bangunan atau kereta)
tidak berubah (imannya atau pendiriannya)
tidak mudah turun naik (berkenaan ekonomi, kewangan atau harga)
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 1
3. A. patik
saya (digunakan sewaktu bercakap kepada raja atau sultan)
B. hamba
orang yang terpaksa bekerja untuk seseorang dengan tidak mendapat apa-apa
bayaran atau orang suruhan raja.
saya (untuk merendahkan diri)
C. tuan hamba
Lazimnya tuan hamba digunakan apabila merujuk orang yang lawan bercakap
dengan seorang, jika lebih daripada seorang lazimnya disebut tuan hamba berdua
dan seterusnya.
D. baginda
kata yang digunakan sebagai gelaran di pangkal nama seseorang raja atau sultan
dia atau beliau (digunakan untuk raja atau sultan)
4. A. beradu
tidur (digunakan untuk raja atau sultan)
bertanding untuk merebut kemenangan dalam sesuatu perlumbaan
B. bertitah
berkata atau memberi perintah
C.bersantap
makan atau minum (digunakan untuk raja atau sultan)
D. bersemayam
duduk (di atas takhta atau singgahsana)
tinggal atau berkediaman di
5. A. awal
sebelum waktu yang biasa (yang dijangkakan atau ditetapkan)
bahagian yang mula-mula (cerita)
permulaan (sesuatu jangka waktu)
B. lama
panjang masanya (membuat sesuatu)
tidak moden lagi atau ketinggalan zaman
berlaku pada masa yang sudah-sudah
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 2
C. suntuk
sampai hadnya atau telah habis waktunya
selama, sepanjang atau seluruh (hari, malam)
tidak panjang atau pendek
D. lampau
lalu atau lepas atau lewat
lebih (daripada yang dijangka atau yang sepatutnya)
6. A. seniwati
bintang filem perempuan
B. peragawati
perempuan yang memperagakan (mempamerkan) pakaian yang dipakainya
C. sukarelawati
orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela
D. olahragawati
orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga
7. A. membaca
mengucapkan apa-apa yang tertulis atau tercetak pada buku atau papan tanda
B. menonton
melihat atau menengok sesuatu pertunjukan (wayang gambar)
C. merenung
diam memikirkan sesuatu
memandang dengan teliti atau dengan sungguh-sungguh
D. memantau
mengawasi
memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan atau perjalanan)
sesuatu perkara
8. A. ada hati
keinginan
B. ada jalan
ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 3
C. ada bakat
berkebolehan dalam sesuatu bidang atau jurusan
D. ada harapan
ada peluang
9. teguh
tidak mudah rosak atau tahan lama, kuat atau kukuh
erat (tali persaudaraan atau persahabatan)
tidak merosot (ekonomi)
tidak berubah (iman, hati, pendirian atau kesetiaan)
kuat
bertenaga untuk membuat kerja
hebat (berkenaan tiupan angin)
tidak mudah rosak atau tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (berkenaan
tali)
tidak mudah berubah hati (pendirian)
ketat
tidak longgar (berkenaan penutup pada botol)
keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (berkenaan peraturan atau
perintah)
teliti dan rapi (berkenaan kawalan atau pengawasan)
penuh dengan berbagai-bagai aktiviti
keras
kuat lagi kukuh dan tidak mudah pecah atau tidak mudah berubah keadaannya
dengan sungguh-sungguh atau dengan giat
bersifat memaksa atau tidak bertolak ansur (berkenaan peraturan)
kuat dan nyaring (berkenaan suara atau bunyi)
diam
tidak bercakap atau senyap
tidak bergerak-gerak atau tidak berbuat apa-apa
duduk (tinggal atau berumah)
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 4