The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cara mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zha.lini, 2022-10-30 21:39:21

Cara mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid

Cara mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid

Keywords: karangan tahun 6

Masalah disiplin dalam kalangan murid sering diperkatakan belakangan ini dan menimbulkan
kebimbangan banyak pihak. Huraikan cara-cara untuk mengatasi masalah disiplin dalam
kalangan murid.

CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-18/2022)

Pendahuluan
 Masalah disiplin dalam kalangan murid menjadi semakin serius. Isu ini sering
terpampang pada dada akhbar dan kaca televisyen.
 Masalah disiplin dikatakan berlaku apabila murid-murid tidak mematuhi peraturan

CIKGUyAan.GgOdPiteAtLap(kSaOnA. LAN KBAT-1/2017)
 Sehubungan dengan itu, kurangnya didikan daripada ibu bapa, pengaruh media
massa dan pengaruh rakan sebaya yang negatif merupakan antara punca utama
masalah disiplin dalam kalangan murid.

Isi pertama
 Ibu bapa perlu memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
 Tanpa kasih sayang dan perhatian ibu bapa, anak-anak mudah terpengaruh oleh
unsur-unsur yang kurang baik, terutamanya oleh rakan sebaya mereka.
 Oleh itu, ibu bapa perlu membina hubungan yang mesra dengan anak-anak untuk
memudahkan mereka mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.

Isi kedua
 Ibu bapa harus memberikan didikan agama dan didikan moral kepada anak-anak.
 Hal ini demikian kerana didikan agama dapat membantu anak-anak menilai baik buruk
perbuatan mereka.
 Pendidikan agama dapat menjadi benteng dalam diri anak-anak bagi mengelakkan
diri daripada masalah disiplin.
 Ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke kelas agama di samping mengisi masa
lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 017 2240898 Page 1

Isi ketiga
 Pihak kerajaan seharusnya mengawal unsur-unsur ganas, lucah dan unsur-unsur
yang bertentangan dengan adat serta budaya kita daripada disiarkan melalui media
elektronik dan media cetak.
 Hal ini disebabkan rancangan yang berunsur negatif ini akan mempengaruhi minda
murid-murid.
 Pihak kerajaan harus melancarkan pelbagai kempen kesedaran, seperti Antibuli dan
Sifar Buli.
 Kempen tersebut perlu mendapat liputan yang meluas dalam media massa sama ada
media cetak atau media elektronik.

Isi keempat
 Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah disiplin
dalam kalangan murid.
 Guru kaunseling perlu mengenal pasti murid yang bermasalah di samping
memberikan sesi kaunseling kepada mereka.
 Pihak sekolah harus mengadakan ceramah dan pameran yang memfokuskan
pembentukan sahsiah diri murid.
 Langkah murni yang disusun oleh pihak sekolah dapat mengatasi masalah disiplin
dalam kalangan murid.

Kesimpulan
 Oleh itu, semua pihak sama ada pihak ibu bapa atau pihak sekolah perlu
menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid.
 Hal ini demikian kerana generasi kini bakal mewarisi jentera pentadbiran negara pada
masa akan datang.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 017 2240898 Page 2


Click to View FlipBook Version