KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Sambutan
Hari Guru
Peringkat Kebangsaan Kali ke - 51
Tahun 2022
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”
16 MEI 2022 | 10.00 pagi
Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan
Dirasmikan oleh
YB DATUK DR. RADZI JIDIN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN
ATUR CARA
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-51 TAHUN 2022
7.30 pagi : Ketibaan Jemputan dan Pendaftaran
9.40 pagi : Ketibaan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
9.50 pagi : Ketibaan Timbalan Menteri Pendidikan II
10.00 pagi : Ketibaan YB Menteri Kanan Pendidikan
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Lagu Selamat Sultan
: Nyanyian Lagu Sekolahku SEJAHTERA
: Persembahan Pembukaan
: Tarian Selamat Datang
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
: Deklamasi Sajak
: Montaj Yayasan Didik Negara
: Lafaz Ikrar Hari Guru
: Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
: Ucapan Perasmian YB Menteri Kanan Pendidikan
: Gimik Perasmian
: Tayangan Klip Video Tokoh Guru Kebangsaan dan
Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan
: Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan
Pendidikan Kebangsaan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan
11.30 pagi : Jamuan dan bersurai
KATA ALU-ALUAN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN
n Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
a dan salam sejahtera.
M
Ri Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita dapat meraikan
erak sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang ke-51 pada tahun ini. Sambutan ini adalah bagi
aw menghargai jasa dan pengorbanan insan mulia yang bergelar guru. Saya mengambil
a kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
segala pengorbanan, komitmen dan dedikasi guru dalam mendidik serta membentuk generasi
a pewaris negara yang berkualiti tinggi.
M
a Tema hari guru tahun ini adalah “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”. Guru merupakan
penggerak utama dalam ekosistem pendidikan untuk menerajui konsep Sekolahku SEJAHTERA
Ta yang telah dilancarkan pada 21 Februari 2022. Konsep ini merupakan satu pendekatan bagi
menerapkan elemen nilai murni dan amalan baik untuk diamalkan oleh semua warga sekolah dan
P institusi pendidikan.
Penerapan elemen SEJAHTERA dilaksanakan oleh guru melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di
luar sekolah secara langsung atau tidak langsung. Terdapat 14 elemen SEJAHTERA iaitu:
1. Selamat
Persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara daripada ancaman
dan bahaya;
2. Seronok
Suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang menggembirakan;
3. Sihat
Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek pemakanan serta
kebersihan diri dan persekitaran;
4. Etika
Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral khususnya dalam
aspek integriti;
5. Empati
Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain dengan
meletakkan diri pada tempat mereka;
6. Jati Diri
Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam mencorak
keperibadian unggul;
7. Adab Sopan
ANUGERAH KHASAmalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi bahasa,
pertuturan dan kelakuan baik; PENDIDIKAN
8. Harmoni
bpSeeulraapskaaadnnuaga;npPederas(nleaDckmiigtpaCitrktDaaraenillKgaaCniattygoaoanarlnndn)gtuemnnagatmsaaynanradkaatnAyBhpameneBngrauhahdatheuarAdtmrodiurleihiddraaddinnaminsri@ipbasidneartapeblbKeaSrgotehalreaiajhslaIk,staaKlnarlmanSg,uSltaenla
9. mRTaeejkninudnadlaanmibielImnrsuounvdgaagnsuimhP-eseluannksgdagidnuahikkdaaennntgaannggpSuenhngaujahzwrtiaunMbma;paMuzalaanznsneyrtabdinatyia usaShMa KdalTamun Tijah, M
10. Teliti Kesukarelawanan Nor Kamarudin bin SABK Maahad Ar-R
Cermat dalam mIberlaakhsiamnakan tanggungjaBwaagb;an Serai, Pe
dan hemat dengan penuh analitis
11. Terampil Kepimpinan (Rendah) Burhanuddin bin SK Mukah, Sara
dalam melaKksaadneakrian
Kecekapan dan kemahiran yang tinggi tanggungjawab;
12. EksploraKsei pimpinan (Menengah) Noor Hayati binti SMK Saujana Uta
Embong Selangor
Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha
meningkaGtkaunrukeGfahigaimhaPnesderatalammenagnuasaMi Miulmsouthabaqemrimkemnbaaiadnn;IArfraifnfin SK Pos Musoh LZ,
Perak
13. Rasional
Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan
ANUGERAH GURUmaklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka; dan
INOVATIF
14. Artikulasi
Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan, hujahan atau
JustJeurus,tebrhuau,griabimaagneintejmanIyentaandknjaiagvynisadekkusaounnPastkeruaopnpssSeeerekkpkaoorSllaaaehdhkkeounlagShaSkEnhuJjaeASlrHaEisnTJEdAASRaHinaAzTmtrEeiunRrsial,iAutduprareiinnbriae,anrpdabeanirsnaganturiakranunbgfuuaSkrkuaKtanKb.BusinkuaaahknabitjaaPlua,dSaanbga
mskkseaeeemsphmeaemmkksujjreeeiaallieeiabspmkhnmemaeituyjejdraiaelalirniaibdakhanmiailiatn.yjaeapdnaiSnrdaimuaaniiail.snkanaepyaaSgnigaahungaainsksnuyyreaaiagilaaalghnm.gkhmaysiuuniarilleama,dklhII.mkaiagunnneleneu,ddpdknligMaaaeiievvkepldnprRueiienaeaaddimesenndkuuipreaaneeaeyrhmSSdsnanaiirpaamnegeemayahgrhakknauaunirnorohpdraigidaillydsnlaa,anae,dhhhngriygltisguaraauekrhnaurriptutgrniaknejuagnjbtupgniMgjungieawikgbanoaagKumjsihnaiwkmehenadrassmeatnMaaeamZeibnrhrsltiobaueaamadiehmjhbmaabRlaaedapeibnjbmaaamannigneptseibgraadiimnbelmdtmadrmiunidnemulbrmuanidieJarnapnuinmdabedpaaunlaaiebmdrglllanuaaeamgrnbltalaaeamhbSntbkmauataKihakebmikuntmaiSkaPe,iekbsnmMkmaee,esbdcnaamKeAeatlraauacanarlTnhakarblthaaurgaaahhknrT, SeJmorihuJo,arMa
SlmeEbeiLmhLApAaartkioMrnkhtfsagieAArabgskTknaii.hoaatHLkintrkaaaAa,kknkRnaseapayIgaturnaGumoha,rUfuakegaRnaasunayniUoruh(una,dPh-miTegnkrmEuiaaegdrRnguiMsueKaurImeMunshreuk-eegAgniamnoknauneiagnKlrpadlunaidAjaeuuhngennSjglsumaagHIkkerHah,niaikitnint)amakCljhkgiubeIauKljgenanuaGgrsarls,aiUtdakiinkait.tguphankelahAabnsabterdItFensdirkidiradmuinisietnkaatareaalintbiaLgutniiebrlonirpentbirihiner.eeaitbtnnegettdiiktganaiSardrtidadtiiikiLar.AakuanaennbjgutbudtnaadekeushirgnttlaoeeaprknruaaysdakmenugeKtnmaltoehualbakerpithaj tbyVetaairnoutngkskgagSani.asbioanhal T
Hamid
Individu Lepas Shakirin bin Ahmad Kolej Matrikulasi P
Menengah Bakary
YB DATUK DR. RADZI JIDIN
KATA ALU-ALUAN
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warah matullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua, sekali
lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-51 pada tahun ini. Perayaan yang kita sambut
setiap tahun ini merupakan simbolik kepada pengiktirafan semua guru yang dengan gigih terus
komited mendidik anak bangsa, mahupun semasa negara berdepan dengan cabaran pandemik
COVID-19. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan atas komitmen,
keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru dalam mendidik anak bangsa sehingga
menjadi warganegara yang cemerlang, berakhlak mulia dan menjadi kebanggaan negara.
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA merupakan tema hari guru yang dipilih pada tahun ini.
Tema ini sangat bertepatan dengan fungsi dan peranan para guru pada hari ini. Gurulah orang
yang menjadi pembimbing kepada murid terutamanya dalam mempersiapkan mereka dengan
ilmu dan pengalaman bagi membolehkan mereka bersaing di masa hadapan.
Dalam mendepani cabaran era pandemik COVID-19, kerajaan sentiasa berusaha untuk menaik
taraf dan menambah baik infrastruktur pendidikan bagi membantu guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih berkesan. Usaha ini tidak sahaja tertumpu
kepada aspek fizikal infrastruktur semata-mata, tetapi juga prasarana teknologi maklumat yang
lengkap turut diberi tumpuan. Semua usaha ini dilakukan demi memberi akses pendidikan yang
berkualiti, adil dan saksama kepada seluruh rakyat Malaysia.
Akhir sekali, bersesuaian dengan konsep Keluarga Malaysia dan Sekolahku SEJAHTERA, saya
menyeru semua guru bersatu hati dan berganding bahu untuk memastikan generasi yang
dibimbing mempunyai nilai integriti, akauntabiliti dan semangat motivasi yang tinggi untuk
kesediaan masa hadapan.
SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU.
DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD. YUSOF
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, kita
dapat meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-51 Tahun 2022.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari
Guru pada kali ini.
Tema Hari Guru tahun ini ialah ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’. Tema ini
bertetapan dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang bermatlamat untuk
menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan elemen sejahtera.
Sekolahku SEJAHTERA bermatlamat bagi melahirkan insan sejahtera yang
menyumbang kepada kemakmuran diri, keluarga, masyarakat, negara dan komuniti
global. Penerapan elemen SEJAHTERA perlu diterap bermula di peringkat
prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah atas dan seterusnya diamalkan
sepanjang hayat. Pelaksanaan elemen SEJAHTERA adalah melalui pembelajaran
yang berpusatkan murid agar nilai-nilai murni tersebut difahami, dilakukan dan
sentiasa tersemat di hati.
Akhir kata, jasa dan pengorbanan guru cukup besar sebagai tunjang utama
kecemerlangan anak bangsa dan medium penting untuk mengubah diri murid
menjadi individu berkualiti dan insan sejahtera.
SELAMAT HARI GURU.
DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
TEMA HARI GURU
TAHUN 2022
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”
HURAIAN
Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem
pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga
memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan
negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi
melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di
sekolah secara semula jadi.
Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai
murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan
dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen
SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan
amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar
sekolah.
TOKOH GURU KEBANGSAAN
TAHUN 2022
Encik Roslan bin Yatim
Encik Roslan bin Yatim merupakan bekas Guru Besar
Cemerlang DG38 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sena pada
tahun 2008 hingga 2016. Beliau telah menamatkan
perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 2 Februari 2016. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis pada tahun 1964 hingga 1969
dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kayang
pada tahun 1970 hingga 1972 serta Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh
Ahmad, Arau pada tahun 1973 hingga 1974. Seterusnya, beliau melanjutkan
pengajian dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang
pada tahun 1977 hingga 1978.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang perkhidmatan, antaranya
Anugerah Kepimpinan ICT dan Teknologi Maklumat, Kementerian Pendidikan
Malaysia (2013), Anugerah Inovasi Sektor Awam, Jabatan Perdana Menteri (2013),
Anugerah Khas Kepimpinan Cemerlang, Universiti Malaysia Perlis (2014), Guru Ikon
Sekolah Negeri Perlis (2014) dan Tokoh Guru Negeri Perlis (2021), Beliau turut
dianugerahkan dengan pingat kebesaran iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (2002)
dan Pingat Mahkota Perlis (PMP) (2012). Beliau juga menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996, 2002 dan 2012.
Beliau merupakan Jurulatih Utama mata pelajaran Kajian Tempatan yang aktif dalam
menyampaikan ceramah dari tahun 1994 hingga 2016. Beliau juga salah seorang
panel penggubal Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi Kajian
Tempatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selain itu, beliau aktif
dalam bidang penulisan dan penerbitan serta telah menyumbang dalam penghasilan
buku teks Kajian Tempatan Tahun 5 dan Tahun 6 dari tahun 2006 hingga 2007.
Encik Roslan adalah seorang pencetus aspirasi, pemangkin inovasi dan penggerak
dalam pendidikan teknologi maklumat. Pada tahun 2011, di bawah pimpinan beliau,
SK Sena telah menjadi salah satu daripada 10 sekolah finalis yang menerima
Anugerah Malaysian Government Open Source Software (MyGOSS). Beliau juga
pernah menganjurkan Pertandingan Cerita Pendek Secara Maya Gigital ICOM
(International Competition in OSS Multimedia) untuk Sekolah Rendah dan Menengah
Tahun 2014 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, Universiti Malaysia Perlis dan
Universiti Utara Malaysia. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa negara
ASEAN dan Eropah serta mendapat pengiktirafan Filem Nasional (FINAS).
TOKOH GURU KEBANGSAAN
TAHUN 2022
Penyertaan serta pencapaian Encik Roslan di peringkat antarabangsa juga adalah
sangat membanggakan. Pada tahun 2013, beliau telah menerima pingat emas
dalam Macau International Innovation and Invention Expo serta dua anugerah khas
daripada World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) dan Korea
University Invention Association (KUIA).
Pada tahun 2014, beliau telah menyertai International Youth Invention Contest (IYIC)
di Korea Selatan dan memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan dua
anugerah khas. Pada tahun yang sama, beliau telah menyertai Kaohsiung
International Invention and Exhibition (KIIE) di Taiwan dan memenangi dua pingat
emas, satu pingat perak dan empat anugerah khas.
Setelah bersara, beliau terus giat aktif dalam badan bukan kerajaan. Beliau
merupakan pengerusi Pasukan Perlindungan Kanak – Kanak Negeri Perlis pada
tahun 2018 hingga 2020. Beliau juga merupakan Setiausaha Persatuan Pesara
Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Negeri Perlis, Setiausaha Majlis Pencegahan
Jenayah Parlimen Kangar dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Tuanku Hajjah
Budriah sehingga kini.
TOKOH KEPIMPINAN PENDIDIKAN
KEBANGSAAN TAHUN 2022
YBhg. Datu Dr. Adi Badiozaman @
Badio Zaman bin Tuah
YBhg. Datu Dr. Adi Badiozaman bin Tuah
merupakan seorang intelek yang memiliki
pemikiran yang menjangkau masa dalam
merencanakan pembangunan pendidikan di
pelbagai peringkat. Pelibatan beliau dalam
merekayasa sistem pendidikan negara sangat signifikan. Menyedari pentingnya pendidikan
sebagai satu usaha konkrit mewujudkan masyarakat berbudaya dan pembangunan jati diri
warga muda, maka beliau telah mencetuskan idea dan membentuk konsep sekolah seni
dalam sistem pendidikan negara. Hasil daripada cetusan idea tersebut maka tertubuhlah dua
buah sekolah seni terawal iaitu di Johor Bharu dan Kuching pada tahun 2007.
Sebelum penubuhan sekolah seni, beliau telah mengkonsepsikan dan merancang serta
menggerakkan penubuhan sekolah rendah dan sekolah menengah agama di bawah
naungan Majlis Islam Sarawak (1984-1986). Sekolah Rendah Agama yang pertama
ditubuhkan di Kuching pada tahun 1985 diikuti dengan lapan buah sekolah rendah agama
yang lain. Sebuah sekolah menengah agama juga turut ditubuhkan iaitu, SMA Tun Ahmad
Zaidi Adruce, Kuching.
Tidak sekadar menumpukan perkatian kepada pembangunan sekolah-sekolah
aliran seni dan agama, tokoh ini juga memberi tumpuan kepada pendidikan masyarakat
minoriti khususnya kaum Penan di Sarawak dan masyarakat Pribumi di Sabah. Beliau telah
menggerakkan usaha mengkaji semula beberapa aspek pendidikan formal dan
pelaksanaannya di kawasan yang ‘sukar-budaya’ dan socially and culturally disadvantaged.
Beliau telah menyarankan pembangunan kurikulum setempat (indigenuous curriculum)
berdasarkan keperluan dan keadaan masyarakat setempat agar pendidikan dilihat relevan
dengan kehidupan seharian mereka.
Usia persaraan bukanlah noktah dalam usaha beliau untuk terus menabur bakti dalam
bidang pendidikan dan kemasyarakatan. Beliau memainkan peranan yang aktif membantu
Majlis Islam Sarawak merealisasikan agenda pembangunan pendidikan ummah di Sarawak.
Beliau telah menubuhkan Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)
pada tahun 2007 selepas persaraan beliau. Beliau telah menerajui Biro ini yang berperanan
sebagai badan penasihat, perancang, pembangunan dan pelaksana pelbagai bentuk Program
Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK) (community-based education programs) sebagai
usaha untuk melengkapi Program Pendidikan formal Kementerian Pendidikan.
Kekuatan pemikiran dan ketekalan usaha merupakan intipati kebijaksanaan seseorang
pemimpin. YBhg. Datu Dr. Adi Badiozaman bin Tuah merupakan pemimpin yang telah
membuktikan kehebatan beliau melalui sumbangan terhadap perkembangan pendidikan
negara ibarat kata; jika bintang gemilang sinarnya, jika bulan terang cahayanya maka
begitulah pemimpin dengan jasanya.
ANUGERAH KHAS
PENDIDIKAN
Pencipta Kandungan Ahmad Adham bin Kolej Islam Sultan Alam
Digital Berhaumidin @ Shah, Klang, Selangor
Baharuddin
(Digital Content SMK Tun Tijah, Melaka
Creator) Shazrina Mazny binti
Mazlan
Inovasi Pendidikan
Kesukarelawanan Nor Kamarudin bin SABK Maahad Ar-Ridhwan,
Ibrahim Bagan Serai, Perak
Kepimpinan (Rendah) Burhanuddin bin SK Mukah, Sarawak
Kepimpinan (Menengah) Kaderi
SMK Saujana Utama,
Noor Hayati binti Selangor
Embong
SK Pos Musoh LZ, Tapah
Guru Gigih Pedalaman Mohammad Irfan Perak
Mustaqim bin Ariffin
ANUGERAH GURU
INOVATIF
Individu Prasekolah Sharin Aizrulidana binti SK Bukit Padang Kota
Samsuri Kinabalu, Sabah
Individu Sekolah Mohd Zabani bin Jalil SK Padang Temu, Melaka
Rendah
Khairu Rasid bin SMK Tan Sri Jaafar
Individu Sekolah Mohamad Albar, Johor
Menengah
Kumpulan Ismail bin Sirajudin Kolej Vokasional Tawau,
(Prasekolah Hingga Sabah
Arnie Loretta Lagason
Menengah) Kolej Matrikulasi Perak
Fitriani binti Abdul
Individu Lepas Hamid
Menengah
Shakirin bin Ahmad
Bakary
ANUGERAH GURU
CEMERLANG
Guru Cemerlang OKU Puzil bin Othman SK Toh Puan
Sharifah Hanifah,
Guru Cemerlang Stefanus Lucas
Pendidikan Khas Kedah
Abang Abdillah
Guru Sekolah Khusus bin Abg Johny SK Pendidikan
Julita binti Joseph Khas Tuaran,
Guru Orang Asli / Mohd Bakri bin
Peribumi Sabah
Talib
Guru Hebat Bahasa Kung Bee Lee Sekolah Bimbingan
Jalinan Kasih
Guru Cemerlang Kuala Lumpur
Sekolah Swasta
SMK Syeikh Abdul
Ghani
SMK Zon R1
Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
SM Han Chiang,
Pulau Pinang
ANUGERAH IKON
Guru Inovasi PdPR Komathy A/P SMK Ave Maria
Veerasinghan Convent, Ipoh,
Guru STEM/TVET
Azizan bin Suradi Perak
Guru Pendidikan Maya Kolej Vokasional
Guru Kokurikulum dan Emily Syafirah
Zamrod Sultan Abdul
Sukan Samad, Banting,
Guru Seni Budaya Suhaimi bin Mat
Hassan Selangor
SMK Alor Janggus,
Hairul Azuan bin
Ahdan Kedah
SK Kg. Baru Kuala
Abang, Terengganu
PPD Kluang, Johor
ANUGERAH CIKGU
JUARA DIGITAL
Guru Siti Ainulmursyida binti SMK Orkid Desa,
Pentadbir Shamsudin Kuala Lumpur
Prasekolah
Mohd Nazri bin Muhamad SMK Mulong, Kota
Bharu, Kelantan
Adillah binti Mansor
SK Seri Ketereh,
Kelantan
TOKOH GURU KEBANGSAAN
TAHUN 2011—2021
2011 YBhg. Dato' Prof. Dr. Ab. Rahim bin Selamat
YBhg. Dato’ Siva Subramaniam
Cik Hamedah binti Wok Awang
YBhg. Datuk Hajah Rita T. Jaafar @ Rita Bagong
2012 YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib
YBhg. Datuk Mary Yap Kain Ching
Tuan Haji Mohd Azman bin Abdul Rashid
Puan Lim Ai Lee @ Lim Irene
2013 Puan Rabiah binti Johari
Encik Wan Hamzah bin Wan Daud
Encik Jacob a/l P.C. Mathews
2014 Y.M. Tengku Azuan binti Tengku Mohamed
2015 YBhg. Dato’ Dr. Haili bin Dolhan
2016 Encik Azizul Rahman bin Abdul Rahman
2017 Hajah Khuzaimah binti Sulaiman
2018 Tuan Haji Hamzah bin Othman
2019 Tuan Haji Nawi bin Ismail
2020 Puan Nor Hainei binti Abu Bakar
2021 Puan Noorizan binti Mohamed
TOKOH KEPIMPINAN PENDIDIKAN
KEBANGSAAN TAHUN 2011—2021
2011 Datuk (Dr.) Haji Nor Bin Daim @ Matnor bin Daim
2012 Datuk Haji Hassan bin Harun
2013 Dato’ Hajah Noor Rezan binti Bapoo Hashim
2014 Tan Sri Alimuddin bin Haji Mohd Dom
2015 Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
2016 Dato’ Dr Haji Ahamad bin Sipon
2017 Dato’ Hj. Sufa’at bin Tumin
2018 Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
2019 YBhg. Dato’ Asariah binti Mior Shaharuddin
2020 Tuan Haji Aminudin bin Adam
2021 YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin
Datuk Dr. Habibah binti Abdul Rahim
Ikrar Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa
Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Di sini bermula, mengenal dunia
bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA
Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah, generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah, Malaysia di mata dunia
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti
Lirik : Datuk Dr. Radzi Jidin
LOGO HARI GURU
Putih - Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan
Perak - Melambangkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning - Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan
bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah - Melambangkan keteguhan semangat.
Biru - Melambangkan perpaduan muhibah
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu
pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman
dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang
sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka
bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran
sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum.
Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu
pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara.
Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan
"HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh
membuktikan perpaduan guru.
Penghargaan
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk
Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaaan Ke-51 Tahun 2022
dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada
YB. DATUK DR. RADZI JIDIN
Menteri Kanan Pendidikan
atas kesudian merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaaan Kali Ke-51 Tahun 2022
dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaaan Kali Ke-51 Tahun 2022
RAKAN STRATEGIK SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-51
TAHUN 2022
YGMB
YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD