The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ikatan dan simpulan PKBM Udara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziyyadhuqasyah, 2021-08-13 11:07:08

Ikatan Dan Simpulan

Ikatan dan simpulan PKBM Udara

MUHAMMAD ZIYYADH UQASYAH BIN MOHD ZAIDI
PKBM UDARA
1CANGGIH
SMKAA

PENgenalan

 Sebagai Anggota Penyelamat hendaklah tahu dan
membiasakan dengan ikatan-ikatan dan simpulan-
simpulan.

 Mereka mesti belajar bagaimana membuat dan
mengggunakan dengan betul, cepat dan selamat.

 Ikatan dan simpulan yang digunakan dalam tugas-tugas
menyelamat terdapat berbagai-bagai jenis.

 Jenis-jenis ikatan ini digunakan dalam tugas-tugas
menyelamat mengikut keadaan kejadian.

PENgenalan

 Kemahiran di dalam menggunakan ikatan akan
mempercepatkan dan memudahkan proses kerja-kerja
menyelamat mangsa.

 Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam
sesuatu kerja menyelamat.

 Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah
satu perkara yang terbukti efektif.

 Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat
membantu penyelamat untuk mencapai objektif iaitu
menyelamat mangsa.

OBJEKTIF

 Mengenal pasti definisi simpulan dan ikatan.
 Mengenal pasti jenis-jenis simpulan dan ikatan.
 Menjelaskan kegunaan jenis-jenis simpulan dan ikatan.

DEFINISI

DEFINISI IKATAN DAN SIMPULAN

Ikatan

 Ikatan hanya melibatkan ikatan tali pada objek lain
seperti ikatan manok pada batang kayu.

Simpulan

 Simpulan yang dilakukan hanya melibatkan antara tali
dengan tali sahaja.

PENGGUNAAN

Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa
penggunaan seperti :
Mendaki
Kehidupan seharian
Memancing
Seni
Pengakap
Mencari dan menyelamat
Bidang perkapalan dan sebagainya

JENIS JENIS
IKATAN DAN SIMPULAN

 IKATAN BUKU SILA
 IKATAN BUNGA GETI
 IKATAN BUNGA GETI BERGANDA
 IKATAN SIMPUL MANOK
 IKATAN SETENGAH BELIT
 SIMPUL ANGKA 8
 SIMPULAN TINDIH KASIH
 SIMPULAN KERUSI
 DOUBLE FISHERMAN KNOT

IKATAN BUKU SILA

 Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain
pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama
besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan
sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca
atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

 Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
 Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan

cemas.



IKATAN BUNGA GETI

 Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali
yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi
menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.

 Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
 Mengikat tali kesuatu tanjul.

IKATAN BUNGA GETI
 Mulakan simpul.
 Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk

membentuk simpul.
 Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk

simpul .

IKATAN BUNGA GETI
BERGANDA

 Untuk menyambungkan dua tali tidak sama saiz, tali licin
atau basah.

 Kekuatan lebih kukuh dari Bunga Geti Tunggal.
 Untuk Bunga Geti Berganda ianya dililit dua kali.
 Perbezaannya ialah dari segi kekuatan, semakin banyak

lilitan semakin kuat ikatan.

IKATAN BUNGA GETI BERGANDA

IKATAN SIMPUL MANOK

 Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai
permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau
sebagainya.

 Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
 Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat

yang dikehendaki dengan selamat.
 Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan

ikatan seraya dan silang gunting.

IKATAN SIMPUL MANOK

 Mulakan simpul pada kayu.
 Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
 Tarik hujung tali.

IKATAN SETENGAH BELIT

 Ikatan ini digunakan untuk mengunci ikatan atau
simpulan yang dibuat.

 Sebagai ikatan sementara atau mematikan setiap ikatan.

IKATAN SETENGAH BELIT

SIMPUL ANGKA 8

 Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak
terburai jika tali itu pecah.

 Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal
 Lebih berguna kerana mudah dibuka.

SIMPUL ANGKA 8

SIMPULAN TINDIH KASIH

 Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat
gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher
binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga
boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat
seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke
dalam sungai.

 Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh
menjerut.

 Untuk menyelamat orang dengan memasukkan
tanjul itu keliling badan mangsa.

SIMPULAN TINDIH KASIH

 Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
 Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan

tersebut.
 Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan

kembali ke dalam bulatan tersebut.

SIMPULAN KERUSI

 Untuk mengikat pada badan mangsa.
 Sebagai buaian (sling) untuk menaik dan

menurunkan mangsa dengan cepat dan selamat dari
tempat tinggi.
 Ia dapat memberi sokongan di bahagian dada dan
kaki mangsa.
 Ia digunakan untuk menaik dan menurunkan mangsa
dari tempat tinggi/kawasan rendah.
 Ia hanya digunakan pada mangsa yang tidak
sedarkan diri.

SIMPULAN KERUSI

DOUBLE FISHERMAN KNOT

 Juga dikenali sebagai simpulan grapvine, dua nelayan
biasanya menggunakan kaedah ini untuk mengikat dua
tali diameter yang berbeza bersama-sama. Ia amat
berguna apabila mencipta gelung.

DOUBLE FISHERMAN KNOT

KESIMPULAN

 Dengan mengetahui dan memahami serta mempelajari
tentang tali dapat membantu dalam tugas-tugas
menyelamat.

 Sekiranya, ikatan dan simpulan tidak digunakan dengan
betul ketika menghadapi situasi kecemasan, maka ia akan
membawa maut.

 Ikatan dan simpulan yang dipelajari dapat membantu
penyelamat menjalankan kerja-kerja penyelamat semasa
bencana atau kemalangan.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version