BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA KSK – TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN
PROGRAM / IT-030-3:2013 - COMPUTER NETWORK SERVICES
SVM SEMESTER II TAHUN 1
SEMESTER TAHAP 3 (SKM)
KSK2033 – NETWORK CABLING PREPARATION
NO DAN TAJUK KURSUS CU3: NETWORK CABLING INSTALLATION
NO DAN STANDARD 1.0 ANALYSE NETWORK CABLING REQUIREMENT
KANDUNGAN
STANDARD 1.2 DETERMINE TYPES OF NETWORK TOPOLOGY
PEMBELAJARAN
LEARNING STANDARD KSK-KSK2033/P(2/14) Muka / Page : 1
NO. KOD / CODE NUM. Drpd/of : 8
IT-030-3:2013:CU3:WA1
TAJUK / TITLE:
JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang topologi rangkaian.
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(2/14) Muka Surat / Page : 2 Drp / 8
PENERANGAN/INFORMATION:
2.0 JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN INTERNET
TYPES OF NETWORK TOPOLOGY INTERNET
2.1 Pengenalan
Topologi rangkaian adalah merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut
disambungkan secara pemetaan. Topologi rangkaian ini juga merujuk kepada
bagaimana sesebuah kabel dihubungkan kepada terminal komputer sesebuah
komputer kepada beberapa rangkaian yang lain.
Sebelum kedatangan pendawaian berstruktur, topologi fizikal dan logik sering
dianggap sama. Sebagai contoh, sebuah rangkaian yang mempunyai topologi cincin
sebenarnya mempunyai pendawaian berjalan dari titik ke titik dalam cincin. Ini boleh
mengelirukan. Pelaksanaan pendawaian berstruktur menyeragamkan konfigurasi
hierarki bintang sebagai topologi fizikal untuk rangkaian moden, dan rangkaian
elektronik menjaga topologi logik.
Topologi rangkaian atau juga dikenali sebagai struktur rangkaian ini adalah cara
susunan atau konfigurasi fizikal komputer dengan komputer lain/komputer dengan
peranti lain dalam sesebuah rangkaian. Topologi rangkaian juga merupakan corak
penyambungan yang digunakan antara nod-nod dalam sesuatu rangkaian.
Topologi yang berlainan akan mengendalikan permintaan perkhidmatan klien
dengan cara yang berlainan dan ia juga memengaruhi beberapa perkara iaitu;
• Peranti-peranti yang diperlukan
• Prestasi rangkaian
• Perkembangan rangkaian (kebolehan naiktaraf rangkaian)
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(2/14) Muka Surat / Page : 3 Drp / 8
2.2 Jenis Topologi
Topologi rangkaian pada asasnya terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal
dan topologi logikal.
• Topologi fizikal
• merujuk kepada konfigurasi dan susunan yang terdapat pada kabel, komputer
dan lain-lain pesisir(peripheral).
• Contoh topologi jenis fizikal ialah:
• Bintang (star)
• Cincin (ring)
• Bas (bus)
• Pokok/pohon (tree)
• Hibrid (hybrid)
• Mesh
• Hierarchical
• Topologi logikal
• Merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan maklumat di antara
satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen
kerja. topologi logik menunjukkan bagaimana aliran data dalam rangkaian,
tanpa mengira bentuk fizikalnya.
• One-to-one
• Client-server
• Multiple nodes
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(2/14) Muka Surat / Page : 4 Drp / 8
2.2.1 Topologi Fizikal
2.2.2 2.2.1.1 Topologi Bas (Bus)
Topologi Bus menggunakan satu kabel yang panjang yang menyambungkan
kesemua sumber di dalam rangkaian tersebut. Mesej atau data yang dihantar
akan pergi kepada semua komputer yang berada di dalam sistem rangkaian
tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data atau
mesej tersebut.
Topologi bas terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan
kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator.
Contoh kabel yang biasa digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel
50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.
Gambarajah: Topologi Bas
i) Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang unik dan
berbeza dan mempunyai pengantar-terimanya yang tersendiri.
ii) Sebelum data dihantar, kad rangkaian yang dipasang pada nod akan
memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar pada waktu yang
sama.
iii) Rangkaian ini membenarkan pengguna mencetak dokumen secara
bergilir – gilir.
iv) Rangkaian ini tidak membenarkan dua atau lebih nod menghantar data
secara serentak.
v) Jika sesebuah komputer rosak atau taliannya putus, ia masih dapat
berfungsi lagi.
vi) Jika tunggak utama (wayar pada rangkaian ) terputus, maka rangkaian
ini tidak dapat berfungsi lagi.
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(2/14) Muka Surat / Page : 5 Drp / 8
Kebaikan Topologi Bas
• Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer
dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan
• Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
• Murah.
• Sesuai digunakan untuk rangkaian yang kecil.
Kelemahan Topologi Bas
• Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana
nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
• Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang
belakang
• Sukar mengesan kerosakan.
• Memerlukan pengulang (repeater) jika jarak LAN jauh.
• Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan
perlanggaran (collision) data
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(2/14) Muka Surat / Page : 6 Drp / 8
2.2.1.2 Topologi Bintang (Star)
Topologi bintang menyambungkan setiap nod (komputer dan peralatan lain)
ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan melalui
hub atau switch sebelum ke destinasinya. Hub juga berfungsi mengawal dan
menyelia penghantaran data dalam rangkaian. Kabel yang digunakan adalah
kabel pasangan terpiuh (unshielded twisted pair) atau fiber optic.
Kos awal penyediaan topologi ini adalah lebih tinggi berbanding topologi
bas tetapi lebih kurang sama dengan kos topologi cincin. Ini disebabkan
topologi star memerlukan pendawaian hub dan pendawaian rangkaian yang
lebih banyak berbandind topologi bas. Walaubagaimanapun ia mudah
diuruskan kerana nod-nod yang rosak mudah dikenalpasti. Pembaikan nod
yang rosak juga boleh dilakukan terus di rangkaian dan perkhidmatan kepada
nod yang lain tidak terjejas.
Gambarajah : Topologi Bintang
Kebaikan Topologi Bintang
a) Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
b) Mudah mengenalpasti masalah yang berlaku pada rangkaian
c) Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau
membuang peralatan dalam rangkaian.
Kelemahan Topologi Bintang
a) Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel)
b) Sekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat
beroperasi
c) Kos pemasangan yang lebih tinggi berbanding topologi bus
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(2/14) Muka Surat / Page : 7 Drp / 8
Contohnya:
Gambarajah : Visual Topologi Bintang
Rangkaian jenis ini membenarkan 2 buah komputer menghantar mesej
dalam satu masa yang sama. Tetapi jika hub rosak, rangkaian ini tidak dapat
berfungsi seperti biasa.
2.2.1.3 Topologi Cincin (Ring)
Rangkaian ini hanya mengikut satu arah sahaja. Ia hanya membenarkan satu
isyarat berjalan sahaja dan isyarat rangkaian yang lain terpaksa mengambil
giliran. Jika sesebuah komputer rosak, rangkaian ini masih boleh berfungsi.
Jika wayarnya terputus, rangkaian ini tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Gambarajah : Topologi Cincin
NO. KOD / CODE NO. IT-030-3:2013-CU3/P(2/14) Muka Surat / Page : 8 Drp / 8
Kebaikan Topologi Cincin
a) Penghantaran data laju.
b) Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
c) Masa untuk mengakses data optimal.
d) Komunikasi antara terminal mudah. Tiada perlanggaran (collision)
data.
Kelemahan Topologi Cincin
a) Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
b) Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.
c) Sukar mengesan punca kerosakan.
SOALAN / QUESTIONS:
1. Nyatakan empat jenis topologi fizikal.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
2. Berikan maksud topologi bintang.
i. ______________________________________________________________
______________________________________________________________
RUJUKAN / REFERENCES:
1. https://mtp6014-fazlymustapha.blogspot.com/p/topologi-rangkaian.html
2. https://halimaton.wordpress.com/2007/08/21/topologi-rangkaian/