BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
KOD DAN NAMA NOTA KULIAH (1)
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & DIPLOMA PERAKAUNAN
NAME SEMESTER 2 DIPLOMA
DBE 2133 / UNDANG-UNDANG KOMERSIAL
SEMESTER
NO. DAN TAJUK
CONTENT STANDARD
CONTENT STANDARD
NO. AND TITLE
NO. DAN LEARNING UNIT 1 : PENGENALAN
STANDARD / LEARNING UNIT 2 : UNDANG-UNDANG KONTRAK
STANDARD NO. AND UNIT 3 : PENJUALAN BARANGAN
STATEMENT UNIT 4 : SEWABELI
UNIT 5 : PEMERBADANAN SYARIKAT
UNIT 6 : UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN
UNIT 7 : AGENSI
NO. KOD / CODE NO. DBE 2133 /KP(1/7) Muka Surat / Page : 1
NAMA PELATIH / Drp / of : 14
TRAINER’S NAME
1
TAJUK / TITLE:
PENGENALAN UNDANG-UNDANG KOMERSIAL
TUJUAN / PURPOSE:
Di akhir unit ini, pelajar dapat :
a. Mentakrifkan undang-undang dan sistem perundangan Malaysia.
b. Menjelaskan pengaruh undang-undang Inggeris ke atas perundangan Malaysia.
c. Menyenaraikan sumber undang-undang di Malaysia yang merangkumi sumber bertulis
dan tidak bertulis.
d. Menerangkan institusi undang-undang yang terdapat di Malaysia.
2
PENERANGAN:
1.0 Pengenalan
Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan
definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang
didefinasikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan
dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Menurut
Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah
satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat.
Mesej utama perundangan ialah untuk keadilan dan kepastian bahawa undang-undang
tersebut adalah bersesuaian, diterimapakai dan dihargai oleh kita semua pada setiap
waktu.
1.1 Sistem Perundangan Malaysia
Secara asasnya, undang-undang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu undang-
undang awam (public law) dan undang-undang persendirian (private law).
Undang-undang Awam – Undang-undang awam adalah undang-undang yang
mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Undang-undang ini
dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang perlembagaan yang
membincangkan tentang hak individu dalam negeri dan juga undang-undang
jenayah yang membincangkan tentang berbagai jenis jenayah oleh individu
terhadap negeri. Contoh undang-undang awam ialah undang-undang jenayah dan
undang-undang perlembagaan.
Undang-undang Persendirian – Undang-undang persendirian ialah undang-undang
yang berkaitan dengan penguatkuasaan hubungan antara individu seperti hak-hak
dan tugas sesama mereka. Undang-undang persendirian bertujuan untuk memberi
pampasan kepada pihak yang teraniaya, agar harta dapat diperolehi semula
daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan
tanggungjawab. Contoh undang-undang persendirian ialah undang-undang
kontrak dan juga undang-undang tort.
3
Sebagai kesimpulannya anda boleh merujuk Rajah 1.1 di bawah.
Undang- Perlembag
undang aan
Awam
Jenayah
Perkongsian
Undang- Hartabenda
undang Syarikat
Persendirian Keluarga
Amanah
Tort
Komersil
Kontrak Agensi Jualan Insurans Perbankan Sewabeli
Barang - dan
barang
Suratcara
Bolehniaga
Rajah 1.1 : Sistem perundangan Malaysia
Undang-undang
Komersil
KCoonntrtoahk 1.1 : Jualan Perbankan Sewabeli
Barang dan
Mesej utama undang-und- ang yang paling lengkap adalahS:uratcara
a) KeadilaAnjesnesebuah negara. Insuran Bolehniaga
b) Keadilan, kesesuaian, diterimapakai dan dihargai oleh semua.
c) Keseragaman perjalanan urusan pentadbiran sesebuah negara.
Penyelesaian : (B)
4
Contoh 1.2 :
Isikan tempat kosong berikut :
Pembahagian perundangan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-
undang awam dan ________________________.
Penyelesaian : Undang-undang persendirian
Contoh 1.3:
Lengkapkan tempat kosong berikut :
Undang-undang
Awam
Penyelesaian : Perlembagaan
Jenayah
1.2 PENGARUH UNDANG-UNDANG INGGERIS
Pemakaian Undang-Undang Inggeris
Dengan adanya sek.3 dan Sek.5 Akta Undang-undang Sivil 1956
Sek.3 (1)(a) Di Malaysia Barat, mahkamah hendaklah memakai Common Law of
England dan kaedah-kaedah ekuiti seperti yang ditadbirkan di England
pada 7hb. April 1956
Sek.3 (1)(b) Di Sabah, hendaklah memakai Common Law of England dan kaedah-
kaedah ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am ditadbirkan
atau berkuatkuasa di England pada 1hb. Disember 1951
5
Sek.3 (1)( c ) Di Sarawak, herndaklah memakai Common Law of England, kaedah-
kaedah ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am ditadbirkan
atau berkuatkuasa di England pada 12hb. Disember 1949
Sek.5 – Penerimaan Undang-undang Inggeris dalam hal-hal persaudagaran
Sek.5 (1) Di Malaysia Barat, pemakaian terhad kepada undang-undang yang
ditadbirkan di England pada 7hb. April 1956
Sek.5 (2) Di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, undang-undang yang
terpakai ialah undang-undang yang di England pada masa sesuatu kes
itu diputuskan
Kes-kes terpakai :
1. MOKHTAR V.MURUGAM
- Isu tentang ketidakseragaman penggunaan Common Law, ekuiti dan statut
- Statut tidak terpakai di Malaysia Barat
2. A) LEONG BEE V LIANG NAM WORKS
b) LEE KEE CHOONG V EMPAT NO. EKOR
- Isu kedua-dua kes tentang ketidakseragaman tarikh dalam sek.3
- Prinsip apa-apa perkembangan selepas tarikh-tarikh yang dinyatakan itu tidak
terpakai
3. COMMONWEALTH OF AUSTRALIA V MIDFOR(M) S.B (1990)
Keputusan Mahkamah Agung : Perkembangan undang-undang selepas tarikh-tarikh
tersebut adalah di terimapakai (import decision)
a) SENG DJIT V NAGURDAS PURSHOTOMDAS (1923) AC 444
b) SHAIK SAHID ABDULLAH V SOCKALINGAM (1933) MLJ 81
- Isu kedua-dua kes tentang pemakaian sek.5 Akta Sivil 1956 iaitu tafsiran perkataan
‘undang-undang’ samada ia merujuk kepada undang-undang persaudagaran
sahaja atau semua undang-undang yang ditadbirkan di England
- Prinsip : hanya rujuk pada isu-isu persaudagaran sahaja.
Contoh 1.4 :
Sebutkan undang-undang Inggeris yang masih diterimapakai di Malaysia.
Penyelesaian : Sek 3(1) (a), Sek 3(1) (b), Sek 3(1)( c ) & Seksyen 5
6
1.3 SUMBER UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
1.3.1 Sumber bertulis
Sumber utama
Secara spesifiknya dinyatakan, ditulis dan dibukukan
Pembahagian terbahagi kepada lima:
1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Sumber undang-undang tertinggi- sebarang undang-undang yang tidak konsisten
dengan perlembagaan adalah tidak sah
Termasuk undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan DUN
Terdapat 16 perkara :
- Nama negeri dan daerah
- Agama persekutuan
- Supreme Law of Federation
- Kebebasan asasi
- Kewarganegaraan
- Pihak berkuasa persekutuan
- Perhubungan antara persekutuan dan negeri
- Pembahagian kuasa kewangan
- Pengundian
- Kehakiman
- Perkhidmatan awam
- Darurat
- Bahasa kebangsaan
- Hak perundangan terhadap Sabah dan Sarawak
- Peruntukan sementara dan peralihan
- Saving for rulers sovereingty
7
2. PERLEMBAGAAN NEGERI
13 negeri mempunyai perlembagaan sendiri [Fasal(4) Perkara71– Perlembagaan
persekutuan]
Boleh dipinda atau dimansuhkan oleh Majlis Perundangan negeri atas persetujuan
Sultan atau Raja
Raja atau Sultan mempunyai hak-hak menjalankan perlembagaan berdasarkan
jaminan perlembagaan persekutuan
3. UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN / AKTA
Digubal oleh Parlimen
Persetujuan 2/3 ahli Dewan Perundangan Negeri- diluluskan oleh Yang DiPertuan
Agong
Undang-undang yang telah diperkenan akan diwarta
4. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN
Digubal di peringkat negeri oleh DUN
1946-1956 => ‘ordinan’
Selepas 1957 => ‘akta’
Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau kejadian
5. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta,
memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
Contoh : Kementerian melalui Suruhanjaya
1.3.2 Sumber Tidak Bertulis
Tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam perlembagaan
1. UNDANG-UNDANG INGGERIS
Digunakan apabila bersesuaian dengan adat resam dan budaya masyarakat
Untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia (bila
perlu sahaja)
3 sumber dalam Common Law Inggeris :
8
a) Common Law itu sendiri
b) Keadilan- keputusan berdasarkan Lord Counselor
c) Statut (akta)
2. ADAT RESAM
Perkahwinan, penceraian dan pembahagian harta pusaka
Berbeza ikut kaum dan keputusan dibuat oleh ketua-ketua kaum
Di Sabah dan Sarawak- Mahkamah Anak Negeri
Cina dan India- telah diubahsuai apabila kedatangan Inggeris dalam berbagai
enakmen undang-undang sivil
3. UNDANG-UNDANG ISLAM
Berdasarkan Mazhab Shafie
Ketua bagi melaksanakan undang-undang Raja/Sultan, tetapi bsgi negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan- Yang DiPertuan Agong
Majlis Penasihat- Majlis Fatwa
Mahkamah Syariah- soal-soal perkahwinan, penceraian, talak, nafkah hak keatas
kanak-kanak dan wasiat
4. KEPUTUSAN MAHKAMAH Tinggi dan
Daripada keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy
Prinsip ‘duluan mengikat’
Tanpa ‘duluan mengikat’- keadilan budi bicara => ‘duluan asal’
9
Sebagai kesimpulan untuk sumber undang-undang, sila rujuk Rajah 1.2 di bawah .
Sumber Perlembagaan Persekutuan
bertulis Perlembagaan Negeri
Akta/Undang-undang
Sumber Enakmen/Undang-undang
undang- Undang-undang Subsidiari
Undang-undang Inggeris
Sumber Tidak Undang-undang Syariah
Bertulis Adat Resam
Keputusan mahkamah /
Rajah 1.2 : Sumber undang-undang
10
Contoh 1.5 :
Nyatakan sumber undang-undang di Malaysia.
Penyelesaian : Sumber bertulis & tidak bertulis
Contoh 1.6 :
Apakah yang dimaksudkan dengan sumber bertulis?
Penyelesaian :
Sumber utama
Secara spesifiknya dinyatakan, ditulis dan dibukukan
Contoh 1.7 :
Sumber tidak bertulis dapat dibahagikan kepada 4. Nyatakan.
Penyelesaian :
UNDANG-UNDANG INGGERIS
ADAT RESAM
UNDANG-UNDANG ISLAM
KEPUTUSAN MAHKAMAH
11
1.4 INSTITUSI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
1. Undang-undang yang dinyatakan diatas digunakan dalam memutuskan kes-kes di
mahkamah yang wujud di Malaysia. Terdapat lima jenis mahkamah iaitu Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah
Majistret.
a) Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan mendengar kes buat pertama
kalinya, selain daripada itu, mahkamah-mahkamah ini juga boleh memutuskan
sama aa undang-undang Persekutuan atau Negeri itu sah atau tidak dalam
penyelesaian pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau antara
negeri-negeri itu sendiri. Mahkamah-mahkamah ini juga boleh menyelesaikan
kemusykilan berkenaan dengan interpretasi peruntukan undang-undang dalam
Perlembagaan Persekutuan.
b) Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan
jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang
melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis hukuman
termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal kebangkrapan,
hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya.
c) Mahkamah Sesyen
Mahkamah Sesyen boleh mendengar kes-kes sivil yang mana tuntutannya adalah
sehingga RM25 000 dan RM280 000. Hukuman penjara bagi tuntutan sivil ialah 10
tahun tetapi tidak sehingga menjatuhkan hukuman mati. Bidangkuasa untuk kes-
kes jenayah ialah merangkumi kes yang hukuman penjaranya melebihi 10 tahun.
d) Mahkamah majistret
Mahkamah Majistret boleh mendengar kes-kes sivil yang mana tuntutannya adalah
sehingga RM25 000 dan hukuman penjaranya tidak melebihi 10 tahun. Rayuan ke
atas keputusan kes sivil dan jenayah yang dibuat oleh Majistert boleh dibuat ke
Mahkamah Tinggi. Bagi rayuan kes jenayah, keputusan Mahkamah Tinggi adalah
muktamad tetapi tidak didalam kes sivil. Majistert hanya boleh membicarakan
kes0kes jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun. Majistret juga cuma
boleh menjatuhkan hukuman maksimum penjara sehingga 5 tahun sahaja dan
denda sehingga RM10 000.
12
1. Kebarangkalian kes yang diputuskan di mahkamah adalah mengikut Doktrin Duluan
Mengikat. Doktrin Duluan Mengikat bermakna, sekiranya terdapat peruntukan undang-
undang bertulis mengenai satu-satu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan
mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai prinsip undang-undang terpakai.
2. Terdapat satu kes yang menyokong pemakaian doktrin tersebut . Dalam kes PP V Datuk
Tan Cheng Swee & Anor (1980) 2 MLJ 276, mahkamah telah memutuskan bahawa apabila
terdapat keputusan mahkamah menganai satu perkara prinsip, adalah tidak wajar bagi
seseorang hakim untuk menyimpang daripada keputusan tersebut. Walaubagaimanapun,
hanya ratio decedendi yang membentuk duluan mengikat tetapi tidak obiter dictum. Ratio
decidendi ialah prinsip undang-undang yang dugunakan oleh mahkamah untuk mencapai
keputusannya manakala obiter dictum adalah merujuk kepada perkataan-perkataan hakim
yang tidak penting sewaktu membuat keputusanya.
3. RINGKASAN HIERARKI MAHKAMAH
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah rayuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
13
AKTIVITI 1d
Contoh 1.8 :
Nyatakan lima jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia.
Penyelesaian : Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
Contoh 1.9 :
Apakah yang dimaksudkan dengan Mahkamah Tinggi?
Penyelesaian :
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan
jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang
melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis
hukuman termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal
kebangkrapan, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya.
14